Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, November 30, 2015

Konvoksyen UPSI ke 17...Tahniah!

Isnin 30 Nov.2015

Salam Isnin untuk semua moga dikurniakan kesihatan yang baik dalam redha Allah juga...Posting pagi Isnin ni ...saje jenguk2 sekolah walaupun bukan masa kita bertugas...tetapi bila Guru Besar whasaap tadi beritahu borang permohonan ke luar negara tu silap borang ...maka kene isi semula huhu....aduhai semoga pemudahkan urusan umrah kali ini...menjadi tetamu Allah sudah beberapa kali tertangguh....

Posting pagi ini..konvo UPSI sejarah yang paling berharga pada semua yang merasainya...mana tidaknya belajar selama 4 tahun PJJ tanpa cuti bekerja..maknanya semuanya dilalui dalam 4 aktiviti kerja sekali gus...sebagai wanita berkerjaya...ibu..isteri dan last sekali pelajar...hampir setiap minggu hadiri kelas UPSI..toturial dengan pensyarah...buat assigment..online kuiz...macam2lah..pendek kata mana yang tidak mahir ICT balik awal jawapnya...semua meruntun kecekalan dan ketabahan yang cukup hebat pada seorang wanita...sokongan penting...tolak ansur dari suami..anak2 ..rakan2 tidak lupa juga dari majikan kita sendiri... belum lagi wang ringgit dan banyak hati yang perlu dijaga...sampai hati sendiri pun terguris dengan sikap dari mereka yang paling rapat dengan  kita...huhu semuanya dilalui dengan semangat kalu tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..Tahniah dan syabas untuk diri sendiri hihi..

Hasilnya alhamdulliah berjaya juga mengenggam segulung ijazah yang merupakan pangkat tertinggi dalam mencari ilmu...kepuasan,pengorbanan,penat lelah  mampu menjadi asam garam dalam menuntut ilmu...justeru,abaikan perkara negatif yang sentiasa ada disekeliling kita...yang pasti kita mampu buat yang terbaik untuk diri sendiri di samping menjadi perangsang kepada anak-anak...So sekarang semua yang diidam2kan selama ni menjadi kenyataan ...
Terima kasih pada semua terutama pada anak2..yang cukup mengerti susah payah ibunya...kepada mereka yang terlibat secara langsung dan di belakang tabir...rakan2 dalam facebook yang bertalu-talu mengucapkan tahniah  diucapkan terima kasih banyak2 jasa dan kecaknaan anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...




Monday, November 23, 2015

Ke UPSI lagi kita...!

23 Nov.2015

Salam Isnin untuk semua.moga kerja buat kita dirahmati seadanya...bersiaran lagi...kali ni episod berkunjung ke UPSI sekali lagi semata-mata untuk mengambil jubah sempena konvoksyen  ke 17..kelakor kan..sebab bersungguhnya kami sampai sewa bas untuk ke sana...group kami seramai 25 orang je yang sempat n selamat menghabiskan pengajian selama 4 tahun menjadi lulusan UPSI...bangga pun ada..kurang percaya pun ada...yalah cepatnya masa  pengajian kami tup2 dah abih...tahniah pada diri sendiri dalam kalutnya aktiviti sekolah,isteri..ibu...dan segala-galanyalah...abis juga ya...

Kami ni warga maslah katakan...alhamudulliah dikurniakan kesihatan yang baik dan mampu menghabiskan kuliah dan sempat lagi sama-sama mengambil jubah yang akan dipakai pada 28 Nov. ni ...rasenya tak sabar untuk menaiki stage dan menerima skrol dari cencelor kami....waduh rasa harmoni dan syahdunya saat2 indah itu...nantilah kita tunggu saat gemilang tu..yang sukanya sempat lagi bergambar beramai2 sambil memakai jubah...raptai lah kononnya...hihi anak2 yang mengikut rombongan kami pun mengelang2 kepala pening tengok gelagat kami mcam budak2 ...seronok walaupun penat dengan perubahan tempat dan kurang berkesannya pengendalian mengambil jubah yang terpaksa melangkui bangunan...tercungap2 juga kami naik tangga n turun tangga...apa2 pun semuanya selamat...lihatlah pic yang sempat dirakamkan..






Thursday, November 12, 2015

Jamuan Akhir Tahun..Meriah!

Khamis 12 Nov.2015

Salam Sejahtera....berentry lagi pada pagi ini...minggu2 terakhir di akhir persekolahan....walaupun banyak perkara yang perlu dibuat untuk  melangsaikan segala kerja yang terah tertangguh...yang pasti mengupdate blog dulu untuk mengembalikan mood akhir tahun ni...tajuk entry pun cukup menarik yalah semua sekolah berlumba-lumba meraikan majlis jamuan akhir tahun yang menjadi tradisi kepada kaum guru ni...rasa tidak lengkap setahun jika majlis ni ditiadakan...huhu

Bertempat di Grandcon Hotel Kuala Terengganu dianjurkan Majlis Jamuan Akhir tahun .... majlis yang cukup gemilang dan terbilang ni...dengan pelbagai gimik rahsia yang cuba di rahsiakan oleh Mr. President Azri...banyak sangat rahsianya...Anyway kehadiran Faizal AF menjadikan majlis pada petang itu cukup happening dan berjaya...pendek kata semua tetamu yang hadir terhibur dengan nyanyiannya...ditambah dengan makanan yang dihidangkan cukup meriah dan tidak menghampakan selera diaorang....kejutan demi kejutan dibuat oleh pengacara majlis Sir Farihan  yang sememang seorang pengacara yang mampu mengendalikan keseluruhan majlis dengan hebatnya...set karoke yang ditempah khas..belum lagi bayaran yang diberikan kepada Faizal...semua daya usaha ini dicetuskan oleh presiden kelab...Thank you very much...muah...muah...muah..akan menjadi kenangan sepanjang hayat pada kami semua.

Pada Puan Guru Besar yang sporting kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana memahami kehendak majlis kami walaupun ada yang bersungut pemilhan tempat yang jauh...huhu..setidak mungkin suasana santai dan meriah menjadi agenda utama kami....so...lihatlah gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua...Love You All...
Bersama dgn Gb dan Pengurusan baru

Bersama GB dan Pengurusan lama...aku masih stay sini huhu



Background yang dihias cantik..

Bersama Faizal AF...

 
Beberapa persembahan yang diadakan...