Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, November 12, 2015

Jamuan Akhir Tahun..Meriah!

Khamis 12 Nov.2015

Salam Sejahtera....berentry lagi pada pagi ini...minggu2 terakhir di akhir persekolahan....walaupun banyak perkara yang perlu dibuat untuk  melangsaikan segala kerja yang terah tertangguh...yang pasti mengupdate blog dulu untuk mengembalikan mood akhir tahun ni...tajuk entry pun cukup menarik yalah semua sekolah berlumba-lumba meraikan majlis jamuan akhir tahun yang menjadi tradisi kepada kaum guru ni...rasa tidak lengkap setahun jika majlis ni ditiadakan...huhu

Bertempat di Grandcon Hotel Kuala Terengganu dianjurkan Majlis Jamuan Akhir tahun .... majlis yang cukup gemilang dan terbilang ni...dengan pelbagai gimik rahsia yang cuba di rahsiakan oleh Mr. President Azri...banyak sangat rahsianya...Anyway kehadiran Faizal AF menjadikan majlis pada petang itu cukup happening dan berjaya...pendek kata semua tetamu yang hadir terhibur dengan nyanyiannya...ditambah dengan makanan yang dihidangkan cukup meriah dan tidak menghampakan selera diaorang....kejutan demi kejutan dibuat oleh pengacara majlis Sir Farihan  yang sememang seorang pengacara yang mampu mengendalikan keseluruhan majlis dengan hebatnya...set karoke yang ditempah khas..belum lagi bayaran yang diberikan kepada Faizal...semua daya usaha ini dicetuskan oleh presiden kelab...Thank you very much...muah...muah...muah..akan menjadi kenangan sepanjang hayat pada kami semua.

Pada Puan Guru Besar yang sporting kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana memahami kehendak majlis kami walaupun ada yang bersungut pemilhan tempat yang jauh...huhu..setidak mungkin suasana santai dan meriah menjadi agenda utama kami....so...lihatlah gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua...Love You All...
Bersama dgn Gb dan Pengurusan baru

Bersama GB dan Pengurusan lama...aku masih stay sini huhu



Background yang dihias cantik..

Bersama Faizal AF...

 
Beberapa persembahan yang diadakan...
 

No comments: