Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru!

Sabtu 16 Mei 2015

Salam Sejahtera.Moga Dirahmati. Berentry lagi sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini. Walaupun Cuti Hujung minggu,tetapi tarikh keramat itu tetap datang dan kita kaum guru ini tidak lepas dari mengucapkannya sama ada secara langsung dan tidak langsung...

Tidak lupa juga kepada semua guru yang telah mengajarku dari sekolah rendah Sultan Omar...terus ke Sekolah Menengah Sultan Omar sehingga ke tingkatan 5 seterusnya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Tengku Intan Zaharah....terus ke Maktab Perguruan Pasir Panjang yang sekarang telah dijadikan Sekolah Sains...dan yang paling kemuncak kepada pensyarah UPSI..jasa kalian dan tunjuk ajar yang diberikan akan dikenang sehingga akhir hayat...Terharu bila kenangkan ramai di kalangan cikgu2 ini telah kembali menemui penciptaNYA...tetapi title guru tetap unggul dan masih dalam ingatan...jasa dan pengorbanan cikgu2 cukup besar dalam mendidik dan menunjuk ajar kami sehingga berjaya dalam hidup....Terima Kasih Cikgu!

Biar penat berdiri...jangan penat memberi
Biar lelah terduduk...jangan lelah membentuk
Biar penat bercakap...jangan penat berharap
Jangan bergerak seperti gunting melangkah namun memutuskan....
Bergeraklah seperti jarum...menusuk namun menyatukan..
Buat semua insan yang bergelar guru...sekali bergelar guru...sepanjang hayatmu menjadi guru...Terima Kasih Cikgu!!!

Tema hari guru tahun ini.Guru :Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.Huraian yang cukup menyentuh perasaan dan merangkumi segala intipati yang terkandung dalam tema yang diketengahkan.


GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).
1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

Tuesday, May 05, 2015

Bila jiwa tenang....

Selasa 5 Mei 2015

Asalamulaikum kepada semua pengunjung blog ni...tetiba aje rasa nak bercerita di sini setelah sekian lama menyepi...salah satu sebab semua assigment telah disubmit dan sem ni sem terakhir admin...jadi rasenya nak hidupkan semula blog ni dan nak asah minda semula...moga tuhan permudahkan segala usaha murni ni....ye lah bila jiwa kita tenang dan yakin pada kemampuan kita sendiri kita rasa dunia ni kita yang punya...Menghabiskan sisa-sisa hidup ni...kita perlu tenang...berfikiran positif...memaafkan segala kesalahan orang lain pada kita...tentu jiwa yang sebelum ini tegang akan tenang kembali...

Aktiviti sekolah cukup padat semenjak dua menjak ni...paling hampir kanival rakyat bersama YB Bukit Besi...idea gila-gila dari presiden kelab guru dan kakitangan selama 3 hari 3 malam...bukan kerja yang senang tetapi semangat,komitment yang tinggi...kerjasama dari rakan sejawat adalah kunci yang paling penting...walaupun tidak sunyi dari sok sek dari  mereka yang tidak senang dengan program yang dirancang setidak mungkin usaha ke arah kebaikan di persetujui ramai dan mendapat mandat dari Guru Besar...rasanya tidak sabar untuk menempuh suasana yang gemilang itu...

Nantilah akan diupload gambar yang berkaitan sebagai evident kepada suasana tersebut.... 

kata-kata yang cukup meruntun hati...