Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, June 29, 2010

Selesai segala-galanya...

Selasa 29 Jun 2010

Salam.....bertandang kembali di alam siber setelah segala-galanya dapat diselesaikan dengan rahmat Allah Taala.......Ya lah kita hanya mampu merancang tetapi pelaksanaannya Dia yang lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita.....Walaupun kita tidak pernah merasa puas dan bersyukur atas segala kurniaan pada kita kerana memang sifat semula jadi kita tidak pernah merasa puas atas apa yang ada.....apa yang penting kita telah berusaha untuk mendapat apa yang dihajati dan kemahuan itu telah dilaksanakan terima kasih ya Allah ya tuhanku pencipta segala alam semesta....amin...

Berbalik pada posting kali ini....selesai segala-galanya....bila melibatkan masa depan anak-anak kita hilang punca dan arah...kerap kemahuan anak2 dan impiannya menjadi keutamaan lebih pada diri sendiri....ya lah mereka yang baru mengecapi alam kehidupan yang baru setelah di alam persekolahan banyak mengajar mereka erti sabar , sikap percaya mempercayai antara satu sama lain.....

Justeru bila ditawarkan ke Uitm semangat untuk belajar berkobar-kobar dan tidak sabar2 untuk menjejakkan kaki ke dunia pembelajaran yang baru dengan seribu pangalaman dan feel kawan2 yang bermacam ragam.....kesabaran itu bermula......ditawarkan di uitm sg petani dengan kursus pengurusan maklumat telah menguatkan tekad untuk mendalami bidang tersebut.....kita yang ibu bapa merasa tertekan kerana kedudukkannya yang jauh serta bimbang segala-galanya....dia yang menerima tenang dan ingin cepat2 melaporkan diri....

Sebulan selepas itu si abang di tawarkan kursus yang sama di Uitm Machang. La....tempat yang berlaianan tetapi lapor diri pada tarikh dan masa yang sama.....macam mana hendak pergi ni....tertekan lagi....nekad menelefon ke uitm kedah dan Machang memberitahu masalah yang dihadapi....rupa2nya mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana semuanya kata putus dari Uitm Shah Alam.....Telefon ke Uitm Shah alam mohon ditukarkan adik ke Uitm Machang setempat dengan abangnya.....Bermulalah episod bertegang leher dengan bahagian HEP hubby kata dia tidak pandai untuk merayu dan bercakap.....dalam hati baik aku naik aje ke Uitm Shah Alam untuk merayu.....

Dalam masa yang sama.....aku membuat surat rayuan pertukaran kampus dengan seribu pemasalahan di lontarkan semata2 untuk menguatkan hujah agar permintaan kita dapat ditunaikan......hari yang sama faks surat tersebut.....untuk dapat panggilan dari sana cukuplah payahnya...hampir putus asa......beginilah kalau berurusan dengan jabatan kerajaan...banyak prosedur yang dibuat sendiri......harapan untuk tukar 50-50 semuanya serah pada Allah.....

Hinggalah si abang bila dilihatnya krusus yang dia dapat byak melibatkan progaming mulalah menggelabah...ya lah dia mmg buta komputer pada yang advance...tidak macam adik over advance....minta kita buat rayuan untuk pertukaran krusus....sesuatu yang mmg tidak akan dapat punya...pening kita dibuatnya.....teringatlah ada seorang kenalan di uitm shah alam....minta dia untuk tolong selesaikan masalah ini.....pada dia tidak menjadi masalah...tapi kita pulak yang rasa tidak confident dengan jawapan "ya" nya.......

Minggu itu... minggu yang paling menyeksakan.....hari mendaftar hampir tiba tapi masalah belum selesai lagi....pada hari Khamis terima panggilan dari uitm menyatakan adik dapat tukar kampus....alhamdulliah sujud syukur di atas kurniaannya.....ya lah berkat solat hajat dan memohon bersungguh2 ianya menjadi kenyataan......siabang pulak yang resah gelisah...dipendek kan cerita ..lebih kurang pukul 6 petang hari yang sama abang dapat tukar krusus dengan kampus sekali...terus ke Shah Alam......dia yang mendengarnya terkedu...semua Allah punya Kuasa...bila diajukan pada seseorang.....dia kata mmg tak akan dapat melainkan sesuatu keajaiban berlaku......

Dan...pada hari Sabtu terus ke Machang menghantar adik....walaupun berlaku kekecohan semasa pendataran kerana sistem yang kurang sistematik....apa yang pasti semuanya selesai...dan pada keesokkannya menghantar abang ke Shah Alam....perjalanan yang meletihkan dalam dua hari...tapi keletihan terubat kerana segala-galanya yang menjadi impian telah menjadi kenyataan.......Pada Syu dan Nia di Uitm Shah Alam terima kasih yang tidak terhingga kerana kalianlah yang telah berperanan dalam urusan ni. Semoga Allah murahkan rezeki dan panjangkan usia anda berdua kerana pengorbanan dan harapan yang diberikan membuahkan hasil...tiada perkataan sebenarnya nak diucapkan pada anda berdua....sayang Nia tak dapat kami jumpa untuk mengucapkan terima kasih atas pertolongan itu.....Lain kali jika ada kesempatan rasanya ingin bersua muka memeluknya sekali sebagai tanda terima kasih....dan tidak lupa juga sujud Syukur kepada Allah atas apa perancangan yang dibuat.....AMIN...

Friday, June 18, 2010

Bercinta Hingga ke Syurga.....

Jumaat 18 Jun 2010


Cerita mencari jodoh ibarat mencari permata di dalam timbunan kaca. Hati-hati mencari..hati-hati memilih..Andai tersilap langkah, mungkin luka sebagai ganjarannya..Menjadi mimpi ngeri seumur hidup..

Kerana hidup berdua bukannya seketika yang dipinta..Kekalnya cinta antara Adam dan Hawa dengan ikatan yang halal bertaut sehingga ke Syurga..

.........................................................................................................................

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah

Wednesday, June 16, 2010

Kursus di Pulau Kapas

Rabu 16 June 2010

Salam......bertandang kembali...lama tidak mengupdate blog....yalah minggu kursus dan masa lagi dalam mood cuti...banyak aktivti yang tidak kesampaian akibat kursus dan lebih tepatlah sekadar ingin mengenali Pulau Kapas dengan lebih dekat lagi....apabila disuakan kursus oleh koperasi ke Pulau Kapas menerimanya tanpa byk soal......

Kursus bermula pada 13 hingga 15 Jun di Kapas Island Resort.....pendaftaran bermula pada pukul 4 petang.....tiba di Jetti Marang sudah menunggu bot yang membawa kami ke pulau....perjalanan mengambil masa selama 15 minit saje meredah laut Cina Selatan.....pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Kapas dalam hidup....org Terengganu tetapi sayang tidak mengenali tempat2 yg menarik yang kerap dikunjung pelancong tempatan dan asing.....dengan alasan rumah kita dah dekat dengan pantai jadi untuk berkunjung ke sana bukan agenda yang utama.....tetapi menjadi satu keistemewaan kepada pengunjung dari Kuala Lunpur yang rata-ratanya terdiri dari mereka yang tidak pernah berenang di pantai......

Ternyata siindah namanya Pulau Kapas...dengan pasirnya yang gebu, halus dan bila kaki mula dibenamkan terasa lembut dan nyaman.....ciptaan tuhan yang maha agung....check in di resort yang kata sipemiliknya disewa dengan kerajaan negeri dan diusahakan dengan idea dan kreativiti yang diilhamkan sendiri...

Chaletnya yang bercirikan rumah tradisional dengan ukiran yang melambangkan keunikan negeri Terengganu menggamit pengunjung untuk menginap di sana dengan kadar sewanya sebanyak RM130 semalaman paling murah dengan sarapan pagi skali.....terdapat 2 katil single, bilik air serta kemudahan lain....tapi yang paling dimuskilkan hanya terdapat satu saluran TV 9 aje....agaknya memang tak dapat....boleh aksess intenet dilobi penyambut tetamu.....makanan yang disajikan kira oklah taraf hotel.....

Landscapednya cukup cantik,teratur di kelilingi dengan flora yang pelbagai warna...pendek kata amat sesuai untuk menenangkan fikiran serta termenung sepanjang hari.....swimming pool untuk kanak-kanak juga ada bersebelahan dengan restoran....restorannya yang mengadap ke pantai dengan tiupan udaranya yang nyaman dan menyegarkan....sesiapa yang berminat untuk snokling juga disediakan dengan RM25 perkhidmatan serta sewa boat mengelilingi pulau....

Kalau nak cerita panjang.....apa yang penting untuk menghayati keindahannya datanglah sekali dalam seumur hidup pasti kunjungan kita tidak sia2...mana2 yang hendak honey moon tempat yang patut dilawati dan dikunjung...nescaya tiada gangguan sepanjang kita di sana....jangan bimbang telefon bimbit...line clear....Lihatlah gambar2 yang sempat dirakamkan....






pantainya yang bersih....


setiap chalet diberi nama...
"Pulau Susu Dara"





Jambatan yang menghubungkan antara
resort yang lain...


air laut yang tenang....


bilik....


santai di lobi restoran

Monday, June 07, 2010

Bengang.

Isnin 7 Jun 2010

Salam Ukuwah.....selamat bertemu kembali.....minggu yang paling sibuk dengan undangan kenduri kahwin....memenuhi jemputan suatu tuntutan yang wajib dihadiri dalam apa cara sekali pun.....lebih2 lagi saudara yang terdekat.....

Posting kali ini ingin mengomen respond taklimat hari akhir persekolahan yang diadakan oleh GB...sebelum tu diadakan perjumpaan dengan semua murid dan guru di dewan sekolah....Punyalah GB berpesan seolah-olahnya cuti tu setahun lamanya.....kita yang mendengar pun jadi keliru apa lagi bebudak tu....dan yang paling begang dalam hidup aku ialah katanya.....masa cuti ni murid2 mestilah datang ke sekolah untuk membaca buku di perpustakaan kerana perpustakaan akan dibuka.....kalau perpustakaan ditutup saya akan suruh kerani yang buka....

La....bila pulak dia berbincang dengan aku suruh pustaka buka pada waktu cuti....tup...tup keluar kenyataan bergitu macam ingin mencabar aku aje...nasib aku tidak bangun dan beritahu dia cikgu nok buat sesuatu tanyalah saya sepatah.....tak semene2 aku jawap depan sahabat yang duduk semeja.....memang tidak boleh buka punya sebab aku akan tukar mangga itu yang lain....biar dia tahu aku cerdik pada dia.....

Dahlah masa kita ada di sekolah tu...budak2 ni bukan pandai menghargai buku2 dan peralatan yg ada....setiap kali bersepah2 buku dirak tanpa disusun dan dikemaskan...cikgu2 yang menggunakan pustaka pun satu hendak keluar tu pastikan pustaka tu kemas....ni pulok masa cuti mmg tidak ada orang yang akan mengurusnya....bayangkanlah ......kalau GB kota apa yang dikata....dok ke begang aku...

Pahtu...ada taklimat di bilik guru....GB ni mmg sifat semulajadi dia agaknya bila hari khamis ke....hari akhir cuti diadakan taklimat.....bagi aku taklimat yang tiada misi dan visi.....pening kita bila dia sebut setiap bilik khas akan digredkan mengikut bintang selepas cuti akan datang....bagi aku GB yang menambahkan beban pada kerja cikgu...dah beri cikgu tu pegang kelas...pahtu pegang bilik khas lagi mana satu yang hendak diorang buat.....yg diberi buat projek sampai tidak pegang kelas.....projek mane langsung dok nampak hasil...last2 skali juga kita yang kene ambil alih.......lepas tu bagi APC lagi.....hebat...hebat....lain kali kalau hendak buat sesuatu tu....panggil GB suruh dia tengok....menunjukkan kita buat kerja....politik dalam pekerjaan amat penting dan mesti diamalkan....

Terkadang diam itu senjata yang paling selamat....siapa2 saje boleh buat andaian pada prinsip dan pegangan kita pd sesuatu isu....pada kita memberi idea....you are the boss tak gitu....bahasa bisu itu adalah diam....buat aje keja2 kita. kalau rasa terbeban jangan buat......make dont no aje..
buat kerja berpada-pada jangan nok mengada-gada....


Tuesday, June 01, 2010

APC lagi......layan je

Selasa 1 Jun 2010

salam......bersua di laman sesawang.....epi birthday untuk diri sendiri.....sedar2 anak2 hantar message ucap selamat hari lahir yg ke 45 tahun...tua doh rasanya....tapi apalah ada pada angka...yg penting kita sedar siapa diri kita....di mana kita berada.....lama mane lagi kita bakal menghirup udara di alam fana.....muhasabah diri....melihat anak-anak yang semakin membesar di depan mata...menjadikan hati bertambah sayu dan terharu...haru biru.....kelabu serta terkadang terkeliru dengan alam pekerjaan.....

Ok...tajuk posting kali ni...masih lagi APC.....layan aje dulu pahtu beri komen dan cadangan ......biar membina jangan mengutuk.....di kantin tadi berbicara dengan rakan sekerja yalah...payah untuk kita berdua-duaan begini bila ada kesempatan mula mengorek cerita ingin tahu duduk perkara sebenar dari hati ikhlasnya....dari lubuk hatinya serta dari butiran kata-kata yang seikhlas mungkin.....soalan pertama......sape sebenarnya yang mendapat APC di sekolah kita...memulakan bicara.....waduh dia tersentak ditanyanya kita balik perlukan APC tu diwar2kan...atau biarr ampunya diri aje yang tahu...sbb semua orang akan dapat bergantung pada rezeki masing2......dan aku menjawab......di setiap sekolah diadakan majlis untuk mengwar2 siapa yang dapat dan biasanya GB akan menerangkan sbb musabatnya kenapa dia dapat berbanding dengan org lain....sbb apa perkara yang baik masih mesti dirahsiakan......

Dia semacam tidak dapat menerima apa yang aku kata....si Suria tu dah tak ada rezekinya nok wat macammana kene terima hakikatnya......katanya.....Aduh mentang2 dia yang dapat....agak tegang perbincangan kami berdua...sampaikan roti canai yg menjadi kegemaran aku tidak habis dimakan gara-gara katanya......sepatutnya nama mariati tu tidak timbul sbb dia dok dapat pun tapi orang cite sampai dia naik begang dan tension sebenarnya bukan dia ttp orang lain......panjang lebar keterangannya.....aku mencelah kenapa tidak bersuara mempertahankan diri sendiri darri menjadi fitnah orang lain.....patutnya dia kene bersuara biar semua org tahu....

Dan...dia berjanji pada orang itu dia tidak akan membocorkan rahsia kerana dia telah berjanji tidak akan memberitahu.....katanya....begang betul aku...tapi katanya dia seorang perempuan...kalu nok tahu tanya GBlah jangan tanya dia lagi...dia tidak akan beritahu.....panas hati aku bila mendengarnya.....

Begitulah dialog kami berdua tadi...keputusannya masih tergantung...aku berjanji pada diri sendiri malas nok layan cakap2 org lagi...buat sakit hati aje....siapalah aku untuk mengetahui segala-galanya...baru kita boleh mengenali siapa kawan dan siapa sahabat...pada aku perkara yang baik patut diberitahu...doh kamu yang dapat sedap cakaplah...macam mana org yg sepatutnya dapat tak dapat tentu kecik hati dia.....lepas pada ni wat kerja berpada-pada jangan nok mengada-gada....kita tidak tahu pandangan org terhadap kita.....ramai kawan2 manis di bibir saja tapi hati berlainan warna.....