Khamis 14 Feb.2013
Salam untuk semua...hari ini kita dikejutkan berita kemalangan jalan raya yang melibatkan cikgu kamsaini guru besar SK durian Mas 1....kereta yang dipandunya terbabas sendiri...melihat pada keadaan keretanya....mungkin dipandu laju sebab merc ni kita tahulah kualiti keretanya berbanding dengan kereta buatan tempatan....ya lah sudah sampai ajalnya ...Al Fatihah... moga rohnya ditempatkan bersama-bersama dengan orang2 yang beriman...amin..
Berbalik pasal entry di atas....kita cukup teruja bila ada tips2 untuk membuang lemak dan tips bagaimana untuk kurus....sebab di kalangan kita ramai yang gemuk terutamanya pada mereka yang beranak pinak...nak kurus memang payah..kalau nak gemuk memang cepat prosesnya...kata orang tua2...nak tengok kita kurus atau gemuk masa tua...tengok ibu kita...gitulah kita bila kemudian harinya...ok bawah ini adalah sikit info yang boleh dikongsi bersama....
CARA 1:
Ambil 3 – 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama 1 bulan. Jika anda disiplinkan diri untuk menjaga pemakanan dan selalu bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai.
CARA 2:
Air asam jawa elok dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan ia minuman anda selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
CARA 3:
Makan betik segar setiap hari tapi harus diingat, anda perlu mengamalkannya setiap hari untuk menyingkirkan lemak yang berlebihan ni. Bukannya makan sekali sahaja.

3 comments:
Al-fatihah
semoga roh beliau dicucuri rahmat..
cara no 1, cam susah sikit
tapi no 2 & 3..Insha Allah..
apa khabar kak, maaflah lama tak jenguk akak :)
baik alhamduliah...moga nita begitu juga..hehehe yg penting disiplinkan diri...
cantik kombinasi kaler tu.nampak sedap
Post a Comment