Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, July 30, 2009

Kisah Anak Derhaka

30 Julai 2009

Teladan: Kisah Anak Derhaka

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.

 Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis. " Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja! " si gadis berkata. " Tak ada," jawab ibunya. " Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; 

" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! " Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya; " 

Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu." " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. 

Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. " Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. 

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. " Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. 

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. " Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya. " Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk..... Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. 

Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.... .." 

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. " Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida. 

Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak. 

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya. Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. 

Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya. Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Monday, July 27, 2009

Jadual anjal punya cerita.....

27 July 2009

Lama tidak berposting...sibuk memanjang dengan kerja.....kerja yang terkadang direka
sendiri...tapi bila orang lain cuba mencipta kerja kita ni yang buat kita terlebih terbeban dengan kerja yang ada....kerja yang sememangnya dah menimbun.....lalu ditimbun lagi dengan jadual anjal yang dok masuk akal....lain yang kita cadang lain yang jadinya....nok cakap banyak2 dikatakan kita suka melawan cakap.....pahtu kena tukar sekolah dengan alasan lawan guru besar.....boleh dilaksanakan jadual anjal tapi perlu perancangan teliti semua kena main peranan dan komited pada tugas...

Jangan menindakkan keupayaan seseorang kerana kita tidak mampu memenuhi segala perkara dalam satu masa.......yang dikandung tak dapat yang dukung berciciran jatuh....nilah...bila kita tension dengan suasana kerja yang memaksa kita jadi naik darah.....pening dan keseronokan bekerja hilang begitu sahaja.....aku paling tidak suka guru besar memaksa guru-guru membuat kerja di luar kemampuan mereka.....kerja yang dipaksa tidak berkat....banyaklah suara-suara sumbang berdendang...timbul salah menyalah....tidak bertegur sapa....kecil hati...panas hati...

Yalah semua benda2 negatif keluar dalam jiwa.....mulalah menyalahkan situasi....masing2 cuba menegakkan benang basah .....payah kalau kita tidak sekepala dalam segala hal....last sekali aku kata pada guru besar...jadual anjal bukan jalan penyelesaian untuk meningkatkan prestasi murid2.....apa yang penting....keikhlasan, kesungguhan guru itu mengajar...walaupun diberi masa setengah jam tapi murid2 dapat menerimanya dengan baik.....walhal 2jam yang diberi gagal dimanfaat sebaik mungkin kerana jiwa kita memberontak kerana bekerja dalam paksa.....begitulah sebaliknya....tepuk dada tanya iman....nak seribu daya tak nak seribu cara....jadilah diri kita seadanya...kerana kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri......


More RELIGIOUS & ADVICE graphics

Sunday, July 12, 2009

Bahasa Melayu kini dan selama-lamanya.....

Masih tersasau, termangu, dungu,kelu. tersedu dan layu pabila melihat keputusan Pra Percubaan UPSR Bahasa Melayu pemahaman.......seramai tu murid-murid yang menjawab soalan hanya 3 orang yang mendapat A....Punyailah tensionnya aku.....tak ngajorke....tidur ke cikgu....murid tak faham soalan ke.....last-last sekali Bahasa melayu menjadi killer subjek....ni yang pening...aku bermonolog sendirian...menyalahkan diri sendiri....nok kata soalan yang susah....memang susah pun bagi aku soalan ni bukan menguji kebolehan murid-murid tetapi menguji guru yang mengajar...alahai pembuat soalan tahulah aku kau orang sememangnya pakar....tetapi kepakaran kau orang sememangnya menindakkan keupayaan murid....siapalah dia orang untuk memerah otak....mengkaji,menyelidiki bentuk soalan.....tahap pemikiran mereka sekadar tu aje....tidak mendalami maksud yang tersurat dan tersirat....maka nilah jadinya....yang jadi mangsa aku terpaksa menjawab segala kemuskilan dan sebab musabatnya dari bos....Nilah jadahnya menidakkan keupayaan bahasa melayu....budak2 tu lebih mahir BI dari BM...guru BM sekarang menjadi anak emas di sekolah sbb ramai guru BM tukar opsyen disebabkan inginkan BISP 10% mengajar math dan SN ikut Inggeris......Apa aku akan jawab jika sepuluh jari menunding ke arahku....
More SORRY graphics

Friday, July 10, 2009

PPSMI DIMANSUH BETUL KE...

Teruja aku bila mendengar ppsmi dimansuhkan pada 2012....sepatutnya pada tahun depan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Masa dilaksanakan dulu tiada perancangan terus laksana tanpa mengambilkira pandangan sesiapa pun...atas alasan supaya semua murid mampu menerokai bidang sains dan matematik dalam arus globa dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa...dia ingat semua budak2 mempunyai pemikiran yang sama dilahirkan dalam linkungan yang sama....bayi tabung uji bolehlah kita mencorakkan pemikiran mereka...cari intelegent...jadi hasilnya inteleklah.....ni ada anak orang asli...orang kampung pedalaman....anak-anak yang dilahirkan tanpa mendapat makanan yang seimbang...kais pagi makan pagi kais petang makan petang....apa yang ada itulah yang di makan....macamana nok lahirkan genarasi yang excelent....cakap tak serupa bikin...yang jadi mangsa anak-anak kita...anak-anak orang melayu...yang menjadi percaturan politik golongan tertentu...menjadi bahan experiment....selama 6 tahun anak-anak kita disuap dengan bahasa penjajah untuk mendapatkan ilmu yang paling senang dan mudah diajar dalam bahasa ibunda.....tapi golongan ini menidakkan keupayaan mereka....begitu ampuh senjata orang melayu membunuh orang melayu melalui pendidikan...
More SMILE graphics

Thursday, July 09, 2009

Lelaki oh lelaki

Semacam sedap aje bunyinya...tapi berhati-hatilah pada sang isteri jika terlihat tanda-tanda begini.....bukannya apa dah memang tabiat semulajadi lelaki......kalau ada orang perempuan yang hulur tali....cepat2lah dia menarik tali itu...nasib dok ok tali itu sendiri yang akan membelit dirinya sendiri....baru padan dengan mukanya.....aku awal-awal dah bagi signal tak mahu berkongsi kasih sayang.....kalau diteruskan juga aku orang pertama yang akan menarik diri dari hatinya....bunyinya keras sikit...tapi kita tahu hati budi suami kita.....mampu ke tak mampu...mengapa perlu mengheret seekor buaya dalam hidup sendiri....biar dia dengan alam dia....kita dengan kewajaran kita sendiri...kerana kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri....tak gitu......kau orang bacalah posting di bawah ini dan buat tafsiran sendiri jika tanda2 itu sudah ada padanya...More RELIGIOUS & ADVICE graphics



Sedikit tip untuk wanita mana tahu rupanya anda 'ter'bercinta dengan suami orang.

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.


7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

Thursday, July 02, 2009

e book oh e book



More CONGRATS graphics



Tahniah dan syabas pada bebudak tahun 5 kerana dapat e book dari kerajaan negeri terengganu....punyailah bangganya diorg merata tempat duk kelek e book masing-masing hingga masuk tandas pun dgn e book....zaman ICTlah katakan....yang melopong cikgu cikgi lah punya kedekutnya diaorg siap ugut cikgu kalu nok pinjam boleh rosak tanggung sendiri.....hisss.....budak-budak ni....udah naik tocang sekrg......aku bukan dok sokong pemberiaan ini bagai bulan jatuh ke ribalah......tetapi belum sampai masanya lagi....kalau diberi pada pelajar tingkatan 5 lagi baik......dia dapat menggunakan sukatan sepenuhnya hanya di hujung jari.....tak gitu.....ni dapat ascess intenet lagi.....yang kurang sedap didengar boleh pulok si abang bawak e book kat siber cafe semata-mata nok acess intenet...bab ni paling aku dok suka.....apa yang pasti pada pendapat aku lepas ni ramai pulok ibu bapa yang terlebih pandai dari anak-anak mereka kerana tumpang sekaki belajar semua subjek dlm e book ini tanpa disedari......