Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, November 30, 2009

UPSR...Tahniah pada yang berjaya

Isnin 30 November 2009

Lama tidak berposting.......Walaupun agak lewat untuk mengucapkan tahniah pd yg berjaya mendapat 5A dalam UPSR.....anda semua kebanggaan kami di sekolah....pada yg tidak mendapat 5A usah gusar kerana perjalanan itu masih jauh lagi.....tidak semestinya anda tidak memperolehi 5A bermakna anda tidak cemelang...tetapi nasib tidak bersama kita kali ini....tanamkan tekad...naik tingkatan 1 study betul2 untuk PMR..bukannya lama 3 tahun aje berbanding UPSR anda terpaksa belajar selama 6 tahun.

Pada yg berjaya...teruskan usaha....ini baru tangga pertama anda berjaya....mane2 yg dpt masuk SBP tu andalah seorang yg hebat pd keluarga dan sekolah.....tapi jangan lupa jasa guru di sekolah rendah kerana bila di sek. menengah nanti byk ilmu terpaksa dicari sendiri.....kita malas kita akan ketinggalan.....

Pada guru dan rakan-rakan tahniah juga kerana kita mampu mengubah keadaan jika kita bersatu, berbaik sangka dan tidak dengki mendengki antara satu sama lain...Kita melakar sejarah kerana menambah bilangan 5A 100% dari keputusan tahun lepas....banyak perkara yang tersurat dan tersirat setelah mendapat kepimpinan baru yg mempunyai byk idea dan tidak mengongkong segala tindak tanduk kita....





Friday, November 06, 2009

Sahabat sejati

Jumaat 6 Nov.2009

Melewati facebook ramainya sahabat2 yg ingin berkenalan dan berchat sambil bersapa-sapaan..sesuatu yg positf rasanya....ada baik dan buruknya...terkadang kita terlalu byk membuang masa bersiber di alam maya tanpa tujuan just sekadar melepas boring yg menerjah dlm sanubari dan kita lepaskan kebosanan itu di facebook....memberi pendapat dan semangat untuk menyukai sekeping hati.....tak gitu atau sekadar suka-suka supaya org menyatakan bahawa kita tidak ketinggalan dlm mengiklankan diri sendiri...yalah akulah org yg serba tahu dalam alam siber ini...

Anyway kalau sekadar melengkapkan situasi semasa yang meruntun ke arah itu apa salahnya.....pada kita bercakap sesuatu yg memualkan......sesuatu yg menyakiti diri orang lain.....dan setidak-tidaknya kita mengasah minda ke arah perkara yg positif kerana aura positif yg ada dalam jiwa kita patut diketengahkan supaya diri kita sentiasa segar.berfikiran jauh,kuat semangat,peka pada perubahan dan sekali sekala membuang aura negatif yg menjadikan kita nampak tua dari usia,muka sentiasa berkerut, cepat marah,serba tidak kena.....dan yg paling ditakuti tidak boleh nampak orang lebih dari kita.....mulalah bercakap lebih kurang.....tidak bertegur sapa.....yg paling menyakitkan hati bila ditanya mulalah memberi jawapan secara sindir-sindiran.......kalu begini sikap seorang sahabat baik kita menjauhkan diri dari cuba mengambil hatinya supaya menerima kita seada-adanya.....org begini biarlah dia dgn alamnya dan kaum spesisnya saja....

Payah untuk kita mencari sahabat yg betul2 sehati sejiwa dengan kita....pandai bergaul,pandai mengambil hati....faham perasaan kita...cuba berbaik sangka....menerima kita seada-adanya dalam apa jua situasi....cukup disenangi dan yg paling penting tidak menjaja cerita kita pada org ketiga.......apa salahnya kita menerimanya jika dia byk kelebihan dari kita.....belajar apa yg baik...berkongsi idea, pendapat, serta mencungkil kehebatannya supaya kita setanding dgnnya dalam apa jua keadaan....sikap merendah diri tidak merugikan sesiapa....kerna kita inginkan ilmu darinya supaya kita sehebat dia dalam erti kata sebenar.....buang jauh2 sifat berdengki, iri hati kerna sifat2 inilah yg menjadikan kita tewas dalam segala hal....malas bertanya sesat jalan....

Pada aku.....berkawan biar seribu berkasih pada yg satu.....semoga apa yg didam-idamkan menjadi kenyataan......aku berharap sangat2 jujurlah dlm bersahabat kerana sahabat sejati akan bersama kita dalam situasi susah dan senang dan sama2 menokah arus jika ke situ pilihan kita...


More BESTFRIEND graphics