Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, February 27, 2012

Semuanya..milikNYA...



Isnin 27 Feb 2012


Salam penuh syahdu untuk semua pengunjung blog ini sama ada yang mengenali atau tersesat di sini..sememangnya anda seorang yang hebat kerana berkunjung di sini...Jua dalam meniti hari-hari yang mendatang...terkadang kita alpa bahawa segala tuturkata dan bual bicara kita jangan terlalu lurus bendul..sebab apa yang ingin kita kabarkan dan tersirat di hati tidak di fahami segelintir dari kita...sudahnya orang yang ketiga akan tokoh tambah cerita......

Ok tinggal dulu pesanan di atas....kalau hati nurani kita ikhlas n jujur...jangan kisahkan bisik2 dari mereka itu...kerana kita tidak tahu...sejujur mana hatinya membawa message kita...sama ada untuk diperbetulkan atau penyedap cakap....tepuk dada tanya iman...

Meruntun hati membaca catatan dari seseorang....biarlah mereka itu kerana siapa kita untuk mempersoalkan segala-galanya...semuanya MILIKNYA......seseorang yang paling kita sayangi yang bersama kita saban waktu dan ketika adalah milik Allah.Kita cuma pinjam semata-mata....tetapi sedarilah bahawa segala-galanya Allah punya....Jadi bila semuanya Allah punya,maka DIA berhak buat segala-gala tanpa kita sedari...

Dia berhak beri cinta dan kasih sayang...DIA juga berhak tarik balik semua itu...Dan kita sewajarnya beringat bahawa apa yang kita rasa baik itu belum pasti menjanjikan terbaik untuk kita.... apa dirasakan aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya.....sentiasa berlapang dada bahawa apa yang Allah anugerahkan itu adalah paling sempurna untuk kita....dari sini kita belajar untuk redha...kerana seketika kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin,tetapi kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita....


Wednesday, February 22, 2012

Kenapa tutup Aurat?

Rabu 22 Feb.2012

salam ceria untuk semua...lama tidak update blog...terkadang idea ada..kudrat untuk meluahkan tu sedikit malas...bila malas menguasai minda segala-gala nampak serabut dan kelam kabut...sudahnya termenung n termenung.....

Belek-belek dalam catatan lama terjumpa perbualan spontan...bersahaja tetapi buat renungan bersama terutama kaum hawa..sebab tutup aurat ni lebih dekat pada mereka dan menjadi bahan api neraka jika syariat ini tidak dipatuhi dan menganggap enteng perkara ini...jika melibatkan anak sendiri si ayah yang akan menanggung segala dosa anaknya jika tidak menutup aurat.....ikuti perbualan ini...

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

KENAPA WANITA ISLAM MENUTUP AURAT?

Seorang Lelaki Mat Saleh Bertanya Kepada Lelaki Melayu...

Lelaki Mat Saleh : Mengapa Wanita Agama Kamu Menutup Aurat?
...
Lelaki Melayu Tersenyum Sambil Mengeluarkan 2 Biji Gula-Gula Dari Poketnya, Lalu Salah Satu Dibukakan Bungkusannya.. Kemudian Dia Meletakkan Kedua2 Gula-Gula Itu Ke Lantai.. Lalu Bertanya Ia Kepada Lelaki Mat Saleh Itu

Lelaki Melayu : Antara Kedua2nya.. Yang Mana Satu Kamu Akan Pilih?

Lelaki Mat Saleh : Sudah Tentu Yang Masih Dalam Bungkusan.

Lelaki Melayu : Kenapa?

Lelaki Mat Saleh itu jawab...

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
... Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Friday, February 17, 2012

Keberkatan hari Jumaat..

Jumaat 17 Feb.2012

Salam Jumaat untuk semua...hari yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan...Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Jadi..sama-samalah kita mengambil berkat Jumaat ... Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Sunday, February 12, 2012

Hi-Tea Uitm Dungun

Ahad 12 Feb.2012

Salam Ahad untuk semua....moga kita berada di kalangan orang-orang hebat dalam apa jua bidang diceburi...Tidaklah menikus dalam hal-hal yang berkaitan dengan diri sendiri....last2 sekali orang lain pulak yang defend kita sebab kita tiada kekuatan atau sememangnya kita "duk diam-diam aje,biar orang lain yang selesaikannya".....

Posting kali ini....tidak lain tidak bukan mestilah hi-tea merangkap jamuan perpisahan kepada warga SKFSR yang telah bertukar dan yang menjadi penghuni baru pada sekolah ini.Rasanya kelab guru atau badan kebajikan guru berperanan menganjurkan majlis seumpama ni demi kelangsungan sebagai badan yang mengambil berat kebajikan guru... tugas yang tidak berbayar ni dilakukan secara sukarela dan dilantik di kalangan guru2 juga...syabas n tahniah kerana berjaya dalam misi ini.

Bila tayangan sliad mengenai aktiviti yang telah mereka buat sejak berada di sekolah ini ...mer .....barulah nampak JASAMU DIKENANG mewarnai perjalanan kerjaya mereka semasa berkhidmat di sini...lebih2 lagi mantan GB yang rasa tersendu bila menatap wajah2nya dalam pelbagai keadaan...hinggakan masa berucap masih mengingati saat indah semasa di sekolah ini..hinggakan seorang yang banyak idea masa bercakap...tetiba aje menjadi lemah bila melahirkan patah demi patah...nampak sangat rasa sedih dan kecewanya beliau....ya lah sekolah pertama sebagai guru besar..banyak kenangan manis dan pahit semenjak menjawat jawatan tersebut...

Apa-apa pun di mana2 sahaja kita berada....istilah TAK KENAL MAKA TAK CINTA ....bila berkenalan rasa mesra menjiwai segala-gala...memang payah untuk melenyapkan segala kenangan yang subur dalam minda kita.....dan kita terpaksa membina kenangan baru di tempat baru....Lihatlah foto yang sempat dirakamkan tadi di Uitm Dungun dengan juadah yang cukup lumayan dan suasana tempat yang selesa dengan kadar bayaran yang berpatutan...

Thursday, February 09, 2012

Sambutan Maulidur Rasul...

Khamis 9 Feb.2012

Salam Khamis dan Salam Maulidur Rasul untuk semua...kita masih dalam aura Maulidur Rasul bulan kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW bulan RaibulAwal.....Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Entry kali ini...pastinya sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang telah diadakan hari ini dengan berbagai acara sambutan dari pagi sehingga waktu tengah hari....Semenjak 5 tahun berkhidmat di sini...pertama kali menjayakan perarakan beramai-ramai mengikut rumah sukan masing-masing.Program ini bagus sebenarnya..tetapi pengisiannya kurang menyerlah...bila kita rancang apa-apa program yang besar yang melibatkan waktu persekolahan....ada perkara yang kita terlepas pandang...terutama sekali persediaan setiap acara mesti memerlukan latihan dan perancangan....bila melibatkan murid-murid banyak waktu P@P terbuang begitu sahaja ....perjumpaan demi perjumpaan....Untuk mengurang karenah begini win-win situation mesti diambilkira antara guru, masa mengajar dan murid-murid itu sendiri.

Sudah sampai masanya di bawah pengurusan yang baru memikirkan satu cara dan kaedah yang betul supaya proses yang menganggu P@P patut dikurangkan ....dan acara yang bakal dijalankan berkesan dengan pengisian tanpa melibatkan P@P yang ketara....sebab pengurusan lama terlalu libreal dan terlalu banyak menuruti segala kehendak dan kemahuan guru tanpa cuba menimbangi baik buruknya....pendapat ramai harus diambilkira di samping kuasa veto yang ada pada kita....Apa2 pun tahniah pada pasukan kuning kerana menjuarai banyak acara serta guru-guru pembimbingnya...

Sunday, February 05, 2012

Chicken Pai with Mushrom...

Ahad 5 Feb. 2012

Salam syahdu untuk semua....moga dilimpahi Nur keimanan di atas segala kerja buat kita lebih2 lagi sambutan bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW...perbanyakkan selawat ke atasnya pahala berganda2 menanti di kemudian hari...

Ok entry kali ini....Chicken Pai with Mushrom...permintaan dari si kecik Azeem untuk dinikmatinya...gara-gara melihat watak stupid dog dalam segmen kartun tu....ya lah katanya anjing tu boleh buat pai sebab apa mami dok leh buat...kuatnya imaginasi tentang watak tu....sampaikan memaksa kita menuruti katanya....tu pun sudah acap kali ditanya bila hendak buatnya.....maka tanpa angin dan ribut taufan jadi lah pai itu pada petang yang hening ini......

Kita mudah cair dengan rengetan dari si kecik tu...hari-hari duk bertanya....cari resepi yang memang sudah lama terperuk dan rasanya sudah bertahun-tahun tidak pernah membuatnya sehinggakan ada permintaan darinya....memang resepi ni sangat sedap dengan kulit painya yang rangup...inti ikut suka selera kita....bila dilihat bahan yang ada menepati citarasa... maka senanglah membuatnya ditambah dengan cendawan butang yang menjadi kegemaran seisi keluarga....nak resepinya disini halal ya tuan punya tanah...saya promosikan blog anda untuk tatapan blogger masakan....sebenarnya kulit pai ni macam2 bahan yang boleh kita letak...macam saya punya lebih suka pada shotening dicampur dengan mentega dan ditambah dengan sedikit cuka masakan untuk merangupkan kulitnya.....Cubalah buat InsyaAllah menjadi kalau kita buat sesuatu itu dengan kasih sayang....tentu hasilnya lebih baik dari yang kita harapkan sebab yang menikmatinya hubby n anak-anak kita....

Saturday, February 04, 2012

Salam Maulidur Rasul...

Sabtu 4 Feb. 2012

Salam Sabtu dan Salam Maulidur Rasul untuk semua...kejap aje masa berlalu...rasanya baru posting artikal tentang Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW....pada tahun lepas...tapi kita sambut lagi bulan kelahirannya tahun ini dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya...

Maulidur Rasul
(Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.