Followers

nuffnang

Friday, March 30, 2012

Kelebihan Hari Jumaat...

Jumaat 30 Mac 2012

Salam Jumaat untuk semua...kejap aje masa berlalu pejam celik kita udah bertemu Jumaat semula...rasanya baru semalam menyambut Jumaat.....hari ini kita kita ketemu lagi Jumaat...penghulu segala hari...di dalamnya tersirat pelbagai kelebihan dan keberkatannya jika dihayati kerana banyak perkara-perkara yang berlaku dan akan berlaku pada hari Jumaat.

Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)

Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.

Wednesday, March 28, 2012

Bola Jaring...Tahniah!

28 Mac 2012

Salam petang n salam sejahtera kepada semua....rancak pulak jari jemari ni mencatat sesuatu pada petang ni....minggu yang paling memenat dan meletihkan....bekerja hampir 12 jam sehari...mana mungkin tenaga senja ni mampu bertahan....last sekali kita tidak boleh menipu diri sendiri menyatakan kita kuat...tetapi minda kita letih seletihnya....

Dengan berakhirnya kejohanan bola jaring dun paka...maka berakhirlah salur galur penatnya...apa tidaknya dari bulan dua start latihan bersama bebudak tu..walaupun kejayaan tidak memihak sepenuhnya....tetapi alhamdulliah mampu juga menjejakkan kaki ke separuh akhir....tahniah n syabas penantian selama 5 tahun untuk sampai ke peringkat itu terlaksana jua...berkat coach n penyokong tegar yang tidak berganjak dari tempat duduk menanti dengan penuh debaran dan santun semua perlawanan....pada rakan-rakan yang hadir sebagai penguat semangat tu terima kasih daun keladi ya....tahun depan khidmat tukang laung diperlukan lagi....

Berbalik pada pertandingan tu...kita yang jadi pengadil ni tidak berkira pasukan mana yang bertanding...memang menjadi pengadil yang setia n setia dari dulu hingga sekarang dari...anak2 kecik dibawa ke hulu hilir padang...sampai semua udah masuk u...tapi ibunya masih sama di padang lagi...mencurahkan keringat pada team bola jaring....

Tut...tup sampai masa nak claim perjalanan nama kita tidak tersenarai dalam kumpulan pengadil yang panggil. Dengan alasan sekolah tidak hantar nama....yang engkau pk ko buat apa sampai katanya tiada masa nak telefon.....kalau aku tahu dari asal nama memang tidak tersenarai awal-awal lagi aku jadi penonton aje...alasan yang cukup silly n nonsen...kalau keluar dari mulutnya minta maaf dari aku.. boleh terima lagi.....ni mati2 duk pertahankan kesalahan dia....nilah perangai manusia.....yang aku cukup2 marah n kecewaaaaaaaaa.....................

Monday, March 26, 2012

Kalutnya kita....

Isnin 26 Mac 2012

Alhamdulliah. ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana dipanjangkan usia dan masih lagi bernafas setakat ini dalam dunia fanaMU yang banyaknya godaan,pot-pet sana sini...mulut kita kalau tidak ditutup sehari macam nak kiamat dunia ni...

Entry pagi ni selepas seminggu tidak hujan..tetiba aje hujan turun mencurah-curah...damai jiwa nurani rasa nak marah pun cool bila lihat titis-titis hujan yang turun...tadi memang rasa nak marah,kecik hati pun ada pasal pot pet kita tu....

Ya lah kerja kita jangan duk mandai-mandai nok mencara kerja orang lain. Ikut turnlah...bercakap biar berpada-pada....nak menegur pun berpada-pada..kalau kerja menyusahkan jangan buat..kalau nak buat juga..jangan babitkan orang lain...kita buat kerja seorang-seorang....lepas tu label hasil kerja kita dengan letak nama dan tarikh sekali....baru orang dok kata apa-apa.....beritahu pada GB ni kerja saya..kalau tidak GB tidak tahu kita yang buat kerja...macam-macam perangai kita ya......

Saje rasa nak luahkan di sini...sape-sape yang baca jangan duk bertanya...sape dia..sape dia kalau bukan kita dalam situasi ini...abaikan saja...kalau ditujukan pada kita...perbetulkan keadaan....kalau perasanlah....
geram Pictures, Images and Photos

Friday, March 23, 2012

Isteri-isteriku...

Jumaat 23 Mac 2012

Salam Jumaat untuk semua pembaca blogku....moga kehadiran penghulu segala hari ini membawa seribu keberkatan dan kita mengambil fadilat Jumaat dengan banyak berzikir dan bersedekah...moga kita ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..InsyaAllah

Posting kali ini sesungguhnya kita punyai empat orang isteri dalam hidup ini:

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Thursday, March 22, 2012

Kisah bayi kembar...

Khamis 22 Mac 2012

Salam Sejahtera n selamat petang untuk semua.....cuaca yang baik dan panas dua tiga hari ini...sampaikan air paip pun terasa panas....yang lucunya sikecik Azeem menjerit bila masuk ke bilik air..apa tidaknya gara-gara hendak mandi....bila dibuka pili air tu...mahu kau air itu panas..menjerit-jeritlah dianya....kita pulak yang panik...Moral of the story...lain kali buka pili air tu rasalah dengan tangan dulu....

Entry kali ini godek2 dalam blog di sini terjumpalah kisah ni...maaf yang tuan tanah menceroboh tadi..minta halal ya...kau orang baca n then beri pendapat kau orang ending of the story...

Ada sepasang bayi kembar yang seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Abu.Abu berbadan gempal dan sihat tapi Ali pula kurus kering kerana tak cukup menyusu dari ibunya sedangkan Abu pula sering disusukan oleh ibunya.

Oleh kerana si Ali marah sikap pilih kasih ibunya,maka pada satu malam ketika ibunya sedang tidur dia telah menyapukan racun pada kedua-dua susu ibunya supaya si Abu cepat mati.

Tetapi apabila Ali bangun dari tidur pada pagi esoknya didapati ayahnya yang meninggal dunia bukannya si Abu.

Persoalannya, mengapa ayah mereka yang meninggal?..




Tuesday, March 20, 2012

Cupcakes lagi...



Selasa 20 Mac 2012

Assalamulaikum dan salam sejahtera untuk semua...minggu ni memang terlebih rajin pasal menulis di blog...gara-gara si dayana yang suka sangat berposting...tetiba aje berjangkit...kalau dulu berat tangan untuk menulis...satu perkembangan yang sihat ni ...moga2 berpanjangan...

Posting hari ini...entry tertunda beberapa hari...tiada kesempatan....menu cupcakes mentega n taburan badam gitu....rasanya ok n sedap sebab adunan asalnya telah diubahsuai mengikut mood sipembuatnya....satu adunan dapat 24 cup yang sederhana....semua boleh merasa....resepinya? nak bagi ke tidak ni??? simple resepi bahan2 yang senang didapati dalam kadar yang murah...

Bahan-bahannya

200gm mentega
200gm gandum
190gm gula
1sb ovelett
1/2 st baking powder
1/2 st esen vanila
4 biji telur
1sb perahan oren(sunquick)
taburan badam sebagai hiasan
cawan kertas

Cara-cara

1. Dalam mixer,masukkan mentega n gula. Putar dengan kelajuan tinggi hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil perlahankan putarannya.
3. Masukkan sunquick.esen vanila,overlet dan putar lagi hingga sekata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. diikuti dengan baking powder.
5. Putar lagi hingga sebati.
6. Sebelum tu paanskan oven lebih kurang 10 minit.
7. Masukkan adunan tadi dalam cup.kemudian taburkan badam cincang.
8. Sedia untuk dibakar selama 20 minit mengikut keupayaan oven kita.

Selamat mencuba....

Monday, March 19, 2012

assigment....assigment lagi!!

Isnin 19 Mac 2012

Salam penuh ceria untuk semua....terasa rajin pulak update blog kali ini...sebab apa ya? kalau org bercinta mesti ada penguatnya yang menyebabkan dia terlebih rajin....sebab ada org support jiwa dan perasaannya......yang kita tiada org support pun tetiba aje semangat utk menulis tu seperti air terjun Nicaragua....melimpah-limpah...

Ni baru cuba berjinak-jinak menaip assigmnet utk semester ni...buntu n keliru...nok start ikut mane dulu...punyalah payahnya soalan...naik sembab pala hotak duk mikir ni....bila senja2 gini baru menjadi student tulah bahananya....idea pun berkarat n utk luahkan perkara yang ilmiah ni yang payahnya....kalau menaip ikut suka aku...macam tulis kat blog ni...ceritalah apa2 saje yang boleh menyenangkan jiwa raga.....tanpa dinilai dan dipaksa....nok hentam ke....mengumpat ke ...kalau menyentuh hati dan hal org lain....kau org semua boleh hentam dan kritik...

Mata pun udah naik juling duk mengadap komputer siang malam...kata seorang teman...alah kau sekarang senang belajar...semua dlm intenet ada...dok payah susah pergi ke library cari bahan...copy n paste je siap...zaman aku dulu habis kedai duk perabih pitis nok dapatkan bahan...
lagilah payahnya.....bila direnung n ingat balik betul juga katanya....alah bisa tegal biasa..hendak seribu cara tak hendak beribu-ribu dalih...tepuk dada tanya iman...kalu tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...berakit-rakit kehulu berenang renang ke tepian..bersakit-sakit dahulu dahulu bersenang-senang kemudian....bermadah skit...

Ada sesiapa yang diluar sana boleh tolong siapkan assigment ni???????

Sunday, March 18, 2012

Santai di Kuantan...

Ahad 18 Mac 2012

Salam petang untuk semua...hari ini dienya cuba mengubahsuai blogku mana yang patut...katanya memang dia suka menghias dan susunatur blog sesiapa yang ingin khidmat beliau...payah nak cari org macam ni terlebih rajin n memang suka duk ngadap komputer....terima kasih daun keladi ya..setting lagi biar nampak kemas n elegent....

Entry hari ini...santai di bandar kuantan...ari sabtu kelmarin...tu pun selama seminggu cuti duk terperap je di rumah sambil menyiapkan assigment....sebenarnya hubby yang merajuk sebab kita duk mengendap laptop dari pagi hingga petang....time rajin buat assigment..idea tengah banyak...rasanya hilang kejap dunia luar...tumpuan pada kerja kursus....

Bila anakde call suruh datang...apalagi macam orang mengantuk disorongkan bantal...lepas tensionlah jawabnya ...sampai kat EC..terpampang pesta buku kuantan..walau pun hanya tinggal sehari promosi akan berakhir...apalagi di situlah jawabnya santai...buku-buku yang terpakai potongan sehingga 90% maknanya ada buku yang harga RM2 sahaja...tetapi yang banyak buku-buku dalam Bahasa Inggeris....

Tabik aku pada mereka yg berkotak-kotak memberlinya...dia org baca ke sekadar geram lihat buku yang berkualiti ttp ditawarkan harga yang amat murah atau sekadar untuk menunjuk-nunjuk bahawa aku memang "ulat Buku".....bila si anak dara menggunakan baucer buku 1 Malaysia dengan kadar RM50 dapat 1 kotak...memang berbaloi membelinya....

Pameran ini dibuat di ruang pameran bersebelahan pintu masuk Hotel Zenith..hotel paling hebat rekabentuknya...kalau tidak kerana pameran ni rasanya tidaklah kaki ini menjejakkan kaki ke situ....Lihatlah foto-foto yang sempat dirakamkan...

Friday, March 16, 2012

Renungan Jumaat...

Jumaat 16 Mac 2012

Salam Jumaat untuk semua rakan-rakan blogger...Renungan Jumaat kali ini sebagai peringatan kepada diri ini dan juga para sahabat...... fadilat bersedekah...

Terjemahan ayat 271, Surah Al-Baqarah:

"Sekiranya kamu memperlihatkan sedekahmu, perkara itu baik. Sekiranya kamu bersedekah kepada orang fakir dan kamu menyembunyikannya, itulah yang lebih baik bagi kamu. Allah menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."

5 DI DUNIA

  • Menyucikan hartanya
  • Menyucikan badan
  • menolak bala dan penyakit
  • menggembirakan orang miskin dan orang mukmin
  • Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya.

5 DI AKHIRAT

  • dinaungkan dia dari panas akhirat
  • ringan hisabnya
  • berat timbangan amalannya
  • mudah melalui titian siratulmustakim
  • bertambah darjatnya di dalam syurga.

Tuesday, March 13, 2012

spaghetti segera...

Selasa 13 Mac 2012

Selamat Malam dan salam sejahtera untuk semua tetamu yang berkunjung ke sini...pejam celik hari ini udah hari selasa..maknanya separuh cuti seminggu sudah habis digunakan..tinggal beberapa hari lagi rutin harian menanti....suasana hujan yang tidak berhenti-henti sejak dua hari lepas...kepala pun sudah naik pening-pening terkena hujan....dengan tekun dan bersemangatnya siapkan dua assigment...rasa hendak bersorak kuat2 sebab time rajin gini payah untuk datang....dalam masa yang sama terlebih rajin berposting dalam dua blog....blog untuk dinilai oleh pensyarah fatma...indahnya bahasa blogspot siap promote dalam facebook untuk mempelawa sesiapa yang minat singgah...kabarnya jika blog kita ramai yang masuk bermakna markah akan bertambah...gitulah katanya....

Posting kali ini...bila time hujan...terliur pulak hendak makan speggeti buatan sendiri dengan citarasa Malaysia. lama...blog ini tidak dipostkan pasal makan...entah mengapa sejak dua menjak ni proses mengekek terbantut dengan teruk sekali...maka dengan semangat berkobar-kobar meredah hujan yang lebat membeli bahan-bahan ciptaan sendiri....proses membuatnya bermulalah....resepinya...

2 paket mee maggi(brand cintan)
1 tin sardin kecil sekali
1 biji tomato- dipotong dadu
2 biji bawang besar-dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
1 biji lada lada merah
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
1 sb kicap pekat
garam dan gula secukup rasa.

Caranya.
1. Mee maggi tu dicelur hingga lembut.Toskan.
2- Panaskan kuali. Masukan minyak masak.
3. Tumis bawang besar,bawang putih hingga naik baunya.
4. Kemudian hancurkan ikan sardin tadi dan masukkan ke dalam kuali.
5. Masukkan sos tomato,sos tiram dan kicap pekat tadi.
6. Bila agak sebati masukkan tomato yang dipotong dadu.
7. Masukkan gula dan garam.kacau hingga sebati.
8. Akhir sekali masukkan mee tadi dan kacau hingga rata.
9. Siap untuk dimakan panas-panas.

Rasanya sedap sangat...kalau suka masam...letak air limau nipis semasa makan...tujuannya untuk menghilangkan rasa hanyir ikan sardin tu dan rasanya yang masam manis membuka selera sebenarnya...cubalah pasti selepas ni proses yang sama akan berulang.....

Monday, March 12, 2012

Iklan Termahal Di Dunia....

Isnin 12 Mac 2012

Salam Selasa untuk semua....cuaca dua hari ini asyik hujan memanjang...macam musim tengkujuh..hujan selebat-selebatnya...suasan yang sejuk membantasi segala-galanya...nak keluar rumah pun malas...semua planning cuti-cuti Malaysia terbatal dengan sendirinya...sebab si drever cakap..duk rumah je...banyak risiko perjalanan di waktu begini...jawab hatiku...macam naik bas turun bas...leceh..kenderaan sendiri pun ada juga pantang larangnya....so lepak aje lah sambil ternak lemak banyak-banyak...

Entry pagi ini...iklan termahal di dunia..memang mahal,kreatif,inovatif pada si pereka ni sebab dia punya idea cukup berhati-hati..ni mesti pakar fizik masa menuntut dulu..walupun ending nak promte kereta Honda je...tapi tarikan graviti pada sentuhan iklannya cukup menawan dan kita tertanya2 apa kesudahannya.. congrts pada team you semua...

Sunday, March 11, 2012

Parti Orang Kaya...

Sabtu 11 Mac 2012

Assamulaikum dan selamat malam untuk semua pengunjung blog ini...harapan moga paparan yang tidak seberapa ni menjadi ingatan kepada semua. Juga sesiapa yang hendak share cerita ni ambiklah..saya pun share yang orang lain punya.... tapi...udah mohon kebenaran dari empunya cerita.


Habsah menghadiri sebuah Parti Harijadi yang terdiri dari orang2 terkenal disebuah Hotel.

Ketika hendak hendak pulang… dia dihampiri oleh penjaga tempat parking…

“Mari, cik adik… boleh saya teman kan ke kereta..”

Habsah hairan macamana penjaga parking mengenalinya… apabila hampir ke keretanya.. penjaga parking berkata..

“Itu kereta cik adik…” sambil menunjuk kearah kereta Habsah…

Kini Habsah semakin hairan macammana penjaga parking itu dapat pula mengenali keretanya… sedangkan disitu terdapat ramai orang2 terkenal serta beratus2 buah kereta mewah….

Dalam hati Habsah berkata..
“Ini pertama kali aku datang ke hotel ini… tetapi penjaga parking ini kenal aku dan keretaku.
mungkin kerana penampilan dan wajahku… Mungkin wajahku mirip dgn mana-mana orang terkenal di sini?”

Untuk memastikan dugaannya betul atau tidak.. Habsah memutuskan untuk bertanya kepada penjaga Parking itu.

“Bang.. macamana abang boleh mengenal saya dan kereta saya. Padahal ada ratusan tetamu
dan ratusan kereta yg di parking di sini …?”

“Oh, itu senang saje.. Cik adik ni adalah satu-satunya tetamu yang bukan orang terkenal di parti ini!”

Saturday, March 10, 2012

Musim kenduri vs Cuti Sekolah...

Sabtu 10 Mac 2012

Salam ceria untuk semua....dan selamat bercuti kepada semua guru dan anak didik sekalian...manfaatlah cuti seminggu ini untuk aktiviti yang berfaedah...pada kaum guru selamat beristirehat dan makan angin kepada mereka yang gemar melancong...pada yang sayang kampung halaman...jagalah rumah kamu sebelum orang lain pecah masuk...

Posting kali ini....bila sebut pasal kenduri sememangnya sinonim dengan cuti sekolah...maka berderet2 lah kenduri dibuat....kalau hari ini saje terpaksa menghadiri 5 jemputan sekaligus...rumah yang paling akhir sekali kita orang pergi di rumah cikgu shamsuddin PPD bahagian sukan....hanya bersalam dengan tuan rumah sahaja....almaklum perut udah meragam..tidak mampu menanggung bebanan di luar jangkaan....

Setiap rumah yang dilawati...sememangnya cukup cantik dengan hiasan pelaminnya....kita sebenarnya berbalik pada orang dulu-dulu suka bersanding dan mempamerkan kecantikkan....semuanya nampak anggun n santun....kata orang sekali dalam seumur hidup...masa nilah semuanya nampak cantik....dengan ongkosnya sekali terbang....

Tidak lupa buah tangan sebagai cenderahati.....adanya diletakkan coklat dan tidak kurang juga yang menghadiahkan cupcakes.....tetapi tidak terjumpa sebiji telur diberikan seperti orang dulu-dulu...kita pun tidak berapa arif kenapa mesti diberi telur...mesti ada simboliknya di sebalik itu...sebenarnya adat tidak dilupakan....

Friday, March 09, 2012

Iklan solat yang tiada di Malaysia...

Jumaat 9 Mac 2012

Salam Jumaat untuk semua...moga kehadiran hari Jumaat banyak memberi keinsafan kepada kita bahawa segala-galanya akan bermula pada hari Jumaat.Matlamat hidup manusia adalah untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kebahagiaan itu pula akan dijamin datang apabila manusia mahu melaksanakan perintah dan suruhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Antara perintah dan suruhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang wajib ditunaikan ialah sembahyang. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya :

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia”.

(Surah Al-Mukminun: 1-3)



Thursday, March 08, 2012

SBPA....lawak ke apa?

Khamis 8 Mac 2012

Assalamulikum dan selamat petang......pecah berita hari ini...SBPA di batalkan dan balik ke skim asal SSM...Perjumpaan PM bersama penjawat awam menamatkan spekluasi yang berbulan-bulan untuk diselesaikan...sudahnya satu perkataan aje yang terkeluar dari mulut PM DIBATALkan noktah.

Punyalah lama untuk settle hal ini...rasanya dari asalnya sudah nampak ada sesuatu yang tidak kena semasa SBPA diperkenalkan....dengan gelojohnya pinta penjawat awam sign tanda setuju...skim yang tidak tahu hujung pangkal dengan begitu banyak ramalan yang dibuat oleh pak nujum yang tidak bertauliah mengenai stuktur gaji yang tidak begitu jelas n keliru....sudahnya masyarakat umumnya menerima bahana kesan dari kenaikan barang yang naik gila-gila sebab kakitangan awam akan memperolehi kenaikan sehingga 50%.

Persoalannya siapa yang merangka sifir gaji dan perubahan dalam skim perkhidmatan ini? yang menjadi kemuskilannya mereka yang berada di dalam cuepacs dan NUTP tidak dipanggil untuk merangka perubahan struktur gaji.....Adakah pihak PTD diberi kuasa dan kata putus sebagai penggubal dasar SBPA? dan kenaikan yang begitu tinggi ini dinikmati oleh golongan ini sahaja sehingga berkhidmat selamat 10 tahun dalam sektor kerajaan sudah mendapat gred DG48....mulus dan tulusnya mereka ini.

Bukalah laman cuepacs di sini dan nilai sendiri pendapat dan komen awam mengenai skim ini yang rata-ratanya mempersoalkan ketidakadilan ini. Justeru, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.Rasanya kalau dulu kerajaaan akur dengan saranan cuepacs menambaikkan sistem yang ada tentu penjawat awam tidak kalut seperti hari.Sebenarnya banyak pengajaran dan insiden yang boleh diambil dari skim cacamerba ini. Harapan kita moga penjawat awam tidak ditipu sekali lagi dan kita mohon ketelusan serta war-warkan kepada semua apa penambaikan yang dikatakan oleh PM itu menjadi kenyataan dan kita mendapat manfaat yang berterusan....

Wednesday, March 07, 2012

Kisah volkswagen Kuning...

Rabu 7 Mac 2012

Salam Rabu untuk semua dan selamat pagi...pagi yang cerah n mendamaikan .....dari tingkat kelasku menghijau pohon-pohon kelapa sawit....suasana tenang dan damai sekali..tu lah sebabnya sampai sekarang setelah tahun ke 6 mengajar di sini...hati berat untuk bertukar...payah untuk kita mencari kedamaian begini...dengan bebanan tugas yang tidak memaksa....guru-guru yang sudah jadi macam keluarga sendiri....adalah saki baki dua tiga orang tu yang "dok makan saman" tu abai kanlah..sebab sikap mereka yang lain dari yang lain tidak menjadi bahana pada kita.....

Entry kali ini...cerita seram tapi lucu...bila meneroka blog2 blogger yang lain... terjumpanya entrynya di sini . Banyak kisah-kisah yang menarik dan lucu.Inilah ceritanya tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Pada suatu malam, aku pandu kereta sorang-sorang di jalan yang sunyi berlanskapkan pokok-pokok kelapa sawit.Jalan ni memang terkenal dengan kisah seramnya.Sedang aku pandu dalam keadaan takut-takut berani, ada kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning datang potong kereta aku. Lega aku dibuatnya sebab ade jugak orang lalu.

2 minit selepas tu kereta yang sama potong. Seminit lepas tu kereta yang sama lagi. Dan 10 lagi kereta yang sama potong kereta aku. Aku mula rasa menggelabah dan takut.

Aku pecut kereta aku potong kereta Volkswagen tadi. Aku pecut lagi, nampak kereta yang sama. Aku potong dan pecut lagi. Sampai dekat 5 kereta yang sama aku potong. Aku hati aku berbisik “Matilaaa aku.. camana nak buat lagi ni..”

Tiba-tiba aku nampak cahaya seperti Funfair lebih kurang 500 meter. Aku mula rasa lega selega-leganya. Sampai disana aku nampak banyak kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning parking kat situ. Pastu aku nampak kat pintu gerbang “Volkswagen beetle Grand touring Classic” laaaaaaaaaaaaa…. Perlumbaan Volkswagen rupanyer. Chesssssss!!!


Monday, March 05, 2012

Wall Baru...



Isnin 5 Mac 2012

Salam Isnin untuk semua....moga di awal-awal tahun begini kita dilimpahi dengan nur keimanan.kesihatan yang baik, anak-anak yang taat dan mendengar kata, jua seorang suami yang faham hati nurani kita dalam melayari bahtera bersama dan memahami kita sebagai seorang yang berkerjaya dan punyai ego sendiri......

Oppp...tersasul bila cakap pasal ego sendiri....jangan ego dia aje yang kita kena jaga...ego kita juga wajar dipertahankan....entry kali ini..blog ku bertukar wajah...nampak ceria n elegant...kata seorang teman wall yang dulu nampak kusam,sedih dan tiada serinya lagi...lantas dengan penuh santun n manja minta si Dieyana tolong upgrade blog ni....maka nilah jadinya...sayang dayana muah....

Bercakap pasal blog ni...assigment sem ni kene juga buat satu lagi blog subjek yang kita mengajar...dalam tu mesti diceritakan apa yang diajar pada bebudak setiap hari...kalau boleh sertakan sekali Rancangan Pelajaran Harian....boring betul bila terlalu skema...jadi suke ke tidak kena buat jugak....terfikirlah juga pada kekawan yang tidak fasih berblog ni tentu naik darah bila lecture suruh buat macam ni......bertalu2 sms menerjah handphone minta ditunjukajarkan....kalau tinggal berdekatan bolehlah....nasihat teman...swasta saje pada mereka yang mahir..hulur sedikit ongkos semuanya beres kan.....

Saturday, March 03, 2012

Tutorial 1 Sem.2



Sabtu 3 Mac 2012

Assalamulaikum dan salam sejahtera untuk semua...lama tidak mencatat sesuatu di sini..kesibukkan masa dan cepatnya masa berlalu mengalpakan segala-galanya..ditambah pula kalutnya hari pertama meneruskan pengajian di semester 2....

Posting terkini...tutorial pertama untuk semester 2....padat dan meletihkan minda n fizikal...seakan-akan banyaknya bebanan yang terpaksa dipikul dengan assigment yang datang mencurah-curah ditambah banyaknya kerja sekolah yang terpaksa disiapkan dalam waktu yang singkat ini....

Apabila melihat keputusan sem 1 rasanya berbaloi segala perit jerih..kekangan masa..keringat yang dicurah...semangat yang kental dan idea yang terpaksa dicurahkan menepati target dan harapan di hati...bermakna Allah makbulkan segala doa dan permintaan untuk lulus dengan cemerlang.....pastinya semangat dan ketahanan itu patut dipertahankan untuk meneruskan perjuangan ini supaya result yang akan datang mampu maintain sekurang-kurangnya.....

Terima kasih pada tutor dan pensyarah kerana kami semua faham akan segala kehendak dan hala tuju yang tuan inginkan...moga untuk sem akan datang dalam usia senja begini kami dibimbing sebaik mungkin dan dipermudahkan segala urusan supaya senang untuk kami menyiapkan tugasan yang diberi.....

Pada En. Khairuddin, Pn. Mazni.En. Zulkifli terimalah kami seada-adanya pada sem ini untuk menyiapkan tugasan kami. Walaupun tutorial pertama padat...tetapi ilmu yang dicurahkan mampu menjana pemikiran baru kepada kami...Terima Kasih daun keladi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...