Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, February 25, 2013

Lipatgandakan pahala kita...!

Isnin 25 Feb.2013

Salam Sejahtera untuk semua....limpahan air hujan yang mencurah-curah tika ini menyejukkan alam n diri ini yang seakan rasa nak demam n batuk berpanjangan....sesekali Allah Taala menduga kesihatan kita...maka terima seada-adanya   kerana hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.....panjatlah kesyukuran padaNya bahawa selama berbulan2 kita dikurniakan kesihatan yang baik....tetapi tidak sedetik pun terucap syukur padaNya...kealpaan yang seharusnya tidak menjadi rutin...so entry awal malam..

7 JENIS PAHALA YANG AKAN BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA.

Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Friday, February 22, 2013

Kelebihan Surah Al-Kahfi...

 Jumaat 21 Feb. 2013

Salam Jumaat untuk semua...terbaca satu artikal tentang kelebihan kita membaca surah al-Kahfi  pada hari Jumaat serta fadilatnya.  so..bolehlah kita berkongsi pengetahuan dan ilmu mana yang terkurang..setiap perkara yang baik jika diamalkan selalu tentu ganjaran pahala berlipat ganda dengan mudah dapat kita perolehi tanpa kita sedari...Insyaallah.
 
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi.
 
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Wednesday, February 20, 2013

Kek Tiramisu lagi...

Rabu 20 Feb.2013

Salam...seperti biasa bila baca tajuk entry di atas...mesti kauorg kata tak abis2 dengan tiramisu...hehehehe...kek yang ada aura sendiri tentu menjadi pilihan kepada pengemarnya..dan si pengoder ni ulang order sekali lagi......ada soalan dari pengemarnya...keknya yang sedap atau toppingnya yang mengancam....pada aku dua trio ni memang tak boleh dipisahkan....mana mungkin cream saje yang sedap...mestilah dua kombinasi ni yang menjanjikan kek ni sedap...so irama dan lagu mmg tak dapat dipisahkan....


Monday, February 18, 2013

kek Mamble...

Isnin 18 Feb.2013

Salam untuk semua...entry tertunda tapi still avaible untuk dipaparkan di sini...sebab bab kek ni memang kita tak jemu melihat n merasanya...sesetengah orang kata kek ni kek kampung sebab basic kek ni hanya tepung, mentega dan telur aje...tiada campuran yang lain...tapi masih digemari sehingga sekarang...tu pun permintaan dari hubby yang katanya sudah lama tidak makan mamble kek asyik2 tiramisu....muka pun macam chesee je hehehehe...

So...kita colouring skit berbelang-belang dengan warna yang terang2...kurangkan gula dan mentega tapi masukkan 5 sudu besar fresh milk untuk basahkan adunan...kata orang tidak kering sangat tekturnya... resepi? malas pulok nok share...carilah dalam tenet ni cukup banyak resepinya....

sebelum di ovenkan....

dah tinggal separuh....visual kurang menarik...

Thursday, February 14, 2013

Cara mudah Untuk Membuang Lemak Badan.....

Khamis 14 Feb.2013

Salam untuk semua...hari ini kita dikejutkan berita kemalangan jalan raya yang melibatkan cikgu kamsaini guru besar SK durian Mas 1....kereta yang dipandunya terbabas sendiri...melihat pada keadaan keretanya....mungkin dipandu laju sebab merc ni kita tahulah kualiti keretanya berbanding dengan kereta buatan tempatan....ya lah sudah sampai ajalnya ...Al Fatihah... moga rohnya ditempatkan bersama-bersama dengan orang2 yang beriman...amin..

Berbalik pasal entry di atas....kita cukup teruja bila ada tips2 untuk membuang lemak dan tips bagaimana untuk kurus....sebab di kalangan kita ramai yang gemuk terutamanya pada mereka yang beranak pinak...nak kurus memang payah..kalau nak gemuk memang cepat prosesnya...kata orang tua2...nak tengok kita kurus atau gemuk masa tua...tengok ibu kita...gitulah kita bila kemudian harinya...ok bawah ini adalah sikit info yang boleh dikongsi bersama....
 
CARA 1:

Ambil 3 – 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama 1 bulan. Jika anda disiplinkan diri untuk menjaga pemakanan dan selalu bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai.

CARA 2:

Air asam jawa elok dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan ia minuman anda selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

CARA 3:

Makan betik segar setiap hari tapi harus diingat, anda perlu mengamalkannya setiap hari untuk menyingkirkan lemak yang berlebihan ni. Bukannya makan sekali sahaja. 

Tuesday, February 12, 2013

Genting Higland..Pengalaman menakjubkan!


Selasa 12 Feb. 2013

Salam untuk semua...bersua kembali setelah bercuti Sempena tahun baru cina...selama 4 hari...best jugok jadi teacher ni sebab banyak cuti...hehehehe...dah jodoh kita jadi cikgu...ok sempena cuti sekolah desakan dari anak-anak terutama si Azyan ajak ke Genting Highland...atas alasan kesihan pada sikecik Azeem duk tanya best dok masa gi Korea dapat main salji...apa lagi si kakak teruja lah....maka segala urusan penginapan di genting dia yang uruskan...ajak mak saudaranya sekali....

Bertolak dari rumah hari Jumaat dalam pukul 7.30 pagi...keadaan trafik pada waktu itu terkawal...sebab di sebelah pantai barat mereka masih lagi bekerja dan bersekolah...so perjalanan kita smooth aje tanpa sesak...sampai di Genting Sempah dah pukul 12 tengah hari...masa ni agak sibuk..dah terlihat berduyun2 kereta menuju ke Genting...kami sampai di kompleks kereta kabel lebih kurang setengah jam...bawa kereta slow je sbb jalan memang bengkang bengkok dengan laluan trafik agak perlahan(macam baca berita je ..heheh)

Sampai di sana..suasana cukup nyaman dan redup sesekali hujan renyai-renyai...dalam hati udah bimbang macam mana nak naik kereta kabel dalam suasana berkabus dan hujan...takut n ngeri memang ada...bila masuk aje dalam perut kereta kabel..aku dah kecut perut...hati berdebar2...hishsishis macam2 perasaan duk berbuai2...takut setakutnya...dengan gayat sekali..sepanjang perjalanan memang tidak buka mata..gayat yang amat sangat...kalau macam ni buleh kene serangan jantung...baru ku tahu bahawa sememangnya aku gayat pada ketinggian....maaf ya tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan yang esa...anak2 siap ambik gambar dan suke melihat keadaan ibunya...pendek kata abis ayat dibaca...masa perjalanan dalam 15 minit sahaja..tidak boleh dibayangkan kalaulah tercabut kabel ni...cuma tergantung diawangan je...teknologi canggih yang direka...tak tercapai akalku untuk memikirkannya....

Menjejakkan kaki di Genting...suatu pengalaman yang mengasyikkan...biar lah kewujudannya berpuluh2 tahun...tapi dalam detik ni sampai juga tempat yang menjadi keinginan untuk sampai dan menerokai kehebatan penciptaan manusia yang melangkau zamannya.....check in hotel First World dengan kapasiti biliknya saje sebanyak 6 ribu lebih kalau tak silap rasanya hotel yang paling banyak bilik di dunia.... melalui mesin serupa ATM dengan memasukkan IC kita aje...semuanya tercatat di situ bilik yang ditempah....

Maka bermulalah pengembaraan menerokai bandar di puncak gunung...yang serba moden...panggilan surga dunia memang patut pun diberikan...pasal bila berada di sana kita tak dapat bezakan malam atau siang...dengan lautan manusia yang ramai dengan pelbagai bangsa n keturnana sekali....paling ramai kaum cina...dunia hiburan memang menjadi keseronokan kepada mereka...nak dapatkan restoran melayu memang tidak ada....yang rasa boleh makan di KFC aje....yang lain semua dikuasai oleh golongan ini....

Tempat ini paling sesuai untuk kanak-kanak n remaja...first world indoor parknya permainan untuk kanak-kanak..dengan tiket RM25 seorang...dan orang dewasa RM30...mainlah apa yang disukai dan berapa kali...dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam...tawaran parkage ni berbaloi kerana kita bebas bermain berbanding jika membeli satu tiket RM 8 untuk satu game...rasanya lebih kurang 11 game yang ada...yang termasuk dalam parkage ni...yang lain2 dikenakan bayaran terutamanya genting bowl,Q-centre, Archery, The Haunted Adventure...dan banyak lagi lah....saat yang ditunggu oleh si Azeem..snow world yang baru siap direnovate...kawasan yang dipenuhi salji dengan bertemakan negara eropah...bayaran yang dikenakan sebanyak RM30 dan masa yang diberikan untuk bermain salji ialah 40 minit sahaja...tapi kata anakde...salji buatan ni tidak sama dengan salji yang ori...belum lagi outdoor dengan pelbagai game yang lebih mencabar dan sesuai untuk golongan remaja dengan tiketnya RM50 untuk semua game..jangan lupa dapatkan map sebagai panduan kita serta tempat yang patut dilawati....agar kita tidak sampai ditempat yang sama....pendek kata longgar semua sendi kaki..sebab asyik berjalan...

Semua game n hotel serta plaza membelibelah dalam satu bangunan yang direka berdasarkan cerita2 Holywood..juga replika bangunan serta patung2 yang menggambarkan trademarke negara seperti Paris, Amerika etc.... kalau nak cerita ni memang panjang....so berkunjunglah di sana walau pun sekali rasalah pengalaman kita sendiri dari kita dengar cite dari mulut orang...kanak-kanak paling teruja...jangan lupa simpan duit banyak2 sebab harga barangan dan makanan cukup mahal...pendek kata tempat untuk perabih duit dalam sekelip mata....





masa belum bergerak...senyum aje...bila bergerak nak tercabut jantung...


rumah salji...main gitu2 je..sambil jalan2 RM30..beb..



kawasan larangan kepada orang Islam...







harga tiket yang dipamerkan....




Wednesday, February 06, 2013

Kek n Cupcake...!

Rabu 6 Jan. 2013

Salam untuk semua moga dirahmati....berentry lagi...kali ni nak cite pasal kek n cupcake serta cenderahati untuk majlis tahun 6 pada perasmi majlis....hari Selasa memang kita di sekolah ada kokurikulum hingga ke pukul 4 petang....punyalah kelam kelibutnya....baru tahu kene prepare cenderahati lagi....dalam masa yang sama budak tahun lima rengek2 duk pujuk suruh buat kek hari jadi untuknya...malasnya tuhan aje yang tahu...sebab dah balik lambat...nak pergi kedai lagi...cari bahan2..kata orang penat yang tidak nampak pada tubuh kita...

So...pukul lima petang tu masih lagi di kedai...kekgi anakde n paknya balik nak makan...mana nak siapkan makan diaorg lagi....letak aje beg terus ke dapur...menu paling senang nasi ayam...siap semua dah pukul 6 lebih....baru dapat makan...terus mengadun kek n cupcake serta menghias bakul ni...selesai tengok jam kul 11 malam.... yang nok sukenya eh...mengapa pulok semuanya menjadi tema pink....baru perasan....heheheh..jiwa pink padan dengan kerekter perempuan....macam nak patah pinggang dibuatnya....tenaga senja gini mana boleh sama dengan muda belia..overhaul dah semuanya...apa2 pun terima kasih pada yang mengorder....rezeki jangan ditolak...bukan senang nak dapatkan rezeki kalau tidak diusahakan....
12 biji cupcake untuk dihiaskan dalam bakul...simple deko...
terlebih rajin..deko biar puas hati....
dah siap digubah....yang cup beso tu x cukup cover..ambik aje cup isi puding.....hehehe..

Sunday, February 03, 2013

Kongsi info...makanan ibu mengandung...

Ahad 3 Jan. 2013

Salam Ahad untuk semua...terbaca satu artikal yang menarik untuk dikongsi bersama oleh bakal-bakal ibu, , yang bercita-cita menjadi ibu atau yang baru masuk alam  manopouse..hehehe maaf ya gurau je..tentang pemakanan ibu semasa hamil....rasanya info kesihatan dan amalan pemakanan kita seharian menjadi titik tolak dalam menentukan zuriat kita berada di landasan yang mendapat berkat dan rahmat dari Allah...Justeru pada mereka yang tidak mengandung pun boleh mendapatkan produk ini untuk menjamin kita sihat sepanjang hayat...ajal maut di tangan Allah...

Makanan janin dihasilkan dari darah ibu. Sehingga, apapun yang dimakan dan diminum ibu akan sampai ke janin. Diriwayakan dari Syaidina Ali kw, "Allah SWT telah memerangkap darah di perut ibu, sehingga menjadi makanan bagi anak."

Juga diriwayatkan dari Imam As-Shadiq, "Apapun yang dimakan, diminum dan dihirup ibu selama masa kehamilan, Allah SWT juga memberikannya kepada anak."

Oleh sebab itu, sebagaimana di saat mengandung, sangatlah penting bagi ibu untuk memperhatikan makanan yang dimakannya. ada kaitan ke tidak dengan makanan haram, diriwayatkan, "Pengaruh dari penghasilan haram akan tampak pada keturunan seseorang."

Juga ada diriwayatkan bahawa, "Semua dosa itu berbahaya, dan yang paling berbahaya adalah darah dan daging yang tumbuh dari makanan haram."

Kerana itu, dianjurkan untuk memakan makanan yang halal serta berkhasiat, antaranya ialah mimyak zaitun.


1. Minyak zaitun

Ibu hamil sebaiknya digalakan meminum  minyak zaitun, kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan livernya. Manfaat ini juga akan dinikmati anak di dalam kandungan.

[Pemilihan minyak zaitun amat penting, hendaknya ianya dihasilkan oleh orang Islam sendiri dan sebaik-baiknya hendaklah datangnya dari bumi yang diberkati iaitu bumi Palestine di sekitar Ramallah].

2. Delima

a. Sangat dianjurkan untuk dimakan sebelum sarapan pada hari Jumaat.

b. Menjadikan anak baik (berbudi luhur).

c. Sangat baik untuk mengatasi mual, anemia, sakit kuning, sakit persendian, tekanan darah tidak normal, dan wasir.

d. Siapa saja yang mengonsumsi satu biji buah delima, maka hatinya akan dipenuhi cahaya dan syaitan tidak akan membisikinya selama 40 hari.


3. Kurma

a. Berdasarkan riwayat, makanan dan ubat terbaik bagi ibu hamil adalah buah kurma.

b. Diriwayatkan oleh Saidina Ali kw, "Tidak ada makanan bagi ibu hamil yang lebih baik dari kurma segar."

c. Diriwayatkan dari Rasulullah saw, "Bagi ibu hamil, terutama saat melahirkan, makanan terbaik adalah kurma. Kerana, Allah SWT telah bersumpah dengan keagungan dan kemuliaannya (kurma). Jika seorang wanita memakan rotub (salah satu jenis kurma segar) pada masa itu, maka anaknya - samada lelaki ataupun perempuan - akan menjadi seorang yang penyabar."

Tiramisu kek...paling diminati!

Ahad 3 Jan. 2013

Salam untuk semua....seperti biasa bila baca tajuk entry di atas...tak abis-abis dengan tiramisu ni...punyalah kek yang mendapat tempat di hati peminatnya...kita yang tukang buatnya tiada masalah pun...buat je seperti biasa...dah orang tempah kek ni...malas nak cerita panjang2 sekadar nak simpan pic ini sebagai koleksi kek saje...Terima kasih pada yang mengorder cikgu Nora n Cikgu Rohimah...lain kali buleh repeat order...
 


Friday, February 01, 2013

Naik gred tanpa temuduga...dialu-alukan!

Jumaat 1 Feb 2013

Guru cemerlang berijazah dilantik terus DG41 mulai tahun 2013 

Seremban: Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa temuduga mulai tahun 2013
Kumpulan itu yang memperoleh ijazah melalui pengajian separuh masa atau pengajian jarak jauh (PJJ) boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP untuk dikecualikan daripada ditemuduga. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan SPP itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan latihan dalam perkhidmatan kumpulan pendidik di negara ini.

Cepat proses kenaikan pangkat

“Langkah ini dibuat bagi mempercepatkan proses kenaikan gred kerana mereka terbukti cemerlang,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusi SPP, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SPP turut mengecualikan temu duga bagi pelantikan guru baru yang cemerlang dalam akademik dan ikhtisas dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Katanya, SPP mula mengenal pasti calon terbabit ketika pemilihan awal bakal guru.
Sehubungan itu, katanya semakan semula sistem pelajaran dan organisasi IPGM dan IPT perlu dibuat bagi melahirkan warga pendidik berkualiti dan cemerlang.

 Catatan : setuju sangat cadangan di atas, sebagai penambaikan kepada memartabatkan profession keguruan sejajar dengan hasrat kerajaan memperluaskan guru2 yang tidak berijazah memperolehi ijazah seramai mungkin. Justeru,sampai masanya kementerian melihat situasi ini sebagai plafform baru kepada guru untuk menambahkan ilmu serta meningkatkan keupyaan mereka belajar sepanjang hayat dan tiada halangan untuk mendapatkan gred yang lebih tinggi atas profesion yang sama.

Renungan Jumaat...mutiara kata!

Jumaat1 Feb.2013

Salam Jumaat...moga dirahmati dan diberkati dalam apa jua bidang yang diceburi...rahmat Allah ni cukup banyak diberikan kepada kita tanpa kita sedari...tapi kita mudah lupa sering bersangka buruk kepadaNYA jika sesuatu yang kita hajati tidak kesampaian...mulalah menyalahkan takdir...begitu begini...mempersoalkan ketidakadilan itu...kenapa orang lain dapat aku tak dapat...bermonolog sendiri...jauhilah sifat-sifat yang melemahkan hati...was-was semua tu alunan syaitan yang tidak pernah sunyi berdampingan dengan kita...so  terbaca kata-kata indah dari FB seorang sahabat...caring is sharing....

Yang mmbuat kita kuat adalah doa,
buat kita dewasa adalah masalah,
buat kita maju adalah usaha keras,
buat kita hancur adalah mudah putus asa.
buat kita bersemangat adalah impian
yang membuat kita jadi lebih baik adalah 'Sahabat'