Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, April 30, 2012

Selamat Bersara...

Isnin 30 April 2012

Salam untuk semua. Moga dipanjangkan usia n dimurahkan reseki....dalam apa jua tindakan dan tugas kita...ikhlas itu penting...anggap kerja n tugas yang diberikan sebagai amanah yang patut dilaksanakan samaada kita suka atau sebaliknya....sebab selagi kita digelar pekerja yang ada bosnya maka arahan yang dikeluarkan wajib dituruti selagi tidak menyalahi hukum dan undang-undang yang ditetapkan....

Posting kali ini...Selamat Bersara kepada Cg Wan Apandi Wan Nik selaku PK pentadbiran di sekolah ini. Seorang yang humble n caring...bertugas di sini lebih kurang 4 tahun...bersara pilihan 56 tahun...atas alasan ingin berehat n tenangkan fikiran....kita hormat pendirian beliau kerana faham keadaan diri n tahu kemampuan kita setakat mane...so mane guru2 yang tiada komited pada tugas, dok rok...serta ada penyakit baik kita quit dari jawatan sebab jangan nok tunggu juga bersara 60 tahun dan kita menjadi bebanan,umpatan dan menyusahkan pihak sekolah...

Majlis persaraan beliau selesai dibuat secara dalaman sahaja tanpa melibatkan orang luar...atas permintaan beliau sendiri yg ingin majlisnya sederhana kerana katanya dia orang yang sederhana....sehinggakan untuk hias keretanya pun tidak direstuinya....tabik aku sbb tidak terikut2 dgn budaya sebelah sana....bila tidak disukainya maka kita kena akurlah...bila kita cuba menokah arus dan berlawanan dengan hasratnya...maka rasa tidak suka terlihat dengan jelasnya...so lain kali kena prihatin kepada perkara2 begini...

Apa-apa pun selamat beristirehat...tinggalkan dunia pendidikan dengan seribu kenangan...sebab kita datang dari seorang pendidik....hingga akhir hayat title cikgu tu still kekal walaupun sudah menjadi arwah...sifat baik,tidak menyombong, suka menolong orang antara sifat yang akan dikenang dan diperkatakan orang.....orang akan ingat perkara yang positif dan mulia yang kita tanamkan di jiwa anak2 didik dan orang bawahan kita....

2 comments:

dieyna said...

hooyeee ada gambar ambe di situ... keputusan ga dah diumumkan sebahagiannya.. jenguklaaa..

Azmirshop said...

nanti nok jenguk..ttp udah post dlm fb senarai nama yg tidak follow...