Ahad 3 Jan. 2013
Salam Ahad untuk semua...terbaca satu artikal yang menarik untuk dikongsi bersama oleh bakal-bakal ibu, , yang bercita-cita menjadi ibu atau yang baru masuk alam manopouse..hehehe maaf ya gurau je..tentang pemakanan ibu semasa hamil....rasanya info kesihatan dan amalan pemakanan kita seharian menjadi titik tolak dalam menentukan zuriat kita berada di landasan yang mendapat berkat dan rahmat dari Allah...Justeru pada mereka yang tidak mengandung pun boleh mendapatkan produk ini untuk menjamin kita sihat sepanjang hayat...ajal maut di tangan Allah...
Juga diriwayatkan dari Imam As-Shadiq, "Apapun yang dimakan, diminum dan dihirup ibu selama masa kehamilan, Allah SWT juga memberikannya kepada anak."
Oleh sebab itu, sebagaimana di saat mengandung, sangatlah penting bagi ibu untuk memperhatikan makanan yang dimakannya. ada kaitan ke tidak dengan makanan haram, diriwayatkan, "Pengaruh dari penghasilan haram akan tampak pada keturunan seseorang."
Juga ada diriwayatkan bahawa, "Semua dosa itu berbahaya, dan yang paling berbahaya adalah darah dan daging yang tumbuh dari makanan haram."
Kerana itu, dianjurkan untuk memakan makanan yang halal serta berkhasiat, antaranya ialah mimyak zaitun.
1. Minyak zaitun
Ibu hamil sebaiknya digalakan meminum minyak zaitun, kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan livernya. Manfaat ini juga akan dinikmati anak di dalam kandungan.
[Pemilihan minyak zaitun amat penting, hendaknya ianya dihasilkan oleh orang Islam sendiri dan sebaik-baiknya hendaklah datangnya dari bumi yang diberkati iaitu bumi Palestine di sekitar Ramallah].
2. Delima
a. Sangat dianjurkan untuk dimakan sebelum sarapan pada hari Jumaat.
b. Menjadikan anak baik (berbudi luhur).
c. Sangat baik untuk mengatasi mual, anemia, sakit kuning, sakit persendian, tekanan darah tidak normal, dan wasir.
d. Siapa saja yang mengonsumsi satu biji buah delima, maka hatinya akan dipenuhi cahaya dan syaitan tidak akan membisikinya selama 40 hari.
3. Kurma
a. Berdasarkan riwayat, makanan dan ubat terbaik bagi ibu hamil adalah buah kurma.
b. Diriwayatkan oleh Saidina Ali kw, "Tidak ada makanan bagi ibu hamil yang lebih baik dari kurma segar."
c. Diriwayatkan dari Rasulullah saw, "Bagi ibu hamil, terutama saat melahirkan, makanan terbaik adalah kurma. Kerana, Allah SWT telah bersumpah dengan keagungan dan kemuliaannya (kurma). Jika seorang wanita memakan rotub (salah satu jenis kurma segar) pada masa itu, maka anaknya - samada lelaki ataupun perempuan - akan menjadi seorang yang penyabar."
No comments:
Post a Comment