Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, August 01, 2012

Pais...makanan orang Terengganu..

Rabu 1 Ogos 2012

Assalamulaikum untuk semua dan selamat berpuasa.....moga bulan mulia ini dimanfaat sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah....buang jauh sikap bermalasan,umpat-mengumpat tu..terkadang bila kita nak sangat jaga pahala puasa tanpa disedari kita tergumpat juga...tulah namanya manusia tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan......

Berentry lagi....hari ini nak ajak pengunjung semua mengenali makanan tradisi masyarakat Terengganu yang terkadang pelik2 juga makanan yang dia org makan.....sebenarnya banyak sangat namanya....ada yang panggil otak-otak atau pun pais...rasa sama...tinggal lagi cara bungkusnya berlainan maka sebutan pun berlainan....kalau kita bungkus dalam daun kelapa dipanggil otak-otak...agak2nya lah bila dibungkus dalam daun pisang dipanggil pais....cara buat dan ramuannya sama aje....bila masuk era moden ni bungkusnya juga pakai aluminium foil senang didapati di kedai...berbanding daun pisang.....

Dalam ramuan tu dicampur kelapa parut yang ditumbuk halus bersama bawang,lada lumat,garam,gula serta gaul sekali ikan yang dipotong kecil-kecil...masuk juga rempah gulai,kerisik gaul rata tidak lupa juga daun kesum digaul bersama sebagai pembangkit bau....selepas proses mengadun tu siap bolehlah dibungkus dengan daun pisang ke daun kelapa atau aluminum foil...ikut selera kau org mana yang berkenan...kalau nak rasa yang asli baik bungkus dengan daun pisang.....selepas tu barulah dipanggang aromanya pasti mengancam selera.....

6 comments:

lia said...

mak saya suka, sbb dia mmg org sana

fatmasha said...

ya ke...mmg sedap pais ni..

pinky said...

sedapnya....kat kg dl sll jgk buat...

nita said...

kalau otak2 tu pernah makan lah, tapi pais tak pernah kot..
kalau rasa cam otak2, sure sedaplah sebab sekarang ni kami anak beranak memang suka makan otak2..hehehe

fatmasha said...

jgn salah tafsir..sudahle...hehehe

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.