Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, June 29, 2012

Pincangnya masyarakat kita....

Jumaat 29 Jun 2012

Salam Jumaat untuk semua..moga kerja buat kita dirahmati...InsyaAllah...terkedu dan sayu bila membaca kisah2 masyarakat kita yang menyayat hati dan tidak sepatutnya berlaku. Kisah paling sedih bila ayah sendiri tergamak membunuh anak sendiri semata-mata membalas dendam pada isteri sendiri.....budak kecik yg tidak tahu apa2 tentang perselisihan ibubapa menjadi mangsa kepincangan ini...tekanan perasaan,...kesulitan hidup...rasa rendah diri serta tiada tempat meluahkan perasaan antara punca yang dikenalpasti dalam kes seumpama ini.

Kes terbaru dalam Harian Metro dan dalam serata blog membincangkan topik yg sama....kalau tekanan hidup sekali pun selagi kita masih menyatakan Allah lah tempat aku memohon siang dan malang dari segala musibahnya...berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini...tentu Allah mendengar rintihan hambanya....dan sudah tentu rahmatnya akan memberi kebahagiaan kepada kita walau sekelumit ganjarannya.....

Tetapi bila nafsu bermaharajalela... kita...ikut kemahuannya dan lupa kasihnya Allah kepada hambanya dalam denyut nafas kita....maka kita korbankan anak2 dan diri kita semata-mata ego yang tidak bertempat....kalau nak bunuh diri sekali pun janganlah diheret sama anak2 yang tidak berdosa bersama kita.....biarlah mereka hidup bersama ibunya mengecapi dunia selama mana Allah tidak mencabut nyawanya sendiri....

Paling menyedihkan bila melihat gambar beg sekolah dia orang masih berada di tingkat atas bangunan tersebut....mungkin ratapan,tangisan dan rayuan si anak tidak dipedulikan oleh si ayah kerana rasukan syaitan itu lebih kuat dari belas kasihan....tetiba aje air mata ini tumpah tidak semena-mena....kita bayangkan anak2 kita sendiri berada dalam situasi genting begitu....tak terucap dek kata-kata si ibu bila dikhabarkan detik kematian itu.....masih menjadi persoalan kenapalah siibu tidak mengambil aje anak2 tersebut tinggal bersama neneknya...jika ni kali ke 2 cubaan membunuh diri dilakukan oleh suami kita...

Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikulnya....kita di luar sana boleh buat macam2 tanggapan tetapi perkara yang sebaliknya menjadi bebanan kepada si isteri untuk keluar dari pemasalahan ini...Sakit hati macam mana sekali pun perkara itu sudah berlaku dan menjadi kenangan dan sejarah sekali...pada kita yang masih dikurniakan nafas untuk menghirup udara di alam fana ni hanya mampu menghadiah AL-FATIHAH kepada arwah semoga diampuni segala dosa-dosa mereka kerana Allah taala sahaja yang mengetahui segala-galanya...amin..


Thursday, June 28, 2012

Perkara yang cuba dihindari....terjadi juga..

Khamis 28 Jun 2012

Salam untuk semua...moga dirahmati....menggalas tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan dalam masa yang sama mencari rezeki untuk keluarga bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan...lebih-lebih lagi banyak hati yang perlu dijaga, tingkahlaku yang bersopan menjadi intipan...belum lagi kata-kata yang tercakap...semua dinilai oleh sesiapa sahaja yang berada di samping kita....

So...bila kita dibebani pelbagai masalah n karenah rakan sekerja yang kurang faham serta sengaja mencari kesalahan kita semacam bebanan yang terpaksa ditanggung dan cuba berlapang dada dalam mengungkaikan setiap tutur katanya agar tiada yang menjadi batu api menyemarakkan situasi yang tengah panas.....lebih2 lagi setiap kerja buat kita sering diperhati dan ada aje kesalahan yang tidak kena di matanya...sedangkan bila kita bangkitkan keburukan orang lain Allah akan bukakan keslahan kita lebih banyak lagi....so perkara ni kita kena berhati-hati....jangan sedap cakap aje..sedangkan kita juga bermasalah....

Apa-apa pun...biarlah dia dengan tanggapan negatif dan kita bekerja seperti biasa aje...lama2 orang akan tahu juga kebaikan kita....yang paling ditakuti ada rakan2 yang berpura2 baik di depan kita tetapi di belakang semua perkara yang tidak disukai dilondehkan.....mohon dijauhkan hasad dengki yang tidak menguntungkan ni.....Amin..


Monday, June 25, 2012

Robek Kesabaranku seketika....

Isnin 25 Jun 2012.

Salam untuk semua...semoga dirahmati....terkadang kita tidak tahu mana nak mula dulu menulis tentang apa-apa yang berlaku di sekeliling kita.....banyak sangat perkara2 yang kita rasa tidak sesuai dengan jiwa kita tetapi di mata orang lain ok aje...tiada sedikit pun rasa tercuit melihat sesuatu itu yg songsang....belum lagi karenah bebudak sekarang yang dok makan saman...brutal n yg pasti apa sebenarnya yang dia org hendak????

Berbalik pada peristiwa yang berlaku kelmarin....sakit hati pun ada...kalaulah bebudak tu tetiba muncul di depan kita rasa nak cekik leher mereka.... sampai ke situ tahap nak marahnya kita....buka aje pintu library....penuh dengan debu biru di lantai,kerusi,rak buku,atas meja di mana2 sahaja di sekitar pustaka....apa tidaknya dibuangnya debu dalam tabung keselamatan kebakaran bomba yang dilekatkan di sekitar perpustakaan...bertaburanlah hingga ke kaki limanya...rupa-rupanya kata pekerja sekolah hari Sabtu tu debu tu melimpah diluar koridor sehingga menenggelamkan kaki manusia...punya kianatnya bebudak ni...terpaksa menggunakan pancutan pili bomba untuk menghilangkannya....tak ada kerja cari kerja....

Apa lagi terduduk kita kejap...sakit hati...mop lantai n segala-galanya....sambil mulut dok sudah2 berlebel seorang diri...nak mintak tolong sape? terpaksalah buat sendiri....bila siasatan dibuat dan dikenalpasti... rupa2 orang dalam yang main peranan membuka ruang n peluang orang luar menceroboh kawasan sekolah....silap terlupa mengambil gambar sebagai bukti sikap kurang ajarnya bebudak ni....boleh tunjukkan bahan bukti kepada ibu bapa mereka tentang perangai anak mereka...kalau tak masih memenangkan anak sendiri...ibu bapa zaman leni gitulah.....

So...pihak sekolah kena panggil ibu bapa mereka dan ceritakan kesalahan berat yang dilakukan oleh anak mereka...jangan didiam saje....rekodkan kesalahan mereka serta ambil tindakan semerta sebagai amaran kepada yang lain agar perkara yang sama tidak berulang....

Friday, June 22, 2012

Kelebihan Hari Jumaat...

Jumaat 22 Jun 2012

Salam Jumaat untuk semua....semoga kehadiran hari Jumaat ini menjanjikan kebahagiaan buat kita sekeluarga....dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki dan kita sentiasa mengingatiNYA dalam denyut nadi kita setiap saat sambil mulut tidak lupa bertasbih dan berzikir untuk mendapatkan keredhaan dariNYA...InsyaAllah....

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu

  1. Allah ciptakan Adam
  2. Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
  3. Allah mematikan Nabi Adam
  4. Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
  5. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

  6. ( Riwayat Hadis Muslim)

    Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirm

Thursday, June 21, 2012

Banyak sangat perkara pelik.....

Khamis 21 Jun 2012

Salam untuk semua....bersiaran kembali setelah tidak jenguk2 blog dalam tiga hari...tension...serabut macam2 deh...kena pulak serangan mak bapak datang marah2 pasal anak dia org..pening jugak kalau jenis yang terlebih pandai dari cikgu...

Alkisahnya salah faham dan lost komunikasi je...sampai nok berperang...banyak sangat kesnya...kes serupa je macam berpakat pulak puak ni....kalau jenis menangkan anak ni jadinya...apa yang anak cakap semuanya betul...percaya pada cikgu tuisyen..kita yang duk nagajar anak dia tak nak tanya pasal pelajarannya.....siap buleh cakap "cikgu diam dulu biar saya yang cakap." kena sebutir ke aku baru dia tahu ruasnya....kalau kita rasa anak kita pandai n cikgu yang ajar anak kita tak pandai..baik kita hantar anak kita sekolah swasta....sebab ibu bapa yang tentukan pelajaran anak dia....padan bayaran yang dikenakan mahal sebab ibu bapa mampu membayarnya.....

Siap ajar lagi kita macam mana nak ajar anak dia......last sekali bila lihat result periksa..anak kita tercorot...subjek semua tidak lulus....nak salah ke cikgu lagi ke...pada aku buang masa aje layan ibu bapa begini....Masa perjumpaan PIBG kemukakan masalah...rasa tidak puas hati biar semua orang dengar...ni tidak senyap aje...bimbang kut cakap banyak2 orang lantik jadi AJK PIBG...

Pihak pengurusan pulak...nak buat perubahan semua nak tunggu tahun depan....alasan sebab saya datang dah berjalan...biar tempang pun...sebab tak nak sentuh yang orang buat...tahun depan belum tentu kita wujud ke tidak di muka bumi ni....kalau rasa tidak sesuai...tukarlah sistem yang ada perbaiki mana yang patut..kitakan bos...cakap kita mesti orang ikut kalau perkara itu betul....jangan buat orang bawahan kita boleh titlekan kita....keputusan buat segera jangan tangguh2....

Tu...lah sebabnya kita suka duk bersendirian...malas nak campur kalau bukan urusan kita....tapi bila lihat perkara yang sumbang....kita nak perbetulkan....sudahnya kita yang naik darah sebab kepincangan itu dilihat hari-hari.......bersabar ajelah jawabnya....


Monday, June 18, 2012

Pelantikan PJJ...ditangguhkan?

Isnin 18 Jun 2012

Salam untuk semua...lama tidak update blog..buntu selepas selesai exam sem dua...punyalah soalan susahnya.. nasib boleh jawab semua dengan jayanya.....(sebab soalan objektif) jadi mana boleh tinggal2....so habis sebahagian tanggungan...kalau tidak duk fikir bilalah exam ni nak start..

Terkedu bila baca pekeliling baru yang menyatakan pengantungan jawatan guru PJJ yang sambung belajar ke DG 41 disebabkan tiada kekosongan....pelik bunyi ayat...yang cikgu duk nagajor di sekolah yang sama tu...tiada kekososnganlah....kalau berterus terang lagi baik.."kerajaan menangguhkan sementara waktu pelantikan PJJ sebab kekurangan bajet" ayat pendek tetapi jelas maksudnya....so tidaklah cikgu-cikgu ni yang bersengkang mata, wang ringgit,tenaga dan masa tertunggu2 bila mereka akan dilantik.....ni seperti menunggu buah yang tidak gugur...

Aku rasa ni ada kaitan dengan bahang PRU13....pada pendapat akulah yang kerdil ni...kerajaan melihat situasi tidak memberangsangkan dari golongan ini memberi undian pada mereka jadi jalan terbaik ialah meresahkan golongan ini supaya ada sikap membalas budi dan kenang jasa kerajaan yang memberi peluang pada kaum guru meneruskan pengajian....pandangan peribadi aku yang melihat pemasalahan ini secara global....kita bebas mengeluarkan buah fikiran dan memberi pendapat berdasarkan situasi semasa.....sebab tidak lojik dan masuk akal 4 tahun berlajar last sekali ditangguhkan atas alasan tiada kekosongan kita bukan tukar jawatan tapi naik gred je apa kaitan dengan kekosongan jawatan....kut2 berlaku perubahan tampuk pemerintahan memaksa keadaan ini jadi begini....kalau gitu kurang cerdiklah golongan politik ni...

Rasanya ramai yang tidak berpuas hati dan marah sebab kebanyakan mereka sudah ditemuduga bertahun-tahun lamanya....sudah sampai masanya mereka menikmati hasil yang diusahakan sebaik mungkin...rasanya kesatuan guru seperti KPPK memainkan peranan yang penting agar kita tidak bermain tarik tali dan menindakkan hak mereka sebagai penjawat awam yang sepatutnya didahulukan memandangkan peluang belajar itu telah dibuka luas kepada kaum guru untuk meningkat ilmu dan kemahiran mereka.....so aku rasa kita patut tulis besar2 kat wall tweeter PM agar memahami situasi dan debaran guru-guru ini.Apa macam...Setuju???


Wednesday, June 13, 2012

Tempahan baju raya.......?

Rabu 13 Jun 2012

Salam untuk semua....dua tiga hari ini mood kurang menentu skit...pasal sakit ulu hati tu tidak berkurang pun....rasanya kalim ini agak teruk diuji....biasanya masuk 2 hari semua ok..tapi kali ni dah masuk 4 hari rasa mencucuk2 tu masih terasa.....keaktifan menjadi terbatas.....wajah dalam keadaan pucat n tidak bermaya lagi...nak bersembang pun rasa malas....lebih2 lagi bila ada orang mengarah buat itu ini...mulai naik rasa nak pitam....

Posting maghrib.....terkedu bila tailor kita cakap "cikgu.tempahan untuk baju raya,udah ditutup"mengucap panjang kita...bila suara itu kedengaran....bila nak raya ni???? baru bulan Rejab bermakna ada 2 bulan lagi nak raya...sudah off...ketinggalan betul aku dengan persiapan dia orang pasal raya ni....terlalu demand...kita yang nak upah baju secara rutin ni terkejut....sebab orang lain sudah menempahnya untuk baju raya.....bermakna tidak beraya lah kita sekeluarga....hishishishis...

So....bila ditanya pada kawan2 yang lain semua cakap...tempahan sudah ditutup...jawabnya lepas pada ni kena belajar jahit baju sendiri....kalau nak pakai juga baju yang menepati citarasa..kalau tidak kena beli dikedai...ladymade....mesti potongannya tidak sesuai sebab kita bukannya model...baju2 yang siap di pasaran itu ikut potongan model...altenatif tahun ni berjubah paling sesuai kerana potongannya mengikut selera...tidak pun labuhnya aje yang terpaksa dipotong sesuai dengan kerendahan kita....

Rasanya banyak jubah2 yang cantik sepadan dengan harganya....ikut selera kita...kalau dilog dalam intenet pun kedai online dia orang banyak promosi jubah n baju kurang yang siap dengan labuci lagi....pendek kata untuk pakaian perempuan ni kita tidak perlu runsing kerana dia orang tahu kuasa membeli orang perempuan ini bernafsu...semua benda yang cantik menjadi pilihan...jangan salah dia orang...sebab mereka ni mampu memilikinya kerana dia orang pegang duit sendiri tanpa meminta dari hubby...tu kalau hubby yang tidak control duit...jenis suami yang kad ATM isteri pun dia pegang ni memang cukup memilukan.....

Monday, June 11, 2012

Pedih Ulu Hati...

Isnin 11Jun 2012

Salam cemerlang untuk semua....semoga hari ini paling mendamaikan hidup kita...lihat disekeliling kita...pokok2 menghijau..tenang setenangnya...lama tidak update blog..sibuk memanjang..selebihnya kuasa menulis ni semakin tumpul dan idea langsung tidak menyebelahi...belum lagi belek buku untuk exam ari Jumaat n Sabtu ni...malas betullah nak study...

Selebihnyanya demam n pedih ulu hati...kata orang tua2 "medu"...rasanya tersalah makan ari tu..sebab perut kosong...makan labu air masak air n kerabu taugeh...apalagi waktu subuh mulalah menyucuk-nyucuk...yang tidak boleh dibayangkan....sakitnya macam nak bersalin...perut jadi kembung dan keras sekali....baring salah..berjalan-jalan lagilah...punyalah sakitnya...sebelum kena makanan yang dimakan cukup dijaga...benda2 pedas,masam kita elakkan..dah nak terkena..kena juga walaupun jaga sekali pun....

Setelah digoggle maka dapatlah istilah apa itu sakit pedih ulu hati.... Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.
Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.

Pedihnya akan datang sekali sekala tetapi kita ni akan jadi sejuk dan tidak keruan..sehinggalah mengambil ubat "Swecon" dan "Gaviscom" terjual di farmasi.... yang rasanya agak berangin macam rasa ubat gigi ... barulah rasa pedih itu hilang sedikit demi sedikit....ni bukan kali pertama terjadi...tetapi aku cukup berhati-hati bila mencuba pelbagai jenis makanan....bimbang perkara yang sama berulang....setiap penyakit ada ubatnya...yang pasti Allah saje nak uji kita untuk melihat sejauhmanakah kita mengingatinya....

Tuesday, June 05, 2012

Cameroon Highland...bila nak sampai?

Selasa 5 Jun 2012

Salam Selasa untuk semua....moga dipanjangkan usia dan kita perolehi apa yang dihajati....entry lewat petang...bila sebut cameron highland...terkedu jap..sebab sampai ke hari ini planning nak ke sana tidak pernah menjadi...ada je halangan...tempat yang tidak pernah sampai dan hanya mengetahui wujudnya tempatnya dari cakap2 mereka yang pernah sampai...dalam peta memang ada tetapi tidak melihat dengan mata n kepala sendiri rasa macam tak caya je tempat ni wujud..hehehehe...

Bila google dalam intenet terjumpa blog ni yang membincangkan pasal tempat penginapan yang patut dikunjungi dan restoran yang halal di sana...rujuk sini amat sesuai dan kita boleh memilih hotel mana yang berkenan dengan harga yang berpatutan....mengikut pengalaman mereka yang pernah menjejakkan kaki di sana...waktu hari minggu dan cuti sekolah amat ramai manusia yang berkunjungnya...dan semua tempat penginapan sold out....pendek kata kalau main terjah je...tidur dalam ketalah kauorg.....sampai gitu sekali....

Nak cerita panjang2...tak ada pengalaman....pengalaman mesti dilalui baru kita dapat merasai keindahan dan kenyamanan ciptaan ilahi...so...bila akan sampai ni ya hubby? banyak sangat pantang larangnya....memang tabiat dia tidak suka rancang2....kalau nak pergi...pergi je..tempat dekat2 bolehlah main redah je...bukan kampung nenek moyang kita...hishishsishis...

Sunday, June 03, 2012

Realiti kehidupan...

Ahad 3 Jun 2012

Salam Ahad untuk semua....bila kita sebut pasal realiti kehidupan...macam2 tergambar dalam fikiran....apa sebenarnya yang ingin kita capai dalam hidup kita...ke mana kita nak bawa haluan hidup kita? atau kita biarkan segala-galanya berjalan seperti biasa...tanpa ada perancangan...kita serah pada takdir yang menentukan segala-galanya...dan kita pasrah sepasrahnya...sebab kita tidak mampu menerokai segala-galanya pada kesempatan yang terbatas ini...

Kisah ini berlaku pada jiranku...ceritanya bergini....Bila melihat keadaan rumah ibuku kecik hati seketika...peninggalan ayahde yang tidak seberapa...tetapi tidak diusahakan untuk mencantikkan dan kukuhkan stukturnya...atas alasan tanah ni tidak tahu semapdan lagi dan sememangnya tidak akan dibuat apa2 pasal dengki adik beradik kerana ibu mendapat bahagian yang besar oleh atuk dulu sedangkan adik beradik yang lain mendapat keluasan yang tidak sebesar mana....maka sempadan tanah pun tidak diketahui seluas mana...main tunjuk-tunjuk aje untuk dirikan rumah....orang dulu gitulah...kau ambil sebelah sana...dan kau di hujung sana untuk didirikan rumah.....

Bila kita cuba perbaiki rumah n besarkan rumah dikatakan masuk sempadan orang lain...ibu makan hati berulam jantung dengan karenah adik beradiknya...dan aku tiada kuasa untuk campur urusan mereka...habis2 berbunyi berbalahlah jawapnya...bila ada pemaju yang ingin usahakan tanah tersebut dengan seorang akan dapat sebuah rumah teres...masing2 tidak setuju dengan alasan sayang tanah pusaka diberi kepada orang lain....tetapi dibiarkan rumah buruk n semak samun tidak mengapa...kita yang melihatnya sakit mata...alasan kalau tanah ni didirikan kedai lagi baik..harga lagi mahal....kalau kita" dok rok cetong"(tidak mampu) jangan duk berangan nok capai awan...

Bila teringat kisah ni dan sikap emak saudara ni..naik sesak nafas kita...dia sedap cakap sebab semua ada rumah di tempat lain...begitulah realiti kehidupan...saje nak tulis di sini sebagai protes kepada kesombongan mereka...last sekali masing2 buat senyap saje....sampaikan geran tanah pun tidak ditukar milik lagi......pendek kata kalau pejam mata ibu..tanah tu dengan sendirinya akan bertukar milik...itulah yang ditunggu2 oleh mereka...kata Azza sambil mengesat air matanya...aku tumpang simpati pada nasibnya sebab ramai lagi di luar sana yang menghadapi musibah yang sama...tetapi demi menjaga hubungan kekeluargaan....mereka sanggup memendam rasa....dan berharap hukum karma menanti mereka yang tamak haloba....

Friday, June 01, 2012

Terharu...Ucapan Hari Lahir...

Jumaat 1 Jun 2012

Salam Jumaat untuk semua.....kejap je masa berlalu sudah seminggu cuti sekolah bermakna ada seminggu lagi santai di rumah...yang peningnya malas betul nak ke sekolah ambil soalan untuk ditanda.....tunggulah buka sekolah nanti....

Posting petang ni....hari ini genap umurku ke......(sila isi tempat kosong yang disediakan) huhuhu..bermakna bertambah umur lagi......tapi jiwa still muda gitu...sebab settle semua masalah...senyum sokmo....jangan simpan dendam di hati..sentiasa muasabah diri...tanya pada diri apa yang aku buat hari ini yang menyebabkan ada orang yang kecik hati....bangun pagi pastikan minum segelas air suam selawat 3 kali n minta pada Allah apa hajat kita...Insyaallah kita sentiasa nampak muda dari usia....jua tips tangani stress juga...amalkan selalu....

Terharu sebenarnya sebab ramai kekawan yang mendoakan kesejahteraan kita melalui ucapan yang dihantar ikut facebook..sejambak terima kasih yang paling wangi n segar sekali untuk kalian....moga Allah panjangkan usia untuk lebih beribadat kepadaNYA serta dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan....

Bila ada sahabat bertanya' tokey kuih mana kek hari jadinya' alahai....bila time kita malas pulak nak mengadunnya....sebab hari-hari duk bau aura kek...tapi sempat jugak buat tart telur untuk jiran-jiran di sekitar rumah ni sebagai tanda terima kasih atas ucapan diaorg....pada yang duk jauh tu hidu bau kek udah le....yang moleknya hari lahir kita memang jatuh pada cuti sekolah tiap2 tahun..kalau dulu udah digazet hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong....tapi sejak dua menjak ni udah dialih tarikhnya menjadi 4 Jun setiap tahun....
Apa-apa pun terima kasih semua.....ingatan dan doa kalian menjadi kekuatan pada diri untuk meneruskan sisa-sisa hdiup ini...InsyaAllah....