Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, January 29, 2013

Tiramisu lagi...!

Selasa 29 Jan.2013

Salam Selasa untuk semua....seperti biasa bila baca tajuk entry di atas...tiramisu masih mendapat tempat sebagai kek yang paling digemari oleh peminatnya.....so saje nak selitkan pic sebagai koleksi kek yang sempat disnap sebelum diambik oleh empunya diri...Terima kasih banyak2 pada yang sudi  mengorder....kalu ada sedikit kekurangan tu maaf ya...



Monday, January 28, 2013

Empat Tanda hidup Tak Berkat...

Isnin 28 Jan 2013

Salam Isnin untuk semua....baru aje pasang stremmix balik...sebelum ni try pakai maxis boardband...rupa-rupanya dia ada limit masa kita pakai bila cukup mb dia dengan sendiri intenet jadi slow macam kura-kura...hishishis...tulah yang blog dok update sebab masalah tadilah...kita tidak persoal bayaran yang dikenekan mahal atau tidak... padan patutlah dengan perkhidmatan yang diberi..kalau takad 1mb dengan 4 PC yang guna memang bangatlah...so tukar pada 4mb tengok macam mana kelajuan intenet kita...masalah Telekom pun ada dauble standard dalam hal ni...malas nak cite panjang2..sape yang alami sendiri dengan telekom bila berurusan dengannya tahu lah....

So entry awal maghrib...terbaca satu artikal...rasanya cukup terkesan dalam FB seorang kawan...rasanya kita boleh check list diri kita lepas baca artikal ni...

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT
Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Wednesday, January 23, 2013

Dialog dua hantu..!

Khamis 23 Jan.2013.

Salam khamis untuk semua....saje nak selitkan cerita hantu humor sebab nak kurangkan stress n tension..tiada kene mengena samada yang masih hidup atau yang telah pergi...so bacalah ya...

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Monday, January 21, 2013

Tiramisu Cake...repeat order!


Sabtu 19 Jan.2013

Assalamulaikum...moga dirahmati...seperti biasa repeat order Tiramisu cake...kek yang paling sedap n laris setakat nilah....rasanya malas nak cerita panjang2 pasal kek ni...sebab pada entry lepas dah cerita susur galur kek...just nak selit pic aje...untuk album kek...apa2 pun thanks pada yang mengorder....Cg Su  n Cg Ser...ada peluang order lagi ya...

Friday, January 18, 2013

Belian secara online...fenomena baru!

Jumaat 18 Jan. 2013

Salam untuk semua...topik malam ni...belian secara online menjadi fenomena baru dalam dunia siber sekarang ni...kalau duk godek dalam facebook macam2 produk diorg promote untuk dapatkan pasaran..satu perkembangan yang sihat dan menguntungkan...apa tidaknya kerja di depan komputer je tapi duit masuk hari-hari...tak perlu sewa kedai,gaji pembantu kedai...yang lebih lucu lagi custemer kita serata pelosok dunia lagi...kita tidak mengenali pun tetapi saling percaya n mempercayai,jujur dan amanah  menjadi kunci utama dalam proses ini....apa tidaknya ianya melibatkan duit untuk mendapatkan barang yang ditawarkan...

So...kita juga seorang pengemar membeli secara online...sebabnya ianya mudah serta produk yang ditawarkan harganya berpatutan dan berkualiti...setakat nilah...buat masa ni tidak pernah ditipu dan barang yang dipesan sampai mengikut sms yang dikirimkan...pendek kata pos laju ni memang mark dah rumah ni sebab duk datang selang sehari....si anak bujang ada 2 orang...apa lagi barangan harga RM5 pun order ikut online....hishishis...katanya ada web tu siap buat lelongan lagi...

Salah satunya yang sering diorder kain pasang...mmg sesuailah dengan jiwa kita..sebab designnya cantik-cantik..rambang mata kita..kain pasang syafida cubalah tengok di sini semua comel2 kain yang  dipromote....Manakala tudung biasanya banyak dalam fb nurjannah collection berbagai jenis tudung dan
fesyennya macam2...tidak terikut kita dengan dunia tudung ini...
udah sampai..

dalam proses book....

siap ditempah baju...hehehe






Wednesday, January 16, 2013

Rajuk hati...!



Rabu 16 Jan.2013
 
Salam untuk semua...moga dirahmati...tetiba aje rasa kecik hati, kecewa n apa2 aje yang menyentuh hati dan perasaan bila melihat prestasi kerja yang ciput  dan tidak mesra alam...oleh mereka yang diberi amanah untuk menilai kerja buat kita di dunia yang pana ni...huhuhuhu...tak apa lah Allah tu maha kaya...dan doa orang yang teraniya tu Allah taala makbul..InsyaAllah..kalau prestasi tidak melepasi 90% macam mana nak pegang jawatan walaupun sehebat mane pun kita buat kerja...tunggu 10 tahun pun dok lepas...

Ok...entry pagi ni saje melayan hati....sebenarnya bengang n sewaktu dengannya..jika apa yang tertulis di sini...menaikkan marah orang lain...ni blog aku... jadi apa-apa yang tercetus n rasa panas hati itu hak masing2 selagi kita tidak didakwa dibawah akta percetakan n penerbitan maka tidak menjadi satu kesalahan untuk meluahkan apa-apa rasa tidak puas hati...so baca dengan hati yang terbuka dan melihat sesuatu dengan pandangan yang positif...

Memang manusia tidak semua perfect...tetapi apa salahnya kita cuba perfectkan diri kita sekadar yang termampu...memahami situasi sebenar...melihat sesuatu itu dalam kerangka kita di mana sekarang? di mana langit dijunjung di situ rumput dipijak..kalau tak pandai menari jangan disalahkan pada lantai....kalau takut menghadapi cabaran n pendapat jangan bina rumah di tepi pantai....hilang mood untuk seketika terpana pada kenyataan yang tersurat itu....
"Perbuatan adalah cerminan isi hati. Jika hati dipenuhi kebaikan, maka sikap dan tindakan akan baik, pun sebaliknya"
 

Saturday, January 12, 2013

Crepe Durian...menjadi juga!



Sabtu 12 Jan.2013

Salam Sabtu untuk semua...lembap betul intenet sejak dua menjak ni..dari tadi asyik putus mutus je...ni baru boleh buke blog...semangat nak menulis pun menurun 50%...dari tadi duk whatsapp je dengan geng2 SKFSR...topic bulan Februari ini dapat pengurusan baru...ye ke..atau sekadar penyedap hati..dok pun khabar angin...pada kita datanglah sape2 pun...kalau stail pengurusan lama..mmg teruklah sekolah tu....masa dia standard sama kita bolehlah bercakap beraku n bermu...tapi bila jadi orang besor ni...perangai pun mesti berubah ikut status lah...apa2 pun kita tunggu....

Entry lewat malam....fenomena durian crepe....meletup  di blog masakan dan sewaktu dengannya...buka je facebook...makanan nilah yang diorg duk promte...macam2 warna...ada yang kembong isi dan tidak kurang juga yang kempis intinya...ikut mutu durian...maka bagi meredakan keadaan dan permintaan dari bebudak ni jadi jugok durian crepe ni...tu pun nekad balik sekolah terus cari buah durian...ni bukan musim mewah durian...yang ada cuma saki bakinya je lah...beli 6 biji...tapi isinya tidak cantik...banyak yang keras dan tidak sedap dimakan...disebabkan nak juga buat...maka jadilah jugok durian crepe  setelah sekian lama duk tangguh proses buatnya....

Pada kita...sebenarnya ianya lebih mirip pada lempeng durian..nak sedap sebut panggil durian crepe...macam kita buat kuih gulung yang intinya isi kelapa...cuma yang ini kita masukkan durian n whipping cream sekali...bila kedua2 bercampur...mmg mengancam sedapnya...bila kita buat sendiri tentu banyak dapatnya...bila makan baru diorg tahu rasanya muak...kata seorang kawan sedap bila difrezerkan terlebih dahulu ...pada akulah bukan sesuatu yang digemari...sekadar makan dan merasainya sudah memadai...lepas pada ni tak rasa terkilan sangat kalau ada yang tidak pelawa pun kita makan....dan bukan satu kemestian untuk dibuat acapkali....nak resepi klik sini aje...nak lagi ambik di sini juga...
ni..versi besar..untuk dimakan..kalau jual...bankrap tokey hehe..


Tuesday, January 08, 2013

Kerja awal tahun...Cikgu!

Selasa 8 Jan.2013

Salam Selasa untuk semua...moga dirahmati....kerja cikgu awal tahun..tajuk entry..kalau nak kira tak patut kita promote pun..sebab  co bisnes kita memang gitu...jadi buat aje lah...ni bukan apa sekadar nak luahkan bahawa kerja cikgu awal tahun ni mengalahkan pekerja bank,kerani pejabat pos...sebab urusan perkeraniaan yang banyak dan meletihkan jari jemari ...masa banyak dihabiskan di laptop dengan pelbagai dokumentasi yang perlu dibuat sebagai inviden kita sebagai penjawat awam...mane nak siapkan buku rekod mengajar...cari sukatan...dalam masa yang sama kene siapkan minit mesyuarat lepas sebab nak mesyuarat yang baru..siapkan takwim,taktikal program.jadual bertugas guru n murid..buku-buku library pun banyak yang tidak masuk stok lagi..ditambah lagi dengan minit kita yang banyak...kalau KPM dah keluarkan pekeliling mengenai minit GPM tu 10 waktu...ikut ajelah....sebab dia org dah study kerja GPM memang bertimbun...

Belum lagi cikgu yang pegang kelas...dengan kssrnya...cikgu UPSR dengan TOVnya...pendek kata seribu satu macam kerja cikgu kene buat dalam masa seminggu ni...masing2 memang dok bertegur sapa..jumpa dok jumpa masa makan di kantin aje..sibuknya cikgu....so kalau ada di kalangan cikgu yang tension jangan bebankan mereka dengan arahan2 yang pelik....
antara carta n minit mesyuarat media yang disiapkan...
tu..dia buku tahun lepas masih belum masuk stok lagi huhuhu...
senarai semak yang sempat disiapkan...bermakna item ini mesti ada....aduhai!

Saturday, January 05, 2013

Kek n kek lagi.....!

Sabtu 5 Jan 2013

Salam untuk semua...berjumpa kembali setelah 2 hari tidak jenguk2 blog ni...pertama sibuk memanjang di sekolah kerana pegawai dari JPN datang memantau persiapan buka sekolah...so mane2 yang tidak settle disiapkan....terutama library...pun begitu dalam masa yang sama exam sem ni...baru habis 3 paper sekali harung..pagi petang..hingga ke hari ni last paperbg subjek semantik....kata orang kalau tak membaca modul yg dibekalkan...balik awal lah kita....mmg soalan begitu mengancam...sejam yang diberikan...cukup2 je menjawabnya....harap2 result nanti strong lah ya...

Berbalik pasal entry di atas...abis je pekse...projek mengekek n membakinglah jawabnya...kek hari jadi dan tiramisu..ulang order dari custemer yg mmg suka kek ni...kek yang cair dimulut bila makan...katanya..so apa lagi membaking n mendekolah kita sepetang...tq yati..sebab mengorder kek birthday anaknya di pra  sekolah yang akan disambut pada 6 Jan...kalau yang bebudak ni senang je temanya...yg ada unsur..alam n haiwan..sebab nak tarik minat mereka... kek yang tema macam ni.....mmg cantik dan mengancam bila mendekonya...aksesori yang dilekatkan itu nampak cantik n hidup bila kene gaya n tempatnya....manakala kek tiramisu simple deko sebab kek ni toppingnya agak cair untuk mendeko lebih2...so very simple deko..



Tuesday, January 01, 2013

Aneka kek...tempahan!


1 Jan. 2013

Salam ...moga dirahmati...entry pertama untuk tahun 2013...tak lupa selamat menyambut tahun baru 2013...moga kerja buat kita tahun ini diberkati dan bertambah baik serta bermakna...tanamkan azam n tekad untuk mencapai target yang diharapkan....

Posting awal tahun...tak lari dari kek n kek....muka pun semakin gebu macam kek...hehehe..dah rezeki n orang nak mengorder..tak kan kata tak mahu....buat ajelah moga kemahiran kita di situ....so sepetang ni ambil masa duk godek kek ni...satu kek hari jadi versi pelangi tetapi 4 layer aje...si penempah ni cakap buatlah apa2 kek yg sedap khas untuk b/day suami tercinta...dan sebutir lagi permintaan si Zerul yang terliur pasal tiramisu kek yang kita post pada entry lepas...maka hajat n kemahuannya tertunai sudah...harap2 berpuas hati ya...yg pasti...pah pada ni sudi2 lah mengorder semula...

Buat kek ni memang suka...tapi bab mengemas n membasuh selepas pada tu...yang kurang enaknya...pasal banyak perkakas yang terpaksa digunakan...kedai bakery lain cerita....moga kerja diorg...bila tengok byk. sangat yg perlu dibasuh...mulalah...lain kali malaslah nak ambil order...bila semua clear...rasa tenang jiwa...suka juga ya buat kek....bila tiba time menghiasnya...cukup teruja bila melihat hasil tangan kita sendiri...harap2 adalah anak-anak yang mengikuti jejak langkah ibunya....
Proses makeup kek...masa ni ambik masa skit..

dah siap....tiramisu kek..simpel deko...

kek yang mengancam dengan kata-kata...