Renungan...

Followers

nuffnang

Wednesday, July 02, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak....

Rabu 2 Julai 2014

Assalamulaikum untuk semua....Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua muslim dan muslimat...semoga ibadah puasa kita mendapat keberkatan dan kerahmatan yang berpanjangan dengan redha Allah jua....pejam celik hari ni dah masuk hari ke 4 kita berpuasa dalam sibuknya kita mengurus urusan dunia...."Dan Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan semata-mata kerana Allah,maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."

Amalan sunat yang patut kita amalkan dalam masa berpuasa:


  • Makan sahur serta melambatkannya.
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda manis atau air.
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa.
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
  • bertadarus Al-Quran.
  • Qiamulai (bangun malam dan melakuka solat sunat)
Hikmah Berpuasa:

  • Meimbulkan perasan keinsafan & belas kasihan terhadap orang miskin.
  • Menjana kekautan rohani & jasmani
  • Melatih diri dengan sifat sabar & Ikhlas
  • Mencegah penyakit,menyihatkan badan.
Semoga dengan tips-tips yang diberikan di atas mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita dalam menjalani ibadah puasa  kali ini..Insyaallah..

Monday, June 02, 2014

Selamat Bersara Cikgu Adam!

Isnin 2 Jun 2014

Salam untuk semua....moga dirahmati dalam apa jua tindakan yang kita lakukan...fikirkan positif nescaya aura kebaikan itu sentiasa terserlah...buang yang keruh ambil yang jernih..sentiasa muasabah diri dan berkatalah benar walaupun pahit....berkesempatan menulis di sini dalam mood yang sedikit celaru dan kecik hati pada keadaan...meski cuba untuk membetulkan keadaan tetapi tetap pasrah bahawa aku terpaksa akur bahawa itulah perangainya dari dulu hingga kini...diam lebih baik dari berkata-kata...hanya Allah yang lebih mengetahui....

Adussss...hampir lupa sesungguhnya 1 Jun kelmarin hari lahirku yang ke.... ufuk senja yang semakin menjelma...terima kasih pada para sahabat,rakan taulan,anak-anak yang mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan pada diri ini...terima kasih juga yang tidak terhingga bahawa aku masih punya sahabat dan anak-anak yang sentiasa mengingati dalam apa keadaan sekali pun...moga doa dan kata-kata kalian menjadi penguat dalam mengharungi sisa-sisa yang masih berbaki ini...love you muah3x....

Berbalik pada topik asal yang ingin diwar-warkan....Selamat Bersara Cikgu Adam...jasa dan pengorbanan cikgu serta tunjukajar cikgu sentiasa menggamit kenangan terindah sepanjang mengenali cikgu selama setahun...guru besar yang cukup humble, tenang dan berwawasan serta banyak idea yang ingin dikongsi....bersara atas pilihan sendiri...sudah cukup memantangkan beliau dalam dunia pendidikan dan karenah anak buah yang bukan sedikit memeningkan kepala...justeru di kesempatan ini dipohon kemaafan jika terkasar bahasa dalam pengucapan dan perlakuan...kita insan biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan....

Majlis yang gilang gemilang dapat dilaksanakan dengan kerjasama yang erat...bak kata pepatah pisang sesikat susu sebelanga tanda maufakat bersama-sama...dari segi pentas,jemputan,aturcara majlis para jemputan,makanan yang dihidangkan semuanya memerlukan perancangan yang teliti...umpama menyambut menantu sulong...konsep atau tema kesultanan Melayu amat kene pada tempat dan ketikanya...para guru,kakitangan,pekerja swasta PIBG yang sporting berpakaian ala kemelayuan...menunjukkan jika bersatu semua menjadi...tahniah dan syabas atas penganjuran yang paling berjaya dan mendapat pujian kerana majlis yang gilang gemilang ini....rasenya foto-foto di bawah ini mampu memberi seribu makna kepada para pembaca....











Sunday, May 04, 2014

Gambang Water Park!

Ahad 4 Mei 2014

Salam untuk semua moga dirahmati dalam bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan....Doa-doa dari mereka yang teraniya nescaya Allah Taala akan tunaikan...Insyaallah. masih aura cuti-cuti Malaysia sempena 1 Mei Khamis baru-baru ni...berkesempatan berkunjung ke water park Gambang family day kelab guru dan kakitangan....kata president KGKT semenjak bertugas di Sk Bukit Besi selama 13 tahun...tahun ini tahun yang paling bertuah kerana berjaya menganjurkan family day untuk ahli-ahli kelab...walaupun bukan semua yag berkesempatan memenuhi jemputan...setidak mungkin ada juga ahli kelab yang merasakan kalau bukan kita yang menyahut cabaran siapa lagi...terharu dengan semangat dan komitment yang ditunjukkan....syabas dan tahniah yang tidak terhingga...

Menginap di Hotel Arabian yang berkonsepkan ala resort dengan pandangan yang menarik...satu kawasan yang terpencil tetapi dibangunkan dengan megah dengan segala kemudahan serta kunjungan yang membawa kenangan kepada mereka yang berkunjung ke sini....semasa baru-baru ditubuhkan water park ini kawasan yang kering kontang...tiada daya tarikan yang mempersonakan...setelah hampir lima tahun tidak menjejakkan kaki ke sini banyak perubahan yang telah dilakukan semata-mata menjadikan kawasan Gambang destinasi pelancongan keluarga yang menarik.

Dari bandar kuantan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai melewati pepohonan kehijauan di sepanjang perjalanan menjanjikan satu percutian yang menarik dan tidak sia-sia....Air terjun buatan ini berkonsepkan coco beach dengan konsep ala pantai disertai dengan ombak amat sesuai untuk warga kanak-kanak bersantai....di samping pelbagai konsep kolam dengan binaan yang banyak memberi kepuasan kepada pengunjung kanak-kanak....jika masih tidak berpeluang ke sana,berkunjunglah untuk merasai keseronokkan bahawa kita mampu membina tempat perkelahan yang menarik...
pintu masuk ke Gambang water park
Makan malam....tidak menghampakan sajian yang disajikan mewah !
trademark resort yang menginap...
Sebelah petang...sempat diadakan acara sukaneka
pemandangan salah satu taman tema air
view dari atas hotel...cantik!


coco beach...suasana ala pantai
salah satu resort




resort yang menepati citarasa pengunjung





Wednesday, April 30, 2014

Satu Permulaan......?



Rabu 30 April 2014

Salam April untuk semua...kembali menjenguk rumahku yang ditinggalkan hampir sebulan...bermakna tiada aktiviti yang sempat dirakamkan...jauh sekali cuba mencatatkan sesuatu di ruangan ini...kugagahi jua jari jemari ini mengetuk butir bicara...bermakna hanya satu enty sempat dipostkan di penghujung April ni...esok 1 Rejab disunatkan berpuasa untuk mendapatkan fadilat permulaan bulan Rejab..kita semakin menghampiri penghulu segala bulan iaitu bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan pahala dan ganjarannya....Apa yang pasti dalam kalut malut ni sempat menyiapkan kek hari lahir Azeem....bermakna semangat untuk membaking kembali bersinar...yessss ni yang penting

Rasenya nak buatkan sebii kek pisang untuk dibawa ke Gambang esok sebagai potluck untuk acara sukanneka sempena hari keluarga SK Bukit Besi...foto???? insyaallah akan diupload gambarnya di sini..

Photo: Setelah settle semua assignment. ..masa utk mengekek...just for azim...
Kek birthdaya azeem.



Tuesday, March 11, 2014

Macam-macam hal...!

Selasa 11 Mac 2014

Salam Sejahtera n selamat bertemu kembali....tetiba terpanggil ingin menulis dalam blog ni...kuasa menulis semakin pudar dan hambar dalam situasi sekarang.....bebanan kerja di tampuk pengurusan cukup memenatkan dan memerlukan komiment yang tinggi dengan karenah guru-guru lagi yang sedikit mencabar emosi dan kerukunan jiwa ni...bagaikan dirobek perasaan bila setiap arahan seakan diabaikan....tiada tindak susul serta lepas tangan...huhuhuhu...cabaran dan tekanan yang terpaksa dihadapi.....

Bertambah dengan kerja krusus yang entah apa-apa....forum yang terpaksa dijawab....dan yang memilukan kuasa untuk membaking hilang bagai hilangnya pesawat MH 370 yang hingga saat ni masih misteri...dan misteri...kekuasaan Pencipta alam ini merobek angkuhnya sang pemerintah yang dikatakan Malaysia antara pengurusan terbaik dalam mengendalikan pesawat boeing setanding dengan kepakaran Amerika Syarikat!...lojik atau saje menutup kelemahan yang ada....

So...bila teringat kejayaan yang dicapai oleh bidang masing-masing...rasa semangat tu pulih balik...Team hoki lelaki johan PKG dan team hoki perempuan naib johan...begitu juga begu Badminton johan peringkat PKG...yang terbaru Johan keseluruhan YDSM for english acara yang dipertandingkan....tahniah n syabas SKBB memang terbaik dalam segala hal...walaupun dalam tipisnya kantung kewangan dan bocornya dompet aku dalam memenuhi tuntutan dari anak buah...redha! InsyaAllah rezeki ada di mana-mana...yang penting ikhlas dalam setiap kerja buat kita...

Hoki Johan PKG..tahniah..

Smart English...

YDSM english...Johan tahniah terbaik!..

Naib Johan hoki...

Lili..wakil daerah dalam nyanyian lagu irama Malaysia..tahniah

Friday, February 21, 2014

Merentas Desa dan Kanival Niaga...berjaya!

Jumaat 21 Feb. 2014

Salam Jumaat untuk semua moga dirahmati....baru sempat menjenguk blog untuk sekian kalinya...huhuhu...nampak sangat sibuknya sejak berada di tampuk pengurusan..belum lagi duduk di tangga paling atas....baru jawatan ketiga tapi mengalahkan GB sibuknya kita dalam sehari-hari...apa tidaknya penat berulangalik 70km setiap hari dengan gelapnya pagi belum lagi tika kabus meliputi jalan raya...nampak tak nampak alam...redah hening pagi bersama Azeem yang menjadi co pilot...demi tugas dan tanggungjawab....dalam usia sesenja gini...

Sebenarnya banyak dalam kepala ni nak luahkan....baik program sekolah yang bertalu-talu mengikut giliran,PKG  daerah sekali..semua dalam detik ni berlangsungnya....yg dah selesai Program merentas desa dan kanival niaga yang julung2 kali diadakan dengan kerjasama A@W sebagai penaja dan penyumbang hadiah di samping Sumbangan dari Adun Bukit Besi yang menyediakan hamper serta sebuah basikal sebagai pelengkap acara keseluruhannya....program yang memerlukan tenaga,buah fikiran,komiment yang tidak berbelah bagi di kalangan guru...yang paling teruja sambutan dari para ibu bapa amat dibanggakan...jua ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada president KGKT yang menjadi penggerak utama dalam memastikan pelbagai acara yang dijalankan...sikap dan kesungguhan beliau akhirnya berjaya...tahniah n syabas....

Meski ada suara-suara sumbang yang menidakkan keupayaan mengendalikan setiap program yang dirancangkan...memekakkan telinga dan menganggap sebagai elemen tambahan untuk memastikan setiap yang dirancang mampu dilaksanakan sebaik mungkin....usaha yang murni dan ikhlas pasti membuahkan hasil yang cemerlang dan terbilang....kepada semua guru yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih kerana anda semua komited pada kerja yang diberikan...raseya banyak lagi program yang bakal menyusul dan yang grand2....hihihi
sempat posing bersama bear A@W....

Acara merentas desa dilepaskan oleh Guru Besar...

banner yang menarik kehadiran orang ramai...caya lah!

Yang berjaya sampai ke garisan penamat...

Peraduan mewarna...siap pakai topi A@W..

peluang bergambar bersama bear....tidak dilepaskan..

gerai-gerai

salah satu gerai yang ada...

hadiah cabutan bertuah...

akhirnya....dapat hadiah..

Wednesday, January 15, 2014

Yahoo...exam dah selesai!

Rabu 15 Jan. 2014

Salam Rabu untuk semua moga dirahmati....pejam celik kita dah masuk pertengahan bulan Januari dengan cuaca masih lagi hujan panas...dengan kekuatan angin yang agak kuat...rasenya ikut kalendar orang tua-tua kita selagi tidak melepasi Tahun Baru Cina keadaan macam tu lah...mungkin ada kebenaran di sebalik itu.... Sebelum tu sementara masih dalam aura sambutan Maulidur Rasul...Selamat Menyambut Maulidul Rasul kepada semua...apa yang paling suka abis pekse dengan last paper  pada hari Ahad lalu....apa2 keputusan diterima seadanya kerana kita telah berusaha selebihnya terserah pada yang Esa....

Minggu yang sibuk sejak buka sekolah...hari2 balik lambat dengan adanya mesyuarat bermakna sampai di rumah pada pukul 5 petang...macam waktu pejabat cikgu leni...sibuknya....kerja jangan kira..belum lagi aktiviti yang bakal menyusul dalam bidang kokurikulum....maknanya sepanjang tahun aktiviti bermula...semua perayaan sekolah di letakkan di bawah kokurikulum....maka kita orag yang pling sibuk mengorganise setiap aktiviti sbg leader...yang 80 mata melihat kebijaksaan kita memberi arahan dan cuba membantu dan meringankan kerja buat cikgu2...setidak-tidaknya cikgu2 tidaklah terkapai dalam menjalankan aktiviti peringkat sekolah dan daerah seperti motto unit ko kurikulum Cergas,cerdas tonggak kejayaan berusaha menjadi yang terbaik... moga hasrat murni dan bekerja seikhlas mungkin menampakkan hasil yang terbaik....

Rasenya....nak start membaking semua...buka tempahan dan yang paling menarik mencuba resepi baru yang lama sudah terlapuknya....bila ramai sangat yang bertanya bila lagi nak promote kek dan merasanya.....bila terlampau banyak sangat berjanji kita jadi terbeban pulak dengan permintaan yang di luar jangkaan....so get ready...huhuhu....


Thursday, January 02, 2014

Selamat Tahun Baru 2014!

2 Jan.2014

Salam tahun baru 2014 untuk semua...moga dirahmati...biar lambat sehari tetapi rasanya ok lagi sebab masih dalam aura tahun baru masihi....apa2 azam yang  tidak terlaksana mungkin boleh di forward dalam 2014...azam tetap sama kan...cuma kita tidak kesempatan memenuhi tuntutan ke arah tu...anyway rasanya tahu 2013 kurang menyerlah dalam berblog...belum lagi walk in blog saing2..nampak sangat kurang kecaknaan ke arah itu...maaf ya kekawan...


Cepatnya masa setahun....bermakna umur pun bertambah...masuk alam senja..warga emas yang sememangnya emas...walaupun harga mas sekarang menjunam di pasaran dunia...umur kita paling berharga dalam sedetik ni...cuma terkadang kita je yang lupa bertapa lamanya kita menghirup segarnya udara yang Allah bekalkan....so muasabah diri...jadilah diri kita yang terhebat dalam segala hal dan kerja....tidak lupa pada penciptaNYA...So untuk permulaan tahun baru...selamat menyambut tahun baru 2014 kepada semua.. moga...hari2 mendatang mematangkan kita dengan sarat pengalaman yang ada...salam untuk semua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...