Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, March 30, 2013

Halal atau Haram...Gelatin?

Sabtu 30 Mac 2013

Salam untuk semua...terpanggil untuk berkongsi info mengenai tajuk entry di atas...setelah duk godek pelbagai resepi yang bahan utamanya gelatin....maka terfikir... dengan kadar makanan yang kita makan setiap sehari kebanyakannya mengandungi gelatin timbul persoalan halal ke haram? mengapakan setiap makanan itu perlu diletakkan gelatin?....Apa sebenarnya gelatin? 

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.
Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:
Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
Puding, kek dan pai
Gummi jelli, Pastil berperisa
Yogurt, keju dan butter
Ais-krim
Pencuci mulut segera
Gula-gula getah (Chewing gum)
Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

  Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?

Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.

Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam. So...berhati-hati apabila memilih jenama gelatin...tanda halal keluaran JAKIM hendaklah diteliti agar tanda halal itu tidak meragukan..

 

contoh gelatin yang biasa terdapat di pasaran...

ada gelatin yang diusahakan oleh produk muslim...

jelly yang banyak dijual dipasaran tempatan...


Friday, March 29, 2013

RM250...dan buku-buku!

Jumaat 29 Mac 2013

Salam Jumaat untuk semua.Moga dirahmati. tetiba aje nak cerita pasal buku...sebab dua hari lepas berpeluang ke kuantan....jalan-jalan sambil membeli belah...terutama nak tukar baucer buku yang berharga RM250 tu...duk terperap je dalam handbag...bila berpeluang dapatlah berkunjung di kedai buku popular...memang popularlah kedai buku...pasal kedai tu aje yang dapat tukar baucer buku ...semua dimiliki oleh bangsa cina...rata-rata pengunjung orang melayu...sebahagiannya memang penutut universiti yang nak tukar baucer...rasanya abis buku separuh di kedai tu...banyak buku-buku yang sempat dicatat untuk menjadi tatapan dan sebahagiannya buku rujukan untuk semester ni sudah kehabisan stok...yang nak komennya kurang sangat buku-buku Bahasa Melayu dirak yang dipamerkan....yang banyaknya buku-buku inggeris dan cina...pasal apa ya?

Rupa2nya dari RM250 tu ...RM50 aje kita berpeluang membeli peralatan tulis dan sewaktunya...pendek kata kalau bukan kita sendiri yang datang...memang tak dapat beli...siap cek melalu ic nama n nombor ic sekali...begitu cermatnya diaorg check butir2 peribadi kita.... apalah yang ada sangat RM250 tu..tak banyak buku yang mampu kita dapat..kerana faktor harga...kalau buku2 ilmiahlah...majalah dan komik tidak dibenarkan sama sekali....proses nmencari tu memakan masa...sebab pilihan mesti yang bermutu dan dan mampu memberi ilmu yang baik....barang free..kalau kudrat kita nak beli buku memang tak terbelinya...sebab budaya orang Melayu kurang gemar membaca...lebih2 buku2 ilmiah...jangan marah ya...pengalaman mengajar kita berkata begitu...

So...memang patut baucer ini diberikan...jangan kerana gula-gula pilihan raya....tetapi patut diteruskan agar budaya membaca menjadi habit kepada kita dan keluarga...yang paling penting dapat lagi baucer buku berharga RM50 tambahan dari popular...bertambah popularlah kedai buku tu...Anyway terselit juga buku masakan yang menjadi feberet kita hehehhehe....

Sebahagian untuk anak-anak...satu kemestian...

ni aje yang ada....kalau banyak abis dipulun untuk buku masakan...

sebahagian buku ilmiah yang sempat dicari...

Wednesday, March 27, 2013

Bila gaji kita dinaikkan.....!

Rabu 27 Mac 2013

Salam untuk semua. Kejap aje cuti seminggu...rasanya baru semalam cuti...tup2 dah nak buke sekolah semula....masa semakin cepat sekarang...atau kita ni yang duk kelam kabut banyak sangat aktiviti...hinggakan beli si pokok kertas ni...sampai ari ini dok masukkan dalam pasu..dari mula beli 4 hari lalu hingga sekrg duk macam tu le...terbaca dalam facebook tentang ayat-ayat ni...bila dibaca memang betul begitulah kita hingga kini dan selama-lamanya...sikap tidak pernah berubah..gaji aje yang berubah hehehe..kata orang Sharing is caring...

Apabila gaji kita dinaikkan, banyak perkara yang akan membuatkan kenaikan tersebut tiada nilai. Antaranya ialah:

1. Apabila naik gaji, kereta lama dijual dan dibeli kereta baru
2. Apabila gaji naik, mula membuat overlap pembiayaan peribadi
3. Apabila gaji naik, mulai merancang percutian yang membazir. Daripada setahun sekali kepada 3 kali dalam setahun
4. Apabila naik gaji, mulai mencari pakaian yang berjenama
5. Apabila naik gaji, tidak lagi makan di gerai seperti biasa
6. Apabila naik gaji, cara berbelanja turut berbeza
7. Apabila naik gaji, berjumpa rakan di restoran mewah
8. Apabila naik gaji, gajet di tangan dipertingkatkan
9. Apabila naik gaji, rumah diubahsuai semahunya
10. Apabila naik gaji, kereta mulai dicantikkan, ditambah sistem ICE (In car entertainment)

Perbelanjaan tambahan itu sebenarnya membuatkan kita terasa gaji kita sama sahaja seperti sewaktu belum naik gaji dahulu... Kalau kenaikan RM 500, maka tambahan RM500 itu tidak disimpan tetapi dibelanjakan untuk perkara-perkara tambahan setiap bulan..

Jadi, naik gaji dengan belum naik gaji, sama sahaja.. Yang berbeza ialah penampilan kita keseluruhannya..