Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, February 01, 2013

Naik gred tanpa temuduga...dialu-alukan!

Jumaat 1 Feb 2013

Guru cemerlang berijazah dilantik terus DG41 mulai tahun 2013 

Seremban: Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa temuduga mulai tahun 2013
Kumpulan itu yang memperoleh ijazah melalui pengajian separuh masa atau pengajian jarak jauh (PJJ) boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP untuk dikecualikan daripada ditemuduga. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan SPP itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan latihan dalam perkhidmatan kumpulan pendidik di negara ini.

Cepat proses kenaikan pangkat

“Langkah ini dibuat bagi mempercepatkan proses kenaikan gred kerana mereka terbukti cemerlang,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusi SPP, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SPP turut mengecualikan temu duga bagi pelantikan guru baru yang cemerlang dalam akademik dan ikhtisas dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Katanya, SPP mula mengenal pasti calon terbabit ketika pemilihan awal bakal guru.
Sehubungan itu, katanya semakan semula sistem pelajaran dan organisasi IPGM dan IPT perlu dibuat bagi melahirkan warga pendidik berkualiti dan cemerlang.

 Catatan : setuju sangat cadangan di atas, sebagai penambaikan kepada memartabatkan profession keguruan sejajar dengan hasrat kerajaan memperluaskan guru2 yang tidak berijazah memperolehi ijazah seramai mungkin. Justeru,sampai masanya kementerian melihat situasi ini sebagai plafform baru kepada guru untuk menambahkan ilmu serta meningkatkan keupyaan mereka belajar sepanjang hayat dan tiada halangan untuk mendapatkan gred yang lebih tinggi atas profesion yang sama.

No comments: