Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, November 27, 2011

Apam Dot-dot..

Ahad 27 Nov.2011

Salam Ahad untuk semua....Salam Maal Hijrah juga pada semua pengunjung...tanamkan azam baru...azam yang berkualiti dan positif....dan mampu dilaksanakan mengikut perancangan....dan hasilnya tentulah sesuatu yang boleh memberi pulangan dan kita berjaya mencapai target dalam segala hal yang telah disasarkan...InsyaAllah niat yang baik pasti kesudahannya baik juga....

Posting kali ni...tentulah makanan...sebab hari-hari kita makan...pendek kata dalam fikiran kita sentiasa berlegar2 resepi yang ingin dibuat untuk anak2 dan suami.....satu kewajipan yang tidak boleh lari dari landasannya....Maka terciptalah apam dot-dot...yang cukup sinonim dengan blogger2 masakan.....hampir setiap blog yang terokai menceritakan pasal apam dot2 ni dengan resepi dan tunjuk cara lagi.....terima kasih banyak2 sbb berkongsi ilmu membuatnya....pendek cerita tidak payah menghadiri kelas memasak pun...pasti kalau diikut resepi satu persatu tentu menjadi....janji rajin mencuba...cuba jaya....try n error....

Pada saya.....punyalah cerewetnya hendak membuatnya...banyak kerenah untuk menjadi cantik dan terbaik...kalau jenis yang tidak suka buang masa jangan cuba buat baik beli saje...apam ni untuk mereka yang berminat mencuba aje...jenis yang suka duduk di dapur...dan yang suka bermain dengan warna bolehlah mencubanya.....bila mengukusnya api tidak boleh terlalu kuat...kalau kuat tentu apam kita akan merekah...dan tidak cantik...kalau api kukusan kita slow...apam kita akan bantat dan tidak gebu.....

Apa-apa pun tanya selera kita dan kita dalam golongan mane...rajin ke malas...selebihnya kreatif dan inovatif....lihatlah foto yang sempat dirakamkan....rasanya sedap tapi buatannya tidak secantik yang empunya resepi ni....

Saturday, November 26, 2011

Doa akhir tahun dan doa awal tahun....



Sabtu 26 Nov.2011


Doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah

Assalammualaikum kepada semua..ni saje nak berkongsi dengan anda tentang Doa akhir tahun dan awal tahun bagi umat Islam. Maklumlah hari ini umat Islam akan menyambut Maal Hijrah…Selalunya kita buat sambutan besar-besaran untuk upacara tahun baru mengikut kalendar biasa tu kan? macam mana dengan sambutan Maal hijrah pulak..?

Doa Akhir Tahun Hijrah

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Hikmah dan kebaikan Doa Akhir tahun ini adalah kita akan cuba mengingati segala amalan2,perbuatan kita baik yang membawa ke arah kebaikan mahupun yang membawa ke arah keburukan. Dengan Doa Akhir tahun ini kita akan berdoa untuk berhijrah ke arah kebaikan dari sesuatu yang telah kita lakukan sebelumnya. Jadikanlah tahun berikutnya lebih baik dari tahun sebelumnya dan memohon keampunan kepada Allah dan memohon semoga Allah menutup segala keaiban yang telah kita lakukan.

Doa Awal tahun Hijrah

“Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Hikmah dan kebaikan Doa Awal tahun Hijrah ini kita dapat memasang azam dan memperbaharui azam untuk melakukan segala amalan kebaikan….

Salam maal hijrah 1433 hijrah/maal hijrah 2011M


Friday, November 25, 2011

Merenung dalam diri.....

Jumaat 25 Nov.2011


Salam Jumaat untuk semua dan tidak lupa juga salam Maal Hijrah....detik-detik waktu yang singkat ni berlalu tanpa kita sedari....masa berputar terlalu cepat...dr malam ke pagi terus ke tengah hari hingga ke petang...malam balik begitulah lumrah alam...tanda-tanda hari pembalasan semakin hampir....dengan kalutnya dunia sekarang...manusia tidak lagi mengenal Tuhan..jauh sekali cuba menunaikan seruannya....panggilannya kerap disibukkan....kita alpa tentang dunia ini hanya pinjaman semata-mata...kita juga dipinjamkan untuk hadir ke dunia...tapi kita tidak pernah muasabah diri sendiri...siapa penciptaNYA...

Justeru...bila kita renung kembali melihat suasana di sekeliling kita...tetiba rasa takut menyelubungi diri sendiri...takut bala Allah akan menimpa tanpa mengenal usia,pangkat,baik tau buruknya perangai kita....sombong atau dermawannya kita.....bila kenikmatan yang dihulurkan tidak dibalas balik dengan kesyukuran maka tunggulah azad yang akan dikirimkan....

Terkadang bingung memikirkan sebilangan dari kita mempersendakan hukum Allah...menidakkan seruannya...cuba menegakkan keadilan berpaksikan akal fikiran membutakan Al Quran yang di dalam terkandung pelbagai peringatan dan sirahnya....kita pekakkan telinga bila ayat2 suciNYA dilaungkan...Islam pada nama sahaja...jadilah kita sebahagian buih-buih di pantai sekali ombak datang....lerai begitu sahaja...kekuatan iman dan ketaatan itu ibarat kulit bawang senipis-nipisnya....

Keruntuhan moral dan maksiat berlaku di depan mata....anak-anak muda tanpa segan silu memperagakan perbuatan tidak senonohnya tanpa rasa bersalah...pelajar-pelajar sekolah mempamerkan sikap biadapnya...terkinjal2 tanpa budaya hilang agama dan adat sopan....lebih parah lagi sex bebas tanpa kawalan menjadi juadah saban hari....peningkatan kadar kelahiran anak-anak tanpa ibu bapa berganda-ganda dan semakin menjadi-jadi....dan menjadi kebanggaan kepada ibu bapa tanpa rasa berdosa dan bersalah bila anak-anak berstatus begitu....siapa harus dipersalahkan dalam hal ini?

Kekufuran inilah memaksa kita akan berdepan mala petaka yang Allah janjikan....tunggu dan lihat kerana selagi Islam tidak ditegakkan di bumi Allah ini...nescaya perkara-perkara ini akan menjadi sinonim dengan kehidupan kita....marilah kita sama-sama panjatkan doa dan dirikan solat..minta keampunan darinya...didiklah anak2 kita takut pada Allah dalam semua situasi....Moga kita dihimpunkan bersama-sama orang yang beriman dan mentaati suruhannya..InsyaAllah....

Monday, November 21, 2011

Kek Coklat...


Isnin 21 November 2011

Salam ceria untuk semua...moga sihat disamping orang yang tersayang.....cuti sekolah udah bermula..hujan pun turun mencurah-curah sejak dua menjak ni...kenduri kahwin sememangnya sinonim dengan cuti...juga banyak undangan yang diterima....pendek kata cuti ni banyaklah juga aktiviti tambahan di samping regular aktiviti........

N3 kali ni ...tempahan kek coklat lagi....untuk bebudak yang sambut hari lahir ni....kek coklat memang kesukaan mereka sebab rasa coklat yang pahit2 manis ditambah dengan krimnya yang sedap...adunan citarasa ni menjadikan kek coklat bertambah yummmy..terima kasih pada si penempahnya....kalau ada event lagi bolehlah tempah...harga boleh dirunding...janji tidak cerewat..
sebenarnyanya resepi baru yang sudah lama diedit tapi belum berkesempatan mencubanya...kata sipenempah rasanya boleh tahan.....

Cerita pasal kek coklat ni banyak sangat versi yang boleh kita cuba....basenya sama coklat,tepung,telur,mentega or minyak jagung n gula...cara buatnya bergantung pada resepi...ada juga resepi yang meminta kita masukkan air atau susu cair semata-mata untuk nampak lembap bila dibakar...tapi kalau kukus lagi nampak moistnya...dengan toppingnya coklat juga....apa2 pun tanya selera masing-masing mane yang terlebih sedap....untuk resepinya sila komen baru dapat bahan2nya secara teratur...ok hingga jumpa lagi...

Thursday, November 17, 2011

Tahniah...

17 November 2011

Salam untuk semua..lama tidak update blog...semenjak tolong cakna kelas orang ni sentiasa sibuk...rupa2nya jadi cikgu kelas ni banyak kerja......sampaikan kerja sendiri banyak yang terbengkalai.....apa2 pun kita tolong ni ikhlas...sebab tuan empunya kelas ni menunaikan fardu haji...tidak ungkit2 ni saje je nok panjangkan cerita....

Ok posting terbaharu...TAHNIAH AND CELEBRATTION.....pada bebudak UPSR kerana memecahkan rekod pencapaian mendapatkan 5A...tahun lepas cuma dapat 3 orang tahun ni meningkat berganda-ganda sampai 16 orang sekali.....tahniah pada guru besar, cikgu2 tahun 6 serta cikgu lain yang turut sama menyumbang bakti pada mereka yang berjaya...orang yang paling gembira tentulah pengurus sekolah sebab....pandai mengurus....bermakna strategi dan perancangan yang dibuat berkesan....

Oleh itu pada sesiapa yang bakal mengajar tahun 6 2012 bersedialah untuk mengekalkan atau melonjakkan kecemerlangan ni....sesuatu yang mencabar dan tercabar....rasa2nya kekalkan teamwork tahun ni sebab mereka sudah buktikan mereka boleh melakukannya.....

Ada orang kata...orang kata bukan saya kata....faktor soalan bocor juga main peranan betul ke tidak....itu kene tanya dia orang ...apa2 pun semua subjek jatuh peratusnya terutama BM penulisan hanya mendapat 66% aje...di mana silapnya...kene buat post mortem pah pada ni....so tahniah sekali lagi....

Tuesday, November 08, 2011

Kerja oh kerja...

Selasa 8 November 2011

Salam untuk semua...cepatnya masa berlari..tup..tup udah masuk bulan November...bulan penuh kerahmatan....Salam Adil Adha juga untuk semua pembaca....jua bulan yang dilimpahi hujan yang mencurah-curah dari pagi hingga petang....

Posting kali ni banyaknya kerja yang terpaksa cikgu siapkan di hujung tahun ni..semua kerja mesti beres sebab bulan ni penutup persekolahan bagi tahun ni...bermakna segala urusan kena siapkan sebelum cuti bermula.....kena senaraikan satu-satu baru nampak kerja yang terpaksa dibuat.

  1. tanda kertas periksa akhir tahun.
  2. Isi markah dalam epantau
  3. Isi markah dalam SAPS
  4. Analisa keputusan akhir tahun untuk semua subjek
  5. Siapkan Hrmis sebelum 15 Nov.
  6. Siapkan nama murid untuk hari anugerah pada 15 Nov.
  7. Pastikan jamuan guru berjalan lancar di Resident Resort 10 Nov.
  8. Siapkan i-nilam untuk PKG
  9. Sediakan sijil i-nilam murid yang terima anugerah
  10. Masukkan markah PKBS murid.
  11. Pastikan register siap dikunci dan kemaskini data murid.
  12. Jamuan akhir pengawas pustaka pada 14 Nov. ni.
  13. Nilaian prestasi tahun semasa
  14. Kutip buku teks murid 8 Nov.
  15. Siapkan analisa agihan murid mengikut kelas 2012
  16. Assigment wajib disiapkan pada 15 Nov.
Inilah senarai yang terpaksa disiapkan dalam masa 9 hari ini. Rasanya ada lagi yang tidak tersenarai....tu lah bebanan seorang guru dari sekecil-kecil kerja sehinggalah sebesar2nya terpaksa dibuat...Jangan terkejut tahun 2013 waktu kerja guru akan ditambah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang...tahniah cikgu sebab ganjaran yang diberikan oleh kerajaan dikutip balik dari kerja kita...kalau rasa ingin teruskan kerja cikgu...silakan...kalau rasa membebankan baik pencen awal(kalau boleh) dan jangan lupa tandatangan untuk opsyen 60 tahun baru pencen......