Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, May 27, 2010

APC

Khamis 27 Mei 2010

Salam..... bertamu kembali setelah sekian lama menyepi.....saje menyibukkan diri dan melayan karenah diri sendiri... lebih2 lagi sejak hubby kene krusus selama 2 minggu tiada siapa melayan cakap dan berhujah....menceritakan perihal sekolah masing2 macam mana ada orang kata dia tak apa tak ada suami tapi jangan tak ada anak.....hai dok kene batang hidung sendiri sedap cakap...kan sememangnya suami kita meninggalkan kita baru kita tahu sempitnya dunia ini...jadi sayangilah suami kita seadanya......jadikan diri kita seorang yang unggul jangan jadi seperti tunggul....

Berbalik pada posting kali ini...APC...apa tu....kalau bukan di kalangan penjawat awam pah sudah2 tak dapat jawap soalan ini....bukan APCO agensi yahudi yang berpangkalan di Malaysia tu...malas nok ulas....kan kena ISA susah.....APC singkatan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.....yang sentiasa diburu oleh pemburu yang digelar pendidik....dah orang nak bagi ambik ajelah apa yang susahnya.....kerja ok ke tak ok itu lain cerita....rezeki dia biarlah.... dah dia rajin memang patut pun dapat.....kalau rajin... kalau malas dapat juga macam mana??????ini kene tanya guru besar...dia akan jawap nanti di hadapan Allah nanti....tapi kalau orang yg sama dapat tiap-tiap tahun apa hal......mencelah seorang teman.....ada ke kes begitu....ni juga kene tanya guru besar.....tentu kes istimewa kata orang budi dibalas budi...betul ke....

Terkadang aku malas nak ulas tentang perkara ni....aku pun dok tahu penilaian setakat mane yang digunakan oleh guru besar untuk menentukan kecemerlangan seorang2 sampai tiap2 tahun orang yang sama dapat....kalaulah betul tekaan ku itu......pendek kata guru besar ni lebih power daripada pekeliling dari kementerian.....semua terletak pada guru besar......

Pesan aku.....kalu hendakkan sesuatu mesti kata yes man....alright....good idea....bla...bla...bla memuji apa saje yang menjadi kegemarannya.....baru dapat...tak gitu.....jadilah seorang yang unggul jangan jadi tunggul.....masih segar dalam ingatan kata2 HM TUAH ISKANDAR dalam buku motivasinya......

Pada seorang teman......bekerjalah untuk kebaikan orang lain.....soal upah penghargaan ia akan datang sendiri dalam pelbagai bentuk dan cara.....tanpa kita sedari...buat kerja berpada-pada jangan mengada-gada.....luahlah apa yang terbuku di hati tak salah...kerana di situ letaknya kekuatan kita untuk menghadapi sesuatu ......pada aku semuanya sudah dialami dan menjadi asam garam dalam kehidupan...kerana ingat... sebilangan dari kita terselah sifat hasad dengki itu dalam mendapat sesuatu yang menjadi iguan setiap orang.....

Persoalannya sekarang......sampai sekarang guru besar tidak mengumumkan siapa yang dapat anugerah cemerlang itu...takut atau tidak sampai hati atau orang yg dicalon tidak mencapai piawaian atau orang yg sama dicalonkan tahun lepas dapat lagi tahun ni.....antara teka-teki yang belum terjawab....apa yang pasti patut ke aku yang mengemukakan persoalan ini dalam mesyuarat guru akan datang atau diamkan saje...biar masing-masing cuba menjawab teka teki itu sendiri......atau bagaimana......??????????

Tuesday, May 18, 2010

Sukan Sekolah...

Selasa 18 Mei 2010

Salam......bertemu kembali...setelah sibuk menyambut hari guru...kata seorang teman...hari guru gotong royong sendiri....buat perancangan sendiri.....beli hadiah sendiri pahtu dapat hadiah yang dibeli sendiri...dan sambut pun sendiri-sendiri...begitu seorang manusia yang bernama guru...ada kebenarannya....semua perkara yang orang lain tidak pernah buat tetapi seseorang yang diberi gelaran guru mampu melakukan apa saja....hebatnya menjadi seorang guru....

Bercakap pasal sibuknya aktiviti di sekolah semenjak dua menjak ni mengalahkan menteri pelajaran malaysia...yalah pada hari Khamis ni diadakan sukan tahunan sekolah....sukan yang 4 tahun sekali dibuat.....sama taraf piala thomas yang malaysia kecundang tu.....bila sebut bak untuk bersukan ni.....cikgulah yang paling sibuk...bebudak tu rilek aje....cikgu yg rancang cikgu yg bersungguh2 buat...dari sekecil2 acara dan perancangan sampai sebesar2 aktiviti cikgulah yg paling sibuk....terkadang rasa lucu pun ada....cikgu ni dok pernah terfikir ke apa yg dibuatnya berbaloi dgn tenaga yg dicurahkan.....

Bila disebut beban tugas cikgu yg melambak2 semua org setuju...bagi aku beban tugas tu cikgu yg cipta sendiri dari pagi sampai ke balik.....Guru BESAR penambahnya sekali....apa tidaknya mencipta beban tu kemudian cikgu yg akan menggalasnya.....alasan...ini termasuk dalam ko bisnes cikgu....jadi mahu ke tidak cikgu kena laksanakan untuk memenuhi KPI kementeriaan yang akan mengiktiraf pencapaian sekolah berdasarkan kecemerlangannya dan imbuhan itu akan diberikan sejauhmanakah sekolah itu berjaya melonjak prestasi berbanding dengan sekolah lain....waduh.....meditasi dan gapaian yang cukup harmoni dari kementerian untuk memartabat profession perguruan katanya.....terlopong mulut kaum guru mendengarnya.....

Berbalik pada acara sukan.....setiap petang diadakan latihan dan sukantara....cikgu2 balik pukul 5 petang semata2 menjayakan misi bersukan.....dan murid-murid mencipta angan2...cikgu sibuk prepare hari sukan.....dengan perbarisannya.....maskotnya....rambu rambanya....ajk hadiah kehulu kehili mencari hadiah tuperware 2 ringgitnya.....kelas terbiar bebudak tu bebas sebebasnya..P@p tidak berlaku dalam masa seminggu ni....Aku yang sememangnya dari dulu lagi tidak pernah merestui tindakan begini terpalit sama......serba salah dan lari dari prinsip aku sebenarnya......aku paling tidak suka situasi begini yang bertentangan dgn jiwaku......

Siapa yang perlu dipersalahkan....pada hari Ahad Peperiksaan Pertengahan Tahun diadakan....bila masa bebudak ni nak prepare untuk menghadapi peperiksaan....Rasanya sampai masanya aku kene isi borang tukar.....tapi di sekolah mane.....?????????pening.....





Sunday, May 16, 2010

SMS Hari Guru

Ahad 16 Mei 2010

Salam bertamu kembali....posting kali ini berkisar pada sms hari guru yang disambut pada hari ini....16 Mei tarikh keramat pada yg berjiwa pendidik dan mendidik anak bangsa sendiri demi menyahut amanah yang telah diikrarkan sejak dulu...kini dan selama-lama....Bertalu2 sms menerjah telefon bimbitku dengan kata2 yang amat kreatif, inovatif dan komperihansif.....maka byk info yang berguna boleh dikongsi bersama......

sms 1

pembakar semangat,penyuluh hidup,penyebar ilmu, jasa mu melebar ke pelusuk dunia.Tanpamu dunia gelap gelita tanpa cahaya......Selamt Hari Guru.

sms 2

Selamat Hari Guru....tingkatkan prestasi kurangkan kontrovesi......

sms 3

Adakala kita dicaci,adakala kita dimusuhi,adakala kita dimarahi,adakala kita tidak dihargai...tapi kita tetap senyum pilu...kita tetap mara melangkah...kita tetap bersabar n tekun...kita tetap jitu dan ikhlas.....dan tak lupa diucapkan selamat hari guru....

tulah kata-kata semangat....dan kata guru besar...saya bimbang dengan segala pujian yang diberikan kepada guru sempena hari guru bimbang cikgu bangga diri.....kesitu pula yng dianalisanya...bagi kita sekadar sms kerana kita dari dulu hingga kini lali dengan pujian alpa dengan cacian kerana jiwa guru sangat kental umpama karang di lautan tak patah dek ombak...rumput di bumi tak berganjak walau ditiup angin yang kencang........justeru pada para pendidik tanamkan azam dan tekad serta komited pada tugas ingin menjadikan bangsa kita kental dan waja di persada global......SELAMAT HARI GURU....GURU PEMBINA BUDAYA BANGSA...








Saturday, May 08, 2010

Selamat Hari Ibu.....

Sabtu 8 Mei 2010

Salam.....bertemu kembali....rasa penat masih menguasai diri.....yalah pada jumaat diadakan sedikit jamuan di rumah .....menunaikan niat yang bertangguh-tangguh...lagi tangguh lagilah....lama2 lupa n niat tinggal niat.....posting kali ni berkisar pada hari ibu yang disambut setiap tahun dan diwar2 saban hari dan waktu oleh media kita.......dan kita berebut2 meraikankanya atas alasan hari ibu mesti diraikan....persoalannya kena rai ke bila 9 mei tu menjelang....

Pada aku ibu ni sentiasa di hati dan di mulut diucapkan n diingati segala jasa dan pengorbanannya hari nya....... sentiasa hari-hari tiada tarikh keramat yang menjadi identitinya....kalau kita ikut sangat yg barat buat semuanya mesti disambut dan diraikan pada hari tersebut....sudahnya kita ternanti2 tarikh itu dan menjadi suatu kemestian pada kita.....

Kita tidak nafikan pengornanan ibu tiada tolak bandingnya kasih sayangnya umpama lautan yang tidak bertepi tiada penghujung.....jasanya ibarat pohon2 yang mengeluarkan hasilnya....tidak terbalas nilai, semangat,kasih sayang serta curahan tenaga membesarkan kita mengenal dunia serta mendewasakan kita menjadikan kita sebagai seorang ibu yang akan mengikut jejak langkahnya mengotakan apa yang telah diterapkan pada kita....warisan ini akan berpanjangan dan menjadi rutin dalam kehidupan walaupun tahun bersilih ganti...hari meniti usia.....sehingga dijemput yang maha Esa.....

Pada yang masih mempunyai seorang ibu hargailah dirinya,jagailah hati.jaga tutur kata jangan menyinggung perasaannya, hormatilah beliau sebagai seorang yang berpengalaman serta sediakan keperluannya agar dirinya tidak rasa disisih....kerana sisa2 hidupnya memerlukan keperihatinan dan belaian dari seorang yang bergelar anak...

Tak lupa mengucapkan SELAMAT HARI IBU PADA UMMI TERSAYANG.....moga dipanjangkan usia dan dimurahi rezeki jadikanlah diri kita sebagai ibu yang tidak membosankan pada anak-anak kita....

Pyzam Glitter Text Maker

Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts