Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, February 21, 2011

NUTP bantah penswastaan sekolah..

Isnin 21 Feb.2o11

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata penswastaan bidang lain akan 'melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.'

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.

Beliau berkata bantuan sektor pendidikan seharusnya merangkumi pembiayaan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.

Bagaimanapun, kesatuan itu mahu pentadbiran, sukatan pelajaran dan pengajaran diselia oleh Kementerian Pelajaran tanpa sebarang campur tangan daripada rakan daripada sektor swasta.

Terdapat 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar.

- Bernama

No comments: