Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, September 26, 2011

Tempahan lagi...

Isnin 26 sept.2011


Salam penuh keceriaan untuk semua...moga pada tika ini kita dilimpahi rahmat dan hidayah yang melimpah ruah dari Allah SWT...dalam apa jua kerja buat kita mestilah berpaksikan pada kehendakNYA dan niat itu mesti bersih dan terarah dalam segala hal...

N3 kali ni macam biasa tempahan lagi...ni versi minggu sudah....disebabkan kesuntukan masa dan sibuknya kita maka baru sekarang N3 ni terserlah di sini...apa2 pun sekadar menambah koleksi tempahan serta ada yang minta diceritakan di sini tentang kek dan cupcakes ni....ni tempahan dari guru2 tahun 1 untuk jamuan hari raya peringkat sekolah yang diadakan hari Rabu lepas....majlis yang cukup meriah dan kira berjaya diadakan walaupun sambutannya sama aje setiap tahun tiada kelainan....apa yang penting semuanya berjalan mengikut jadual dan mencapai matlamatnya.....

Maka...terciptalah cupcakes ni dengan tema huruf abjad pada setiap cup...biasalah deko budak sekolah tidak akan lari dari dunianya.....kek tu...sumbangan peribadi untuk majlis tu....kek dwiwarna ni..cantik dilapis lagi cream cheese di dalamnya...rasanya masam2 manis....memang sedap sebab menggunakan bahan2 yang mahal.....bukan mengukit ni..sekadar perincikan kaedah buatannya...sape2 yg inginkan resepinya bolehlah beri komen di bawah...Insyaallah akan terbit resepinya.....

1 comment: