Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, May 18, 2010

Sukan Sekolah...

Selasa 18 Mei 2010

Salam......bertemu kembali...setelah sibuk menyambut hari guru...kata seorang teman...hari guru gotong royong sendiri....buat perancangan sendiri.....beli hadiah sendiri pahtu dapat hadiah yang dibeli sendiri...dan sambut pun sendiri-sendiri...begitu seorang manusia yang bernama guru...ada kebenarannya....semua perkara yang orang lain tidak pernah buat tetapi seseorang yang diberi gelaran guru mampu melakukan apa saja....hebatnya menjadi seorang guru....

Bercakap pasal sibuknya aktiviti di sekolah semenjak dua menjak ni mengalahkan menteri pelajaran malaysia...yalah pada hari Khamis ni diadakan sukan tahunan sekolah....sukan yang 4 tahun sekali dibuat.....sama taraf piala thomas yang malaysia kecundang tu.....bila sebut bak untuk bersukan ni.....cikgulah yang paling sibuk...bebudak tu rilek aje....cikgu yg rancang cikgu yg bersungguh2 buat...dari sekecil2 acara dan perancangan sampai sebesar2 aktiviti cikgulah yg paling sibuk....terkadang rasa lucu pun ada....cikgu ni dok pernah terfikir ke apa yg dibuatnya berbaloi dgn tenaga yg dicurahkan.....

Bila disebut beban tugas cikgu yg melambak2 semua org setuju...bagi aku beban tugas tu cikgu yg cipta sendiri dari pagi sampai ke balik.....Guru BESAR penambahnya sekali....apa tidaknya mencipta beban tu kemudian cikgu yg akan menggalasnya.....alasan...ini termasuk dalam ko bisnes cikgu....jadi mahu ke tidak cikgu kena laksanakan untuk memenuhi KPI kementeriaan yang akan mengiktiraf pencapaian sekolah berdasarkan kecemerlangannya dan imbuhan itu akan diberikan sejauhmanakah sekolah itu berjaya melonjak prestasi berbanding dengan sekolah lain....waduh.....meditasi dan gapaian yang cukup harmoni dari kementerian untuk memartabat profession perguruan katanya.....terlopong mulut kaum guru mendengarnya.....

Berbalik pada acara sukan.....setiap petang diadakan latihan dan sukantara....cikgu2 balik pukul 5 petang semata2 menjayakan misi bersukan.....dan murid-murid mencipta angan2...cikgu sibuk prepare hari sukan.....dengan perbarisannya.....maskotnya....rambu rambanya....ajk hadiah kehulu kehili mencari hadiah tuperware 2 ringgitnya.....kelas terbiar bebudak tu bebas sebebasnya..P@p tidak berlaku dalam masa seminggu ni....Aku yang sememangnya dari dulu lagi tidak pernah merestui tindakan begini terpalit sama......serba salah dan lari dari prinsip aku sebenarnya......aku paling tidak suka situasi begini yang bertentangan dgn jiwaku......

Siapa yang perlu dipersalahkan....pada hari Ahad Peperiksaan Pertengahan Tahun diadakan....bila masa bebudak ni nak prepare untuk menghadapi peperiksaan....Rasanya sampai masanya aku kene isi borang tukar.....tapi di sekolah mane.....?????????pening.....





No comments: