Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, May 27, 2013

Tamu..Konvo UITM Shah Alam!

Isnin 27 Mei 2013


Salam penuh kemesraan kepada semua....entry tertunda tetapi still meriah untuk dipostkan di sini...konvoksyen UITM kali ke 78 di Shah Alam...memenuhi jemputan oleh anakde.. cuti selama 2 hari semata-mata meraikan ampunya diri setelah berjaya menamatkan diplomanya di UITM Marchang selama 3 tahun...Berangkat ke sana dan menginap di Hotel De Palma...menjanjikan percutian yang menarik...kata orang sambil menyelam minum air...yang kurang bestnya masa terlalu singkat untuk meronda-ronda di sekitarnya...kalau lah jatuh pada cuti sekolah tentu meriah lagi ke sana...

Sempat ke IKEA...tempat yang tidak jemu2 berkunjung...mengapa ya??? nak kata membeli sakan tidak juga...mungkin gedung membeli belah yang hebat semua ada di sana...cuci mata sebenarnya..melihat koleksi pamerannya..kalau boleh semua nak...dengan deko yang menarik...melihat kepada barangan yang dijual semuanya sudah naik harga...kalau dulu mesti ramai yang berkunjung ke sana...tetapi sekarang agak basi....tak tahu kenapa...agak2nya akhir bulan kut..

Berbalik pada istiadat konvokesyen UITM...memang beradat n mengikut adat...menghabiskan masa sekerat hari di sana...pendek kata nak patah pinggang sebab duduk terlalu lama...apa tidaknya dengan graduan seramai 1100 orang menerima skrol dari  censelornya....yang best n tidak boring diselang seli dengan kugiran dari fakulti muzik dan tidak lupa juga germisik gemelan mengiring para graduan...gah anakde menrima diplomanya dengan disaksikan ribuan para ibu bapa yang cukup disiplin dan menghormati majlis sehingga habis...Menyusul akan datang dua lagi anakde yang bakal menerima ijazah dan master dari universiti yang sama mungkin di penghujung tahun ini...insyaAllah.
Makan kat IKEA...edisi menghabiskan duit ttp bukan selera  kita....
Anak-anak.....

Friday, May 24, 2013

Adohai..periksa!

Jumaat 24 Mei 2013

Salam Jumaat untuk semua moga dirahmati...rilek minda seketika...setelah siapkan cupcake tempahan...terpaksa tolak dua tempahan kek kahwin dan kek hari jadi...pasal tak semena-mena ada jadual kelas tambahan dari tahun 1 hingga tahun 6...yang tak pernah dibuat orang...semata-mata nok rebut baiah yang diwar-war...so cikgu2 yang jadi mangsa...tak tahu apa sebenarnya yang ingin dicapai...pengurusan lama gitu lah...bila salah buat jadual dengan komplin dari cikgu2..dok pasal-pasal kita yang dihentam atas alasan cakap banyak ttp bila mintak pendapat hampeh!...tuduhan liar dari seorg PK 1 lantikan jabatan...bila masa dia mintak pendapat dr cikgu2 pasal jadual ni..tak tahu menari dikatakan papan jongkang jongkit...

So...entry awal malam...setelah serabut duk mikir hari-hari peperiksaan untuk semester ni...sebab topik PJ yang agak susah...mane mahu ingat anatomi badan manusia...macam nok ambil title doktor pulok bila buka modul ni...pening doh wasenya....baca berulangkali hasilnya tak ingat2...bila lama skit study kepala pun naik pusing....nak ajar PJ sekolah rendah je...duk kaji macam nok bedah orang..hishishis...last sekali buka facebook,baca blog politik.wapsup....untuk tenangkan jiwa...pendek kata laptop n intenet memang tidak boleh dipisahkan...kalau tak ada putus segala urat nadi...so foto di bawah ni menceritakan segala-galanya pada yang bergelar student di usia senja gini hehehe....

Saturday, May 18, 2013

Kek n Puding...

Sabtu 18 Mei 2013

  Salam untuk semua...moga dirahmati...kejap je masa berlalu...dah masuk bulan rejab...dua bulan lagi Ramadhan menjelma...rasenya baru je kita tinggalkan rejab....ari ni bertemu rejab lagi banyak fadilat yang kita dapat dalam bulan rejab.Antaranya amalan berpuasa yang banyak mendapat ganjaran pahalanya serta sedekah jariah kepada mereka yang memerlukan....so di kesempatan ini,marilah kita sama-sama menambah saham akhirat sementara nyawa masih dikandung badan.

Entry hari ni...saje nak promote koleksi kek yang ditempah dan disiapkan....ada dalam FB tu...budaya baru  suka upload gambar makanan dan sedang makan dalam media sosial...persoalannya.. sekadar suka-suka,tatapan atau menunjuk-nunjuk...defend pada niat masing-masing...teknologi canggih ni..banyak menimbulkan keburukan jika salah penggunaannya...kek-kek ni sebenarnya untuk majlis hari guru baru-baru ni...bila dipost di sini sebagai tatapan kepada pengemar kek yang ingin repeat order...tunjuk je kek mane yang berkenan di hati....tak payah susah2 nak detailkan...tu je tujuannya...so bagi penulis tiada istilah nok nebeng(bahasa Teengganu) makna lebih kurang menunjuk-nunjuklah...
kek tiramisu


kek tiramisu juga...kek paling femes..

puding buih koktail sekolah yang tempah...

puding kremal special sekolah yang tempah...
....

Thursday, May 16, 2013

Cikgu dan Hadiah..sinonim!!!

Khamis 16 Mei 2013

Salam Khamis dan Selamat Hari Guru kepada semua guru di luar sana selagi anda dipanggil guru maka sambutlah hari keramat ini kerana anda yang sambut dan anda juga yang meraikan....semacam cikgu n hadiah memang tidak dapat dipisah ibarat lagu dan irama....cikgu memang suka diberi hadiah walau sekecik hadiah sekali pun....kata orang walau sebatang pen merah sekali pun...tradisi or penghargaan???..belum lagi acara bertukar hadiah antara guru n guru...kadang2 nok suke juga...yalah meraikan diri sendiri....sepatutnya peranan PIBG sebagai penggerak dalam sambutan ini ...peranan YDP PIBG dalam menghargai sumbangan n pengorbanan cikgu-cikgu...ni tidak... dok nampak kelibat pun diorg....usah kata nak tolong raikan cikgu...ucapan pun tidak kedengaran....

Berbalik pada tajuk posting.... bebudak ni pasal memberi hadiah pada cikgu memang teruja...yang mengelabah mak bapak...garu kepala nak dapatkan duit dalam keadaan ekonomi sekarang...kalau anak seorang tahan lagi...kalau 4 orang bersekolah rendah...robek poket jugok....tidak menghampakan dia orang...dua tahun kebelakangan ni sesiapa yang beri hadiah pada cikgu...satu cupcakes tanda terima kasih...apa lagi berebut2 nok beri hadiah pada cikgu...siap tanya lagi..cikgu, kalau hari Ahad ni kalau beri hadiah ke cikgu...dapat dok cupcakes..hahahaha....macam2lah...apa2 pun terima kasih pada semua anak didik cikgu...walaupun hadiah tidak seberapa sekurang2nya tanda ikhlas kepada cikgu...mane2 yang tidak dapat cupcake sebab kehabisan...hari Ahad ni boleh tuntut...
kek..tanda ingatan dan penghargaan kepada sekolah...TQ YB

sebahagian hadiah yang diberi oleh anak didik...TQ


Tuesday, May 14, 2013

Renung sekejap......!

Selasa 14 Mei 2013

Salam Selasa untuk semua moga dirahmati. Mula bersiaran kembali...mood menulis kurang memberangsang sejak dua menjak ni....dok tahu pulok kenapa n mengapa?semacam frust je sebab apa yang dimpikan tidak menjadi kenyataan...sudahnya menyalahkan diri sendiri...bermonolog lagi...pujuk hati..rezeki di tangan tuhan...ingat padaNYA...sebut hari-hari..berzikir dengan menyebut namaNYA....lambat laun doa kita dimakbul juga...memang sifat manusia cepat putus asa...so bila terbaca kata ustaz..hati mula ada taman bahawa...doa kita didengari cuma belum dimakbul lagi...mungkin ada perkara2 yang riak yag menguasai diri selama ini memadamkan ijab untuk sampai permintaan kita pada penciptaNYA....jadi renung-renungkan lah..koreksi diri,cari kesalahan dan cuba betulkan balik niat....suburkan zikir serta banyakkan amalan bersedekah...moga ada hikmah di sebalik itu insyaallah.......

Friday, May 10, 2013

Palova n demam pilihanraya!

Jumaat 10 Mei 2013

Salam Jumaat untuk semua moga dirahmati....lama tidak update blog...pasal demam pilihanraya yang tahun ni paling mencabar minda n emosi....dengan kesedaran yang meningkat dari pengundi dan mood pilihanraya yang rasanya paling meriah mengalahkan suasana hari raya lagi...sepanjang 4 kali mengundi dalam seumur hidup ni cukup teruja dengan sambutan dan semangat orang muda yang melihat suasana ke arah kehidupan yag lebih kualiti,bersih dari segala anasir serta pilihanraya yang adil,telus dari unsur-unsur penipuan....namun kita cuma merancang tetapi Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik semua kejadian itu...jadi berlapang dada dan kita bertindak pada saluran yang betul untuk mengembalikan kepada yang hak..jika ada sedikit demokrasi dalam negara kita lagi.....so di kesempatan ini diucapkan tahniah kepada mantan PK 1 SKSFR kerana ada terpilih sebagai YB ...berjanjilah kepada diri sendiri dan Allah Taala untuk menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin....

Posting kali ini sejak tertunda beberapa kali...palova dari anakde yang tarikh hari lahirnya sama tarikh dengan PRU13...bertapa gembiranya dia...so katanya hendakkan kek palova untuk celebrate bersama keluarga...bermakna kek ini dikongsi dengan adiknya yang juga hari lahir pada 6 Mei selang sehari...2 dalam 1....jimat kos n tenaga....yang pasti kek yang baru pertama kali masuk ke mulut mereka tidak menghampakan...walaupun manis katanya tetapi disebatikan dengan buah-buahan fresh menjadikan kek ni manis2 buah je...tapi nampak kehampaan di wajahnya yang mengharapkan sesuatu keajaiban dalam pilihraya ini tidak menjadi....



Wednesday, May 01, 2013

Selamat Hari Pekerja...!

Rabu 1 Mei 2013

Salam Rabu untuk semua....Selamat hari pekerja kepada semua pekerja di Malaysia ni...samada yang menerima upah atau sukerela...pada surirumah tu...anda pekerja yang paling berdisiplin sebab...semua kerja rumah siap dari A sampai Z...walaupun upah yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan...pandai2 kauorg pujuk hubby masing2 nak dapat upah yang lebih...cuma tinggal 5 hari aje lagi kita akan membentuk sebuah kerajaan yang efisyen, telus dan tulus dengan kepimpinan yang berjiwa rakyat...InsyaAllah..