Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, September 25, 2017

Alhamdulliah...akhirnya bertukar juga!!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...

Bertemu kembali...Akhirnya bertukar juga ke sekolah yang berdekatan dengan rumah...nak kata dekat daklah jugak dalam 20 KM dari rumah ke sekolah baharu iaitu SK Padang Pulut ...sekolah yang ada asrama kepada murid-murid sekolah rendah....dengan bilangan guru seramai dalam 35 orang...pertukaran ini bermula pada 17 September 2017 .....ini bermakna setahun 2 bulan aku berulang alik dari rumah ke SK Kampung Shukor sehala dalam 90KM huhu...jauh dan amat penat...hanya Allah aje yang tahu betapa penatnya setiap hari...tu pun hubby yang bawa kereta...

So...rasanya minggu depan mula bertugas di sekolah baru...dengan semangat dan azam baru mencipta kecermelangan selagi terdaya dan mampu...doa yang terbaik moga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang bergelar  Guru Besar....Berbagai cabaran terpaksa ditempuh...apa yang pasti janji Allah itu pasti...yakinlah pada ketentuan padaNYA kerana kita merancang DIA yang tentukan perjalanan hidup kita hingga kini.

Kepada semua guru dan staff SKKS terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima kita seadanya dalam serba kekurangan dari segi kemudahan dan idea serta kepakaran yang ada. Banyak kenangan yang manis sempat dikutip di sini,dengan pelbagai aktiviti yang telah dibuat serta mendapat kerjasama yang baik dariapda PIBG dan penduduk kampung ....walaupun ramai di kalangan mereka semacam tidak merestui pertukaran ini...yalah cuma setahun berada di sini...tapi apa kan daya jauhnya perjalanan itu memaksa kita tak mampu untuk menanggung kepenatan yang berbuah-buah itu.

Kepada ketua jabatan PPD Dungun, sekalung terima kasih juga diucapkan walaupun pada mulanya dikhabarkan sekolah lain yang akan ditempatkan tetapi kita sebagai penjawat awam menerima segala yang ditentukan dengan hati yang terbuka...ada hikmah disebalik itu kerana siapalah kita untuk mempertikai keputusan yang telah dibuat. So...sentiasa berlapang dada bahawa di mana kita ditempatkan  di situ lah kerja buat kita.

Pada sekolah baru yang akan ditempatkan visi dan misi tetap sama Pendidikan Sejahtera Insan Terdidik Negara Sejahtera sentiasa terpahat dan slogan PPD Dungun #Dungun Cemerlang akan menjadi agenda utama dalam organisasi di sekolah baru kelak INSYAALLAH...
Bersama dengan KPPD Tuan Haji Muie bin Ngah menerima surat lantikan pertukaran


Bersama-sama rakan GB yang terlibat dalam pertukaran...Tahniah n Syabas
Bilik yang dihuni selama 2 tahun 2 bulan...
Kawasan sekolah lama walaupun kecil tetapi cukup mendamaikan