Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012..

Sabtu 31 Dec.2011

Salam Sabtu untuk semua...kejap aje masa berlalu..setahun sudah meninggalkan kita dengan pelbagai ragam, aktiviti, kerja yang tidak pernah habis2 dan kerja buat kita sentiasa sama dari tahun ke tahun..tetapi azam aje yang sering bertukar-tukar tetapi tidak menepati sasarannya..kerana kita hanya tahu berazam..tetapi pelaksanaannya masih ditakuk lama kerana kita memang gitu... takut terima perubahan..ya ke takut menerima perubahan...

Kalau ada pun perubahan tangga gaji dari tahun ke tahun itu aje yang berubah...tetapi bila bekerja dan diberi tanggungjawab kita tidak laksanakan sebaik mungkin....pahtu bertukarlah potfollio... diberi amanah pada orang lain....dengan alasan saya ingin memberi tugasan yang lain atas kewajaran memang tugas ini sepadan dengan jiwa dan perwatakannya.....jadi kita sama-sama melihatnya keberkesanan dan keberhasilan kerjanya sepadan ke tidak dengan anggapan yang diberikan....

Maka bermulalah satu episod lagi tahun depan....samaada empunya diri masih kekal di sekolah yang sama atau ditukarkan ke sekolah yang lebih dekat dengan diberi tugas dan amanah yang besar untuk diselesaikan.....itu pun bergantung kepada kekosongan jawatan selebihnya menunggu dan menunggu sehingga tanggungjawab itu sesuai dengan kita.....

Apa-apa pun Selamat menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua...sambutlah dengan roh Islam dan tidak mengambil unsur2 barat yang menidakkan keimanan kita.....

Saturday, December 24, 2011

Roti Boy...

Sabtu 24 Dec.2011

Salam Sabtu untuk semua...kejap je masa berlalu...lama tidak update blog...sebenarnya banyak perkara yang ingin dipaparkan...tetapi seakan malas untuk mencoretkan sesuatu di sini..selebihnya banyak melogin blog masakan untuk mencari resepi baru yang boleh ditry dan menjadi...ada juga blogger yang seakan tidak merestui jika kita menciplak resepinya tanpa kebenaran..tetapi bila dilihat kebanyakkan resepi yang ditayangkan hampir sama aje...semua blog memaparkan sukatan yang sama..jadi tidak timbul siapa yang ciplak siapa..kalu udah di postkan di blog kita...bermakna kita nak berkongsi dengan orang lain lah...tak gitu...

Ok posting kali ini...lain skit Roti Boy yang juga dikenali mexican bun...yang dicedok dari my resepi...tempat berkongsi resepi...maka ramai yang respond jika resepi yang dibuat itu menjadi...Sebenarnya udah lama ingin mencari resepi dan mencuba membuatnya....ya lah punya mahalnya roti ni dari RM1 sebiji...hampir terkejut bila ke Gaint tempoh hari sudah naik harganya menjadi RM1.90....hishishis....mahalnya hampir sekali ganda...

Bila tengok pada harga...dalam hati berdetik...aku mesti cuba buat...kalau tidak dicuba kita tidak tahu jadi ke tidak.....maka bermula episod..mencari bahan-bahannya...dan cuba jaya ni menampak hasil yang lumayan...menjadi..gebu...yummmy dan fabulos gitu...sedap hingga menjilat jari....hingga emak saudara juga memuji hasilnya sama seperti yang dijual di kedai...alhamdulliah..berkat mencuba ....ni dah masuk 3 kali membuatnya..still cantik,gebu n mewah dengan kelembutannya...apa2 pun terima kasih pada yang empunya resepi..berkat rezeki kamu sebab semua orang boleh merasa...nak resepi? ni yang sempat digoggle sini dan sini.. cuba buat tentu menjadi ...maaf ya tuan tanah cedok resepi ni..setidak mungkin ada juga mengintai blog anda semua hihi sharing is caring...lihatlah foto yang sempat dirakamkan.....

Friday, December 16, 2011

Lega,,,rasanya..

Jumaat 16 Disember 2011

Salam Jumaat untuk semua....moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...jika rezeki kita terlebih sikit...sedekahkan kepada yang memerlukan Insyallah Allah akan tambahkan rezeki kita berlipat kali ganda serta diberi kesihatan yang cukup baik dan selesa.

Posting kali ini...lega rasanya bila semua assigment yang disuruh buat siap sepenuhnya dan berjaya dihantar melalui portal UPSI...moga para pensyarah dapat menerimanya dan menanda dan memberi markah seadanya demi meneruskan pengajian di semester seterusnya.Apa yang pasti banyak keburukannya jika kita hantar melalui online ni....rasanya bila kita taip semua maklumat dan fakta yang terkandung disiapkan sebaik mungkin tetapi bila disendkan mesti ada yang terhilang dan terpadam...jadi nampak cacat assigment kita....tentu perkara ini mengundang sedikit kekecewaan di hati....harap pihak di sana faham masalah kami dan tidak mengambil serius jika terdapat kekurangannya......

Meski ada pensyarah yang inginkan hardcopy sebagai backup,terpaksa menghantar secara manual dengan menggunakan skynet dan sedikit ongkos terpaksa dikeluarkan.....terkadang rasa terbeban dengan dua kerja yang sama tetapi pihak univeriti tidak melihat ini sebagai satu kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku......

Sunday, December 11, 2011

Kek Tiramisu.....

Ahad 11 Disember 2011

Salam Ahad untuk semua pembaca blog ni...cepatnya masa berlalu..pejam celik tinggal 2 minggu lagi alam persekolahan dibuka kembali.....maka rutin yang sama jua berulang-ulang....begitulah lumrah hidup berputar bagai roda sekejap ke atas dalam masa yang sama ke bawah semula....

N3 kali ini...tentulah kek Tiramisu...kek yang dingin,lembut di mulut bila makan tidak terasa kenyangnya..sekadar menikmati kelazatannya aje....Tidak pasti ya asal usul kek ini...kalau dari namanya tentulah di sebelah barat...sebab adunannya banyak berkisar pada produk tenusu...tetapi bila didatangkan ke malaysia telah ditradisikan ikut selera orang Asia.....

Kek yang menjadi bualan dan santapan pada blogger masakan.....kalau dilogin blog di orang resepi hampir sama...cuma adalah yang kreatif tu modify agar lebih cantik dan ditambah ramuannya agar lebih sedap dan yummy...apa pun hubby tidak berapa suka sebab chesse yang terkandung di dalamnya....orang berumur lebih suka kek ori lagi...apa2 pun anak2 paling suka....
Resepi paling simple dan mudah untuk dibuat.

Tuesday, December 06, 2011

T/duga iGPK32

Selasa 6 Disember 2011

Salam ceria untuk semua...moga kita diberi kekuatan dan kerahmatan atas segala kerja buat kita...selebihnya kita berupaya mencari kelemahan dan cuba membaiki diri sendiri agar kita sentiasa dalam peliharaanNYA InsyaAllah....

Posting kali ini...tentu temuduga ke jawatan hakiki DGA32 yang rata-rata menjadi isu hangat pada para pendidik ...ya lah kenaikan pangkat ni sebenarnya menjadi rebutan pada orang yang merasakan dirinya mampu menjadi pentadbir dan rasa ingin bertanggungjawab pada setiap kerja yang diberikan...bukan kerja yang mudah untuk mengurus dalam konteks ni...sebab bila disebut mengurus manusia kita tidak lari dari menjadi perhatian dan bualan jika tidak dapat menangani sesuatu masalah dengan bijak...dan mungkin diperlekehkan kewajaran kita dilantik sebagai pengurus sekolah.

Punyalah soalan yanmg dikemukan macam nok dapat kerja baru...dengan dasar-dasar kerajaan yang dilaksana...semua bentuk soalan yang melibatkan pendidikan menjadi fokus utama....pendek kata kalau datang dengan jiwa kosong...bermakna nampak kebodohan sendiri...kepetahan berhujah..soalan yang memerangkap kita dipihak mana juga kerap ditanya...dan soal anwar ibrahim juga menjadi pokok soalan yang menghiasi sesi t/duga tu....bijak menjawab dan cuba membetulkan keadaan intipati utama.....

Apa2 pun semuanya sudah selesai...menunggu dilantik dan dihantar ke mana-mana yang dirasakan sesuai....apa yang pasti janganlah ditempatkan di daerah yang jauh kerana umur2 kita yang dipanggil ni semua warga senja yang meniti hari mencari keredhaan dariNYA.....

Sunday, November 27, 2011

Apam Dot-dot..

Ahad 27 Nov.2011

Salam Ahad untuk semua....Salam Maal Hijrah juga pada semua pengunjung...tanamkan azam baru...azam yang berkualiti dan positif....dan mampu dilaksanakan mengikut perancangan....dan hasilnya tentulah sesuatu yang boleh memberi pulangan dan kita berjaya mencapai target dalam segala hal yang telah disasarkan...InsyaAllah niat yang baik pasti kesudahannya baik juga....

Posting kali ni...tentulah makanan...sebab hari-hari kita makan...pendek kata dalam fikiran kita sentiasa berlegar2 resepi yang ingin dibuat untuk anak2 dan suami.....satu kewajipan yang tidak boleh lari dari landasannya....Maka terciptalah apam dot-dot...yang cukup sinonim dengan blogger2 masakan.....hampir setiap blog yang terokai menceritakan pasal apam dot2 ni dengan resepi dan tunjuk cara lagi.....terima kasih banyak2 sbb berkongsi ilmu membuatnya....pendek cerita tidak payah menghadiri kelas memasak pun...pasti kalau diikut resepi satu persatu tentu menjadi....janji rajin mencuba...cuba jaya....try n error....

Pada saya.....punyalah cerewetnya hendak membuatnya...banyak kerenah untuk menjadi cantik dan terbaik...kalau jenis yang tidak suka buang masa jangan cuba buat baik beli saje...apam ni untuk mereka yang berminat mencuba aje...jenis yang suka duduk di dapur...dan yang suka bermain dengan warna bolehlah mencubanya.....bila mengukusnya api tidak boleh terlalu kuat...kalau kuat tentu apam kita akan merekah...dan tidak cantik...kalau api kukusan kita slow...apam kita akan bantat dan tidak gebu.....

Apa-apa pun tanya selera kita dan kita dalam golongan mane...rajin ke malas...selebihnya kreatif dan inovatif....lihatlah foto yang sempat dirakamkan....rasanya sedap tapi buatannya tidak secantik yang empunya resepi ni....

Saturday, November 26, 2011

Doa akhir tahun dan doa awal tahun....



Sabtu 26 Nov.2011


Doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah

Assalammualaikum kepada semua..ni saje nak berkongsi dengan anda tentang Doa akhir tahun dan awal tahun bagi umat Islam. Maklumlah hari ini umat Islam akan menyambut Maal Hijrah…Selalunya kita buat sambutan besar-besaran untuk upacara tahun baru mengikut kalendar biasa tu kan? macam mana dengan sambutan Maal hijrah pulak..?

Doa Akhir Tahun Hijrah

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Hikmah dan kebaikan Doa Akhir tahun ini adalah kita akan cuba mengingati segala amalan2,perbuatan kita baik yang membawa ke arah kebaikan mahupun yang membawa ke arah keburukan. Dengan Doa Akhir tahun ini kita akan berdoa untuk berhijrah ke arah kebaikan dari sesuatu yang telah kita lakukan sebelumnya. Jadikanlah tahun berikutnya lebih baik dari tahun sebelumnya dan memohon keampunan kepada Allah dan memohon semoga Allah menutup segala keaiban yang telah kita lakukan.

Doa Awal tahun Hijrah

“Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Hikmah dan kebaikan Doa Awal tahun Hijrah ini kita dapat memasang azam dan memperbaharui azam untuk melakukan segala amalan kebaikan….

Salam maal hijrah 1433 hijrah/maal hijrah 2011M


Friday, November 25, 2011

Merenung dalam diri.....

Jumaat 25 Nov.2011


Salam Jumaat untuk semua dan tidak lupa juga salam Maal Hijrah....detik-detik waktu yang singkat ni berlalu tanpa kita sedari....masa berputar terlalu cepat...dr malam ke pagi terus ke tengah hari hingga ke petang...malam balik begitulah lumrah alam...tanda-tanda hari pembalasan semakin hampir....dengan kalutnya dunia sekarang...manusia tidak lagi mengenal Tuhan..jauh sekali cuba menunaikan seruannya....panggilannya kerap disibukkan....kita alpa tentang dunia ini hanya pinjaman semata-mata...kita juga dipinjamkan untuk hadir ke dunia...tapi kita tidak pernah muasabah diri sendiri...siapa penciptaNYA...

Justeru...bila kita renung kembali melihat suasana di sekeliling kita...tetiba rasa takut menyelubungi diri sendiri...takut bala Allah akan menimpa tanpa mengenal usia,pangkat,baik tau buruknya perangai kita....sombong atau dermawannya kita.....bila kenikmatan yang dihulurkan tidak dibalas balik dengan kesyukuran maka tunggulah azad yang akan dikirimkan....

Terkadang bingung memikirkan sebilangan dari kita mempersendakan hukum Allah...menidakkan seruannya...cuba menegakkan keadilan berpaksikan akal fikiran membutakan Al Quran yang di dalam terkandung pelbagai peringatan dan sirahnya....kita pekakkan telinga bila ayat2 suciNYA dilaungkan...Islam pada nama sahaja...jadilah kita sebahagian buih-buih di pantai sekali ombak datang....lerai begitu sahaja...kekuatan iman dan ketaatan itu ibarat kulit bawang senipis-nipisnya....

Keruntuhan moral dan maksiat berlaku di depan mata....anak-anak muda tanpa segan silu memperagakan perbuatan tidak senonohnya tanpa rasa bersalah...pelajar-pelajar sekolah mempamerkan sikap biadapnya...terkinjal2 tanpa budaya hilang agama dan adat sopan....lebih parah lagi sex bebas tanpa kawalan menjadi juadah saban hari....peningkatan kadar kelahiran anak-anak tanpa ibu bapa berganda-ganda dan semakin menjadi-jadi....dan menjadi kebanggaan kepada ibu bapa tanpa rasa berdosa dan bersalah bila anak-anak berstatus begitu....siapa harus dipersalahkan dalam hal ini?

Kekufuran inilah memaksa kita akan berdepan mala petaka yang Allah janjikan....tunggu dan lihat kerana selagi Islam tidak ditegakkan di bumi Allah ini...nescaya perkara-perkara ini akan menjadi sinonim dengan kehidupan kita....marilah kita sama-sama panjatkan doa dan dirikan solat..minta keampunan darinya...didiklah anak2 kita takut pada Allah dalam semua situasi....Moga kita dihimpunkan bersama-sama orang yang beriman dan mentaati suruhannya..InsyaAllah....

Monday, November 21, 2011

Kek Coklat...


Isnin 21 November 2011

Salam ceria untuk semua...moga sihat disamping orang yang tersayang.....cuti sekolah udah bermula..hujan pun turun mencurah-curah sejak dua menjak ni...kenduri kahwin sememangnya sinonim dengan cuti...juga banyak undangan yang diterima....pendek kata cuti ni banyaklah juga aktiviti tambahan di samping regular aktiviti........

N3 kali ni ...tempahan kek coklat lagi....untuk bebudak yang sambut hari lahir ni....kek coklat memang kesukaan mereka sebab rasa coklat yang pahit2 manis ditambah dengan krimnya yang sedap...adunan citarasa ni menjadikan kek coklat bertambah yummmy..terima kasih pada si penempahnya....kalau ada event lagi bolehlah tempah...harga boleh dirunding...janji tidak cerewat..
sebenarnyanya resepi baru yang sudah lama diedit tapi belum berkesempatan mencubanya...kata sipenempah rasanya boleh tahan.....

Cerita pasal kek coklat ni banyak sangat versi yang boleh kita cuba....basenya sama coklat,tepung,telur,mentega or minyak jagung n gula...cara buatnya bergantung pada resepi...ada juga resepi yang meminta kita masukkan air atau susu cair semata-mata untuk nampak lembap bila dibakar...tapi kalau kukus lagi nampak moistnya...dengan toppingnya coklat juga....apa2 pun tanya selera masing-masing mane yang terlebih sedap....untuk resepinya sila komen baru dapat bahan2nya secara teratur...ok hingga jumpa lagi...

Thursday, November 17, 2011

Tahniah...

17 November 2011

Salam untuk semua..lama tidak update blog...semenjak tolong cakna kelas orang ni sentiasa sibuk...rupa2nya jadi cikgu kelas ni banyak kerja......sampaikan kerja sendiri banyak yang terbengkalai.....apa2 pun kita tolong ni ikhlas...sebab tuan empunya kelas ni menunaikan fardu haji...tidak ungkit2 ni saje je nok panjangkan cerita....

Ok posting terbaharu...TAHNIAH AND CELEBRATTION.....pada bebudak UPSR kerana memecahkan rekod pencapaian mendapatkan 5A...tahun lepas cuma dapat 3 orang tahun ni meningkat berganda-ganda sampai 16 orang sekali.....tahniah pada guru besar, cikgu2 tahun 6 serta cikgu lain yang turut sama menyumbang bakti pada mereka yang berjaya...orang yang paling gembira tentulah pengurus sekolah sebab....pandai mengurus....bermakna strategi dan perancangan yang dibuat berkesan....

Oleh itu pada sesiapa yang bakal mengajar tahun 6 2012 bersedialah untuk mengekalkan atau melonjakkan kecemerlangan ni....sesuatu yang mencabar dan tercabar....rasa2nya kekalkan teamwork tahun ni sebab mereka sudah buktikan mereka boleh melakukannya.....

Ada orang kata...orang kata bukan saya kata....faktor soalan bocor juga main peranan betul ke tidak....itu kene tanya dia orang ...apa2 pun semua subjek jatuh peratusnya terutama BM penulisan hanya mendapat 66% aje...di mana silapnya...kene buat post mortem pah pada ni....so tahniah sekali lagi....

Tuesday, November 08, 2011

Kerja oh kerja...

Selasa 8 November 2011

Salam untuk semua...cepatnya masa berlari..tup..tup udah masuk bulan November...bulan penuh kerahmatan....Salam Adil Adha juga untuk semua pembaca....jua bulan yang dilimpahi hujan yang mencurah-curah dari pagi hingga petang....

Posting kali ni banyaknya kerja yang terpaksa cikgu siapkan di hujung tahun ni..semua kerja mesti beres sebab bulan ni penutup persekolahan bagi tahun ni...bermakna segala urusan kena siapkan sebelum cuti bermula.....kena senaraikan satu-satu baru nampak kerja yang terpaksa dibuat.

  1. tanda kertas periksa akhir tahun.
  2. Isi markah dalam epantau
  3. Isi markah dalam SAPS
  4. Analisa keputusan akhir tahun untuk semua subjek
  5. Siapkan Hrmis sebelum 15 Nov.
  6. Siapkan nama murid untuk hari anugerah pada 15 Nov.
  7. Pastikan jamuan guru berjalan lancar di Resident Resort 10 Nov.
  8. Siapkan i-nilam untuk PKG
  9. Sediakan sijil i-nilam murid yang terima anugerah
  10. Masukkan markah PKBS murid.
  11. Pastikan register siap dikunci dan kemaskini data murid.
  12. Jamuan akhir pengawas pustaka pada 14 Nov. ni.
  13. Nilaian prestasi tahun semasa
  14. Kutip buku teks murid 8 Nov.
  15. Siapkan analisa agihan murid mengikut kelas 2012
  16. Assigment wajib disiapkan pada 15 Nov.
Inilah senarai yang terpaksa disiapkan dalam masa 9 hari ini. Rasanya ada lagi yang tidak tersenarai....tu lah bebanan seorang guru dari sekecil-kecil kerja sehinggalah sebesar2nya terpaksa dibuat...Jangan terkejut tahun 2013 waktu kerja guru akan ditambah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang...tahniah cikgu sebab ganjaran yang diberikan oleh kerajaan dikutip balik dari kerja kita...kalau rasa ingin teruskan kerja cikgu...silakan...kalau rasa membebankan baik pencen awal(kalau boleh) dan jangan lupa tandatangan untuk opsyen 60 tahun baru pencen......

Sunday, October 30, 2011

Hias rumah...

Ahad 30 oktober 2011

Salam Ahad untuk semua....bila time malas menanda kertas periksa bebudak tu...kita berposting kejap...sebenarnya bila menulis ni terapi minda n relese tension sebenarnya....ya lah bila kita cakap serampang dua mata orang salah tafsir pulok.....namanya bebudak muda dok sampai ketahap melihat sesuatu kejadian dan peristiwa itu secara terbuka....tidak tahu sesuatu itu pelu ditaklik ke tidak...main pakai hentam je...lihat cara mendalam persoalan yang dikemukakan...respond secara positif jangan sehala saje..kaitkan setiap peristiwa itu dengan perlakuan hari-hari kita...baru kita boleh muasabah diri.....buka minda dan faham situasi semasa...baru orang kata kita ni pandai......

Oklah kita tinggal dulu persoalan di atas...kita cite tajuk N3 kita hias rumah....tajuk hebat ni dan jarang2 orang yang suka tajuk ni pada yang tidak suka menghias....sebab kita main campak-campak aje...terutama yang bekerja seharian.....sebenarnya menghias rumah ni melalui didikan kita masa kecil.....kalau jenis ibu kita memang suka menghias dan suka lihat suasana kemas dan bersih...pasti budaya ni menjadi ikutan anak-anak bila dia orang besar nanti....kalau jenis main campak2 je...tengoklah anak-anak mereka akan berperangai seperti itulah juga ambil semua perkara mudah dan senang...... kata orang.....melentur buluh biarlah dari rebungnya......

Kerja menghias perlu kerajinan dan kreatif......baik dari susunan perabot, bunga-bungaannya,hiasan dindingnya dan tidak terkecuali kebersihan di lantai dan di dapur...semua perkara itu dititikberatkan dalam proses menghias.....ditambah lagi adanya tolongan dari suami tentu kerja yang payah menjadi senang......niat mesti ikhlas untuk melihat kesempurnaan dan kecantikkan...tidak menunjuk-nunjuk....aura cantik itu tentu akan terserlah dengan sendirinya....apa-apa pun tepuk dada tanya iman kita berada di golongan mane sebenarnya.....

Tuesday, October 25, 2011

Time Rajin...

Selasa 25 Oktober 2011

Salam Selasa untuk semua warga pendidik.....rasanya bila time rajin ni...semua kerja kita hendak buat...kerja yang terbengkalai pun akan siap bila time rajin...tapi...nok dapat mood rajin ni bukannya senang....kalau dalam seminggu tu adalah masa terlebih rajin....selebihnya banyak santai n rilek aje...malas nok serabut kepala.....

N3 kali ni...time rajin...maka nilah hasilnya sebiji kek yang dicolourkan pink macam kek pengantin pulak....si penempah sebenarnya hendakkan kek hari jadi....buntu duk mikir tema untuk alam kanak-kanak...susah sikit...nak mendeko kartun dan sewaktu dengannya....kalau tema kahwin n tunang senang untuk mendeko....apa-apa pun bebudak...makan ajelah bukannya dia orang faham pun pasal tema2 ni...yang terlebih bertema ni orang dewasa...sebab akal udah panjang....yang tabiknya si Azi tu dok mencara pun...katanya janji kek sedap deko2 tu tidak penting sangat....cayang Azi sebab tidak cerewat.....

Apa-apa pun lihatlah foto2 yang sempat dirakamkan...kek ni sebenarnya Kek mentega vevet...betul ke ejaannya....sudah di tukar bahan dan cara-cara membuatnya...apa yang pasti biar kek menjadi sudah dan bila masuk ke mulut yummyyy....

Monday, October 24, 2011

Mari suka-suka...



Isnin 24 Okt.2011

Salam Isnin untuk semua...moga dipanjangkan usia n dimurahkan rezeki....apa-apa kerja buat kita biarlah ikhlas...ada niat untuk tolong orang...mane yang terlebih rezeki tu...pakat2 sedekah pada yang memerlukan...mana-mana ada artikal...pakat2lah share dengan kekawan...mungkin idea dan pendapat kita ni boleh dikongsi bersama....moga2 dunia penulisan kita bertambah berkat....insyaAllah...

posting kali ini Mari suka-suka...belek-belek blog Rebublic of Moggolia....mungkin ampunya tanah ni ada tanah jajahan di sana...terjumpalah cerita ni....bolehlah tumpang sekaki....maaf ya tuan tanah hamba menceroboh tadi tapi permission sudah diminta untuk copy n paste di halaman rumah ambe.....

HARTA PUSAKA NENEK
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek…”

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.”

Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?”

Nenek : “Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.”

Rahmat : “?????” ;


Cerita ke 2


KELUHAN

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain....





Sunday, October 16, 2011

Hari Keluarga...


Ahad 16 Okt. 2011

Salam keceriaan untuk semua pembaca...maaf lama tidak bertandang dan meluahkan sesuatu di sini....semenjak jadi student ni...aktiviti berblog dan berfacebook hampir lumpuh disebabkan mencari bahan untuk buat assigment...orang tua belajar gitu le...kena slow n steady dok perlu gaduh-gaduh......

N3 kali ini hari keluarga yang dianjurkan oleh SK Seri Paka...kebetulan hubby mengajar di situ maka kita tumpang sekaki....ni lanjutan dari sekolah kita yang mulai dulu...kata orang berjangkit ke seri paka....berjaya diadakan di De Rhu Resort di Balok Pahang pada Jumaat n Sabtu.

Pertama kali menjejakkan kaki di sini...suasananya cukup harmoni,aman,tenang damai berdekatan dengan pantai...dikelilingi pokok-pokok ru yang sejuk.....rasa tenang sekertika...mana yang hendak kurangkan tension dan yang baru habis berbalah dengan hubby baik datang sini...soheh jiwa kita kembali normal....

Hotel yang lengkap dengan kemudahan.....yang paling teruja bila melihat kolam renangnya yang menganjur panjang dan banyak...pendek kata mana yang malu untuk berenang disebabkan benjolan di sana sini datanglah ke sini sebab kolam renang dia terlindung dan dilindungi....anda akan berenang sepuas2nya kerana tiada yang siapa yang akan mengganggu anda....bilik penginapan pun luas dan ok.....kalau datang dengan family sesuatu percutian yang menyeronokkan....eh..eh...eh bukan hendak promote...sekadar mengiakan perkara yang betul.

Tapi yang cukup malang......sajian di restorannya cincai aje...rasanya tidak berbaloi duit yang dihabiskan untuk dinner...sekadar makanan yang tiada kelainan macam kita makan hari2...menu yang disajikan kurang membersangkan.....tiada pilihan sebenarnya.....rasanya pihak hotel lebih prihatin pada masalah akan datang supaya para pengunjung yang berkunjung ke sini akan membawa pulang semua kenangan indah2 yang terdapat di sini.....

Apa kata kita lihat gambar2 yang sempat dirakam dengan h/set yang kantoi ini.

Sunday, October 09, 2011

Tutorial Pertama..

Ahad 9 Okt.2011

Salam ceria untuk semua....lama tidak bertandang dan bersembang di sini sejak seminggu ni...aktiviti yang cukup padat serta kemalasan tahap gaban menguasai seluruh minda n tenaga...menyebabkan segala-gala sunyi sepi.....

Posting kali kali ni tutorial pertama semenjak digelar mahasistua(kata cikgu2 muda di sek.) mentang2 diorg sudah grade....tu cabaran sebenarnya...usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu...apa yang penting semangat,kesungguhan,cekal...tahan diuji dalam apa jua situasi yang selebihnya sabar menghadapi segala dugaan dan rintangan....sebab belajar ni tidak akan habis wapaupun usia tua...carilah ilmu walaupun ke negeri china sekali pun...jika kudrat masih ada..tidak terbatas ilmu dunia....lebih2 lagi ilmu berhubung akhirat lagi2lah dituntut untuk diterokainya...

kelas yang bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang cukup memenatkan selama 2 hari.....attend kelas tidak wajib...dan tidak diambil markah pun....kalau rasa nak datang...datanglah dengan berlapang dada....kutiplah seberapa banyak input yang diberikan oleh tutor....semuanya menjurus kearah mencapai target dalam pengajian....sebenarnya tutorial ni banyak membantu pada kita yang kurang tahu apa2 bagaimana hendak membuat assigment yang baik...apa yang patut ada...dan bagaimana untuk mencari bahan...seterusnya mengedit bahan tersebut....

Bila disebut bab assigment ni...ish--ish...cukup banyak sekali hampir 12 assigment yang patut disiapkan.....forum lagi...jawab kuiz yang dionline....pendek kata portal upsi sentiasa kene dilogin untuk melihat pengumuman yang terbaharu....kalau cikgu2 yang kurang mahir menggunakan komputer memang bermasalahlah...tu pun kelas yang pertama ramai lagi yang tidak tahu membuka pendrive....save maklumat.....buka email apatah lagi untuk send email.....

Seramai 26 orang aje cikgu di Terengganu ni yang ditawarkan kursus ni.....kerana menepati syarat kursus..tu pun dah ada dua orang yang tarik diri bila kuliah pertama dijalankan...atas alasan tidak dapat ikut...kata orang belajar ni tiada yang mudah....ketahanan mental itu penting..apa pun kita redah je ikut apa arahan yang diberikan.....tak tahu tanya pada orang yang mahir...malas bertanya memang kita tidak bersungguh untuk mempertingkatkan kerjaya kita...InsyaAllah niat yang baik pasti ada kelebihan dan kesenangan di kemudian hari....Wassalam....

Friday, September 30, 2011

Daftar di UPSI

Jumaat 30 Sept.2011

Salam Jumaat untuk semua...sekejap aje masa berlalu...baru rasanya bertemu Jumaat har ini bertemu Jumaat lagi....alpanya kita pada kepantasan waktu...bermakna umur kita semakin meningkat....

Posting kali ni....daftar di UPSI...biar pun udah seminggu berlalu....tapi baru berkesempatan meluahkan di sini....Udah senja begini baru tawaran itu menjelma....kita orang tidak pernah terlintas dan terfikir dalam usia begini...kembali menjadi student....sama naik dengan anak2 bujang...bila diberitahu berita gembira ni...masing2 perli pulak pada kita....mami buat master ke???hisss...kan belajar sungguh2 sampai buat master baru tahu....

Betapa kerajaan ingin melihat separuh cikgu2 di sekolah rendah berijazah...isi lebih kurang form pun dapat...kalau dulu mesti tanya prestasi guru utk 3 tahun kalau 90 ke atas baru dapat...ni peluang dibuka seluas2nya bagi guru2 menuntut ilmu...free lagi..rasa rugi kalau tidak menyahut cabaran itu....

Pertama kali menjejakkan kaki di upsi dalam sejarah hidup....bangga pun ada...rasa teruja n hiba menguasai seketika...ya lah kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...UPSI yang tersergam indah yg banyak melahirkan pemikir dan graduan yang berkalibar...terima kasih pada Allah kerana menganugerahkan segala-galanya...

Bandar Tanjung Malim..bukannya besar sangat...pusing2 ke situ juga bertemu...menginap di Hotel Sahara In...punyalah payahnya untuk jumpa..info yg diberikan kurang berkesan... berpusing2 cari lokasinya...hotel ni kira ok lah...padan dengan harganya...semua bilik full...mane2 yg walk in memang malang nasib mereka...yg datang mendaftar lebih kurang 600 orang...mane nok dapat bilik..pendek kata kalau event macam ni kene tempah seminggu lebih awal...

Terima kasih juga pada hubby yang sanggup menemani dan memberi kata2 semangat untuk belajar....memandu dari jauh ke satu daerah yang belum pernah kami sampai...berpandukan pada papan tanda sampai juga ke destinasi walaupun tersesat beberapa kali....hinggakan untuk snap gambar pun terlupa....padatnya aktiviti pendaftaran....dan pada 7 okt. ni kelas pertama bermula...

Monday, September 26, 2011

Tempahan lagi...

Isnin 26 sept.2011


Salam penuh keceriaan untuk semua...moga pada tika ini kita dilimpahi rahmat dan hidayah yang melimpah ruah dari Allah SWT...dalam apa jua kerja buat kita mestilah berpaksikan pada kehendakNYA dan niat itu mesti bersih dan terarah dalam segala hal...

N3 kali ni macam biasa tempahan lagi...ni versi minggu sudah....disebabkan kesuntukan masa dan sibuknya kita maka baru sekarang N3 ni terserlah di sini...apa2 pun sekadar menambah koleksi tempahan serta ada yang minta diceritakan di sini tentang kek dan cupcakes ni....ni tempahan dari guru2 tahun 1 untuk jamuan hari raya peringkat sekolah yang diadakan hari Rabu lepas....majlis yang cukup meriah dan kira berjaya diadakan walaupun sambutannya sama aje setiap tahun tiada kelainan....apa yang penting semuanya berjalan mengikut jadual dan mencapai matlamatnya.....

Maka...terciptalah cupcakes ni dengan tema huruf abjad pada setiap cup...biasalah deko budak sekolah tidak akan lari dari dunianya.....kek tu...sumbangan peribadi untuk majlis tu....kek dwiwarna ni..cantik dilapis lagi cream cheese di dalamnya...rasanya masam2 manis....memang sedap sebab menggunakan bahan2 yang mahal.....bukan mengukit ni..sekadar perincikan kaedah buatannya...sape2 yg inginkan resepinya bolehlah beri komen di bawah...Insyaallah akan terbit resepinya.....

Monday, September 19, 2011

Lawatan Prasekolah...

Isnin 19 Sept 2011

Salam Isnin untuk semua....salam penuh keceriaan pada cikgu-cikgu UPSR dan bebudaknya sekali sebab selamat menduduki UPSR minggu lepas....moga semua guru dan murid berpuas hati dengan jawapan dan soalan yang keluar....manalah tahu semua dapat soalan bocor dan soalan itu memang bocor sungguh dan tepat jawapannya...maka bebudak ni dok payah fikir jawapan pun sekadar toreh je...grenti A semua subjek....soheh ke tidak tentang kenyataan di atas kita tidak tahu...dengar cakap2 dr cikgu dia org dan cikgu2 sekolah lain...apa2 pun kita tunggu result nanti pada bulan November semua pasti terjawab samaada suka atau duka.....

Ok Posting kali ni....lawatan bebudak pra sekolah ke Taman Rekreasi Dan Mini Zoo kemaman....punyalah excited bebudak ni memang dok payoh cite...ada yang dok lena tido...ada yang pagi2 dok payah kejut pun bangun sendiri semata-mata bimbang takut2 ditinggalkan...terkadang kita yang melihat pun rasa nok "suke" tengok gelagat dia orang....

Taman Rekreasi ni masih baru...dan kerja2 pembaikan dan pembesaran kawasan masih berjalan ketika kami sampai.....haiwan2 yang dipamerkan juga tidaklah banyak mane...sekadar mini zoo je...bebudak kecik2 ni tengok ni kira ok pada mereka...adalah sang harimau yang masa tiba keluarnya hanya seekor...dua ekor anak gajah ibu dan anaknya...sempatlah budak2 ni menyentuh dan melihat aksinya....ular sawa yg pemalas tidak bergerak2 pun ada... punyalah besarnya.

Yang paling ok bila sampai dekat akuarium ikan...nampaklah ikan naga sepasang....namanya memang naga...sebab besor....pelbagai spesis burung dan warna yang menarik sekali menarik bebudak ni....malang sungguh nasib simerak yang sombong ni langsung tidak mengembang ekornya...jadi tak nampak kecantikkan yang menjadi keegoonnya.....

Bila sebut budak2 ni....memang dia orang jenis yang dok rasa penat n lelah happy je...kita yang menjaganya naik semput nafas berkejar dengan dia orang....bimbang jugok...kot2 terlepas mane2 kanivor ni....besar pulok bahananya...bila ditanya mane raja hutan...katanya sang singa ni dikurantin selama 3 minggu...proses perubatan dan penyesuaian tempat....hampa gitu...

Apa2 pun lawatan ni kira berjayalah pada mereka...sebab dapat naik bas...dapat pergi ke MD di kerteh sambil menjamu selera di sana...sayang gambar tidak sempat diambil sebab masing2 terlalu lapar...jadi bila terhidangnya makanan...masing2 pun apa lagi bedal lah...tulah yang lupa segala-galanya....Ok tengok gambar2 yang sempat dirakamkan sebagai kenangan...

Friday, September 16, 2011

Mampukah aku????



Jumaat 16 Sept.2011

Salam Jumaat untuk semua....sekejap je masa berlalu...hari ni udah 16 syawal..kata bebudak ni...kita kena raya selama sebulan sebab kita puasa sebulan....aku cakap rayalah kamu tiada siapa yang menghalangnya selagi syawal tidak habis...maka berderet-deret diadakan rumah terbuka...harmoninya rakyat malaysia...dalam kegawatan ekonomi sekarang...pasal berbelanja kita memang hebat....banyak pahalanya mengajak orang makan di rumah kita..tapi awas jangan nak menunjuk-nunjuk...tiada keberkatannya....apa2 pun tepuk dada tanya iman...kita dalam golongan mane sebenarnya...

Opppps lupa...hari ni hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura....dirayakan bersama-sama....persoalannya ada juga bijak pandai Malaysia yang digelar Prof...menyatakan Malaysia tidak dijajah...kalau begitu yang dari dulu kita diajar dan disuruh ingat tarikh2 penaklukan Malaysia oleh British dan kuasa2 asing tidak betullah...hissss....jangan kerana hendak menjaga periuk nasi kita sanggup menggadai prinsip dan maruah...menindakkan fakta...mencelarukan penaklukan kuasa asing ke atas tanah Melayu......pening-pening bila orang-orang politik cuba memutar belitkan sejarah negara....

Ok kita tinggalkan pasal sejarah sebab sejarah itu sudah teermaktub dan tersurat...so jangan pandai2 mereka sejarah baru.....sebenarnya posting kali ni....mampukah aku????? ...susah nak jawap persoalan itu dalam usia senja ni...ya lah bila ditawarkan menyambung pelajaran di UPSI terkedu kita dibuatnya....mengisi borang sekadar online....cuma klik je pada borang tanda setuju udah submit ke kementeriaan bahawa permohonan kita udah diproses...senang dan jimat masa...dalam masa 3 minggu je kita dah tahu permohonan kita sudah berjaya dan diminta mendaftar pada 24 sept ni di Kampus UPSI....rasa bangga, terkejut,berbagai2 soalan bermain di kepala...semuanya menjurus kearah mampukan aku menghabiskan 4 tahun menjadi student kembali....hadir kelas.toturial dgn pensyarah....buat assigment balik...berdebat....brain stoming lagi....sesuatu yang baru nampaknya....

Mungkin rezeki kita dapat sambung belajar free...kerajaan tanggung sepenuhnya pembiayaan...kalau dulu tiap2 tahun minta tapi dok dpt2....ada hikmah di sebalik ini...kita tidak tahu perancangan Allah Taala pada kita....apa firasat di sebalik tu...redha saja...anggap memang sudah menjadi rezeki kita walaupun dalam kamus hidup ni...udah tertutup hasrat ingin sambung belajar.....frust pun ada....apa2 pun kita redah aje....buat yang terbaik...buktikan pada anak2 anda mampu mengubah masa depan dan kerjaya anda di masa depan....InsyaAllah...

Saturday, September 10, 2011

Tempahan Cupcakes....


Sabtu 10 Sept. 2011

Salam Sabtu untuk semua...masa untuk meluahkan sesuatu di sini...ya..lah cuaca yang tidak menentu sekarang...tiap2 petang hujan akan mencurah selebat-lebatnya macam musim tengkujuh pulak...ada beberapa daerah dilanda ribut dan angin yang kencang sehingga menerbangkan atap2 rumah....terkedu kita bila melihat kejadian yang menakutkan...tu baru sedikit ujian Allah pada kita baru hati tidak putus2 berzikir mohon perlindungan semoga bala yang diturunkan tidak berpanjangan....selama ni kita jarang diuji...kita alpa padaNYA...lupa segala-galanya...

Ok posting kali ni...tempahan cupcakes lagi....kata empunya diri buatkan untuknya sebanyak 100 biji simple deko dan sedap dimakan....sepetang duk mengadap cupcakes ni...lenguh seluruh badan...proses membuat n membakar senang je...nok menghiasnya....ambil masa dan kesabaran...walaupun simple still nampak cantik dan menggoda....kalau dah hobi tu menghias....banyak mana2 pun menghias tiada masalah sebab kita memang suka..penat lelah sekali pun kira ok lagi....jangan dipaksa buat kerja yang kita tidak suka..memang lintang pukanglah jawabnya...

Apa2 pun lihatlah gambar yang sempat dirakamkan......