Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, May 05, 2011

Tenangkan jiwa kita...



Khamis 5 Mei 2011

Salam Khamis untuk semua....semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati Allah...dalam apa jua kerja buat kita menjurus kepada keredhaan Allah SWT...sapelah kita untuk mempersoalkan ketentuan yang tercatat...selebihnya doa adalah senjata yang mampu mengungkai segala-galanya dalam mengharungi situasi yang meruntun pada kekuatan minda dan iman...

Posting kali ini....bagaimana mewujudkan ketenangan pada jiwa nurani....menjadikan kita lebih tabah, tenang dan mampu tersenyum dalam menghadapi situasi yang kurang selesa sama ada di sedari atau di sebalik umpatan dan cacian dari orang lain....

Justeru....ketahuilah bahawa,Islam menggariskan beberapa kaedah dan rawatan sebagai penawar dalam merawat ketenangan...moga panduan dan perkara-perkara ini jika dilakukan dengan tawaduk membuahkan hasil yang menyenangkan...InsyaAllah...
  • Membaca dan mendengar Al-Quran.
  • Menyayangi orang miskin.
  • Melihat orang yang di bawah,jangan melihat ke atas.
  • Menjaga silaturahim.
  • Banyak mengucapkan "la hawla wa la quwwataillah billah".
  • Menyatakan yang haq(benar) sekali pun pahit.
  • Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah.
  • Tidak meminta kepada orang lain.
  • Menjauhi hutang.
  • Selalu berfikiran positif.

No comments: