Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, April 30, 2012

Selamat Bersara...

Isnin 30 April 2012

Salam untuk semua. Moga dipanjangkan usia n dimurahkan reseki....dalam apa jua tindakan dan tugas kita...ikhlas itu penting...anggap kerja n tugas yang diberikan sebagai amanah yang patut dilaksanakan samaada kita suka atau sebaliknya....sebab selagi kita digelar pekerja yang ada bosnya maka arahan yang dikeluarkan wajib dituruti selagi tidak menyalahi hukum dan undang-undang yang ditetapkan....

Posting kali ini...Selamat Bersara kepada Cg Wan Apandi Wan Nik selaku PK pentadbiran di sekolah ini. Seorang yang humble n caring...bertugas di sini lebih kurang 4 tahun...bersara pilihan 56 tahun...atas alasan ingin berehat n tenangkan fikiran....kita hormat pendirian beliau kerana faham keadaan diri n tahu kemampuan kita setakat mane...so mane guru2 yang tiada komited pada tugas, dok rok...serta ada penyakit baik kita quit dari jawatan sebab jangan nok tunggu juga bersara 60 tahun dan kita menjadi bebanan,umpatan dan menyusahkan pihak sekolah...

Majlis persaraan beliau selesai dibuat secara dalaman sahaja tanpa melibatkan orang luar...atas permintaan beliau sendiri yg ingin majlisnya sederhana kerana katanya dia orang yang sederhana....sehinggakan untuk hias keretanya pun tidak direstuinya....tabik aku sbb tidak terikut2 dgn budaya sebelah sana....bila tidak disukainya maka kita kena akurlah...bila kita cuba menokah arus dan berlawanan dengan hasratnya...maka rasa tidak suka terlihat dengan jelasnya...so lain kali kena prihatin kepada perkara2 begini...

Apa-apa pun selamat beristirehat...tinggalkan dunia pendidikan dengan seribu kenangan...sebab kita datang dari seorang pendidik....hingga akhir hayat title cikgu tu still kekal walaupun sudah menjadi arwah...sifat baik,tidak menyombong, suka menolong orang antara sifat yang akan dikenang dan diperkatakan orang.....orang akan ingat perkara yang positif dan mulia yang kita tanamkan di jiwa anak2 didik dan orang bawahan kita....

Kek lagi...

Isnin 30 April 2012

Salam petang untuk semua....dua hari blog ditinggalkan tanpa dijenguk2 pun...sibuk memanjang dengan aktiviti di sekolah dan di rumah...bila kesempatan ada aje...baru lah dapat coretkan di sini entry yang tertunda...ni pun mata layu semacam aje..penat yang tidak nampak di badan...tapi kita rasa letih yg amat sangat....

Posting kali ini...tentulah kek...minggu mengekek n membaking....hinggakan oven kesayanganku rosak...tapi udah lama sebenarnya berbakti pada tuan dia...dah sampai masa dia nak rosak...so jangan ditangis...kek birthday ni di tempah oleh cik da kita...katanya untuk anaknya si AZRI sempena hari lahirnya yang ke.....terlupa pulak nak tanya ke berapa? punya takutnya kita tak siapkan kek....diberi duitnya dulu...kita bukannya apa....takut terlupa bila byk sangat aktiviti...tolong fikirkan pasal majlis persaraan PK 1...walaupun bukan AJK penting..sekurang2nya rasa untuk berbakti pada cikgu wan tu meluap2..tapi bila ingatkan kata-kata seseorang"jangan duk mencara kerja org lain kalau kita bukan AJK khas"terkedut hati sekejap...ya lah sapelah kita....opppp nantilah nak cerita pasal entry ni di lain siaran.

Berbalik pasal kek ni...bila time mendeko ni...lembap sikit...pasal kek yg bertemakan hari dijadikan ini payah skit...melainkan empunya diri suggest temanya baru nampak citarasa si penempahnya....mulalah duk fikir tema seorg diri....pahtu godek pak google...cari iamges yang sesuai untuk diambil idea...bukan ciplak hasil karya org lain...kalau sama boleh saman di sini...
last sekali inilaj jadinya...nampak simple tetapi meriah dengan colouringnya....harap2 si ampunya diri berpuas hati ya...

Thursday, April 26, 2012

Tempahan Kek Birthday...

Khamis 26 April 2012

Salam Khamis untuk semua.....kejap je masa berlalu tup..tup seminggu...sibuknya kita...macam seminggu tu dua hari aje...br jumpa Jumaat ni nak jumpa balik.

Entry tengah hari...suasana yang agak panas...ramailah bebudak di sekolah demam n pening....tempahan kek birthday untuk Asilah,Syafiq dan Wahi....random sekali harung..senang nak handle....tiga kelas yang berlainan... dia orang ni semua anak-anak cikgu .....balik mesyuarat marin dah kul 4 petang....berkejar dapatkan bahan buat kek...dalam simpanan banyak dah yang habis....cari mana yang patut...pahtu dok fikir konsep apa kali ini yang patut dibuat....pening juga ya duk mikir....kalau empunya diri beri konsep lagi baik...dok payah fikir sangat...just buat aje....

Balik dah pukul 6 petang...rehat jap...kul 7 baru mula mengadunnya....bila tiba time mendek0 jam..dah pukul 9 malam....deko jangan tak deko...selesai semuanya kul 12 tengah malam...kalau udah kita memang minat pasal menghias ni malam2 pun sanggup duk mengendapnya....dengan cupcakes sekali.....very simple deko tapi masih ok lah....ada juga yang kata macam kek yang beli di kedai aje....tak percaya ke????....tak apa tak marah n kecik hati pun...sebab dia org bukannya customer kita pun...yang penting pelanggan berpuashati dengan kadar bayaran yang cukup murah.....hadiah kepada bebudak tu juga....Insyaallah kita berbudi pada orang...Allah Taala bagi cash pada kita dalam apa jua pemberiaannya....yang penting ikhlas....So lihatlah gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai bukti kek ni homemade punya....
kek yang belum dimakeup lagi...Wafi...Asilah....Syafiq...happy birthday ...

Tuesday, April 24, 2012

Kata Singkatan...



Selasa 24 April 2012

Salam cemerlang untuk semua. Time maghrib begini barulah nak berpostingnya....yang dari tadi duk blogwalking blog saing2 yang lain....sebenarnya kunjungan kita just untuk cari info terkini dari pelbagai sumber yang sahih dan bermaklumat. paling suka blogwalking blog politik yang sensasi dan ada kebenaran setiap fakta yang diberikan tentang negara kita....so pandai2 lah kau orang untuk menilainya.....

Entry di senja ni...kata singkatan atau ejaan yang dok berapa nok faham atau perkataan yang diejanya hanya empunya diri serta geng2nya saje yang faham.....bahasa2 remaja ni terkadang banyak merosakkan sistem bahasa kita....terkadang yang ditulis sepatah haram pun kita tidak faham...punyalah singkatnya.Contohnya:ape??korg nk taw spe,,korg npk sim pd pic tu?ak las nak jel....... aku langsung tidak faham apa yg ingin disampaikan...dalam satu blog tu...punyalah singkatan perkataannya...malas kita nak baca n terokai....ya...memang betul blog tu aku punya suka dan hak mutlak aku nak mengumpat ke...caci orang ke...nak kata2 apa pun...tu aku punya pasal...tapi setidak-tidaknya gunalah bahasa yang betul dan bermakna....BAHASA ITU MENUNJUKKAN BANGSA...betulkan? so...sekadar meluahkan apa yang terbuku dan membetulkan keadaan...

Monday, April 23, 2012

Terharu n bangga...

Isnin 23 April 2012

Salam untuk semua...moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki....dijadikan diri kita sebaik-baik hambanya yang sering bermunasabah diri atas apa yang berlaku.Insyaallah....

Berbalik pada tajuk di atas tu....terharu n bangga...apa tidaknya bila adalah insan yang berhati mulia tolong promote blog pengajaran yang pensyarah nak nilai....dalam blognya Cekk Yunnie sebagai hadiah sebab menjadi follower yang ke 500(sebenarnya...kita yg tanya tiada hadiah ke?)so dengan ramah n tamahnya permintaan kita ditunaikan.....tersangatlah happynya....bukannya apa pasal bila ramai tetamu yang berkunjung maka...bertambahlah markahnya sebab ramai yang suka meneroka tanah kita.....

Semoga dengan kehadiran cekk yunnie dalam dunia blog fatmasha ni menambahkan lagi kenalan walaupun tidak mengenali sekurang-kurang kita menjadi sahabat di alam siber....tentu lebih meriah sebab dapat kunjung-mengunjungi ya....terima kasih banyak-banyak moga tautan kasih ini berpanjangan......terimalah sejambak bunga tanda terima kasih...

Sunday, April 22, 2012

Tennis lagi...

Ahad 22 april 2012

Salam Ahad untuk semua...posting lewat malam...tapi mata masih segar bugar...tu pun lepas menyaksikan perlawanan tenis akhir antara jaguh dunia Rafael Nadal n Novak Djokovic dalam monte Carlo Rolex master 2012.Ke dua-dua permain ni pemain nombor 1 dan 2 dunia. perlawanan yang berpihak kepada Rafael Nadal dengan straits set 6-3 n 6-1. Bagi aku Rafael Nadal paling menonjol pada malam ni....sebab semangat kesukanan yg ditunjukkan cukup tinggi...mungkin sebab bermain di kampung halaman sendiri.

Pasal dia orang ni...memang aku tidak ketinggalan menyaksikan aksi mereka....sebab sukan tennis sukan yang paling diminati....pendek kata jadual tahunan mereka memang dalam kepala....so sentiasa mengikuti perkembangan dia orang....kata orang kalau nak bermain...bermain sungguh2 biar sampai jadi jutawan...baru berbaloi...kalau belajar biar sampai excellence br terror...ni tidak merempit sampai hilang nyawa.....

Kepada bakat2 muda...masa nilah anda mampu menunjukkan kecemerlangan sebab kemudahan yang disediakan cukup banyak serta tiada batas untuk mengembangkan bakat...apa yang penting disiplin adalah faktor utama untuk melihat kejayaan seseorang.....

Saturday, April 21, 2012

Guru Bersara Ajar English...

Sabtu 21 April 2012

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tindakan menempatkan Peace Corps atau Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fullbright (ETA) selama beberapa bulan tidak banyak membantu meningkatkan penguasaan pelajar.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata maklum balas daripada guru di Terengganu yang mempunyai ETA menunjukkan pelajar terpinga-pinga mendengar dialek bahasa Inggeris Amerika Syarikat (AS) kerana sebutannya sukar difahami.

Beliau berkata, ETA juga mungkin bukan guru BI atau jika mereka guru terlatih sekalipun, kaedah yang berjaya di AS tidak semestinya berkesan jika diterapkan di negara ini kerana tahap penguasaan pelajar berbeza.

Di AS katanya, bahasa Inggeris ialah bahasa ibunda tetapi di negara ini, bahasa berkenaan ialah bahasa kedua atau bahasa asing.

“Adalah lebih wajar jika Kementerian Pelajaran mengambil semula guru Bahasa Inggeris yang sudah bersara bagi mengatasi masalah itu yang sekali gus membantu meningkatkan penguasaan pelajar.

“Sebagai penyelesaian jangka panjang, mereka juga beranggapan melatih warga negara tempatan yang fasih dalam bahasa berkenaan lebih baik daripada menaja sukarelawan atau penutur jati dari negara lain,” katanya.

Baru-baru ini, seramai 50 rakyat AS tiba di negara ini dan mereka ditempatkan di beberapa sekolah di Terengganu, Pahang dan Johor sebagai kumpulan pertama ETA. Masing-masing adalah sebahagian daripada 300 ETA yang dibiayai kementerian.

Adnan berkata, kedatangan ETA juga boleh mewujudkan pertembungan budaya yang mungkin tidak disenangi pelajar.

Sepanjang tempoh beberapa bulan pertama, ETA perlu menghabiskan masa menyesuaikan keadaan tempatan kerana mereka perlu belajar budaya dan mesra dengan murid.

Sementara itu, Presiden Kirkby International College, Bismillah Khatoon Abdul Kader, berkata hasrat membawa ETA supaya pelajar meniru percakapan penutur asli mengelirukan pelajar.

Katanya, slanga penutur dari AS berbeza dari United Kingdom (UK), bahkan UK mempunyai beberapa slanga seperti Irish, Scotland atau Welsh.

Beliau berkata, AS juga menggunakan sistem ejaan berbeza berbanding UK yang dianggap standard di negara ini.

“Lagipun, ada banyak lagi negara lain yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda selain UK atau AS dan mereka juga boleh dianggap sebagai penutur jati,” katanya.

P/S : Sokong saranan dari NUTP sudah sampai masanya kita mengambil guru yang telah bersara menggantikan guru yang diimport dari luar. Pertama jimat duit kerajaan-boleh gunakan duit tersebut untuk perkara lain. Kedua mereka yang bersara ni memang pakar dalam BI sebab mereka berpengalaman. Ketiga Mereka penutur jati ke dua BI di sini tanpa diaelek yang entah apa2.Keempat ke mana sebenarnya kita nak bawa student kita dalam menggunakan BI sepenuhnya-bukan dia org ni nak bekerja di AS dan UK.


Thursday, April 19, 2012

sajak...satu permintaan...

Khamis 19 April 2012

Assalamualaikum dan Selamat malam kepada tetamu yang singgah di sini...seperti biasa untuk update entry mestilah sesuatu yang terlintas di minda ni...kalau dirancang memang tidak kesampaian....ada orang menulis mesti ada rangka...ada juga yang tibai apa yang terlintas itulah yang ditulisnya...defend pada keupayaan kita...

Entry hari ini...satu permintaan suruh aku tulis sajak...katanya lama tidak menghayati butir bicara yang puitis dari aku...itu cerita lama masa muda dulu...memang aku seorang penyajak...karya2 dulu kerap berkumandang di radio...terpampang di dada akhbar....saban waktu...dan cukup lumyan waktu itu pendapatan yang diterima....sehinggakan ada seorang posmen tu cakap"cik ni penyanyi ke kat RTM" aku tanya balik kenapa"Ni setiap kali ada sampul berdaftar dari RTM". nak tergelak pun ada....tak apa dia tak tahu sebenarnya...masih menggunakan nama glamer fatmasha dalam setiap karya....itu cerita 15 tahun yg lalu....kenapa ya tidak diteruskan bakat yang dianugerahkan? masa tu muda belia...berjiwang lagi...ada penguatnya n perangsangnya...so idea tu mencurah2...duk bayangkan perkara yang indah...terkadang tak terpijak pun di bumi nyata...bila kita menjiwai watak dan situasi itu...perkara itu menjadi kalih dan tidak terasa ummmmpnya...

Masih tersimpan kemas karya2 yang pernah diterbitkan dan diantologikan...sebagai kenangan dan tatapan sekali sekala....rasanya untuk menghasilkan sajak di sini akan diusahakan kerana mutiara kata2 n kata2 kiasan tu sudah berkarat di kepala....kalau nak jugak rasanya ada entry lalu yang postkan di sini...nanti nak cari kejap....di sini Pada seorang sahabat...cikgu Wan zainun....hayatilah bait-bait puisi sebagai memenuhi permintaan anda walau tidak sehebat dulu...tapi bisanya masih terasa!!!!!!!

Wednesday, April 18, 2012

Nak tukar sekolah!!!!

Rabu 18 April 2012

Salam Rabu untuk semua.....tadi cuba masuk blog dieyna dok dapt-dapat konon nak update GA dia...last sekali balik semula kerumah kita ni...kenapa ya? agak-agak intenet kot slow..biasalah bila guna yang public ni...

Posting pagi ini...lepas duk masuk e-tukar guru...rasa nak tukar sekolah tetiba aje meluap-luap...tambah lagi bila bercakap dgn cikgu....?.dia pun kata tahun ni soheh dia akan isi e-tukar...maksudnya akhir tahun nilah...sebab? rahsia.....tapi aku cukup faham maksud yang tersurat itu.....dan aku juga akan bertukar...dengan apa sekali pun...akan guna segala kuasa yang ada sehingga tercapai hasrat itu...Sebab? mana buleh duk lama-lama di sebuah sekolah...panas punggung...panas hati...kecik hati....keliru dan mengelirukan dengan keadaan sekeliling yang rasanya kurang membantu...so bagi mencegah situasi berterusan...jalan pintas...TUKAR SEKOLAH.....mintak2 sesuatu luar biasa yang tak terfikir pun...menjadi kenyataan...so dok payah sisi borang...harapan sentiasa ada.....

Apa-apa pun kita tunggu perkhabaran gembira itu!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 17, 2012

Demam e-book...

Selasa 17 April 2012

Salam cemerlang untuk semua....hari ini duk sibuk pasal time base DG 32 KUP...ada yang tidak tahu pun bila dia dapat...dan ada yang kata dia layak...macam2 lah cikgu-cikgi ni...ada yang call kita tanya pasal ni siap kata "kitakan sama isi form dulu nak dapatkan KUP...tarikh mesti sama" bila kita cakap yang kita dapat tahun 2006...dia balas balik dia kata...kita kan dapat tahun 2004...bila aku tanya ada dok surat pengesahan...dia kata dia dok jumpa cari...nilah aku pening..sape suruh buat hilang surat sepenting tu..kan susah ni...mana buleh sama...(pada yg tidak terlibat...jgn pening2 nok tolong fikir) hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahunya...

OP entry kali ini....demam e book pada murid tahun 4...masuk tandas bawa ebook...makan di kantin bawa ebook...duk kelek ebook manjang...sunyi sekolah sebab mereka ni....duk syok login apa tersirat di dalamnya...kalau cikgu dok masuk kelas pun tak apa..grenti kelas senyap sunyi..asyik maksyuknya....penangan ebook yang Menteri besar baru bagi kepada student ni...dalam ni ada sukatan dari tahun 4,5 dan 6....pendek cite..buku teks tak payah bawah...bawa e book je ke sekolah...klas gitu...

So....aku pun tumpang sekaki mengajar bebudak ni berbagai software di dalamnya macamana nak buka.....kegunaannya...banyaklah...hairannya mereka ni cepat pulak dapat tangkap...yang kita duk ajar tu...payah betul nok ingat....mana yang tidak siap kerja sekolah...guru ICT awal2 lagi warning...no ebook jika kerja sekolah tak siap...maka tanpa disuruh pandai pulak boleh siapkan....sebenarnya ada pro dan kontranya pemberiaan e book ni...bergantung kepada penggunaannya....bagi aku teknologi canggih n cepat patut didedahkan kepada dia orang supaya budaya celik IT berleluasa dan mereka tahu menggunakannya dalam usia muda...memandangkan sebahagian dari mereka yang berada jauh dari bandar....
 

Monday, April 16, 2012

Birthday Azeem...


Isnin 16 April 2012

Assalamulaikum n Selamat petang...cuaca yang agak panas dua tiga hari ni...byk ativiti terbatas...pokok bunga pun makin layu n kuasa menyiram pun jadi dok menentu...kesihan pada makluk Allah yg tidak berdosa itu dipinggirkan....

Posting kali ini...entry tertunda sebenarnya....mood tetiba padam aje...patutnya marin posting ni ke udara....pasal birthday Si Azeem...dlm blog dieyna sudah diceritakan...tapi kali ini versi ibunya sebab instint siibu lebih kuat n terpergaruh....nak kata meriah tu...tak lah sangat...sekadar melepaskan hajatnya saje yang hari-hari duk bertanya bila tarikhnya....ibunya bukan main lagi mulailah memproses kek yang menjadi idamannya....katanya tema angry bird yang besor....malas pulak nak mendeko banyak2...last sekali pergi ke bakery jumpa images angry bird...senang cite main letak je atas kek n deko ala kadar....bab membaking ni..nampak sangat slow sekarang....hinggakan boleh terlupa letak marjerin cair dalam kek....tu pun setelah 5 minit kek diletakkan dalam oven...nampaklah marjerin cair...fulmark apa lagi keluar cepat2 dr oven....putar balik semula...kata hubby fikiran melayang ke lain tulah jadinya....nasib baik menjadi...

Pasal majlis ni...ramai juga yg bertanya "member only ke...." sbb ada yang tak terjemput pun...bukannya apa mana yg terlintas sms....mana yg sempat jumpa masa tu lah diundangnya...so jangan kecik hati ya...yg dijemput elok2 pun tak datang...nanti birthday ibunya kita buat grand...ttp yg terima kad jemputan je deh!!!!Pada cikgu rohimah,cg Dayana,cg Rohana terima kasih banyak2 sbb menolong hingga selesai......
Azeem n cikgu kelasnya....
cikgu Rohimah teringat masa kahwin dulu duk sempat potong kek...tu bersungguhnya...

Saturday, April 14, 2012

Kemaafan disambut...

Sabtu 14 April 2012

Salam Sabtu untuk semua....posting lewat malam...bila idea tetiba aje mencurah-curah ingatkan nak off je laptop ni....bukannya apa... esok pepagi lagi kena pergi sekolah...tadi sepetang suntuk duk menyiapkan kek hari jadi AZEEM pada hari ini 14 April....untuk dijamu dengan kekawannya esok...maknanya ada jamuan kecilan di kelasnya....cerita tentang kek dan prosesnya akan ke udara esok.....jangan lupa siarannya...

Entry hari ini lanjutan dari entry hari Jumaat..memaaf n memberi maaf....bila kemaafan itu disambut n dipermudahkan rasanya selesai satu kes...ada lagi kes yang tertunggak ni...slow n steady....selesai satu-satu....terkadang kata maaf ni sekadar terucap di mulut pada sesetengah orang..tetapi perasaan sakit hati tu masih kuat mencengkam.....luka yang parah..payah untuk sembuh dalam detik waktu cuma..perlukan masa...ketenangan hati...soalnya hati siapa yang dapat baca...hanya PenciptaNYA lebih mengetahui...

So...apa2 pun terima kasih bebanyak sebab...tidak berlarutan....dan kita sama-sama muhasabah diri,cari jalan penyelesaian...buat yang terbaik...banyak mengingati mati...nescaya hati yang keras bak batu kelikal tu rapuh bagai biskut jagung dicicah teh panas...Selepas ini ingin ingatkan pada diri sendiri belajar dari kesilapan....belajar mengenali hati orang...dan bersedia menghadapi risiko jika terlebih cakap...

Friday, April 13, 2012

Memaafkan n meminta maaf!!!!

Jumaat 13 April 2012

Salam Jumaat untuk semua...moga kedatangan Jumaat ini menjanjikan sesuatu yang membahagiakan dalam hidup kita samada tersirat dan tersurat...jua terima kasih bebanyak pada kekawan yang cukup memahami dan mengerti gelodak hati serta mampu meredakan suasana dengan menyatakan "tak apalah Kak Tie, kalau kita dipihak yang benar,Insyaallah suatu hari nanti kebenaran itu akan terserlah Jua" cepat dengan lambat je....hati tenang n tenang...

Ok posting pada petang Jumaat setelah duk godek blog Dieyna (nama ni kena bookmark betul2)kan kena saman oleh tuan tanah neh...terjumpa entry tajuk dia Memaafkan n meminta maaf....apalah nama siblogger n blognya..lost contactlah pulaknya...tapi dah minta izin untuk share tajuknya tadi...silap tidak bookmark...cari dlm history....malasnya...tak apa kita bincang aje topik ni...tajuk yang cukup menggetar jiwa n payah untuk dilaksanakan oleh sesiapa yang terperangkap dalam situasi ini...sebab masa marah kita akan luah segala-galanya apa yang terbuku kepada sesiapa yang berada berdekatan dengan kita.....

So...bila keadaan kembali cool n normal kita cuba berfikir balik....mencari titik mula situasi marah dan mula muasabah diri dan berjanji pada diri sendiri akan maaf dan memaafkan tetapi bila detik-detik itu berlalu kita alpa n alpa sehingga terjumpa hadis ni ...."Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (QS Al-Nur [24): 22).

Kesan yang disampaikan oleh ayat-ayat ini adalah anjuran untuk tidak menanti permohonan maaf dari orang yang bersalah, melainkan hendaknya memberi maaf sebelum diminta. Mereka yang enggan memberi maaf pada hakikatnya enggan memperoleh pengampunan dan Allah Swt. Tidak ada alasan untuk berkata, "Tiada maaf bagimu", kerana segalanya telah dijamin dan ditanggung oleh Allah Swt.

Perkataan maaf dan memaafkan amat payah untuk diucapkan..tetapi bila diucapkan merupakan kenikmatan yang berpanjangan.....Dengan lafaz yang mulia bismilahirohmanirom..hamba maafkan segala kesalahan yang hamba telah lakukan samada disedari atau tidak!!!!!!!!!!!

Wednesday, April 11, 2012

kajian Tindakan..

Rabu 11 April 2012

Salam ceria dan Selamat petang untuk semua...sempena cuti pertabalan Agong maka aktiviti hanya terbatas di rumah aje.....bila sebut rumah semestinya kerja rutin yang tidak pernah abis dibuat selagi tidak malam....dan tidak tidur....

Ok posting petang ini...gara-gara menyiapkan assigment mengenai kajian tindakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas...nampak senang tapi bila digodek melalui pak google payah juga ni...yang pasti banyak item-item terpaksa dimasukkan dalam kandungannya...so pendek cerita isi kandung ialah:

  1. Perhargaan
  2. tajuk
  3. abstrak
  4. Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu
  5. Fokus kajian
  6. Objektif kajian-khusus n am
  7. kumpulan sasaran yang dikenalpasti
  8. Perancangan/aktiviti yang dibuat
  9. Tinjauan awal
  10. pelaksanaan aktiviti
  11. Penilaian
  12. Refleksi kajian
  13. Cadangan penambahbaikan
  14. Rujukan
  15. lampiran yang berkaitan
Ini sub topik yang terpaksa dibuat untuk menghasilkan kajian tindakan yang berkesan dan boleh dilakasanakan...kejayaan kajian tindakan kita akan menjadi ikutan dan dipraktif cikgu yang lain. sebenarnya konsep kajian tindakan ini penting dalam proses P@P.Ianya sebagai pemangkin menentukan kumpulan sasaran ini mampu melepasi target kita....Justeru setiap sekolah yang cemerlang akan mewajibkan setiap guru membuat kajian tindakan untuk melihat keberkesanan P@P dia orang....begitulah kira-kiranya.

So..... kesimpulan yang boleh dibuat ialah Kajian tindakan adalah merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Monday, April 09, 2012

Makeup wall....

Isnin 9 April 2012

Assalamuaikum...kepada semua pengunjung blogku...moga kalian di kalangan orang cemerlang dalam kerja buat masing-masing. Sebut pasal kerja buat ni agak sensitif bila ada yang ambil kesempatan ...curi tulang maksudnya...ya lah takut pada bos bukan takut pada Allah..kalau bos dok datang berminggu2 sukanya dia....mengalahkan zizan raja lawak yang menang anugerah semalam..apa tidaknya..datang sekolah lewat...masuk kelas lewat..time masuk kelas tulah buat sibuk2 nok uruskan perkara lain...sudahnya 20 minit berlalu..budak mane..kelas berterabur...

Ok posting petang ni...suke-suke je tukar wall baru pada blog pengajaran fatma-indahnyabahasa blogspot yang pensyarah hendak nilai bermula dari 1 April...sebabnya ada geng sekuliah sama wall dengan kita...mana buleh sama-sama gitu.....dalam banyak2 templet free dalam intenet ni ada juga yang sama....hishishis...maka hati semakin tidak stabil...mintalah si dienyna ejes sebab dia memang suka n terlebih mencara pasal ubahsuai blog ni.....kalau aku memang malas betul nok mekeupnya...nantilah kita tengok hasilnya macam mane....berkenan ke tidak....

Selebihnya aku bukan suka lihat wall yang berserabut.....dok tahu hujung pangkal..kalau boleh semua hendak letak widgetnya ibarat rumah sempit semua barang nak display...sepatut very simple n nice serta susunaturnya yang nampak kemas...agar apa yang ingin disampaikan mendapat manfaat kepada sipembacanya...mungkin orang lain berlainan citarasanya....atas kapasiti jiwa mereka setakat mane yang sesuai....

Saturday, April 07, 2012

Yahoo...berjaya..

Sabtu 7 April 2012

Salam cemerlang untuk semua...hari yang indah dan menceriakan dan jiwa terasa tenang dan santai sebab segala masalah dan kerumitan dapat diselesaikan...di samping dapat membantu rakan-rakan sekuliah menyiapkan tugasan mereka...

Posting kali ini...semestinya sesuatu yang amat bermakna kerana dapat convert video pengajaran dari 1.8 gb kepada 544mb sesuatu yang nampak senang pada yg sememangnya pakar...tetapi agak susah untuk seorang amatur seperti aku....hasil dari tunjukajar anakde dan memang sikap kita yang suka memcuba hingga berjaya..siap makro teaching diupload dalam u tube lagi...dan di post dalam blog masing2...tulah yang yahooooooo...berjaya buat tu...satu lagi kemahiran baru dipelajari....

so...bila masalah saing2 dapat settle kita tumpang gembira.....dia orang ni keras tangan bab2 ict...ada yang dok tahu pun nok buka email...asyik2 password blackout...ni yang buat aku terkadang fedup nok hulur bantuan ni...dunia sekarang semua maklumat di ujung jari belaka..kalau kita tidak menguasai ICT...maka ketinggalan kita...lebih2 lagi yg tiada inisaitif untuk belajar...mintak org lain tolong tolong buat...sampai bila????? belajar sekarang...assigment kene online...hantar tangan or even hantar hard copy pun lecture haramkan...tak kan anak didik kita pandai download games...cikgu masih terkial2 membuka email!!!!!

Thursday, April 05, 2012

Motherboard...problem..

Khamis 5 April 2012

Salam Khamis untuk semua...moga kita dikalangan orang-orang sabar dalam menghadapi semua halangan, cabaran,pot pet yang dok habis-habis sampai sekarang....ingatan untuk diri sendiri sebenarnya...n then problem laptop satu hal....

Bila semua halangan dan cubaaaaan ni berganda2 mula lah asyik nak marah n marah.....tambah lagi bila kerja kita yang diamanahkan oleh bos sendiri dipertikai n banyak pulak sogeh dari mereka yang dok berapa nok faham duduk perkara yang sebenarnya.....buke cerita,jaja cerita,sengaja simbah minyak dalam api, so....sape yang baik hati nok diam je...bila aku mula melenting pandai pulok suruh settle down....semua sudah selesai...apa yang selesai ni?????....cuba kabo ke aku????? baru kita kenal sape musuh dalam selimut dan sape talam dua muka...sape yang tikam dari belakang....sape manis di mulut aje..hati sebusuk-busuknya....

Tambah lagi motherboard laptop aku jam....habis isi perut terburai.otak semua berkecai....yang paling dukacitanya assigment yang bertimbun di dalamnya....hsihishis...sesuatu mesti dibuat untuk menyelamatkannya....usaha yang terakhir pergi dapatkan casing hardisk untuk dapatkan semua maklumat yang terdapat di dalamnya....bermakna siaplah duit ribuan untuk dapatkan laptop baru ....sudah jatuh ditimpa tangga....

Tuesday, April 03, 2012

Cat n mengecat...

Selasa 3 April 2012

Salam cemerlang untuk semua pembaca n pengikut setia yang tidak jemu-jemu bertandang ke sini...time kasih bebanyak kerana kehadiran kalian ke sini merancak dunia blogger...kepada para para blogger yang baru berjinak2 tu..aktifkan diri anda seperti kita orang semua yang tidak jemu-jemu menulis dan mencurahkan idea yang tidak seberapa ini....

Posting hari ini....tentulah kerja cat mengecat bilik...kenapa ya? sejak dua menjak ni kuasa menghias bilik ni membuak-buak....ada je kerja yang dibuat....pendek cerita idea untuk menghias ni datang tetiba aje.....maka bermula prosesnya dibantu oleh seorang tok guru jiran bilik sebelah...(jgn gossip ya) kami ni ibarat kakak dengan adik bongsu je...baruku tahu betapa berkaratnya bilik yg didiami sejak 2 tahun lepas...kata seorg teman..baru nampak ke?...nampaknya hari-hari...tetapi buat2 tak nampak...

Warna yang menjadi pilihan mestilah warna selamat iaitu ... kuning...sesuai n padan dengan ruang sempit agar nampak lebih besar n bergaya....rasanya langsir di bilik pun kena tukar juga....sesuai dengan penghuninya yang bercitarasa mewah n elegant....perasanlah pulak....so dalam minda ni nak cari kertas sempadan yang bertemakan bunga-bungaan...sifat semulajadi perempuan tidak lepas dengan bunga....
berkarat....hishishis...

ginilah cikgu...semua kerja dia nak buat...
udah nampak cerianya....

Sunday, April 01, 2012

Renovation..bilik tayang..

Ahad 1 April 2012

Salam sayang kepada semua pengikutku...terima kasih bebanyak sebab follow fatmasha..harap2 kesetiaan kalian berpanjangan dan sentiasa segar n bugar bagai bunga ros di sebelah tu yang sentiasa kembang n kembang....terima kasih juga teman2 yg sudi mengomen-ngomen ...meriah skit bila ramai yang datang menjenguk...special pada...nita n yumita n dieyna ....(betul ejaan?)

Hari ini....sibuk duk mengemas bilik tayang...sebab dua tiga hari lagi bos besar akan kembali menjenguk ke sini...malu jugok ditegur berulangkali pasal proses mengemas ni....last kali kerahan tenaga dibuat bersama pekerja swasta...cian pulok pada dia org terpaksa abaikan kerja sendiri semata-mata menolong kita....pada si penjaga bilik ni hishishis...katanya bukan bidang dia hias menghias ni...ni kerja orang perempuan ni....malaslah nak komen.....

Nantilah akan dimasukkan gambar sekali bila proses ini selesai....ongkosnya? sendiri tanggung...duit dari mana? sumber yang halal dan boleh dipercayai...
Beginilah lebih kurang biliknya bila siap nanti.....tunggu ya...