Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, September 13, 2018

Tahniah ..APSSNT diambang kejayaan...

Assalamulaikum dan salam Sehati Sejiwa..moga dikesempatan ini kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk mengecapi indahnya panorama yang Allah Taala pamerkan..tetiba aje ingin meluahkan sesuatu di sini dalam kelam kelibutnya didatangi dengan pegawai BTPNT Terengganu dalam APSSNT (Anugerah Pusat Sumber Negeri Terengganu) peringkat negeri yang SKPP dipilih mewakili daerah Dungun. satu2nya sekolah yang terpilih dan rasa bangga tu memang ada tetapi kerja buat ini dilakukan oleh semua warga SKPP tanpa kerjasama dan semangat yang tidak luntur mungkin kejayaan itu bukan milik kita.

Walaupun banyak cakap2 yang kurang menyenangkan daripada GB2 lama yang masih merasakan power dia lebih hebat lagi semasa mentadbir sekolah ini...kita berlapang dada saje..stail pengurusan adalah kemahiran masing-masing dan tidak perlu kita pertikaikan walaupun kita sememangnya tidak mampu melakukannya..so diam lebih baik daripada membuat perbandingan yang entah apa2...tahniah n syabas team PSS atas kerjabuat yang tidak pernah surut dengan karenah GB yang ada je idea yang tetiba suruh memindah dan membuat semula..mengecat di saat akhir dan macam2 lagi lah..hihi 
apa yang pasti rangking ketiga terbaik tu sudah dalam tangan cuma penilaian kali ke 2 untuk memilih sekolah yang betul2 mengikut format untuk diangkat ke peringkat kebangsaan...InsyaAllah jika ada jodoh dan rezeki SKPP ...kita menerima dengan tangan terbuka ..kalah menang adat bertanding..apa yang pasti kerja buat kita sudah diperingkat akhir dan kita sepatutnya bangga kerana kita mampu melaksananya dan mampu menjadi juara....InsyaAllah..

Bukan senang untuk wujudkan PSS  suasana PAK21 dan menampakkan keceriaan yang tidak lebih2 semangat yang tidak jemu daripada guru2 mampu merubah menjadi lebih menarik dan mendapat pujian daripada panel hakim.. 

Panel hakim dalam sesi taklimat akhir lebih memberi penambahbaikan seerta pujian kepada semua guru dan Guru Besar hihi hasil kemenjadian murid serta aktiviti yang dirancang mampu menarik minat mereka ....



Friday, February 01, 2013

Naik gred tanpa temuduga...dialu-alukan!

Jumaat 1 Feb 2013

Guru cemerlang berijazah dilantik terus DG41 mulai tahun 2013 

Seremban: Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa temuduga mulai tahun 2013
Kumpulan itu yang memperoleh ijazah melalui pengajian separuh masa atau pengajian jarak jauh (PJJ) boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP untuk dikecualikan daripada ditemuduga. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan SPP itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan latihan dalam perkhidmatan kumpulan pendidik di negara ini.

Cepat proses kenaikan pangkat

“Langkah ini dibuat bagi mempercepatkan proses kenaikan gred kerana mereka terbukti cemerlang,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusi SPP, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SPP turut mengecualikan temu duga bagi pelantikan guru baru yang cemerlang dalam akademik dan ikhtisas dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Katanya, SPP mula mengenal pasti calon terbabit ketika pemilihan awal bakal guru.
Sehubungan itu, katanya semakan semula sistem pelajaran dan organisasi IPGM dan IPT perlu dibuat bagi melahirkan warga pendidik berkualiti dan cemerlang.

 Catatan : setuju sangat cadangan di atas, sebagai penambaikan kepada memartabatkan profession keguruan sejajar dengan hasrat kerajaan memperluaskan guru2 yang tidak berijazah memperolehi ijazah seramai mungkin. Justeru,sampai masanya kementerian melihat situasi ini sebagai plafform baru kepada guru untuk menambahkan ilmu serta meningkatkan keupyaan mereka belajar sepanjang hayat dan tiada halangan untuk mendapatkan gred yang lebih tinggi atas profesion yang sama.

Thursday, August 30, 2012

Koleksi buku masakan...udah sampai!


khamis 30 Ogos 2012

Salam Khamis dan Salam kemerdekaan untuk semua...moga kerja buat kita selama ini dirahmati...Bila sebut pasal merdeka ni....setiap sekolah diwajibkan diadakan sambutan dan laporan tentang sambutan serta gambar sebagai bukti amat diperlukan....sampai ke tahap itu mencaranya diaorg pasal bulan kemerdekaan ini....tadi pun di sekolah disambut dua perayaan sekaligus...merdekaraya dicantumkan nama....nanti diceritakan di lain entry...

Berbalik pada tajuk di atas....sebenarnya buku2 tersebut sudah dilanggan seminggu puasa....konon2 akan sampai sebelum raya....setidak2nya dapatlah ditry resepi yang ada di dalamnya...tup-...tup semalam baru menjengah di kotak pos...maka melepaslah...bila udah habis raya memang malas nak mencuba...sekadar baca n tengok gambar aje yang menarik...

Bercerita pasal buku masakan ni....memang koleksi ini amat menarik dengan 4 orang pengarang yang tersohor dalam bidang memasak menunjuk ajar cara memasak dan dengan gambar yang dipaparkan cukup menarik....harga menarik membeli secara bundle begini...harga dikurangkan sehingga 30% dari harga asal....so apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal....keempat buah buku ini menjadi koleksi yang peribadi n abadi lagi....promosinya dalam majalah SAJI keluaran ogos ada borang langganan di situ...sementara stok masih ada dan harga promosi masih releven...Rasanya berbaloi kalau kita dapatkan naskhah ini...sebab ilmu yang kita dapat boleh digunakan sampai bila2...dan boleh dikongsi dengan orang lain...nak pinjam? rasanya berat skit nak lepaskan...sebab pengalaman yang lalu kita kurang bertanggungjawab bila hak orang lain berada di tangan kita...so belilah sendiri untuk diri sendiri...



Monday, February 21, 2011

NUTP bantah penswastaan sekolah..

Isnin 21 Feb.2o11

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata penswastaan bidang lain akan 'melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.'

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.

Beliau berkata bantuan sektor pendidikan seharusnya merangkumi pembiayaan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.

Bagaimanapun, kesatuan itu mahu pentadbiran, sukatan pelajaran dan pengajaran diselia oleh Kementerian Pelajaran tanpa sebarang campur tangan daripada rakan daripada sektor swasta.

Terdapat 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar.

- Bernama

Friday, February 11, 2011

Guru ke 2 tumpu tugas sampingan..

Jumaat 11 Feb.2011

Cadangan ringan tugas pendidik, jamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, berkata antara lain guru pembantu boleh menumpukan kepada tugas sampingan lain seperti perkeranian serta pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi.
Katanya, guru pembantu juga boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas.
“Guru pembantu adalah cadangan yang baik, tetapi tidak boleh mengambil peranan sepenuhnya sebagai guru.
“Guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas cadangan itu, antara 28 perakuan dikemuka Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang peningkatan beban tugas guru, termasuk terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.
Yim Peng turut mencadangkan Kementerian Pelajaran supaya melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak ke jawatan tetap selepas mereka berkhidmat dalam tempoh tertentu.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pelaksanaan dua guru satu kelas dapat memberi faedah kepada murid kerana mudah untuk mengawasi mereka.
Katanya, guru boleh memberi tumpuan terhadap proses P&P, manakala guru pembantu berperanan memastikan proses berkenaan berjalan lancar di dalam bilik darjah.
“Justeru, guru pembantu perlu memiliki kelayakan Kursus Khas Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan atau mengambil mereka kalangan guru sandaran tak terlatih (GSTT) bagi memenuhi keperluan terbabit,” katanya.
Catatan: satu cadangan yang nampak harmoni dan ceria...persoalannya bila akan dilaksanakan...rasanya bebanan tugas guru acapkali telah disuarakan...tapi jaminan itu sentiasa tergantung.....sampai bila???? umpama kocakkan air dalam gelas....berlegar di sekitar tu aje...tanpa pemberatan ke arah yang lebih positif....alih2 saban tahun guru-guru seperti dulu...kini n selama-lamanya...

Wednesday, February 09, 2011

Kempunan ke Cikgu???

Rabu 9 Feb.2011

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin memberi maklum balas kepada Laporan Akhbar KOSMO bertarikh 16 Januari 2011 – 600 guru kanan kempunan naik pangkat.

Jawatan Guru Besar merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 (Hakiki). Buat masa ini, masih belum wujud jawatan Guru Besar, PPPS Gred DG41 (Hakiki).
Pengisian bagi jawatan Guru Besar PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34 adalah berdasarkan kepada urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Pengisian jawatan-jawatan tersebut adalah perlu merujuk kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu jawatan yang khusus untuk PPPLD.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian telah bersetuju untuk memberi kelulusan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan (SK) yang melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bagi Ijazah Pertama dan dilantik sebagai PPPS Gred DG41 untuk dikekalkan di SK atas jawatan yang sama secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Pengekalan di atas jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan secara KUP adalah kerana jawatan-jawatan tersebut merupakan jawatan-jawatan PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34.

Berdasarkan semakan, didapati 600 orang Guru Penolong Kanan tersebut telah dilantik sebagai PPPS DG41 dan berada dalam skim perkhidmatan yang berbeza.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Friday, January 07, 2011

Penilaian Baru Ganti PTK

Jumaat 7 Jan.2011

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya membabitkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.

nutp national union of teaching professionPresidennya, Hashim Adnan, berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.

Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepada guru terutamanya untuk naik pangkat selepas lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.

"Ada guru yang sudah lama berkhidmat tetapi masih gagal dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini dan gagal menerima kenaikan pangkat selama bertahun-tahun," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

NONEOktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa peperiksaan PTK dimansuhkan bermula Jun tahun ini dan akan digantikan dengan penilaian lain yang lebih baik.

Hashim berkata, NUTP sudah diminta oleh kerajaan untuk turut memberikan pandangan dalam menetapkan sistem penilaian baru itu.

- Bernama