Renungan...

Followers

nuffnang

Thursday, September 27, 2012

Tahniah...Lantikan DG41...

Khamis 27 Sept. 2012

Salam Khamis untuk semua..moga kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...Insyaallah..jua yang terlebih rezeki tu sedekahlah kepada mereka yang memerlukannya....moga rezeki yang berkat yang kita perolehi berpanjangan...

posting petang ni...setelah seminggu duk melatih bebudak untuk sukan sekolah dengan pelbagai kerenah...dalam masa yang sama ramai juga di kalangan kami yang terpaksa menghadiri kursus....apa-apa pun redah aje....sebab saya yang menurut perintah....tinggal dulu aktiviti sekolah yang tidak pernah habis ni

Rasa bangga n teruja bila terpapar nama saing2 dalam unit sekolah rendah yang berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti dan dilantik ke jawatan DG41 walaupun bertahun2 menunggu lantikan itu...berkat kesabaran mereka akhirnya hari yang dinanti2 tiba juga....untuk mendapatkan segulung ijazah bukan satu perkara yang senang...hanya mereka yang betul2 sabar, tahan diuji dan yang betul2 komited aje yang mampu bertahan. So tahniah n syabas anda mampu mengubah diri anda setanding dengan mereka yang sudah menikmatinya.....

Maka...semangat untuk belajar dan belajar berkobar-kobar...kalau mereka mampu kita juga tekad ingin neneruskan perjuangan itu...InsyaAllah....

2 comments:

Nur-nba said...

Tahniah di atas lantikan..
Salam perkenalan..

fatmasha said...

Salam diterima...tq kerana berkunjung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...