Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, May 25, 2009

7 Perkara yang menghairankan usman b Arfan

salam.......ketemu lagi......masa melayari intenet.....aku terjumpalah... 7 perkara ini yang menghairan usaman arfan.....aku kira ini cukup baik untuk dihayati agar menjadi panduan dan pegangan dalam melayari bahtera kehidupan....InsyaAllah.....

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.

7 Perkara Yang Menghairankan :-

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. (Usman Ibn Affan )



Sunday, May 24, 2009

Tip-tip yang patut diamalkan......

Aduhai.....berposting lagi.....setelah sehari buntu dan keliru.....ini saje untuk kali..... aku akan catatkan sedikit tip-tip yang aku kira amat berguna kalau diamalkan.....sebahagiannya sudah menjadi amalan......perkara yang baik patut berkongsi bersama.....moga2 ilmu yang dimanfaatkan ada kelebihannya.........

TATACARA MAKAN & MINUM

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa. InsyaAllah, Allah lipat

gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang

tidur, otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha

ke arah itu (ada semangat) di keesokan harinya.

3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan. Vitamin C dari

buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi

adalah hampir hilang zatnya.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air

selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,

biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua

seterusnya boleh minum terus sebab air liur mempunyai enzim yang boleh

membunuh kuman dalam pankreas, perut yang seterusnya akan dibawa oleh air

tegukan pertama.

2

5. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib, sebab bagi yang sedang

belajar (atau anak-anak), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang faham

dan dapat mengingat lebih kurang 2 jam selepas makan, maka jika makan pada

8:30pm, lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh

bertahan sehingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tidak banyak yang boleh

dipelajari berbanding jika makan pada pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam

pada masa ini). Juga, kita tidak digalakkan tidur dalam kekenyangan (yang mana

boleh menghindar dari mendirikan sembahyang malam).


TATACARA DI BILIK AIR

1.Selepas membuang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada

dapat batu karang

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila

mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar .


TATACARA DIDIK ANAK

1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajarkan anak (atau baby) tidur

mengiring ke kanan sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih

"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak

akan berkembang dengan baik.

2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif atau hiper-aktif, kurangkan (atau

jangan) pakaikan baju berwarna oren sebab warna ini boleh merangsang secara

aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja &

exuberant.


TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI

1.Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau

lebih berturut-turut.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik.

Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan,

cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat

letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan

sebagainya.

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam


.


Friday, May 22, 2009

Sekadar renungan....jadilah diri sendiri

Posting aku kali ini jadilah diri sendiri.....dengar kata hati....kerna kita tahu apa yang terbaik pada diri sendiri....hidup biar positif....perkara-perkara yang melemahkan minda dan merosakkan fikiran kita tolak ke tepi.....anggaplah hidup ini kita yang punya.....jika tiada sayang di hatinya...anggaplah jiwanya udah mati.....kita bina kekuatan sendiri....sebab hidup ini terlalu indah dan membahagiakan.....jaga hati sendiri......Hayatilah..kisah ini yang aku kira ada kekuatan dalam jiwanya.....menyentuh hati....sekadar renungan dan teladan....

Bila Isteri Dah Tak Cantik (luahan hati seseorang isteri )

Friday, May 22, 2009



Ambil iktibar dari cerita ini, it is really important

Bila Isteri Dah Tak Cantik

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri… Buat Iktibar kita
semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.



Pembaca Semua,


Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2
tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan
bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka
tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka
mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya
seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah
melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan
suami saya berkerja biasa saja.


Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang
menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.


Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi,
putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi
kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri
ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang
menyediakan segala keperluan rumahtangga.


Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya.
Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa
tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk
atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila
dia perlukan saya.


Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30
tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis
tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah
sampai ke tahap hubungan seks.


Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia
menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia
mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya

saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang
dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan
rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada
rangsanngan lagi bila melihat saya.


Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat
cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan
cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman

wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap,
fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita
yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana
memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung
sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya
bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya,
bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik
menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer,
mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang

baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang
berjaya bila bersama wanita tersebut.


Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di
lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri,
ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk
kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga
dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin
bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk
meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit
separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan
sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam
untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan
tempat kita untuk

berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan
perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita
di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp
besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.
Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi
jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk anda
memperbaikinya. …InsyaAllah. …… bagi wanita yang suka menggangu atau
menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yang
bujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkara
yang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cinta
sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi…lelaki zaman
sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak…tepuk dada
tanyalah selera.......

Thursday, May 21, 2009

Berkatalah benar walaupun pahit

Aku sungguh teruja bila seseorang enggan mengaku kesilapan yang dilakukan......bukannya apa..dia cakap bersungguh-sungguh depan aku menyatakan begitu begini......tanpa noktah menegakkan benang basahnya....aku yang tidak tidak mahu berpihak mana-mana terpalit sama......inilah perkara yg paling aku dok suka dalam hidup....Anyway bila di belakang dia cakap lain.....dan dia sanggup menyatakan dia betul.....Aduhai dunia......kalau begitulah caranya selepas ini aku lebih percaya kepada diri sendiri pada orang lain.....Bagi aku berkatalah benar waupun pahit.....kerana itu melambangkan ketinggian akhlak dan ilmu kita...jangan takut untuk mengakui kesalahan kita....kerana itu adalah kejayaan yang tiada tolak bandingannya.....seram aku bila memikirkan rakan2 yang tidak sekepala ni......

Mutiara Hikmah

MUTIARA HIKMAH

1. Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ;"Jauhkanlah larangan-larangan nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah; relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia paling kaya; berbuat baiklah kepada jiran nescaya jadilah engkau orang mukmin sejati; Kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau menjadi sebenar-benar muslim dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati". (Maksud hadis)

2. Daripada Abi Hurairah RA rasulullah SAW menyatakan mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi daripada mukmin yang lemah. Dan dalam semua kebaikan maka rebutlah perkara yang memberi faedah kepada dirimu. Dan mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan kamu bersifat lemah. Dan apabila kamu ditimpa bencana jangan kamu mengatakan kalaulah aku berbuat begini tentu akan jadi begini. Bahkan hendaklah kamu berkata bahawa ini adalah suatu ketentuan Allah dan berlaku dengan kehendakNya. Sesungguhnya perkataan 'kalau' ini membuka pintu perbuatan syaitan." (Maksud Hadis).

3. Mencari kekayaan dan kesenangan dunia tanpa dibatasi dengan keimanan dan kemuliaan akhlak akan menjejaskan ketenteraman, mencalar keadilan dan menghakis kemanusiaan. (al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al-Qaradhawy).

4. Orang yang dilanda keluh kesah, kesempitan dada, kosong jiwa, resah dan kesepian hanyalah orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan.(al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al Qaradhawy).

5. "Keimanan berperanan besar dalam membatasi jiwa menusia yang sarat dengan sifat loba, tidak cukup dengan yang sedikit, tidak puas dengan yang banyak dan tidak memadai dengan yang halal."./al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al-Qaradhawy).

6. Ilmu adalah panduan, harta adalah alat. Kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran, bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan. (Kata-kata Hukama').

7. Jika hati tercemar dengan keburukan dunia, akibatnya terhalanglah ukhuwah yang ikhlas, lantaran hati yang tandus dan malas memikirkan kebenaran. Akhirnya hilang segala nikmat yang Allah SWT berikan, tiada rasa lazat keimanan dan yang tinggal hanyalah tekanan. Insaflah wahai saudaraku, jika kita terlanjur jalan, usah malu mohon keampunan, malah bersegeralah untuk dibimbing kembali kepangkal jalan. Semoga Allah SWT beri keampunan dan kerahmatan .(Kata-kata Hukama')

8. Kenapa ada benci pada sesuatu yang tidak sepatutnya kita membenci. Kenapa kedekut kasih sayang pada orang yang sepatutnya kita memberi? Kenapa bakhil kemaafan pada orang yang menyakiti? Kenapa tiada ukhuwwah, padahal insan lebih mulia daripada haiwan. (Kata-kata Hukama')

9. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil." (Mafhum Surah AI-Ma'arij :19-21).

10. Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (Mafhum Surah al-Saf :3)

11. Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan (Mafhum Surah AI-Baqarah: 263).

12. Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

13. Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah sekalipun. (Hadis riwayat Muslim).

14. Allah SWT tidak melihat kepada fizikal atau rupa paras kamu. Sesungguhnya Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kamu.(Hadis riwayat Muslim).

15. Siapa yang akan diberikan kebaikan (nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan(lebih dahulu). (Hadis riwayat Bukhari).

16. Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati. (Hadis riwayai Abu Dunya).

17. Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat. (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi).

18. Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. (Khalifah Umar al-Khattab).

19. Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri clan mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut. (Khalifah Umar al-Khattab).

20. Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya. (Khalifah Ali bin Abi Talib).

21. Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki, yang paling tenang hidupnya adalah orang yang qana'ah (iaitu memada dengan yang ada), yang paling rendah kehidupannya ialah mereka yang menolak dunia, dan yang paling besar penyesalannya ialah orang yang berilmu tetapi melampaui batas.(Kata-kata Hukama').

22. Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah apabila berkata-kata lebih disukainya daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi. (Yazid bin Abi Habib).

23. Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya. (Ahmad Athaillah).

24. Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah SWT dan jika menerima bala harus sabar dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat daripada Allah manakala bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus beristighfar. (Abu al-Abbas AIMasri).

25. Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu bersifat pemaaf, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman. (Abul Qasim Al-Junaid).

26. Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (malaslah) anggota tubuh daripada beribadah. (Ahli Hikma.)

27. Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya. (Ahli Hikmah).

28. Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup (qana'ah), yang menjaga diri daripada meminta-minta dan menjadi bapa kepada keluarga yang bertaqwa. Allah SWT marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta-minta, yang memaksa dan yang kurang cerdik. (ahli Hikmah).

29. Sebuah musibah akan terasa menjadi kenikmatan jika kita berjaya menghadapinya dengan rasa syukur, sabar dan bertawakal serta merenungi hikmah dari setiap kejadian. (Kata-kata Hukama').

30. Rasulullah SAW pernah bersabda : Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika. (al-Hadis).

31. Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika apabila dia mampu bersyukur atas kurniaanNya, bersabar atas cobaan-Nya dan bertaubat atas dosanya. (Kata-kata Hukama')

32. Jadikanlah masalah itu sebagai ianda cinta ALLAH SWT pada kita bukan sebagai bebanan.

33. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

34. Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

35. Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapai melembutkan hati dan manusia yang keras. ((Hamka/.

36. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, berfambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya. ( Hamka ).

37. Pergaulan mempengaruhi didikan minda. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah anda hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia agar dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

38. Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam AlGhazali).

39. Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

40. Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan orang itu. (Hamka).

Wednesday, May 20, 2009

catatan hari guru 16 mei

aku diberi tugasan mengendalikan segmen persembahan. Punyalah bebudak ni dok ikut skrip lain yang kita suruh buat lainlah dia orang posting....begang betul..baik ajar budak tahap 1 dengan perangai gila-gilanya menghidupkan mood hari guru...ni tidak menyanyi macam oku jadi patung bernyawa....frust betul aku...nasiblah pengacara majlis ari itu menjadi dengan skrip gila-gila....si irfan dan afiazri tu .......tabik spring dapat mengendali majlis dengan baik sekali.....anyway semua itu jadi kenangan.....lepas tu bebudak tu kena toucherle...begang masing2....dok sungguh...banyak nok main2 aje....

aku dan kamu


ini azeem