Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, September 27, 2012

Tahniah...Lantikan DG41...

Khamis 27 Sept. 2012

Salam Khamis untuk semua..moga kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...Insyaallah..jua yang terlebih rezeki tu sedekahlah kepada mereka yang memerlukannya....moga rezeki yang berkat yang kita perolehi berpanjangan...

posting petang ni...setelah seminggu duk melatih bebudak untuk sukan sekolah dengan pelbagai kerenah...dalam masa yang sama ramai juga di kalangan kami yang terpaksa menghadiri kursus....apa-apa pun redah aje....sebab saya yang menurut perintah....tinggal dulu aktiviti sekolah yang tidak pernah habis ni

Rasa bangga n teruja bila terpapar nama saing2 dalam unit sekolah rendah yang berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti dan dilantik ke jawatan DG41 walaupun bertahun2 menunggu lantikan itu...berkat kesabaran mereka akhirnya hari yang dinanti2 tiba juga....untuk mendapatkan segulung ijazah bukan satu perkara yang senang...hanya mereka yang betul2 sabar, tahan diuji dan yang betul2 komited aje yang mampu bertahan. So tahniah n syabas anda mampu mengubah diri anda setanding dengan mereka yang sudah menikmatinya.....

Maka...semangat untuk belajar dan belajar berkobar-kobar...kalau mereka mampu kita juga tekad ingin neneruskan perjuangan itu...InsyaAllah....

Saturday, September 22, 2012

Semester baru...bermula

Sabtu 22 Sept.1012


Salam Sabtu dan selamat beristirehat kepada semua.....minggu yang paling meletihkan dalam hidup....kursus GPM selama 4 hari dengan jadual kursus yang padat serta ada sesi pembentangan...hari jumaat n Sabtu ke kuala Terengganu lagi menghadiri kelas toturial UPSI untuk sem ke 3...dari pagi hingga petang...terpaksa attend sebab kelas yang pertama biasanya pensyarah akan memberi isi-isi penting untuk menyiapkan asssigment.....redah aje...dalam badan yang letih dan mata yang mengantuk...

Untuk kertas KRB 3013 dapat tutor dari maktab perguruan Sultan Mizan yg juga jiran sebelah rumah...tetapi telah berpindah ke Gong Badak...memenuhi tuntutan kerjaya sebagai pensyarah....banyak input yang diberikan sebab beliau memang opsyen kelas  pra sekolah n murid-murid berkeperluan khas..

Dua hari di sini...kepala udah naik serabut...sebab? bertimbun2 assigment menanti n menanti dengan soalan soalan forum yang bertali arus...rasanya tak terkejar tuntutan kerja yang melambak dengan tugasan kerja di sekolah lagi....so buat slow2 n sehabis baik....make sure assigment dihantar mengikut tarikh yg ditetapkan...janji semua tugasan dapat disiapkan....pada kekawan tu yang ada idea untuk siapkan assigment boleh share info yang berguna kepada kitaorg...

Thursday, September 20, 2012

Hari Akhir GPM berkursus....


Khamis 20 Sept. 2012

Salam Khamis untuk semua pengunjung blog....semoga hari ini menjanjikan seribu ketenangan untuk kita dan dapat sama-sama menyiapkan tugasan dan settle semua urusan dunia...gitule kira-kiranya...

Akhirnya...setelah 4 hari berkursus maka...hari ini hari terakhir di BTPNTRG....suasana tempat yang menarik n damai...pendek kata dapat rehat minda....apa tidaknya dengan jadual kursus yang padat serta semangat yang tinggi dari peserta segala-galanya berjalan lancar....dan hari ini untuk sesi terakhir...kami diminta membentangkan dapatan dan kerja kursus yang sempat disiapkan dalam masa yang terhad...moga perkongsian ilmu ini mampu menggarapkan sesuatu yang berguna kepada kami dan sekolah...Insyaallah...

Kenangan yang paling indah...dapat mengeratkan silaturahim di kalangan kami...ternyata kami golongan pendidik ini sehati sejiwa dalam memberi pendapat serta memahami tugas dan bidang masing-masing....apa yang pasti bertambahlah kenalan kita dalam dairi kehidupan....moga kita akan bertemu lagi di lain kursus.....

Tuesday, September 18, 2012

Kursus pengurusan GPM Terengganu...

Selasa 18 Sept 2012

Salam Selasa dan Salam Sejahtera untuk semua...moga dirahmati....bila blogwalking blog saing2 nampak sangat dia orang macam cool je dalam berentry....tiada respond jauh sekali dari bertanya khabar.....mungkin sibuk or sedang merancang sesuatu...sunyi kejap dunia blogger...

Entry petang ni....masih aura berkursus guru perpustakaan dan media negeri Terengganu yang diadakan di Pusat Sumber Teknologi Kuala Terengganu di Marang selama 4 hari bermula 17 sept. sehingga 20 sept. 2012....Hari ni masuk hari ke 2 kami berkursus...banyak info n panduan yang berguna dapat dikutip selama 2 hari ini....nak kata boring tu...defend pada penerimaan masing2...kalau rasa itu ilmu dapatkan sebanyak mungkin...kalau rasa buang masa baik quit awal-awal.....

Disediakan asrama yang bertaraf hotel dengan dewan makan juga seakan hotel dengan hiasan yang menarik dan suasana yang tenang serta redup membangkitkan semangat untuk berkursus...suasananya telah banyak berubah dengan landskap yang menarik...mungkin pihak pengurusan yang cekap membentuk situasi begini berbanding dengan 10 tahun yang lepas....

Jadual kursus yang padat tetapi berbaloi kepada GPM yang masih memerlukan panduan dan tunjukajar dalam mengendalikan pengurusan PSS di sekolah masing2 bila pulang nanti.....InsyaAllah....

Sunday, September 16, 2012

Cikgu..dan 1001 kisahnya...


Ahad 16 Sept. 2012

Salam Ahad dan selamat hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia ....sejauhmanakah rakyat prihatin pasal 16 Sept ni...atau sekadar seronoknya cuti yang panjang...rasanya orang-orang politik aje yang bersungguh2 untuk meraikannya...sedangkan rakyat inginkan perubahan drastik dalam struktur pentadbiran yang tidak korup, tiada ketirisan serta rakyat didahulukan dalam segala aspek terutamanya mengekang kenaikan kos hidup yang kian meningkat saban waktu....

Kita tinggal dulu pasal politik yang tidak pernah habis-habis selagi PRU13 tidak diumumkan tarikhnya...aku turut simpati dan sedih pada arwah cikgu Normaya Mokthar (baca kisahnya) yang meninggal dunia di sisi anak kecilnya.....bayangkan lah si kecil menangis dan menangis mungkin dia merasakan ibunya pergi meninggalkan alam fana ini keseorangan tanpa suami di sisi....itulah kisah 1001 macam masalah cikgu2 kita diluar sana yang berjauhan..... Allah sayangkannya dari kita yang ada...mungkin sedikit sebanyak melenyapkan penderitaan yang terpaksa ditanggung dengan anak kecik yang terpaksa diasuh seorang diri....

Sebenarnya kisah ni adalah kisah terpencil pada kementerian yang merasakan memang sudah sampai ajalnya...tetapi disebalik itu banyak natijah yang melanda guru2 perempuan yang juga mengalami nasib yang sama...minta tukar tidak dilayan..sisuami di utara dan isterinya di selatan dengan 3 orang anak yang masih kecil...seminggu sekali baru berpeluang bertemu itu pun kalau sekolah tidak buat aktiviti mingguan.....

Sudah sampai masanya kementerian mengkaji polisinya win-win situation menjadi fokus utama dalam membela nasib guru...kita tidak mahu masalah keluarga menjadi barah yang membunuh secara senyap....dan ramai lagi mereka di luar sana yang mengalami nasib yang serupa dan kita tidak mahu berita yang sama menjadi topik di dada akhbar....


Friday, September 14, 2012

Koleksi Antara 7,000 Kereta Milik Sultan Brunei....

Jumaat 14 Sept.2012


Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai model.
Tu baru sebahagian lambang kekayaan dan kemewahan Sultan Brunei. Sultan Brunei dikatakan Sultan terkaya di dunia selepas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah b. Abdul Aziz.

Image DetailHarga kesemua kereta kereta mewah tu dalam anggaran RM15.9 Billion. Fuhh mak datukk!!Koleksi kereta milik Sultan Hassanal terdiri daripada :
Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.
Porsche Carrera GT
Porsche 959
Lamborghini Diablo Jota
Bugatti EB110
Porsche Carma

6 buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT.
2 buah kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya,
Ferrari Mythos
Image Detail

Image Detail2 buah kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia,Image Detail
5 buah kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.
10 buah kereta daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan,
satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.
134 Koenigsegg


Image Detail
Hingga 30 Jun 2010, baginda ada 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

p/s: pada aku telan air liur aje lah...cuci mata...memang rahmat Allah berikan kepada kerajaan baginda serta rakyatnya mewah semewahnya....harap2 mengalirlah jugok harta baginda kepada negara miskin yang memerlukan sumbangan....apa yang pasti hanya Allah yang mengetahui niat seseorang....kita sekadar merancang....

Wednesday, September 12, 2012

Tudung Chiffon 2 layer....Cantik n tertarik!

Rabu 12 Sept.2012

Salam Selasa untuk semua...semoga dirahmati...pepagi ni udah online pasal banyak sangat masa duk awasi periksa OTI5 sempena peperiksaan UPSR...maka semua dalam mood peperiksaan....

Entry pepagi ni...ummmm tudung chiffon 2 layer menjadi trend kita pulak dah....tak pasal2 tudung ni menjadi kegilaan sampaikan dalam facebook pemborong tudung menjadi sahabat paling setia...sebab duk godek dalam photo dia org gambar tudung..kut2 ada yang berkenan dihati....maka 5 helai tudung ni sudah ditempah dan dibank in duitnya...tunggu je sampainya...Persona Butik menjadi pilihan...banyak pilihan n harga yg ditawarkan berpatutan dengan kualiti kain yang kira ok lah...so bolehlah jengah kat FB dia....

Tetanya juga kenapalah sampai begitu sekali keprihatinan kita pada tudung ni....ya lah dalam usia begini rasa ingin melawa menjadi2...nak harap anak dara tu melawa jangan haraplah....biar mak dia je yang melawa.....so soal berlambak tudung tu di rumah...tolak tepi....kata hubby nak pakai masa bila tudung yang ada tu?...namanya perempuan 99 nafsu mengalahkan 1 nafsu.... semua dia nak.....duit sendiri gitulah....apa yang penting kepuasan hati itu mesti ditunaikan dalam keadaan apa sekali pun....pakailah apa yang bekenan masa kita sihat dan nampak cantik lagi dipandang...kalau dah berkedut tu nak pakai macam org muda2 tentu malu pada diri sendiri....

Sebenarnya tudung ni nampak cantik,elegant dengan kombinasi warnanya yang menarik....sipereka ini memang faham kehendak pasaran semasa dan kehendak si hawa ....kita yang di luar sana pun tidak terfikir akan jadi tudung macam ni....

Tuesday, September 11, 2012

UPSR.....Datang lagi!

Selasa 11 Sept. 2012

Salam Selasa untuk semua...semoga dilimpahi kerahmatan dan ketenangan yang berpanjangan...Insyaallah....Jua dapat menjalani tugas harian dengan penuh bersemangat dan tekun lagi...

Posting di pagi ceria ni...setelah dua minggu duk godek intenet di sekolah yang bermasalah...bila kita turun padang n survey apa yang berlaku...barulah settle...kalau tidak duk asyik tanya ikut sms...jadinya ginilah tertunggu2...apa pun time kasih bebanyak pada nizam sebab banyak membantu memulihkan ketenatan intenet ni....So berbalik pada entry...UPSR pada cecikgu sekolah rendah ni bila sebut perkataan ni forbia dia org entah apa2...makan dok kenyang...mandi serupa dok basah kepala je duk mikir pasal bebudak...dia org tenangnya n rilek je...cikgu je yang seram sejuknya sebab nok maintain bukan perkara yang senang...semua mata akan tertumpu bila result tahu...

Apa2 pun tahniah kepada murid2 tahun 6 n cikgu dia sekali sebab 8 bulan bertungkus lumus mempersiapkan diri...maka hari tu tiba juga dengan tenang sekali tiadalah kejadian yg pelik2 berlaku...murid2 pun tiada yang cedera or demam....sebab bab UPSR ni mengalahkan abang kakak kita yang nak ambik SPM...bersungguhnya cikgu....semua aktiviti dan perancangan dibuat dan dilaksanakan...kalau tidak mencapai target....kata orang memang tiada rezekilah tu...

Thursday, September 06, 2012

Azeem Oh Azeem!


Khamis 6 Sept 2012

Salam Khamis untuk semua...moga dirahmati....lama tidak update blog sejak bermula berpuasa enam ni...pergerakkan terbatas...idea pun layu .....kerja2 sekolah yang tidak pernah surut...banyak sangat program yg melibatkan semua guru...program kecik2 pun semua guru dikerah....so minda jadi serabut...jalan terbaik isi borang tukar.....sudah summit pd gb tunggu n tunggu tetapi sesuatu yg luar biasa mesti diusahakan untuk ke sekolah lain...kalau tidak duk situlah jawabnya sampai 10 tahun...

Entry petang ni setelah siap masak di dapur untuk berbuka puasa....pipi Azeem bengkak n bengkak...sebab payah nak dapatkan cerita sebenar....cerita dari kekawannya...kesimpulannya namanya bebudak sama-sama nakal....apa yang pasti kejadian itu berlaku semasa guru tidak masuk kekelasnya....so faham2 ajelah....bila kekawannya yang beritahu kita memang kita pun nak marah....tanyalah pada mereka yg mempunyai anak...jika siibu melihat anaknya biru dipipi dengan kesan lebam...wat senyap aje...atas alasan tak mahu panjang cerita.....yang rasa terkilannya seramai tu cikgu yg ada di sekolah tu tiada seorang pun yang nak call kita beritahu perkara sebenarnya...kalau kawan dia tak beritahu maknanya balik sekolahlah baru tahu tu pun kita lihat sendiri wajah anak kita......

Soal masuk kelas itu perkara wajib mesti didahulukan.....so beringatlah pada diri sendiri n mereka yang digelar guru....budak tahun 1 ni diaorg tidak tahu apa2...diluar kawalan jika bermain...pengawasan itu lebih penting....bila terdengar suara2 sumbang...rasa bengang juga...yalah dok kena pada anak dia sendiri...sedap cakaplah....namanya budak2 nakalnya berlebih2....alhamdulilah semuanya selesai td...dengan cikgunya yang sudah minta maaf dan mengakui memang salah dia terlupa nak masuk kelas...kita faham dan boleh menerimanya....sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil dari insiden ini....

Saturday, September 01, 2012

Kek Karemal lagi....sedap!

Sabtu 1 Sept 2012

Salam syawal untuk semua...moga-moga kita dirahmati dalam apa jua keadaan.....ari ni terlebih rajin sebab dua entry dipostkan di sini...payah nak dapatkan mood menulis dan luahkan apa2 saje yang terlintas di sini....so baca aje entry ni jika berminat....

Posting petang ni... Kek Karemal meletop....pasal dalam blog semua blogger masakan... kek ni lah yang palin kerap ditonjolkan....alasan? kek yang sedap,cantik n lain dari yang lain...nak buat juga pening sebab banyak sangat prosesnya....hinggakan nak letak kuning telur...dengan putih2 sekali dimasukkan...nasib menjadi.....step dia a sampai d...tu le yang terlebihnya....yang banyak menerima tempahan pun kek nilah....boleh dihias begitu saje atau di letak whipping cream...hias ikut suka...terima kasih bebanyak pada yang empunya resepinya Puan Munira Baharum..

Masa mula mencuba tu...rasa was2 tu sentiasa ada....ya lah kek yang dibuat karemal terlebih dahulu...pastu masukkan adunan kek di atasnya...macam tak percaya rupa2nya adunan kek tu tidak tenggelam n mendap bersama karemal....terapung-apung gitu....tak percaya? cuba buat lihatlah sendiri....bila masak karemalnya cantik terletak di atas kek bila kita terbalikkan....so kita boleh pelangikan kek kita mengikut warna yang diminati....bila dihidangkan pada tetamu mesti diorg puji kesedapannya.....cuba jangan tak cuba....

Makan...makan!

Sabtu 1 Sept.2012

Salam Sabtu untuk semua....masih lagi dalam aura raya...yang pasti jemputan rumah terbuka berpanjangan...hari-hari ada...macam mana nak puasa sunat 6 ni...ari ini pun 3 jemputan yang terpaksa dikunjungi......

Entri pepagi setelah duk sibuk kemas bilik2 yang dihuni oleh anak2 bujang...semua udah pulang ke kampus masing2....so suasana kembali tenang yg tinggal lagi seorang...esok mula berangkat....
jamuan hari raya sekolah....dalam duk GB tak boh buat.....buat juga...kalau aku....bila orang kata dia memang tidak suka majlis begini...ambik kata putus tak payah buat..so untuk main pujuk2 bukan prinsip kita.....sambutan ala kadar dr tahun2 sebelum ni...

Jamuan makan antara program penting di samping acara persembahan...tahniah pada kumpulan Nada murni diwakili murid tahun 4 Zamrud menang dalam acara persembahan.....ada juga yg kata kalau dia tak pilih kumpulan ni....tanpa alasan....keputusan juri mutamad...jangan duk pertikai....diberi tugas menyiapkan menu puding...dua puding dapat dibuat....puding laici yang mewah dengan buahan campuran 2 bekas....dengan sos air laici cosway lagi...sebab byk2 air laici...cosway aje yang memenuhi citarasa...pendek kata kalau tak ada..memang tak akan buatnya sebab rasa n kualiti itu penting.....dan sebiji puding karemal yang dihias dengan buah peach di atasnya....

Yang sedih.....sebab tahun ni bukan kita ketua bahagian jamuan...jadi ramai yang terkedu sebab tidak dapat bawa balik makanan yang tidak habis....masing2 berebut2 bungkus untuk diri sendiri...yang malu2 tu tengok aje...kasihan!...