Salam.....bertemu kembali....rasa penat masih menguasai diri.....yalah pada jumaat diadakan sedikit jamuan di rumah .....menunaikan niat yang bertangguh-tangguh...lagi tangguh lagilah....lama2 lupa n niat tinggal niat.....posting kali ni berkisar pada hari ibu yang disambut setiap tahun dan diwar2 saban hari dan waktu oleh media kita.......dan kita berebut2 meraikankanya atas alasan hari ibu mesti diraikan....persoalannya kena rai ke bila 9 mei tu menjelang....
Pada aku ibu ni sentiasa di hati dan di mulut diucapkan n diingati segala jasa dan pengorbanannya hari nya....... sentiasa hari-hari tiada tarikh keramat yang menjadi identitinya....kalau kita ikut sangat yg barat buat semuanya mesti disambut dan diraikan pada hari tersebut....sudahnya kita ternanti2 tarikh itu dan menjadi suatu kemestian pada kita.....
Kita tidak nafikan pengornanan ibu tiada tolak bandingnya kasih sayangnya umpama lautan yang tidak bertepi tiada penghujung.....jasanya ibarat pohon2 yang mengeluarkan hasilnya....tidak terbalas nilai, semangat,kasih sayang serta curahan tenaga membesarkan kita mengenal dunia serta mendewasakan kita menjadikan kita sebagai seorang ibu yang akan mengikut jejak langkahnya mengotakan apa yang telah diterapkan pada kita....warisan ini akan berpanjangan dan menjadi rutin dalam kehidupan walaupun tahun bersilih ganti...hari meniti usia.....sehingga dijemput yang maha Esa.....
Pada yang masih mempunyai seorang ibu hargailah dirinya,jagailah hati.jaga tutur kata jangan menyinggung perasaannya, hormatilah beliau sebagai seorang yang berpengalaman serta sediakan keperluannya agar dirinya tidak rasa disisih....kerana sisa2 hidupnya memerlukan keperihatinan dan belaian dari seorang yang bergelar anak...
Tak lupa mengucapkan SELAMAT HARI IBU PADA UMMI TERSAYANG.....moga dipanjangkan usia dan dimurahi rezeki jadikanlah diri kita sebagai ibu yang tidak membosankan pada anak-anak kita....
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts
No comments:
Post a Comment