Renungan...

Followers

nuffnang

Thursday, October 22, 2015

Temuduga NPQEL..Pengalaman yang sukar dilupakan...

Khamis 22 Okt. 2015

Salam Khamis n salam Maghrib untuk semua...bersiaran lagi...ginilah kalu dah mula berblog banyak pulok idea n cite yang nak diceritakan....Terkedu bila buka laman IAB bahagian semakan untuk temuduga kursus persediaan sebagai pemimpin sekolah...senang cite sebagai guru besar...nama terpapar macam dok percaya kita salah seorang peserta yang mewakili Daerah Dungun...yang diwar2 oleh PPD Dungun hanya kami berempat dan seorang pegawai PPD  berjaya dalam pemilihan tersebut...tetapi apa yang berlaku rupa2nya bukan kami berempat sahaja....dont worry rezeki masing2 ...

Anyway awal pagi dalam pukul 6 pagi bersama dengan Hajah Norlizai PK 1 di sekolah yang sama kami meredah kabus pagi bercampur dengan jerebu agaknya...merangkak kereta kami semata2 utk menghadiri sesi temuduga tersebut....persediaan???memang kami bersedia dr segi mental n fizikal..sempat menelaah beberapa topik ttg isu semasa serta cuba mengingati Visi KPM sebagai indikator persediaan yang mantap...pendek kata pergi dengan berilmu sebab kami antara intan terpilih di antara pilihan yang begitu ramai ...dulu NPQEL bukan sesuatu yang menarik untuk menjadi pemimpin sekolah...mungkin kerana semuanya oneline jadi proses mengisi maklumat menjadi senang n cepat...agak2nyalah...

so...sampai di sana daftarkan diri dengan perasaan berdebar...takut ..macam2lah..susah nak digambarkan...semua peserta yang datang hebat2 dgn pelbagai fail sebagai evident...kami diterima taklimat ringkas oleh ketua sektor...tatacara temuduga ini dijalankan...kami difahamkan dua sesi terpaksa kami lalui...sessi pertama berkumpulan...dalam kumpulan kami berempat sahaja...saluran ke 2..hanya 8 peserta sekolah rendah dan 24 peserta sek menengah...

sesi 1 kami diberi contoh lembaran markah pencerapan seorang guru untuk dianalisi dan dibahaskan kekuataan dan kelemahan cikgu ni dan cadangan penambahbaikan yang patut dilaksanakan..soalan yang senang dan memang pdp menjadi indikator kami sebagai pendidik...yang kurang bestnya salah seorg peserta dr kumpulan kami terlebih dominan konon2 tunjuk kehebatan bahawa dia seorang sahaja yang mampu berhujah dan memberi pendapat...kalut dibuatnya..penemuduga seramai 3 orang hanya tersenyum melihat gelagatnya...apatah lagi kami yang cukup meluat dgn sikap selfishnya...adusss cubaan yang pertama...kali ini kami hanya diperhati sahaja dan diberi masa selama setengah jam untuk membahas isu tersebut...5 minit lagi untuk kami menulis isi yang kami bahaskan...

Bayangkan dengan perut yang semakin berkeroncong...sakit hatinya.....membuatkan mood kami berdua down 50% ...sesi kedua bermula tepat jam 11 pagi ...face to face ...nilah proses yang orang kata kalu ke tandas berulang kali ini mmg yer...betul menguji ketahanan mental...setiap seorang dinilai selama 40 minit seorang...adusss...bayangkan aku peserta ke 4...dengan berdebarnya...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu...tiba giliran amber tepat jam 1 tengah hari...pelbagai soalan yang ditanya dari 3 orang penemuduga yang kesemuanya Guru besar sekolah Kluster...selagi boleh jawab...soalan KBAT...pembelajaran abad 21 VISI KPM ...6 Aspirasi murid...PPM 2013-2025...wah hebat soalan...berpeluh menjawab dalam pelbagai sudut...soalan terakhir..sekiranya dilantik sebagai guru besar apa tugas utama yang akan dibuat...dan apakah ciri-ciri yang ada pada seseorang yang ingin menjadi pentadbir sekolah....hebatkan soalan.....semuanya dilalui dengan rahmat Allah atas segala kekuatan dan mampu menjawab tanpa berdebar dan tersekat...Alhamdulliah tepat jam 1.45 berakhir debaran yang selama seminggu menghantui tidur lenaku...

Harapan...semoga ada sinar disebalik itu kerana kita hanya merancang yang terbaik dari Allah Taala jua..berlapang dada jika rezekiku tidak di sini..itulah yang terbaik untukku...tanpa menyalahkan tadir...
Bersama dengan Hajah Norlizai....


sempat bergambar bersama panel penemuduga dan pengarah JPNT



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...