Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, July 22, 2019

Dilema Sekolah Yang ada Asrama..!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...


Bertemu kembali di alam siber...musim para jemaah kita dijemput dan diundang Allah ke Tanah Suci Mekah mengerjakan haji..alhamdulliah sampai masa kita dijemput ke sana..Tahun ni ramai di kalangan waris dan sepupu sepapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci ...kita tumpang bangga kerana muda2 dah berpeluang ke sana..InsyaAllah sampai masa kita akan menyusul yer..

Berbalik pada tajuk posting pagi ni...susah juga yer sekolah yang ada asrama ni terutama sekali sekolah rendah yang ada asrama desa yang mana 100 Peratus KPM yang sapport semuanya berbanding dengan asrama harian yang lebih kepada penghuni terpakasa membayar seringgit sehari mana yang kurang berkemampuan free saje yer.. So SKPP sekolah yang letaknya pinggir bandar dari bandar Dungun perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja...Asrama dibina atas kapasiti murid-murid ini kurang berkemampuan daripada segala aspek.. kapasiti muat untuk murid-murid ni seramai 100 orang sahaja.. tetapi jumlah penghuninya seramai 80 orang sahaja daripada pelbagai latar belakang serta sekolah2 yang berdekatan..

Yang menjadi persoalan di sini..rata2 yang menghuni di sini dari kalangan mereka yang ada masalah keluarga...Penceraian kedua2 ibu bapa faktor utama dan jalan terbaik adalah menghantar anak2 ke asrama kerana budak2 ini ditinggalkan bersama ibu2 mereka dan ada yang tok dan toki yang jaga daripada kecil lagi...bila keadaan ini berlaku anak2 yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan kerana ibu terpaksa mencari nafkah untuk menampung keluarga..ya lah ramai sangat di luar sana suami yang lari dari tanggungjawab wajibnya huhu...Sekolah menjadi tempat untuk menjaga murid-murid ini..belum lagi yang timbulkan 1001 masalah kepada sekolah dan asrama kerana masalah disiplin dan kurang perhatian daripada keluarga...

Kes terbaharu...ibu bapa yang menghantar anak2 ke asrama kerana ibu bapa tidak mampu mengawasi anak2 kerana mereka yang lebih terpengaruh dengan game yang ada di dalam handset dan tidak mengulangkaji pelajaran di rumah..24 jam berkepit dengan media sosial dan jalan paling selamat untuk menyelesaikan masalah ini dengan menghantar anak2 ke asrama atas alasan asrama ada peraturan dan mampu mendisiplin anak2 mereka dengan baik..tu lah antara masalah yang terpaksa pihak sekolah dan asrama tangani dengan cukup berhati2 kerana kita tiada  alasan yang kukuh untuk menolak hasrat ibu bapa kerana permis sekolah adalah hak kerajaan dan sekolah tiada hak untuk tidak menerima murid2 untuk belajar di sini..

so..selaku pentadbir dan guru-guru yang ditugaskan menjalankan amanah dengan sebaik mungkin dan melayani karenah ibu bapa yang terkadang entah apa2..banyak mengajar kita sebagai guru...masalah yang timbul bukan daripada anak2 mereka tetapi ibu bapa yang terlebih pandai daripada cikgu2 sekolah... so kami dididik supaya sentiasa berlapang dada dan didiklah anak2 mereka dengan sempurna...



Tuesday, July 09, 2019

Perkhemahan Tahunan SKPP..

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Bersua kembali dalam alam siber ni...intenet dah jadi satu perkara yang sangat penting sekarang dan merupakan medium yang paling cepat untuk menyebar sesuatu tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk memberitahu segala2nya..

Posting pagi ini..siaran tertunda hehe...perkhemahan tahnunan sekolah yang telah dilaksanakan pada minggu lepas selamat dijalankan dengan jayanya...apa tidaknya dikhabarkan sudah 8 tahnu SKPP tidak berkhemah dan menjalankan aktiviti ni..so semua guru n murid teruja...pelbagai aktiviti dapat dilaksana dengan baik dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada guru dan AJK PIBG ...Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan berharap tahun2 berikutnya tradisi ini dapat diteruskan dan menjadi rutin tahunan memandangkan ianya merupakan komponen Kokurikulum yang mesti dilaksanakan kerana dana untuk menjayakan disalurkan oleh KPM kepada setiap sekolah..Syabas n tahniah kepada kem komandan yang berjaya mengurus perkhemahan dengan sebaik mungkin.. antara kem komandan yang terbaik pernah saya jumpa...hehehe kalau GB bertuakr ikut serta yer cikgu nuar..

Pertandingan membina gajet..GB tumpang glamer je..beri semangat kepada budak2 ni..

Semangat kerjasama yang ditunjukkan amat membanggakan..


Peserta terbaik perkhemahan..tahniah!!!

Kumpulan TKRS menang seluruh acara yang dipertandingkan...tahniah!!

Bersama dengan PKKO yang menjadi pengerak segala aktiviti yang dijalankan di sekolah..terbaikkk!

Barisan guru2 yang sempat datang untuk majlis penutup..tahniah!!

Dihimpit guru2 yang komited dengan tugas yang diberi..syabas!!!