Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, May 23, 2011

Ais Krim Homemade...





Isnin 23 Mei 2011


Salam untuk semua....ramai sangat yang bertanya pasal ais krim ni...kita pun bukannya pakar dalam membuatnya ...ni gara-gara terjumpa dalam blog badariah chef yang hangat dalam fb tu...try n error aje....pah tu menjadi....bila di bawa ke sekolah semua kata sedap....tu lah yang buatnya pantang nampak susu cair je.....

Bila ramai yang bertanya resepinya....kata ambil dlm blog...tapi bila dilog manenya resepi....aku dok letak lagi ke? ya Allah hampir kelupaan dalam usia senja gini....bila disuruh buke aje blog dalam intenet ni...semua garu kepala...blog yg mane satu harus dibuka....kata orang hendak seribu cara...malas seribu dalih....macam2 lah dia orang ni semua nok senang aje....apa-apa pun ambik kat cni aje resepinya pah tu buat....ada juga yg bertanya kalu diblender aje semua bahan2 ni jadi ke tidak? susah juga nak jawab...kau org cuba sendiri...tak cuba kita tidak tahu kaedahnya...resepi....

  • 2 cawan susu(fresh/cair)
  • 1/2 cawan gula/susu pekat(kalu manis kurangkan)
  • 2 sudu makan ovellet(kalu dok tahu tanya kat kedai kek)
  • pewarna yang disukai
  • perasa yang berkenan di hati
  • hias ikut suka hati

caranya

  • Campur semua...pukul hingga ia gebu n naik...lebih kurang 10 minit gitu..
  • Bubuh je dlm bekas yang disukai..
  • Pastikan ais krim ni betapa selama 8 jam dalam aisbox.
  • Nikmatilah kesegaraannya....

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru...

Isnin 16 Mei 2011

Salam Isnin untuk semua....tiba juga tarikh keramat ni...la rupa-rupanya hari mengingati kaum guru...ada cikgu yang tidak ambil peduli pun hari bagi meraikan dirinya...ada cikgu tertunggu-tunggu tarikh ni...betul kata seorang teman...satu2nya perayaan yang penyambutnya syok sendiri...dia beri ucapan untuk diri sendiri...dia buat majlis....dia nyanyi sendiri...dia adakan sukaneka sendiri...buat jamuan sendiri....beli hadiah n beri sesama sendiri...macam2 dia buat sendiri....tapi berkat jerih penatnya....tiba tarikh keramat ucapan SELAMAT HARI GURU sentiasa berkumandang.....

Apa2 pun anda seorang yang hebat...gelaran cikgu ni sampai mati pun sentiasa diukir dari bibir ke bibir....dan bermacam2 sms yang diterima...mane yang menjadi halwa mata diforwadkan untuk kekawan...ya lah cikgu ni mmg kreatif bila bermain dengan kata-kata....kristisnya dia orang semua sms yang dikirim bertemakan situasi cikgu dulu...kini dan selama2nya....

Saban tahun pelbagai acara diadakan....lagu selamat hari guru dinyanyikan setahun sekali...melodinya cukup terkesan dgn senikatanya pada naluri seorang cikgu....Itulah cikgu...di mana2 anak didik sentiasa di hadapan...kerana siapa kita tanpa dia orang.....

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Wednesday, May 11, 2011

Ramalanku benar belaka....

cRabu 11 Mei 2011

Salam penuh kesyahduan untuk semua pembacc entry ni...moga-moga setiap patah bicara ni dibaca secara ilmiah dengan hati dan perasaan terbuka...jua tidak menyempitkan persoalan kerana ada perkara yag memang terkena pada diri kita...anggap segala yang tercatat di sini benar2 berlaku samada kita terbabit atau sekadar pemerhati dari jauh...

Payah untuk mengungkaikan segala-galanya di sini....semua hati mesti dijaga...takut2 kita berkata benar walaupun pahit tetapi ada segolongan itu....yang cuba menaguk di air keruh....mengeruhkan lagi suasana...memanaskan keadaan....menjarakkan hubungan seterusnya bermasam muka demi menegakkan keadilan yang dirasakan adil bagi pihak dirinya.....

Justeru di kesempatan yang terbatas ni....bila seorang ketua meluahkan segala-galanya pada kita pasal ragam anak buahnya...apa respond pertama yang anda berikan?...diam...dengar n dengar...atau buat2 tidak faham butir bicaranya atau malas menambah-nambah....atau angkat kaki lari dari menghadapi kenyataan....?????

Dan.....bila persoalan diluahkan secara umum dalam keadaan sedar...semua telinga mendengar...ada apa yang tidak kena...di sekolah ni sudah ada dua pengurusan yang berbeza...
katanya....semua tertanya2 apa dan siapa yang dimaksudkan? berpandangan....timbul spekulasi liar...jua yang cuba meneka dalam diam serta cakap siang pandang2.......bila bertemu sesama sendiri...masing-masing cuba menimbulkan isu ini....cuba bermain api...kut2 mampu dicurahkan petrol di dalamnya....hingga catatan ni dicoretkan persoalan itu masih tergantung?

Pada firasatku.....ramalanku benar belaka....memang ada dua nahkoda dalam satu kapal...bersedialah untuk karam di lautan yang tenang...bila dan bagaimana kita akan tunggu masa n ketika.....hingga jumpa lagi...wasalam...

Monday, May 09, 2011

Hikmat Mendiamkan Diri.....

Isnin 9 Mei 2011

Salam Isnin untuk semua pembaca blogku..moga-moga kita ditempatkan bersama-sama dengan orang yang sentiasa menghargai setiap detik masa dan kehidupan di maya ni....seterusnya mendamba keberkatan dalam menjalani cebis2 kehidupan ni...Insyaallah..

Ok...posting pagi ni....Hikmat Mendiamkan diri...tajuk yang dikira sangat penting dan patut diamalkan dalam situasi yang meruntun ke arah itu...Justeru manusia memang dikurniakan sifat yang suka bercakap dalam apa jua keadaan....butir2 percakapan seharusnya menjurus kepada soal-soal kebaikan dan membuatkan si pendengar boleh mengambil iktibar dan panduan yang mulus2...jika percakapan dan bicara kita melampau adat dan kemampuan ...manusia akan merana dunia dan akhirat kerana percakapan yang menyinggung,merosakan hati,,,menyakiti si pendengar menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT....

Lidah yang dikurniakan oleh Allah hendaklah sentiasa menyebut nama Allah...janganlah lidah digunakan untuk mencaci..menghina..mencela dan menfitnah orang lain....Oleh itu perkataan
DIAM adalah ungkapan yang paling baik dalam sebarang situasi jika ianya tidak menyentuh peribadi kita dan dalam masa yang sama menguris hati kita......wassalam

Antara Hikmah Diam ialah......

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
  • Perhiasan tanpa berhias
  • Kehebatan tanpa kerajaan
  • Benteng tanpa pagar
  • Kekayaan tanpa meminta pada orang lain
  • Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal
  • Menutupi segala aib.....

Thursday, May 05, 2011

Tenangkan jiwa kita...



Khamis 5 Mei 2011

Salam Khamis untuk semua....semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati Allah...dalam apa jua kerja buat kita menjurus kepada keredhaan Allah SWT...sapelah kita untuk mempersoalkan ketentuan yang tercatat...selebihnya doa adalah senjata yang mampu mengungkai segala-galanya dalam mengharungi situasi yang meruntun pada kekuatan minda dan iman...

Posting kali ini....bagaimana mewujudkan ketenangan pada jiwa nurani....menjadikan kita lebih tabah, tenang dan mampu tersenyum dalam menghadapi situasi yang kurang selesa sama ada di sedari atau di sebalik umpatan dan cacian dari orang lain....

Justeru....ketahuilah bahawa,Islam menggariskan beberapa kaedah dan rawatan sebagai penawar dalam merawat ketenangan...moga panduan dan perkara-perkara ini jika dilakukan dengan tawaduk membuahkan hasil yang menyenangkan...InsyaAllah...
  • Membaca dan mendengar Al-Quran.
  • Menyayangi orang miskin.
  • Melihat orang yang di bawah,jangan melihat ke atas.
  • Menjaga silaturahim.
  • Banyak mengucapkan "la hawla wa la quwwataillah billah".
  • Menyatakan yang haq(benar) sekali pun pahit.
  • Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah.
  • Tidak meminta kepada orang lain.
  • Menjauhi hutang.
  • Selalu berfikiran positif.

Monday, May 02, 2011

Selamat Hari Pekerja-1 Mei

Isnin 2 Mei 2011

Salam Hari Pekerja untuk semua pekerja-pekerja yang merasakan diri mereka sebagai penyumbang tenaga kepada keluarga,agama,bangsa dan negara...walaupun dikesempatan yang terbatas serta terlewatnya untuk mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua tetapi setiap tahun... hari ini kita raikan bersama-sama dalam kegawatan ekonomi,kemerosotan akidah, kejumudan pemikiran yang sempit...segala-galanya kita lalui tanpa banyak bicara dan dalam noktah tersendiri....

Apa yang kita perlu tahu pasal hak kita sebagai seorang pekerja? atau tidak perlu tahu apa-apa kerana keadaan semasa yang mencorakkan penghidupan...dan kita akur dengan situasi sekarang yang meruntun banyak permasalahan yang memeningkan kepala.....justeru setiap pekerja sentiasa menggamit...penyelarasan gaji, kebajikan yang terkawal. kesesuaian tempat kerja,jaminan pendapatan jika berlaku apa2 di kemudian hari....

Soal2 teknikal ni sepatutnya sudah lama diselesaikan di peringkat nasional dan menjadi intipadi dalam agenda kesatuan bagi mewujudkan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi itu....
dasar dan matlamat ini perlu diubahsuai mengikut keperluan semasa serta menjamin setiap titik peluh yang dicurahkan menepati kehendak dan sasaran dalam menentukan hala tuju setiap pekerja itu dalam masyarakatnya....

Justeru...seperti yang diwar-warkan tentang penyelarasan gaji kabinet yang akan dibentangkan pada akhir Mei ini mampu mengubah landskap pekerja dalam pembangunan negara....sikap acuh tak acuh pihak kerajaan dalam membela nasib pekerja membangkitkan rasa tidak puas hati dan melonjakkan demotrasi yang boleh diselesaikan di meja rundingan dan kesatuan sekerja sepatutnya menjadi perantaraan yang berkesan sebagai wadah melengkapkan kesatuan yang membawa suara,rintihan pekerja di peringkat tertinggi...

Penyudah bicara sebagai tema hari buruh tahun ni..."Pekerja Merealisasikan Transfomasi Negara" sepatutnya menjadi tunjang dalam menentukan hala tuju pekerja selamanya...Meski saban tahun gaji minimun menjadi aspek yang dilaungkan...sehingga kini belum terlaksana sepnuhnya...kerana kerdilnya kita diperingkat nasional dalam memperjuangkan hak kita sebagai pekerja yang berdaftar....Sekian...hingga jumpa lagi ...