Renungan...

Followers

nuffnang

Wednesday, July 20, 2016

Bermula episod yang menyedihkan...!

Rabu  Julai 2016

Salam Rabu dan Assalamulaikum buat semua...berpeluang menjejakkan kaki di sini setelah sebulan tidak mencoretkan sesuatu di sini dengan pelbagai aktiviti yang berlaku sama ada gembira dan cukup sedih dan meruntunkan hati sanubari...waaaa ...terlebih dahulu salam syawal kerana bulan syawal masih berbaki lagi..namun berkesempatan berpuasa pada bulan ini mengambil manfaat yang dilimpahkan....alhamdulliah...

Rasenya pada post yang lepas telah diceritakan waktu2 yang indah serta kenangan ketika berjawatan di SK Bukit Besi sebagai penolong kanan kokurikulum selama 3 tahun lebih...sekolah yang banyak meninggalkan kenangan manis serta paling selesa bertugas di sana dengan GB dan rakan2 pengurusan yang banyak membantu tidak kurang juga cikgu2 yang begitu baik dan bekerjasama dalam segala hal...banyak perkara yang dapat kami selesaikan bersama dan menimbulkan keseronokan bekerja ...walaupun jauh tetapi hati cukup tenteram dan menghiburkan....terima kasih SK Bukit Besi....

Setelah dikejutkan dengan surat penempatan baru sebagai penolong kanan pentadbiran di SK Batu 7...terkejut dan tergaman ditukarkan atas jawatan setara dengan alasan mana2 luluasan NPQEL hendaklah memegang tampuk pkp dahulu sebelum dilantik sebagai Guru Besar....kelakar pun ada hairan pun ada...macam-macam perasaan timbul tika itu sehingga surat pertukaran itu berada di tangan....bahawa sememangnya ditukarkan dan memegang jawatan baru...walau aku pernah memegang jawatan ini selama 6 tahulu dahulu sebagai pkp lantikan sekolah...pengalaman itu sudah ada sebagai bekalan sebagai GB...arahan tetap arahan..dan perlu diikuti...terima seadanya kerana yang penting berdeaktan dengan rumah iaitu 5 minit perjalanan...syukur alhamdulliah kerana dapat balik ke bandar kata orang...sebab ramai dalam kalangan kami sudah berada di kawasan masing2...pertukaran ini bermula 16/6/2016...cantik tarikh itu secantik sukanya aku dengan penempatan baru yang dekat dengan rumah...Sekolah band 1 dan pernah mendapat baiah berkali-kali...sekolah yang menjadi tumpuan kalau di daerah Dungun ini...

Menjalani rutin harian sebagai pkp baru di sekolah yang baharu...cikgu2 cukup baik dan ramai yang dikenali dengan barisan pengurusan yang banyak membantu...nekad ingin buat yang terbaik di sekolah baru dan membuat perubahan demi kecemerlangan sekolah kerana dalam jiwa ini sudah tertanam azam untuk menaikan nama sekolah sehabis baik dengan menggunakan segala kepakaran yang ada...insyaallah...dalam keriangan menyambut syawal dan banyaknya impian yang belum dicanang...aku dipanggil ke PPD oleh Timb. PPD memaklumkan aku ditempatkan di sekolah yang jauh sejauhnya di hulu Dungun sebagai Guru Besar Alaf baru lulusan NPQEL dengan ilmu yang cukup banyak dan semangat yang berkobar2 untuk menjadi pengurus sekolah yang cukup hebat dan cemerlang....

Perkhabaran sekolah yang terlalu jauh..membantutkan impian dan kenangan seketika...terdetik dihati ini apalah hikmah di sebalik ini sehingga aku diuji dengan begitu hebat sekali...berderai air mata tanpa disuruh...terasa diri tidak dihargai...jiwa rasa kosong sekosongnya...bermula episod bertegang urat dan berperang dengan kemahuan serta keselamatan diri bila berkunjung ke sana...sebuah sekolah pedalaman kapasiti murid 70 orang dengan guru seramai 10 orang...sekolah yang dimaksudkan ialah SK Shukor ...bila diselidiki..jika aku menempatkan diri  di sini..aku merupakan GB perempuan 1 berkhidmat di sini semenjak sekolah ini dibuka 2 dekad dahulu....laluan ke sekolah cukup bahaya dengan laluan gajah,ular sawa kerana prsekitaran hutan yang masih tebal...pendek kata tiada perkampungan manusia sepanjang jalan kecuali di perkampungan tersebut.

Perjalanan ke sana mengambil masa 1 jam 20 minit iaitu bersamaan dengan 86km sehala..amat tidak sesuai dengan seorang perempuan untuk meredah hutan...mengambil risiko serta tindakan yang paling tidak wajar dari seorang ketua jabatan meletakkan aku di sana...apa motif n tujuan?????masih berlegar2 dalam kepala...jika kerana dikatakan aku pembangkang fitnah yang amat jahat dilemparkan kepada seorang penjawat awam seperti aku dituduh tanpa bukti oleh seorang ketua jabatan yang sepatutnya menjadi pembela kepada staf di bawahnya...betapa kerdil aku ketika ini...menyelesaikan masalah sendiri...mengharapkan rayuan pada penempatan ini....nekad..kutolak seratus peratus jawatan ini kerana keselamatan diri lebih diutamakan dalam detik waktu ini...biarlah aku tidak berjawatan sebagai Guru Besar kerana sikap pegawai yang sepatutnya membela aku cuba menidakkan keupayaan aku dan seolah2 mematikan semangat aku untuk menjadi pengurus yang cemerlang....Rata-rata sahabat yang masih simpati kepada aku menasihati supaya tidak menerima tawaran ini kerana risiko cukup bahaya untuk berulang alik ke sana..aku akur kerana aku telah menjejakkan kaki ke sana kata2 itu memang mengiakankan kedatangan aku ke sana...

Apa yang pasti perancangan Allah sebaik2 perancangan...mereka yang menganiyaan aku tiada hijab di sisi Allah ....terima kasih tuan kerana tuan telah menyedarkan saya bahawa...kuasa atas dunia ini melebihi segala kuasa yang ada...Aaminnnn...

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"


Monday, June 13, 2016

Alhamdulliah...selesai segala-galanya!!

Isnin 13 Jun 2016


Salam Sejahtera...Salam Sehati Sejiwa...bertemu kembali selepas menamatkan sepenuhnya kursus NPQEL di IAB selama 5 bulan di sana dengan pelbagai cabaran, dugaan serta perit jerihnya untuk menghabiskan kursus untuk menjadi Guru Besar Alaf 21....Kalau ditawarkan kursus sekali lagi rasanya tidak mampu lagi menyahut cabaran itu walaupun sebelah kanan tangan ini diletakkan ribuan wang..tetapi cukuplah setakat ini sahaja perjuangan yang mampu dihabiskan dalam usia gini...rasa tidak larat untuk mengheret kaki ini ke sana lagi semata-mata untuk berkursus panjang...huhuhu kesan fizikal dan mental yang cukup meruntun hati dengan banyaknya assigment dan e pembelajarannya yang terpaksa disiapkan dalam detik waktu yang cukup pantas dan cepat...

Kepada sahabat2 ambilan 2 2016 selamat berkursus dan sahutlah cabaran yang ada...lapangkan minda untuk menerima segala ilmu yang dicurahkan kerana anda seperti kami juga mampu dalam keterpaksaan demi memenuhi syarat lulus kursus sebelum dilantik sebagai Guru Besar...tetapi ramai dalam kalangan kami sudah dilantik sebagai Guru Besar bagi memenuhi kekosongan yang begitu ketara setiap negeri...bila dua bebanan kerja dibuat  dalam satu masa tu yang membuatkan kepala kami berpusing-pusing dan berpinar2...kerja yang nampak simple tetapi cukup berat tanggungjawabnya...mengurus dan mentadbir organisasi yang memerlukan bimbingan dan tunjukajar yang bukan calang-calang orang mampu mengurusnya dengan baik...

So...segala bebanan dan keserabutan yang bersarang di kepala ini sudah selesai sepenuhnya pada 10 Jun yang lalu dengan termenterainya majlis penutup program tersebut kepada peserta ambilan 1/2016..kepada rakan2 seperjuangan teruskan kerja buat yang diamanahkan...gunakan ilmu yang diajar sebaik mungkin...kepakaran serta bakat yang ada dipergunakan pada jalan yang betul sebab banyak sangat yang memandang kita kerana bukan semua orang mampu mengikuti kursus ini setelah menjalani temuduga yang mencabar dan proses kursus yang terlalu padat dan tidak mampu dihabiskan jika kekuatan fizikal dan mental bermasalah...Alhamdulliah...selesai segala-galanya!!! Aamin...








Geng bas sekolah...diapit dua orang GB dan sama-sama berkongsi kereta..TQVM GB Sukni..

Wednesday, June 01, 2016

Selamat Hari Lahir yang ke...?

Rabu 1 Jun 2016

Salam Rabu untuk semua...salam sehati sejiwa....seperti yang telah diwar-warkan dalam entry semalam...hari ini merupakan hari dilahirkan di alam fana ni...rupa-rupanya dah masuk setengah abad menghirup segarnya udara yang dipinjamkan...melihat indahnya panorama yang diciptakan...mendengar bisikan unggas di rimba...sahut2 kicauan burung di angkasa terpana dengan keindahan alam ciptaan Allah...betapa kerdilnya kita bila mengingati umur sebegini...dipanjangkan usia untuk mengagumi setiap penciptaanNYA...teralpa seketika dalam rentak hari yang tidak mengenal siang dan malam....

So....Selamat hari Lahir...ucapan untuk diri sendiri dan tidak lupa juga sejambak wangi kasturi dititipkan kepada suami..anak-anak...kaum kerabat...kawan-kawan yang sempat mendoakan dan mengucapkan hari lahir...sesungguhnya kalian semua penguat semangat untuk menjejaki hari-hari yang mendatang dengan seribu kepayahan...tidak lupa juga sujud syukur kepada mu Ya Allah kerana masih berpeluang melayari laman kehidupan dengan santun dan bahagia bersama insan-insan yang tersayang...Sayang kamu semua....


Tuesday, May 31, 2016

SKBB tetap dihati...

Selasa 31 Mei 2016

Assalamulaikum dan salam sejahtera...alhamdulliah siap sepenuhnya laporan sandaran NQPEL yang menjadi beban yang terpaksa ditanggung dan dihadapi demi ingin menjadi seorang Guru Besar alaf 21 gitu...6 Jun terpaksa menghadari kursus selama 5 hari lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia huhu....terasa berat hati n kaki untuk melangkah ke sana lebih-lebih lagi diakhir kursus ni...so entry hari akhir bulan Mei 2016...bermakna esok 1JUN akan sambut hari lahir yang ke....hihih

Sebenarnya..tertiba aje rasa lama benar berulangalik ke SK Bukit Besi sebagai guru penolong kanan kokurikulum yang dirasakan banyak kenangan manis dan tidak kurang juga terusik hati kecil ni apabila ada di kalangan rakan2 yang memburuk2kan apatah lagi membicarakan perkara-perkara di luar jangkaan...adusss...memang mengalir airmata ni...tetapi sabar itu sebahagian daripada erti kehidupan...dan kita bertambah matang dalam meniti usia gini...banyak pengalaman pahit maung suka duka untuk memajukan sekolah dan membahagiakan cikgu2 yang ada....bukan perkara yang senang untuk memuaskan hati semua orang dalam bab bekerja....pengertiaan dan tuturkata yang lemah lembut tidak menyakit hati cikgu2...memaksa terkadang hati sendiri terluka dek kerasnya kata-kata itu...redha dan sabar...

So...di saat ini masih di SKBB walaupun ramai team kerja yang telah meninggalkan SKBB terasa payah untuk melengkapkan teamwork 2013-2015 yang hebat dalam menjalankan tugas...banyak kenangan manis bersama mereka...dan banyak aktiviti sekolah yang melibatkan skala yang lebih besar dapat dijalankan dan kerjasama dari mereka...rasenya diri ini dihargai kerana mereka mampu bekerja bersama-sama serta menerima pendapat dan idea yang kadang2 gila2 jugok...pada tahun ini banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana diri ini banyak berkursus dan menjalani praktikum IAB...ditambah lagi dengan kerja kursus yang banyak dan ditambah dengan rutin harian yang lain....walaupun begitu hati tetapi happy kerana rakan-rakan yang banyak membantu serta adik-adik yang sentiasa memberi semangat...

Harapan....semoga ada sinar baru yang akan menjelma dan mengubah segala-galanya demi memberi perubahan kepada segala-galanya sama ada kepada diri ini bahkan kepada organisasi yang bakal dipimpin....Insyaallah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...