Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, October 27, 2010

Kenaikan Pangkat....

Rabu 27 Okt.2010

Salam Rabu untuk semua pembaca entry blog ni...rupa-rupanya ramai jugak peminat ya...siap2 komen2 lagi...satu perkembangan yang sihat....respond yang membina diucapkan ribuaan terima kasih....respond yang mengutuk tu mmg tabiat semuajadi dia org.....bersemuka takut....kata depan2 lagilah takut n penakut.....budaya org kita berani di belakang.....dan aku bebas menulis apa yg aku suka...selagi tidak dihadap ke mahkamah atas kesalahan menyalahi akta hasutan n akta membuka aib orang....mane2 respond yg tidak berpijak di bumi nyata...tidak faham topic....melalut2....serangan peribadi penulis tanpa pasal2... kita kesampingkan....harap maklum...

Entry kali ni....naik pangkat...bila GB panggil n bincang pasal ni...malas pulak nok respond pada jawapan GB....sebab proses kenaikan pangkat akan diadakan temuduga oleh JPNT...markah prestasi tidak diambilkira sangat dgn alasan standard markah tu tidak diselaraskan antara sekolah2...Tetapi 20% penglibatan cikgu di luar bidang tugas menjadi keutamaan....di samping pengalaman dalam bidang pengurusan.....katanya...

Ada GB di sekolah tu....terlebih baik dan sebahagiannya memberikan prestasi pada guru2 yang disukainya saja.....rasanya bila di temuduga tu cikgu2 ni berpeluang meluahkan apa yang terbuku di hati....sepatutnya kaedah ni dari dulu udah dipraktikkan.... maka org yg patut diberi jawatan ni bertetapan dgn kriteria yang dikehendaki bukan atas dasar pilih kasih atau 100% nilaian prestasi sangat....

Pada kekawan yg disenarai pendek untuk ditemuduga....tahniah n selamat berjaya...moga jawatan yg disandang dipertanggungjawab sebaik mungkin dan tidak meletakkan kerja2 yg patut kita buat....cikgu2 yg ambilalih...dan kita menjadi boneka di sekolah pandai mengarah n mencari kelemahan org lain....wassalam....

Monday, October 25, 2010

Marble Cupcakes...Yummy

Isnin 25 Oktober 2010

Salam Isnin untuk semua pembaca entriku....kita tinggal dulu cakap2 org yg dok brape faham tentang butiran entri yg lepas....senang cakap....jangan layan aje mereka ni....posting kali ni kita layan aje Marble cupcakes ni....petang semalam yang prosesnya....Si Azyan yang minta dibuatnya....

Maka....terjadilah cupcakes ni....ubah skit proses buatnya...hasilnya naik gebu dan rasanya sedap dan yummy...hidangan petang marin......nak dipostkan resepi di sini...sape2 yg rajin buat cubalah resepi ni...

Bahan-bahannya
300gm tepung gandum(superfine lagi ok)
280gm gula halus
300gm mentega
5 biji telur gred B pun ok
1cmt esen vanila
1cmt baking powder
1cmb overllet
sedikit walnut(kalu suka letak)
Pewarna(ikut suka warna apa)

Caranya:
1. Pukul telur bersama gula n overlet hingga gebu n kembang.Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, pukul mentega hingga putih.
3. Campurkan tepung n baking powder.Gaul rata
4. Masukkan mentega tadi kedalam adunan telur.Pukul lagi n masukkan esen vanila.
5. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dipukul.
5. Asingkan adunan mengikut warna kesukaan.(3 warna)
6. Tabur kacang walnut.Bakar selama 20 minit.

Senang je proses buatnya....lepas tu bolehlah makan. Rasanya dapat dalam 30 cups...cukup utk dimakan dan diberikan pada jiran sebelah rumah....wassalam.

Friday, October 22, 2010

Kitakah itu?????

Jumaat 22 Oktober 2010

salam Jumaat untuk semua....posting kali ni....ya lah kita cepat melatah bila sesuatu perkara tu membabitkan kita tanpa cuba mencari punya dan kenapa jadi begitu....jua kita cuba menegakkan sesuatu yang kita sudah pastikan sememangnya itu tidak betul.....rupa2 kita cuba menjadi hero pada perkara yang betul tetapi anggap kita orang yang membicarakan itu salah tafsirannya....

sudahnya....banyak perkara yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan cepat....terlambat sbb campurtangan org ketiga....merumitkan situasi dan penyelesaian dan kita cuba mengaitkan sesuatu itu dengan orang lain....rupa2 ramai di antara kita ingin menjadi jaguh tetapi tidak cuba menyelesaikan tetapi cuba mengeruhkan lagi keadaan...kalu betul perkara itu kenapa tidak mengiakannya....dari cuba menyemarakan lagi suasana...

Alasannya....tidak suka peribadinya....maka segala apa yg diperkatakan walaupun betul kita cuba menidakkannya....tulah sifat munafik yang masih bersarang dalam jiwa kita....maka keadaan itu akan berterusan sampai bila2....kerana kita merasakan bahawa segala idea dan pandangan kita betul dan orang lain mesti ikut....cakap2 byk kita juga mempergaruhi rakan sekeliling agar menetujui segala idea kita....orang yg berperangai begini cukup bahaya dalam jemaah kita dan patut disingkirkan.....

Justeru...jujurlah dalam setiap tutur kata, perlakuan serta jika perkara itu betul katakan betul jangan cuba putar belit kenyataan...fahami masalah dengan berfikir, merenung,mengkaji...bukan meletakkan kesalahan pada orang yg mengemukkan masalah....sudahnya yang cuba membetulkan keadaan menjadi mangsa keadaan kerana kita ingin menjadi juara dalam kelompok kita sendiri....

Pandai mane pun kita ....DG 41 pun...kalu perangai kita tidak disegani....sia2 saje pengucapan kita dalam setiap perjumpaan...org akan mencebik bibir....dan kita dikelilingi mereka yg sentiasa memuja kita kerana pengaruh kita cukup kuat...tetapi pada hakikatnya tiada apa yg boleh dibanggakan pada diri sendiri lebih2 lagi orang yg sentiasa memerhatikan kita.....wassalam.....

Tuesday, October 19, 2010

Aibkah itu????

Selasa 19 Okt 2010

salam.....bersembang kembali di alam siber ni....terkadang putus idea untuk meluahkan sesuatu yang boleh memberi manfaat bersama...isu banyak...malas hendak panjang cerita...ada cite yang nak diluahkan dikatakan membuka aib org.... kita tak perlu membuka aib sesorang....just beritahu aje ke empunya diri kesalahan yang dilakukan....jangan pamerkan kelemahan org lain....ayat seseorang bila entri ini diajukan....dah kesalahan itu berulang2 berapa kali mahu diberitahu perkara yang sama....

Masalahnya sekarang teguran yang itu udah acap kali dibuat tapi kesalahan tu dibuat juga...macam hendak mencabar aje.... ....sape yang akan bersabar begitu lama...sudah2 permintaannya ditunai juga...sape yang menang dalam kes ni....yg sedihnya bila diberitahu menangisnya mengalahkan baby.....menyesali dan dalam masa yg sama ingin membetulkan bahawa dia tidak bersalah dalam hal....ni semua dengki orang pada dia....la...kesitu pulok jawapannya....

Yang hairannya.....dia tu orang yg tahu dalam semua hal dan amat mahir dalam bidangnya.... ....tapi fiil dan perangainya macam budak2...tidak ada rasa bersalah dan malu bila dipanggil oleh GB...muka sadin...aje...udah di sound dalam perjumpaan tidak terkesan sedikit pun di hatinya bahawa tindakannya berdosa...kalu gitu apa patut kita buat????aku hendak tanya pada sesiapa yg berhati mulia....yang takut hendak buka aib org ttp dalam masa yang sama membebel pasal hal ni....nilah manusia yang takut pada bayang2 sendiri....

Terpaksalah GB bertanya beberapa org untuk mengesahkan tindakannya itu....termasuklah aku....ya lah aku kena beritahu perkara yang sebenarnya...kenapa mesti takut....konon2 nak jaga hati kawan....nok jaga dok kene pada tempat...berkatalah benar walaupun pahit...payah org hendak menghayati kata2 keramat ni.....Pada yang empunya diri...insaflah kita buat pada anak orang...sampai masa Allah Taala akan kenakan pada anak kita pula...cuma masa dan ketika yang akan menentukan.....sekian wassalm...


Monday, October 11, 2010

Sambutan Senja Aidilfitri

Isnin 11 Okt. 2010

Salam......bertemu kembali...entri kali ni... sambutan senja Aidilfitri....ya lah bertetapan dgn posting kali ini senja Aidlifitri yang disambut di sekolah.....walaupun syawal udah abis...ttp disebabkan sekolah belum menyambutnya...diadakan juga semata-mata memenuhi impian kekawan yg tidak merasai kemeriahan sambutan pada tahun lepas....

Untuk menghimpunkan semua guru dalam satu masa bukan sesuatu yang mudah...banyak halangan dan cabarannya....kerana menghimpunkan semua guru maka Sambutan ni terpaksa dibuat lepas syawal....anyway semuanya berjalan dgn ok...sbb yang menyambutnya di kalangan kita aje...nak jemput org luar....rasanya tidak munasabah dgn situasi semasa....

Apa yang penting kerjasama dr semua guru....kata GB cikgu2 ni kalau aktiviti jangka pendek kerjasama dari org baik sekali jika aktiviti yg melibatkan jangkamasa panjang....kita kurang bekerjasama...kenapa???? sbb kita byk kerja lain yg perlu diselesaikan...itu aje jawapannya...

Bila....ada aktiviti begini kita boleh nampak siapa yg betul komited pd tugas yang diberikan...dan ada yg dont care....kerja dia aje yg dibuat...ikut jawatankuasa yg dipilihlah untuk sukarela membantu...sorry that not my job.....masa ni kita boleh lihat siapa yg boleh kita mintak tolong dan siapa yg berat tangan untuk menolong....

Apa pun....terserah pada yg empunya diri....org akan menilai siapa kita....keikhlasan itu penting dan tidak akan jatuh status kita bila kita byk tolong org...Lihatlah gambar2 di bawah ni sebagai wadah dan meriahnya suasana dgn kuih muihnya....wassalam...





Wednesday, October 06, 2010

Pastry n cupcakes

Rabu 6 Okt.2010

Salam.....bertemu kembali.....posting kali ni lain dari yang lain...sbb ada org kata entri asyik relationship aje...ada apa2 ke....la..semua idea tu spontan aje...ikut mood n keadaan semasa....kalu di sekolah Guru Besar selalu cakap cikgu ni....kalu masuk kelas mengajar ikut IT je....tu sudah bagus dalam zaman serba canggih ni... bila ada org translate kata maknanya ikut
terlintas
gitulah kita bila idea itu datang ikut terlintas.....

Berbalik entri kali ni pasal pastry n cupcakes....perkara yang paling aku suka buat....ditambah lagi Hari lahir hubby jatuh pd hari ni....disuruhnya kita buat cupcakes n tat telur utk rakan2 yg sedang menanda kertas UPSR.....maka lahirlah dua makanan ni....yummy n cantik....hobi yg tidak akan hilang sampai bila-bila...

Sempat postkan gambar2 ni untuk tatapan kalian....pada cikgu zarina nanti kak tie buat yg lain pada hari Isnin ni utk jamuan senja Aidilfitri....tunggu ya....

Tuesday, October 05, 2010

Sesuaikah lelaki itu suamiku...

Selasa 5 Oktober 2010

Salam….posting kali ni….lelaki itu sesuai ke ……pasangan hidupku…atau memang sudah ditakdirkan aku terpaksa berkongsi rahsia dengannya dalam keterpaksaan….atau memang jodoh aku dan dia buat selama-lama…apa yang pasti dia suamiku….dari dulu, kini n selama-lamanya….

Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita... lelaki atau perempuan.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama.... Bukan untuk diri sendiri sahaja... kerana kita hidup bukan bersendirian...

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Moral: Apa pun….semua itu jodoh terbaik untuk kita…sebab pasangan kita Allat Taala yang menentukan….terimalah dia sebaik-baiknya…moga kita dikurniakan kebahagiaan yang abadi…setiap kelemahan dan kekurangan itu adalah intipati dalam alam rumahtangga... resepi terbaik membentuk keserasian dalam rumahtangga…wassalam..