Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, September 16, 2012

Cikgu..dan 1001 kisahnya...


Ahad 16 Sept. 2012

Salam Ahad dan selamat hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia ....sejauhmanakah rakyat prihatin pasal 16 Sept ni...atau sekadar seronoknya cuti yang panjang...rasanya orang-orang politik aje yang bersungguh2 untuk meraikannya...sedangkan rakyat inginkan perubahan drastik dalam struktur pentadbiran yang tidak korup, tiada ketirisan serta rakyat didahulukan dalam segala aspek terutamanya mengekang kenaikan kos hidup yang kian meningkat saban waktu....

Kita tinggal dulu pasal politik yang tidak pernah habis-habis selagi PRU13 tidak diumumkan tarikhnya...aku turut simpati dan sedih pada arwah cikgu Normaya Mokthar (baca kisahnya) yang meninggal dunia di sisi anak kecilnya.....bayangkan lah si kecil menangis dan menangis mungkin dia merasakan ibunya pergi meninggalkan alam fana ini keseorangan tanpa suami di sisi....itulah kisah 1001 macam masalah cikgu2 kita diluar sana yang berjauhan..... Allah sayangkannya dari kita yang ada...mungkin sedikit sebanyak melenyapkan penderitaan yang terpaksa ditanggung dengan anak kecik yang terpaksa diasuh seorang diri....

Sebenarnya kisah ni adalah kisah terpencil pada kementerian yang merasakan memang sudah sampai ajalnya...tetapi disebalik itu banyak natijah yang melanda guru2 perempuan yang juga mengalami nasib yang sama...minta tukar tidak dilayan..sisuami di utara dan isterinya di selatan dengan 3 orang anak yang masih kecil...seminggu sekali baru berpeluang bertemu itu pun kalau sekolah tidak buat aktiviti mingguan.....

Sudah sampai masanya kementerian mengkaji polisinya win-win situation menjadi fokus utama dalam membela nasib guru...kita tidak mahu masalah keluarga menjadi barah yang membunuh secara senyap....dan ramai lagi mereka di luar sana yang mengalami nasib yang serupa dan kita tidak mahu berita yang sama menjadi topik di dada akhbar....


No comments: