Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, September 20, 2020

Tujuh Hari Mencintaiku..terjebak!

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..


Berposting lagi pagi ini dalam suasana redup dengan hujan yang sangat lebat..memandu ke sekolah tetiba terdengar lagu Aku Bidadari Surgamu nyanyian artis Siti Nurhaliza..lagu yang sedap didengar dengan lirik yang membuai emosi..hihi maka terjebak i sekali lagi dalam cerita ni..walaupun sebelum ni memang dak layan lah cerita melayu ni yang jalan ceritanya hampir sama..kisah rumahtangga ..percintaan dan berbagai lagi yang dirasakan macam tidak membangun jiwa dan semangat untuk maju ke depan..anggapan  tika itu..setelah meletupnya cerita ni untuk siri ke 2 dan diviral dalam banyak media..i pun cuba menyelidik tema dan jalan cerita yang cuba diketengahkan oleh penerbit cerita ni Datuk Ziela Jalil..

So...mulailah bermanja dengan medium youtube untuk menonton Tujuh hari mencintaiku bagi mengetahui jalan cerita yang sebenarnya...maka i jadi terjebak..terjerat dan terus tidur dalam plot cerita ni yang menarik dan dibantu dengan pelakon yang hebat serta plot ceritanya yang sentiasa tergantung setiap episod...adula..episod pertama hingga ke episod terakhir dalam 28 episod 2 hari khatam..hahahah..my hubby yang pada mulanya pengkritik tegar pun terjebak sama dan sanggup menunggu sehingga habis episod..

Tetiba hati terpaut pada pelakon utama Shukri Yahya yang romantik..hansem dan rasanya dalam 100 orang lelaki yang ada di Malaysia ni tiada lelaki yang setanding dengan watak shukri ni yang sabar..romantik dan cool je serta sabar tahap gaban....adula shukri watak anda ni memang menjadi serta menjadi pujaan dan angan2 pada wanita di luar sana yang menginginkan seorang lelaki begitu..yang bertanggungjawab dan seorang suami yang terlalui mencintai isteri dan keluarganya..terkadang kita pulok yang anggap dia tidak berwibawa dan terlalu baik sebagai seorang lelaki..wataknya yang bersahaja dan mimik muka yang dibuat mampu menarik penonton merasa sama2 menanggung segala penderitaan yang ditanggungnya..

Tidak terkecuali watak Siti Saleha yang memang seorang wanita yang ego..dia saje yang betul dan tidak memperdulikan perasaan orang lain serta terlalu mementingkan diri sendiri dalam setiap pelakuan dan pengucapannya..pandai pengarah mencari pelakon yang dapat membawa watak dengan begitu baik sekali..seperti juga dengan watak Mek Leha cukup berkesan dan menghidupkan jalan cerita ni menjadi setiap episod ditunggu2 oleh peminatnya..

Jadi..masih menunggu TV3 uplod keseluruhan episod dalam youtube untuk ditonton kepada mereka yang tertinggal siri ke 2 ni sebanyak 33 episod..rasenya ending siri yang pertama sudah cukup lengkap dengan happy ending gitu..so kita tunggu n tunggu yer..dak sabar untuk melihat watak shukri yahya yang cool gitu..


Tuesday, September 01, 2020

Bilik GB..Renovate!

 Assalamulakum dan Salam Sehati Sejiwa..


Alhamdulliah berposting lagi pagi ini sempena aura bulan kemerdekaan yang ke 63 disambut secara sederhana kerana masih dalam pendemik Covid 19..apa2 pun walaupun ditadbir oleh pimpinan yang tidak direstui tetapi kita teruskan kehidupan dan perjuangan kita agar negara kita masih aman dan harmoni..

So...entry pagi ini renovate bilik kita sendiri hihi yang sebelum ini lesu..hambar dan tidak bermaya..agaknya GB sebelum ini kurang daya kreativiti atau terlalu berkira untuk menghias bilik sendiri yang kita sendiri menghuninya setiap hari..jadikan hasil seni kita untuk semua orang kerana kita hidup pun bukannya lama pun..setiap kali dipindahkan terpaksa upgrade bilik sendiri πŸ˜› ..kita suka lihat perkara yang cantik dan aura menarik dan sedap mata memandang tu yang membuatkan hati ini tertarik kepada yang cantik2 bersesuaian dengan diri kita yang sentiasa nampak gojes dan menawan hati😍😍..puji skit ciptaan Allah yang sempurna ini..

Tema..Inggeris stail dan masih menggunakan warna nature dan putih sebagai base untuk setiap sudut bilik agar nampak hidup dan berseri serta gah dipandang..guna idea spontan dan keluarlah duit sendiri untuk mencantikkan agar kita selesa menghuninya sampai bila2 pun..

Bilik asal yang kurang ceria dan hambar tanpa seri serta tiada aura yang menarik untuk dihuni dalam masa yang lama..

Setelah diup skit dah nampak cantik n selesa dan aura cantik dan stail Inggeris tu ada😍😍😍😍..yang penting keluar skit ongkos serta idea yang menarik..tentu hasilnya lebih menyenangkan kita..