Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, September 14, 2012

Koleksi Antara 7,000 Kereta Milik Sultan Brunei....

Jumaat 14 Sept.2012


Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai model.
Tu baru sebahagian lambang kekayaan dan kemewahan Sultan Brunei. Sultan Brunei dikatakan Sultan terkaya di dunia selepas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah b. Abdul Aziz.

Image DetailHarga kesemua kereta kereta mewah tu dalam anggaran RM15.9 Billion. Fuhh mak datukk!!Koleksi kereta milik Sultan Hassanal terdiri daripada :
Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.
Porsche Carrera GT
Porsche 959
Lamborghini Diablo Jota
Bugatti EB110
Porsche Carma

6 buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT.
2 buah kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya,
Ferrari Mythos
Image Detail

Image Detail2 buah kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia,Image Detail
5 buah kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.
10 buah kereta daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan,
satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.
134 Koenigsegg


Image Detail
Hingga 30 Jun 2010, baginda ada 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

p/s: pada aku telan air liur aje lah...cuci mata...memang rahmat Allah berikan kepada kerajaan baginda serta rakyatnya mewah semewahnya....harap2 mengalirlah jugok harta baginda kepada negara miskin yang memerlukan sumbangan....apa yang pasti hanya Allah yang mengetahui niat seseorang....kita sekadar merancang....

No comments: