Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, May 04, 2014

Gambang Water Park!

Ahad 4 Mei 2014

Salam untuk semua moga dirahmati dalam bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan....Doa-doa dari mereka yang teraniya nescaya Allah Taala akan tunaikan...Insyaallah. masih aura cuti-cuti Malaysia sempena 1 Mei Khamis baru-baru ni...berkesempatan berkunjung ke water park Gambang family day kelab guru dan kakitangan....kata president KGKT semenjak bertugas di Sk Bukit Besi selama 13 tahun...tahun ini tahun yang paling bertuah kerana berjaya menganjurkan family day untuk ahli-ahli kelab...walaupun bukan semua yag berkesempatan memenuhi jemputan...setidak mungkin ada juga ahli kelab yang merasakan kalau bukan kita yang menyahut cabaran siapa lagi...terharu dengan semangat dan komitment yang ditunjukkan....syabas dan tahniah yang tidak terhingga...

Menginap di Hotel Arabian yang berkonsepkan ala resort dengan pandangan yang menarik...satu kawasan yang terpencil tetapi dibangunkan dengan megah dengan segala kemudahan serta kunjungan yang membawa kenangan kepada mereka yang berkunjung ke sini....semasa baru-baru ditubuhkan water park ini kawasan yang kering kontang...tiada daya tarikan yang mempersonakan...setelah hampir lima tahun tidak menjejakkan kaki ke sini banyak perubahan yang telah dilakukan semata-mata menjadikan kawasan Gambang destinasi pelancongan keluarga yang menarik.

Dari bandar kuantan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai melewati pepohonan kehijauan di sepanjang perjalanan menjanjikan satu percutian yang menarik dan tidak sia-sia....Air terjun buatan ini berkonsepkan coco beach dengan konsep ala pantai disertai dengan ombak amat sesuai untuk warga kanak-kanak bersantai....di samping pelbagai konsep kolam dengan binaan yang banyak memberi kepuasan kepada pengunjung kanak-kanak....jika masih tidak berpeluang ke sana,berkunjunglah untuk merasai keseronokkan bahawa kita mampu membina tempat perkelahan yang menarik...
pintu masuk ke Gambang water park
Makan malam....tidak menghampakan sajian yang disajikan mewah !
trademark resort yang menginap...
Sebelah petang...sempat diadakan acara sukaneka
pemandangan salah satu taman tema air
view dari atas hotel...cantik!


coco beach...suasana ala pantai
salah satu resort




resort yang menepati citarasa pengunjung