Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif
Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, March 26, 2018

Lawatan Penandaaras MGB ke Pulau Langkawi...

Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa...Posting petang ni terus saje ke tajuk hihi..walaupun agak lewat mengepost artikal ini di sini sekurang-kurang niat untuk berblog tu masih segar...cuma tinggal dalam sibuknya kita menguruskan masa...menjaga perasaan sendiri belum lagi pasangan kita...so berlapang dada...perasaan sendiri perlu diutamakan lewat senja usia gini...

Berbalik kepada lawatan penandaaras majlis Guru Besar Dungun ke SK Taman Rakyat yang terletak di Sg Petani Kedah jauh noooon di utara sana...dengan perjalanan yang amat memenatkan serta celoteh dan kelakarnya set2 GB ni yang hampir separuh abad semuanya tapi bila dah berkumpul gini kita jadi macam budak2 sekolah yang sertai rombongan... perjalanan memakan masa lebih kurang 10 jam dengan pemanduan bas yang slow n steady serta jalan yang tidak mengizinkan terutama sekali bila memasuki lebuhraya timur barat....rombongan kami bukannya waktu cuti sekolah suasana cukup selesa dan lengang tak sibuk sangat...masih ada kiri kanan bukit yang runtuh...sampai saja di sana kami menginap di BTBPN Kedah...sebilik dua orang...bilik ok tetapi cuaca di Kedah tika itu cukup panas dan kering...suasana bilik cukup panas dan tidak selesa...ada di kalangan kami terpaksa menyewa hotel berdekatan kerana terpaksa menginap di tingkat 3 dan menaiki  tangga..warga senja gini semua sakit lutut tambah lagi bilik yang panas walaupun kipas berpusing.

Esoknya kami dibawa ke SK Taman Rakyat sekolah kluster kecemerlangan diiringi dengan kompang dan persembahan silat...kami diberi info tentang sekolah oleh Guru Besar dan dibekalkan kuih telinga kera kata orang sana tapi kita di sini gelar kuih keria...selepas itu kami dibawa ke kelas2 tahun satu yang dihias sangat cantik...apa yang kami perhatikan cikgu2 yang komited serta hubungan komuniti yang kuat antara sekolah dengan PIBG serta rakan strategik yang berhampiran menjanjikan sekolah ini mendapat sumbangan dan ditadbir urus dengan baik oleh pihak pengurusan yang ada..kami dihiburkan dengan alunan lagu dari band sekolah sendiri tetapi diuruskan dengan baik oleh AJK taman tersebut sambil di jamu dengan makan tengah hari...

Sebelah petang kami terus menaiki feri ke Pulau Langkawi..rehat minda serta bershopping di sana...taklah membeli belahnya sangat...tapi masing2 girang duk rembat coklat di kompleks Haji Ismail Group kebetulan kami menyewa di apatment Ismail Group...apatment yang cantik dan cukup selesa...malam tu barulah  kami dapat tidur dengan nyenyaknya...pagi esok bermulalah acara sendiri2 sahaja...yang paling banyak kami borong kain batik halus yang diimpot...berdebar2 juga kut di tahan kastam..tetapi dalam rombongan pengawai kerajaan ni kami diberi pengecualiaan..dak sampai nak buka bisnes jual kain batik pulak...sekadar buah tangan dan dipakai sendiri saje..selama 2 malam kami bersantai di sini dan banyak tempat2 menarik yang sempat dikunjungi berbanding dengan kehadiran kami 5 tahun yang lepas...

Apa2 pun tahniah n syabas MGB Dungun penganjuran Lawatan Penandaaras yang bermaklumat walaupun ada ombak dalam cawan tetapi ombak itu dapat disurutkan dengan kilat sabung menyabung...so masih menunggu agenda seterus daripada MGB Dungun..





Monday, June 08, 2015

Family Day....Cameron Highland Part 1

Isnin 8 Jun 2015

Assalamulaikum kepada semua...berentry lagi setelah rase badan ok skit...kepala pun tidaklah berat sangat...tekanan darah kembali ok...syukur padaMU yang Allah...setelah pelbagai ramuan dan ubat yang dimakan ditambah dengan bermunajat kepadaMU maka kesihatanku bertambah baik...alhamduliah...

Sebenarnya permulaan cuti,kami badan kebajikan guru dan kakitangan sekolah mengadakan family day 3 hari dua malam ke destinasi Cameron dan Tambun Lost World hasil dari kerja kuat guru dan kakitangan dalam kanival mega serta hari kokurikulum di sekolah...maka presiden KGSS telah berbesar hati memsponsor kami ke destinasi yang dipilih...Rombongan kami seramai 148 orang termasuk kanak-kanak dengan menaiki sebuah bas dan 15 buah kereta...Perjalanan yang memenatkan memakan masa yang lama kerana perjalanan kami bertolak pada waktu pagi...memandangkan ramai di kalangan kami drebar kereta ni...tak mampu memandu pada waktu malam....

Melalui jalan felda aring ...terus ke Gua Musang iaitu jalan altenatif ke cameron highland....jalan raya yang sempit..masih dalam pembinaan serta kiri kanan masih ada lagi kesan tanah runtuh akibat banjir pada bulan disember lepas....pada aku memang tidak akan lalu ikut jalan shortcut ni...pasal jalan ni memang bahaya kepada mereka yang baru melaluinya....dengan jalan raya yang bengkang bengkok...memang seram sejuk kami dibuatnya...sapelah yang pandai2 syorkan jalan ni...aku pun tak tahu hingga sekarang....bukannya cepat sampai...rasenya sama aje  jarak perjalanan dengan jalan highway ke Kuala Lumpur yang lebih selamat....adusss...

Sampai di Cameron jam 4 petang...cukup memenatkan kerana sepanjang jalan mendaki bukit cameron hujan turun tanpa henti...dalam hati sudah berdetik suasana yang tidak memberangsangkan ini tentu tidak menyeronokkan...pertama kali dalam hidup sampai ke cameron...hihi lucu kan..apa tidaknya ada je halangan sebelum ini yang memaksa destinasi itu tidak sempat dijejaki...so...kawasan yang damai nyaman ...segar dan menyegarkan...hilang rasa penat...pemandangan yang cantik dengan dilitupi kabus yang tebal...tetapi boleh dilihat banyak kawasan bukit yang digondolkan...nampak sangat tidak tersusunnya kawasan penanaman yang diterokai...patutlah berlaku tanah runtuh dan banjir kilat bila hujan...

Sempat ke pasar Berincang....agak lewat sampai ke sana kerana banyak kedai yang sudah ditutup...perkara pertama yang kami beli...tentulah strawberry...nyum..nyum masam manis gitu...tidak lupa juga jagung manis yang cukup rapuh di makan...ubi keledak biru yang dikukus juga menjadi santapan kami semua...hihi macam tak pernah jumpa makanan..semuanya dibedal....

Menginap di Apatment di tanah rata...apa namanya yer..lupa pulak...tapi kami menyewa 9 apatment yang disewa dari cikgu miji...seorang guru yang asal dari Kelantan...katanya apatment ni dari rakan-rakan guru yang telah balik kampung tetapi dijadikan homestay...guru2 yang berwawasan...tabik spring aku...sambil menyelam minum air....malam tu diadakan BBQ... begitu meriah sekali..aku memang jenis tidak tahan sejuk..menggigil ditiup bayu bukit...memang sejuk...tapi bagi mereka yang berdarah panas...hihi... katanya tak lah sejuk mane...adusss...entah pukul berapa di orang tidur aku pun tak tahu kerana kami tidur cukup nyenyak pada malam itu...

Sebenarnya banyak tempat2 yang menarik tidak sempat kami redah...kesuntukan masa dan ramai di kalangan kami telah acap kali datang ke sini...jadi aku n my family aje yang pertama kali sampai...huhu..rasenya kami perlu berkunjung ke sini lagi dengan berkereta...

OK...kita sambung family day part 2 ke  Tambun Lost World...nanti kita cite pengalaman yang menarik di sana....
sikecik masam mencuka...apa pun tergaman ros merah berkembang seadanya..

Apatment yang kami sewa...nama lupalah...adusss



pasangan bahagia....

Tuesday, November 19, 2013

Selamat Bercuti....!!!

Selasa 19 Nov.2013

Salam Sejahtera dan Selamat Bercuti kepada semua warga pendidik,anak didik dan yang sewaktu dengannya.....Baru berpeluang menjenguk blog setelah sekian lama menyepi....dengan alasan yang sama sibuk...sibuk...dan sibuk...perkataan yang senang diucapkan...begitulah hidup dengan rutin harian yang tidak pernah surut...semua memerlukan perhatian...adakala perasaan sendiri terabai sebab terlalu sangat menjaga perasaan orang lain...felling sad...

Sebut aje bercuti sebenarnya...tetapi jadual bertugas tetap sama macam tak bercuti pun...defend pada sekolah masing-masing.....ada yang buat kelas tambahan awal cuti...dan ada yang terpaksa datang buat kelas akhir cuti...apa objektif kelas ini diadakan? arahan atau ikutan....hisssss....persoalan yang sukar untuk dijawab...akur atau terpaksa?...diam n diam dan ikut saje arahan...

So...masa cuti panjang ni kita boleh rilek minda...muasabah diri sendiri...membelai perasaan...dan paling best tenangkan jiwa tarik nafas panjang-panjang...dan buatlah kerja yag sesuai dengan kemahuan dan jiwa kita.....perkara-perkara yang menyesak sanubari tu tolak tepi...jaga kesihatan dan yang penting jantung kita....sebenarnya banyak sangat perkara yang berlaku samada manis dan pahitnya...tapi terasa berat jari jemari ni menulis di sini...kenapa ya?..ativiti santai contohnya Lawatan ke Pulau Langkawi...sempena rombongan sekolah yang diadakan baru-baru ni cukup teruja dan banyak kenangan pahit dan manisnya...nantilah di lain siaran boleh cerita balik...nak kumpul kekuatan menulis sesuatu yang kontrovesi memerlukan ketenangan....

Yang paling best dalam hidup...bila semua assigment sudah disubmit pada pensyarah...yahoo...separuh jiwa ku pergi....saat manis ni kita kongsi dengan mereka yang seangkatan sahaja...hanya mereka sahaja yang mengetahui jerit peritnya nak siapkan kerja kursus ni...be happy

Friday, March 29, 2013

RM250...dan buku-buku!

Jumaat 29 Mac 2013

Salam Jumaat untuk semua.Moga dirahmati. tetiba aje nak cerita pasal buku...sebab dua hari lepas berpeluang ke kuantan....jalan-jalan sambil membeli belah...terutama nak tukar baucer buku yang berharga RM250 tu...duk terperap je dalam handbag...bila berpeluang dapatlah berkunjung di kedai buku popular...memang popularlah kedai buku...pasal kedai tu aje yang dapat tukar baucer buku ...semua dimiliki oleh bangsa cina...rata-rata pengunjung orang melayu...sebahagiannya memang penutut universiti yang nak tukar baucer...rasanya abis buku separuh di kedai tu...banyak buku-buku yang sempat dicatat untuk menjadi tatapan dan sebahagiannya buku rujukan untuk semester ni sudah kehabisan stok...yang nak komennya kurang sangat buku-buku Bahasa Melayu dirak yang dipamerkan....yang banyaknya buku-buku inggeris dan cina...pasal apa ya?

Rupa2nya dari RM250 tu ...RM50 aje kita berpeluang membeli peralatan tulis dan sewaktunya...pendek kata kalau bukan kita sendiri yang datang...memang tak dapat beli...siap cek melalu ic nama n nombor ic sekali...begitu cermatnya diaorg check butir2 peribadi kita.... apalah yang ada sangat RM250 tu..tak banyak buku yang mampu kita dapat..kerana faktor harga...kalau buku2 ilmiahlah...majalah dan komik tidak dibenarkan sama sekali....proses nmencari tu memakan masa...sebab pilihan mesti yang bermutu dan dan mampu memberi ilmu yang baik....barang free..kalau kudrat kita nak beli buku memang tak terbelinya...sebab budaya orang Melayu kurang gemar membaca...lebih2 buku2 ilmiah...jangan marah ya...pengalaman mengajar kita berkata begitu...

So...memang patut baucer ini diberikan...jangan kerana gula-gula pilihan raya....tetapi patut diteruskan agar budaya membaca menjadi habit kepada kita dan keluarga...yang paling penting dapat lagi baucer buku berharga RM50 tambahan dari popular...bertambah popularlah kedai buku tu...Anyway terselit juga buku masakan yang menjadi feberet kita hehehhehe....

Sebahagian untuk anak-anak...satu kemestian...

ni aje yang ada....kalau banyak abis dipulun untuk buku masakan...

sebahagian buku ilmiah yang sempat dicari...

Tuesday, February 12, 2013

Genting Higland..Pengalaman menakjubkan!


Selasa 12 Feb. 2013

Salam untuk semua...bersua kembali setelah bercuti Sempena tahun baru cina...selama 4 hari...best jugok jadi teacher ni sebab banyak cuti...hehehehe...dah jodoh kita jadi cikgu...ok sempena cuti sekolah desakan dari anak-anak terutama si Azyan ajak ke Genting Highland...atas alasan kesihan pada sikecik Azeem duk tanya best dok masa gi Korea dapat main salji...apa lagi si kakak teruja lah....maka segala urusan penginapan di genting dia yang uruskan...ajak mak saudaranya sekali....

Bertolak dari rumah hari Jumaat dalam pukul 7.30 pagi...keadaan trafik pada waktu itu terkawal...sebab di sebelah pantai barat mereka masih lagi bekerja dan bersekolah...so perjalanan kita smooth aje tanpa sesak...sampai di Genting Sempah dah pukul 12 tengah hari...masa ni agak sibuk..dah terlihat berduyun2 kereta menuju ke Genting...kami sampai di kompleks kereta kabel lebih kurang setengah jam...bawa kereta slow je sbb jalan memang bengkang bengkok dengan laluan trafik agak perlahan(macam baca berita je ..heheh)

Sampai di sana..suasana cukup nyaman dan redup sesekali hujan renyai-renyai...dalam hati udah bimbang macam mana nak naik kereta kabel dalam suasana berkabus dan hujan...takut n ngeri memang ada...bila masuk aje dalam perut kereta kabel..aku dah kecut perut...hati berdebar2...hishsishis macam2 perasaan duk berbuai2...takut setakutnya...dengan gayat sekali..sepanjang perjalanan memang tidak buka mata..gayat yang amat sangat...kalau macam ni buleh kene serangan jantung...baru ku tahu bahawa sememangnya aku gayat pada ketinggian....maaf ya tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan yang esa...anak2 siap ambik gambar dan suke melihat keadaan ibunya...pendek kata abis ayat dibaca...masa perjalanan dalam 15 minit sahaja..tidak boleh dibayangkan kalaulah tercabut kabel ni...cuma tergantung diawangan je...teknologi canggih yang direka...tak tercapai akalku untuk memikirkannya....

Menjejakkan kaki di Genting...suatu pengalaman yang mengasyikkan...biar lah kewujudannya berpuluh2 tahun...tapi dalam detik ni sampai juga tempat yang menjadi keinginan untuk sampai dan menerokai kehebatan penciptaan manusia yang melangkau zamannya.....check in hotel First World dengan kapasiti biliknya saje sebanyak 6 ribu lebih kalau tak silap rasanya hotel yang paling banyak bilik di dunia.... melalui mesin serupa ATM dengan memasukkan IC kita aje...semuanya tercatat di situ bilik yang ditempah....

Maka bermulalah pengembaraan menerokai bandar di puncak gunung...yang serba moden...panggilan surga dunia memang patut pun diberikan...pasal bila berada di sana kita tak dapat bezakan malam atau siang...dengan lautan manusia yang ramai dengan pelbagai bangsa n keturnana sekali....paling ramai kaum cina...dunia hiburan memang menjadi keseronokan kepada mereka...nak dapatkan restoran melayu memang tidak ada....yang rasa boleh makan di KFC aje....yang lain semua dikuasai oleh golongan ini....

Tempat ini paling sesuai untuk kanak-kanak n remaja...first world indoor parknya permainan untuk kanak-kanak..dengan tiket RM25 seorang...dan orang dewasa RM30...mainlah apa yang disukai dan berapa kali...dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam...tawaran parkage ni berbaloi kerana kita bebas bermain berbanding jika membeli satu tiket RM 8 untuk satu game...rasanya lebih kurang 11 game yang ada...yang termasuk dalam parkage ni...yang lain2 dikenakan bayaran terutamanya genting bowl,Q-centre, Archery, The Haunted Adventure...dan banyak lagi lah....saat yang ditunggu oleh si Azeem..snow world yang baru siap direnovate...kawasan yang dipenuhi salji dengan bertemakan negara eropah...bayaran yang dikenakan sebanyak RM30 dan masa yang diberikan untuk bermain salji ialah 40 minit sahaja...tapi kata anakde...salji buatan ni tidak sama dengan salji yang ori...belum lagi outdoor dengan pelbagai game yang lebih mencabar dan sesuai untuk golongan remaja dengan tiketnya RM50 untuk semua game..jangan lupa dapatkan map sebagai panduan kita serta tempat yang patut dilawati....agar kita tidak sampai ditempat yang sama....pendek kata longgar semua sendi kaki..sebab asyik berjalan...

Semua game n hotel serta plaza membelibelah dalam satu bangunan yang direka berdasarkan cerita2 Holywood..juga replika bangunan serta patung2 yang menggambarkan trademarke negara seperti Paris, Amerika etc.... kalau nak cerita ni memang panjang....so berkunjunglah di sana walau pun sekali rasalah pengalaman kita sendiri dari kita dengar cite dari mulut orang...kanak-kanak paling teruja...jangan lupa simpan duit banyak2 sebab harga barangan dan makanan cukup mahal...pendek kata tempat untuk perabih duit dalam sekelip mata....





masa belum bergerak...senyum aje...bila bergerak nak tercabut jantung...


rumah salji...main gitu2 je..sambil jalan2 RM30..beb..



kawasan larangan kepada orang Islam...







harga tiket yang dipamerkan....




Thursday, November 08, 2012

Yahoo...Selamat Bercuti!


Khamis 8 Nov.2012

Salam Khamis untuk semua...moga dirahmati....Hari terakhir di sekolah....pejam celik sampai juga penghujung persekolahan...rutin yang sama setiap tahun...siap apa yang perlu terutama buku rekod mengajar....passpot cikgu katakan...nilaian prestasi terletak di situ...kemas library...masuk stok buku...cuti panjang lah katakan....kata GB masa taklimat akhir...cuti cikgu tahun ni 52 hari...dan pihak sekolah berhak memanggil cikgu dalam cuti...so jangan off h/set masing2..kahakahkah....

Maka jadual kehadiran ke sekolah diedarkan  dgn tarikh skli start 23 Dis..hingga 31 Dis...aktiviti panitia,in house tranning  dan pelbagai lagi....bila tilik... fening....cikgu yg bertukar mesti datang lagi masa mesy.guru sbb tarikh pertukaran anda 1 jan.2013...bukan aku kata...GB kata..hehehe...so tahniah ustazah Haslina n Ust. Zaharawadi....kerna anda dapat bertukar dari 12 orang yang memohon hanya anda berdua bernasib baik...oppp...pertukaran masih ada lagi sehingga 31/12...jadi peluang tu masih terbuka...

Bila sebut pasal cuti ni....ramai yg cemburu kepada golongan cikgu sbb? cuti bergaji...tenang fikiran,rilek minda....yang penting boleh mengemas apa yg patut di rumah....ttp yang belajar tu..exam menanti di penghujung Disember ni....jadi dok bercuti manelah jawabnya....tanya pd hubby destinasi percutian kali ni...katanya ikut mood n kewangan....bila anak2 besor2 ni...kita tidak merancang mane...sebab masing2 ada tanggungjawab sendiri....apa2 pun rehatkan minda...tenangkan fikiran...tarik nafas panjang....hilangkan serabut n stress...Selamat Bercuti!!!!...

Tuesday, October 02, 2012

Scout Inn Resort Negeri Terengganu....

Selasa 2 Okt.2012

Salam untuk semua.Semoga dirahmati. Lama tidak berentry di sini sehinggakan dashboard siupdatekan dengan yang baru. ...lebih-lebih lagi dengan tekanan kerja.....banyak sangat perkara yang bertentangan dengan pendapat n cara sejak berlaku pertukaran di bahagian pengurusan sekolah.....

So...posting malam ni...saje nak promte Kem pengakap or in english Scout Inn Resort Negeri Terengganu.... yang terletak di Seberang Takir...yang julung2 kali berkesempatan berkunjung ke sana...tu pun kerana sekolah my hubby yang berkhemah di situ...maka kita tumpang sekaki...rasanya ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kem pengakap ni....yang terletak berhampiran dengan pantai dan dekat dengan lapangan terbang Telaga Batin....

Pertama kali menjejakkan kaki di situ....terpegun sekejap...kata seseorang... sebenarnya kem ni telah banyak mengalami perubahan sejak perhimpunan pengakap sedunia....kawasan yang luas mata memandang....semua dalam proses menaiktaraf...yang paling best tempat penginapannya dibangunkan ala-ala hotel gitu...bilik yang disewa lengkapi segala kemudahan...dengan harga sewanya serendah RM80 untuk bilik superior dan bilik deluxe RM120 semalaman....jika sesiapa yang memiliki kad ahli pengakap rasanya ada diskaun untuk bilik2 tersebut.

Penginapan ini dibuka kepada semua pengunjung yang rasa ingin menginap di sini...sebab deretan biliknya cukup banyak....dorm juga disediakan untuk rombongan dan para peserta khusus...dewan serba guna yang luas serta kantin juga disediakan...jangan bimbang di luar kawasan kem banyak terdapat deretan kedai makan menyajikan pelbagai makanan mengikut selera Terengganu.... kalau nak tahu kedudukan kem dengan lebih jelas....goggle map akan memberi jawapannya....







Monday, May 28, 2012

Kenduri Kawin orang negori...

Isnin 28 Mei 2012

Asalamulaikum dan selamat petang kepada semua pembaca...baru berkesempatan menulis di sini setelah dua hari tidak berada di Dungun...semata-mata menghadiri kenduri kawin jiran lama di negori sembilan...jauh perjalanan untuk berjumpa setelah bertahun-tahun tidak bersua...tu pun nasib tuan rumah buat kenduri masa cuti sekolah...kalau tidak memang tidak akan berjumpalah kita....

Terkadang bila ada kerja kawin begini kita berkesempatan ziarah menziarahi...kalau tidak susah juga sebab di sebelah sini kita banyak sangat halangan untuk bercuti....sebab kami ni bukan suka sangat berjalan jauh2....lebih2 lagi kalau sampai tidur di rumah orang...alasan menyusahkan tuan rumah...kalau sekadar singgah tak apa....

Punyalah majlisnya grand betul...ya lah anak perempuan seorang.....yang paling aku tabik spring semangat kejiranan dia orang....kurus semangat...sebab semua tetangga buka rumah mereka sebagai tempat persinggahan...rumah taman....dekat-dekat di halaman rumah mereka penuh dengan peralatan pengantin...ada yang buat air, bunga telur, ada yang tempatkan pancaragam,ada yang duk tengah masak lauk pauk,sediakan buah tangan untuk tetamu...semua rumah berfungsi....jadi terbalik kut pulak..kita di Dungun ni payah nak jumpa situasi begini...masing2 bersepakat dengan berpakaian sama je....siap ada cabutan bertuah lagi.....pendek kata tetamu yang datang tidak pulang dengan tangan kosong.....

Bila bertemu...mulalah episod peluk memeluk...teruja dan terkejut tuan rumah sebab tidak sangka kita yang jauh ni sampai juga di kampung mereka....Tahniah pada Fauzana dan Nasrullah semoga kekal selama-selamanya...yang tak bestnya tidak sempat lihat majlis persandingan mereka kerana rombongan pengantin lelaki tersangkut di KL lagi akibat perhimpunan sejuta belia yang programnya entah apa2....sebab selepas itu itu kami terus ke KL kerana ada satu lagi program di sana.....



Monday, July 11, 2011

Santai di hotel...

Isnin 11 Julai 2011

Salam untuk semua...lama tidak berposting di sini....gara-gara malas menguasai diri dan segala-galanya....idea pun semakin kering n tandus...gersang...lebih2 lagi dengan bebanan tugasan yang semakin membeban....ditambah dengan cepatnya masa...membatas segala-gala....

Pun begitu....digagahi jua jemari ini mencoretkan sesuatu...sebenarnya artikal ni udah lama disavekan tetapi belum sempat dipostkan....ya lah jalan2 sambil menghabiskan duit di Hotel Shahzan Inn kuantan...saje...santai dan ingin mengubah suasana..maka duk lepak di Shahzan Inn...hotel yang sentiasa dikunjungi jika hendak menginap di Pahang.....

Hotel yang dikira ok dari segi harga...lebih2 lagi ownernya orang Islam...jadi makanan yang disajikan tidak meragukan serta tidak timbul rasa was-was....jua bila log dalam web JAKIM senarai restoran yang halal dikunjungi......itu yang menjadi pilihan.....jua lokasinya yang agak stategik berdepan dengan Masjid yang tersergam indah....padang bola yang menghijau...ditengah-tengah pusat bandar menjanjikan semuanya dekat n selesa...

Bukan untuk promote hotel ini...sekadar memuji apa yang patut....makanan yang disajikan kira ok tidak semewah mane.....padan patut dengan harga yang dikenakan....tapi still mahal lagi dengan kadar sarapan pagi RM15 seorang....dalam keadaan ekonomi meleset sekarang...semua perkara diambilkira...walaupun hanya sekali sekala berkunjung di sini.....

Apa2 pun lihatlah foto yang sempat dirakamkan....

Monday, March 14, 2011

Cuti Sekolah bermula.....

Isnin 14 Mac 2011

Salam penuh kesyahduan pada semua pembaca entriku....salam cuti sekolah pada warga pendidik semua...moga cuti kali ini dimanfaat sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti yang dirancang...terancang..merancang so on....

Posting kali ini cuti sekolah udah bermula....bila sebut bab cuti sukanya kita sampai ke telinga bukannya apa...masa untuk tenangkan jiwa...rilex minda...apa2 yang kita rasa seronok dan menyeronokkan semuanya bermula dengan cuti panjang.....pun begitu pada cikgu2 semua selamat menanda kertas oti....markahnya pada 19 mac ni paling akhir...alahai...gitu lah cikgu nama je cuti tapi dalam masa yg sama bekerja...ditambah lagi yang terlibat dengan kelas tambahan...lagilah bengang...seminggu sapu bersih...

Apapun buatlah yang terbaik dalam masa seminggu ni....kalau mula libatkan diri dalam bisnes time ni le nak lebarkan bisnes kita....masa panjang dan tiada orang mengganggu pun.....cari pelanggan seramai mungkin...side income...sambil menyelam minum air....ok akhir jumpa lagi di lain entri...wassalam.

Wednesday, June 03, 2009

cuti...cuti.....bermula


yahooo.....cuti sekolah udah bermula....rasanya saat yang paling tenang dan tenteram...kelas tambahan udah habis.....anyway masa untuk keluarga.....and hubby yang tersayang....kemas rumah...masak-masak...apa-apa aje yang difikirkan sesuai....masa mengoreksi diri sendiri....membetulkan apa yang patut...untuk anak-anak....masa membawa mereka bercuti....ke mana ya....ni yang pening ni....ongkosnya semakin menipis...