Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, October 02, 2012

Scout Inn Resort Negeri Terengganu....

Selasa 2 Okt.2012

Salam untuk semua.Semoga dirahmati. Lama tidak berentry di sini sehinggakan dashboard siupdatekan dengan yang baru. ...lebih-lebih lagi dengan tekanan kerja.....banyak sangat perkara yang bertentangan dengan pendapat n cara sejak berlaku pertukaran di bahagian pengurusan sekolah.....

So...posting malam ni...saje nak promte Kem pengakap or in english Scout Inn Resort Negeri Terengganu.... yang terletak di Seberang Takir...yang julung2 kali berkesempatan berkunjung ke sana...tu pun kerana sekolah my hubby yang berkhemah di situ...maka kita tumpang sekaki...rasanya ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kem pengakap ni....yang terletak berhampiran dengan pantai dan dekat dengan lapangan terbang Telaga Batin....

Pertama kali menjejakkan kaki di situ....terpegun sekejap...kata seseorang... sebenarnya kem ni telah banyak mengalami perubahan sejak perhimpunan pengakap sedunia....kawasan yang luas mata memandang....semua dalam proses menaiktaraf...yang paling best tempat penginapannya dibangunkan ala-ala hotel gitu...bilik yang disewa lengkapi segala kemudahan...dengan harga sewanya serendah RM80 untuk bilik superior dan bilik deluxe RM120 semalaman....jika sesiapa yang memiliki kad ahli pengakap rasanya ada diskaun untuk bilik2 tersebut.

Penginapan ini dibuka kepada semua pengunjung yang rasa ingin menginap di sini...sebab deretan biliknya cukup banyak....dorm juga disediakan untuk rombongan dan para peserta khusus...dewan serba guna yang luas serta kantin juga disediakan...jangan bimbang di luar kawasan kem banyak terdapat deretan kedai makan menyajikan pelbagai makanan mengikut selera Terengganu.... kalau nak tahu kedudukan kem dengan lebih jelas....goggle map akan memberi jawapannya....







No comments: