Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, December 31, 2009

Mesyuarat oh Mesyuarat

31 Disember 2009

Masih terasa bahang panas pada muka pabila aku kena mengajar tahun 2 pada tahun depan....selama 20 tahun memegang title cikgu aku ditugaskan mengajar Bahasa Melayu UPSR...tup...tup diturun pangkat....rasa bengang, keliru, sebak...terasa macam kita dipermain-mainkan....apa rasionalnya....bukan aku menolak tetapi terasa ilmu yang dijana ini ingin sekali diturunkan pada budak-budak yang tidak mengarang....sememangnya bidang penulisan itu major aku dari dulu..kini dan selama-lamanya...

Jika ada org yg menidakkan keupayaan ilmuku dalam bidang penulisan...terasa ada sifat curigai...iri hati...entah apa2 yg negatif menghantui jiwa ini....alasan yg diberikan terlalu dangkal dan jawapannya tidak mendasarkan apa tersirat di hati ini......setiap pertanyaan itu memerlukan kepastian...dan kepastian itu biar jitu, telus dan lurus supaya kita dianggap seorang pemimpin yg dapat menyelesaikan masalah orang bawahan jika ada perkara berbangkit.....

Berilah apa saja....aku pasti akan melaksanakan tugasan dengan komited tanpa ragu2....gunakanlah kepakaran aku untuk melatih murid-murid supaya gemar menulis.....dan aku akan ajar mereka sebagaimana aku mengajar zuriatku menjadi seorg berguna...keseronokkan bekerja dan kepuasan dalam menjalankan tugas adalah kunci segala-galanya...tanpa rasa terbeban dan dlm paksaan.....mengapa pendapatku tidak diambilkira sebagai idea dalam menentukan visi dan misi tanpa berbelah bagi.....

Jatuh ke maruah kita atau tergugat ke ego kita jika kita menerima cadangan dan buah fikiran orang lain dlm menyelesaikan sesuatu masalah berbangkit...jika itu kehendaknya tanpa melibatkan orang lain.....atau apa saja yang memudahkan kita selesaikan bagi meredakan keadaan....atau memang sifat kita tidak boleh menerima sesuatu yg lebih baik dari apa yg kita fikirkan terbaik bagi pihak kita....fikir fikirkanlah kerana kita tahu apa yg terbaik pada kita....