Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts

Tuesday, February 22, 2022

Aktiviti Hujung Tahun..Jamuan Murid-murid..meriah!

 Assalamulaikum wbt


Bersua kembali di alam maya dengan posting yang ke dua hihi untuk tahun 2022..sebab tarikh ari ini cukup cantik 220222 gitu maka kita abadikan patah2 bicara kita pasal aktiviti hujung tahun murid2 tentulah jamuan akhir tahun bersekali dengan hari jadi murid-murid tahun 2...orang ganu cakap beradong dan bersungguh2 cg2 buat preparation dengan murid2 ni...sebab dah 2 tahun mereka tidak berkesempatan untuk menjayakan program sekolah yang saban tahun cukup meriah dengan pelbagai sambutan dan jamuan akibat pendemik ni yang membatas segala-galanya...cukup terkesan dan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah..

So..bila SOP dilonggarkan tetapi masih menjaga penjarakkan.. kita sambutlah hari lahir dan jamuan perpisahan gitu untuk semua murid2 mengikut tahun...yang trujanya ibu bapa bersungguh2 menyediakan juadah dengan pelbagai kuih muih serta pelbagai nasi hinggakan seluruh warga sekolah dapat menikmatinya..terima kasih tidak terhingga oleh pihak sekolah atas keperhatinan ibu dan guru2 semua...cg2 ini wang ringgit tidak berkira demi anak didik mereka.

Disebabkan kepelikkan dikira hujung bulan februari ini hujung tahun 2021..maka bercelaru sekali proses pdp disebabkan pertukaran penggal persekolahan..bermakna murid2 tidak naik kelas lagi sehingga hujung bulan Mac ini baru dikira tahun baru..hihi kelakar pun ada konon nak abiskan sukatan pelajaran yang tertinggal akibat Covid 19 yang dikira mengganggu proses pembelajaran murid...so kita sebagai guru ni ikut ajelah alasan KPM walaupun tersasul tahun dan program sekali...aduh..belum pernah terjadi gini dalam hayat sebagai pendidik ni...

Dibawah ini pic yang sempat disanpkan..GB pun sibuk manjang dan terpaksa memenuhi setiap jemputan kelas...hihi orang kata minggu ni diet ke laut lah kita...berat badan semakin bertambah nak turun memang kelat n pahit wakaka...huhu...







Tuesday, November 24, 2020

Hias Taman sekolah..


        Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Posting hari ini setelah begitu lama tidak menulis di sini dalam lebatnya hujan pada pagi  dan dari semalam lagi hujan yang tidak berhenti2.Hari ni i ada di pejabat tunggu bangunan sekolah seorang diri huhu..waktu pejabatlah katakan..cg2 tak ada seorang pun masing2 masih BDR gb je yang terpaksa tunggu sekolah..adula..

Hari ni kita cite pasal taman sekolah yang hambar dan tiada keceriaannya..kita tambah aksesori skit yang nampak bertenaga dan bercahaya...semua bahan yang digunakan ada di sekolah ni terutama grill pintu yang tidak digunakan terjumpa dalam stor sekolah daripada tersimpan gitu baik kita guna untuk serikan sekolah. Maka jadi lah tempat kita sangkutkan pokok orkid walaupun pokok tidak banyak mane kurang2 adalah jugok rumah perlindungan untuk flora ni berteduh dari panas yang membahang..gitulah sementara sek yang bercuti covid ni.. i kerah semua pekerja n PO untuk selesaikan idea ini..yang penting duit mesti ada hihi..duit Gb lagi huhu...dok apa kita nak cantikkan kawasan sekolah terpaksa korbankan segala-galanya..

Hati rase berbunga2 setiap kali semua aktiviti yang dapat disempurnakan..maknanya ada orang yang akan merealisikan keinginan dan idea kita yang datang mencurah2 ni..Nk jadi GB idea mesti banyak kalu dak diperlekeh oleh guru2 yang ada sini..jom kita cuci mata jap tengok apa yang mampu kita buat setakat ni..









Tuesday, July 07, 2020

Upgrade Perpustakaan..minimalis konsep!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi ni berposting lagi sempena bulan Julai ..kejap je masa berlalu masih dalam aura PKPP dan sekolah belum beroperasi sepenuhnya..cuma anak2 didik pra sudah mula bersekolah kembali dalam takut2 ibubapa menghantar anak2 ke sekolah..pihak sekolah tiada halangan jika para ibubapa masih enggan menghantar anak2 ke sekolah..maknanya tiada tindakan yang akan di ambil..

Posting pagi ni naiktaraf perpustakaan ke alaf 21 berkonsepkan minimalis tanpa rambu ramba serta warna ala2 tadika gitu..yang pasti perpustkaan sebagai gedung ilmu dilihat sebagai tempat menimba ilmu dan mencari ilmu yang berkonsepkan sedap mata memandang dan tidak bercelaru konsepnya..Itulah kehendaknya jika ingin menyertai pertandingan pusat sumber..walaupun banyak kreateria yang terpaksa diikuti..

So..dua minggu ni kita upgrade perpustakaan ikut SOP yang betul..cikgu2 bergotong royong serta mane yang patut supaya hasilnya menjadi yang terbaik dan menarik..kita tunggu n lihat bagaimana ianya dapat berfungsi dengan baik dan memberi keselesaan kepada murid-murid dan guru2..

warna yang menjadi kegemaran..kelabu dan putih..



Wednesday, October 30, 2019

Lawatan Murid Asrama..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...

Berposting lagi..cerita minggu sudah..apa2pun dalam redupnya hari..lawatan murid asrama ke negeri2 sebelah utara gitu..kedah..pulau pinang dan Ibu Negara Kuala Lumpur..ni saje tempat yang dikunjungi..bersama murid2 asrama seramai 30 orang termasuk dengan guru pengiring serta PPM asrama..bermakna yang tinggal di asrama murid kecik2 aje..hihi..

Perjalanan kami menaiki bas 2 tingkat request daripada murid2 huhu ..kita jenis gayat pada ketinggian susah skit..terpaksa duduk di seat bawah bersama hubby peneman setia..orang pencen senang nak bawa ke mana-mana..so dia terpaksa akur dengan keadaan..dah lama ambil masa nak yakinkan supaya ikut serta..demand lah pulak..semua berjalan seperti yang dirancang..

Kami bertolak malam menyusuri lebuh raya timur barat..namanya malam semuanya kelam dan suram ..kami tertidur di dalam bas hingga sampai di Gurun pada pukul 5.30 pagi..sempat solat subuh di majid..Dalam pukul 8 pagi kami makan di RnR mandi dan bertemu dengan cik syikin yang membawa kami melawat tempat2 bersejarah di kedah..pakej lah katakan..sempat ke muzium negeri..Muzium Padi.. Balai Bomba dan makan tengah hari di Menara Berputar di Alor star...memang berputar sungguh..hanyut kita sebab tidur dak cukup..kami dijamu dengan nasi tomato serta buah2an..

Petang terus ke Pulau Pinang dengan hujan yang lebat..ke Padang Kota konon nak menjamu selera di sana..tetapi hampa kerana kawasan tersebut telah dinaik taraf..huhu..memang di kalangan kami tidak kenal tempat makan di PP jadi terus ke Hotel Anggerik ..jangan tanya kat mane hotel tersebut..kita memang buta kayu tempat2 di Pulau Pinang ni...punyalah sempitnya hotel bajet ni nak solat pun tak lepas..huhu kami ketiduran sampai pagi kerana keletihan...tetapi murid2 yang lain ke kedai berdekatan untuk makan malam..

Esok kami berpeluang ke Bukit Bendera...Punyalah ramainya manusia di sana macam cuti sekolah dah..tempat memang cantik dan menarik..tinggalan penjajah masih dikekalkan dengan udara yang nyaman ..sekerat hari jugak berada di sana..yang kurang selesanya terpaksa berasak2 untuk turun dan Q hampir 1 jam..terasa nak tercabut kaki terpaksa berdiri lama..kalau lah hari cuti tentu ramai lagi murid2 sekolah yang datang...

Petang terus ke kilang jeruk Pak Ali ..sempat melihat proses jeruk dibuat dan diasingkan...kita ni bukan pengemar jeruk pun..kata orang tak bagi pun tak rase kempunan pun..bershopping sakan lah jugok..beli untuk sanak sedara yang mengirimnya..selama 2 jam di sana kami bergerak ke Kuala Lumpur ..masa nilah bas kami rosak di tengah jalan..dalam keadaan hujan yang renyai2..perut dah mula berkeroncong..bas selamat sampai di RnR Tapah..solat dan makan di situ...hingga kami bertukar bas terus ke hotel Adya yang terletak di jalan TAR..rupa2nya hotel ini milik penuh kerajaan Negeri Kedah..kami sampai di sana pada pukul 2 pagi...kepala pun dah ting tong..pening n penat dengan perjalanan yang jauh...semua program terencat sedikit...

So pagi esok bas yang lain yang ambik kami ke mane yer...adula kelupaan tahap gaban ni..yang dekat dengan IKEA tu...KIDZANIA lah terpaksa log untuk cari nama tempat ni hihi(skip 10 minit recall semula) adula...murid2 kami teruja di sini semua nak merasa kerjaya mereka..kami cikgu2 ni meredah IKEA tempat yang wajib pergi jika ke Kuala Lumpur...tenang bila berada di sini..penat dah apa janji dapat menikmati suasana deko yang cantik dan menawan..hihi..

Disebabkan bas yang kami tempah masuk workshop banyak masa terbuang di situ...plan asal nak ke GM Klang terpaksa dibatalkan kerana hari dah lewat serta hujan yang tidak berhenti2 daripada pagi..kami hanya ke kenanga Mall saje...walau rasa terkilan tetapi terpaksa akur dengan keadaan..so berlapang dada lah..

Kami sampai di Dungun pada pukul 4 pagi...nasib cuti hujung minggu kalu dak terpaksa mohon cuti untuk selamat diri yang hanyut dan ting tongggg gitu....



Sempat ke Gelari P Ramle di Pulau Pinang..tidak banyak kisah diceritakan di sini..kata penjaga gelari ini..di sini diceritakan kisah kelahiran dan serba sedikit pembabitan beliau dalam industri muzik dan perfileman...Lihatttt lah pandanglahhhh aku...hihi



Sunday, September 08, 2019

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2019..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid2 terutama anak2 didik SKPP semoga anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan berhati-hati membaca soalan. Fokus kepada soalan serta menjaga keselamatan diri sentiasa. Kami warga SKPP sentiasa mendoakan moga kejayaan milik kita. Peperiksaan kali ini berselang minggu iaitu 4 & 5 september untuk paper BM dan BI pada minggu seterusnya 10 & 11 September 2019 untuk paper MT dan SN.. disebabkan banyak cuti yang telah digazetkan....so masih ada 2 hari berbaki untuk murid2 mengulangkaji pelajaran serta mendapat bimbingan daripada cikgu2.. kepada semua guru yang mengajar tahun 6 khidmat dan pengorbanan cikgu tiada tolak bandingnya..


Tuesday, August 20, 2019

Lawatan Prasekolah...Meriah!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Posting tertunda tetapi masih sesuai untuk diceritakan di sini..lawatan bermaklumat anak2 pra sekolah SKPP ke Melaka dan Kuala Lumpur...meriah dengan ragam dan karenah budak2 kecik ni..kita tumpang sekaki sekadar ambik hati guru pra Cikgu Haron yang tidak jemu2 memujuk GB turut serta sebagai penguat semangat katanya...kita apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus je setuju...bagai alasan lah yang diberikan menyebabkan kita setuju je heheh..

Berjalan dengan budak kecik ni kesabaran mesti kene cukup tinggi...sebab diorang ni cepat letih n mengantuk dan tidak tahan panas..nasib baik setiap peserta ibu bapa mesti turut serta nak harapkan pembantu pengurusan murid jaga..pengsan diorg tu dengan ragam diorg ni...Kami bertolak pada pagi Rabu dan terus ke Melaka sempat berkunjung ke Dataran Pahlawan..ingatkan hari bekerja dan tidak cuti sekolah tidak ramai pengunjung rupa2nya ramai pengunjung dari luar yang sama2 melawat di situ...agak2nya tourits dari negara China..sebab belum cuti sekolah lagi tu...dah ramai gitu..sempat ke kilang membuat mee Mamee ..di situ murid2 ni ditunjukkan cara memproses mee segera dan diberi peluang menambah perisa pada setiap mee yang dimasak...seronok dan menariklah pada kanak2 ni kita orang dewasa ni tengok je lah...sempat jugok melawat kota A farmosa dan kawasan sekitarnya...dak sempat naik teminal Taming Sari..sebab kami sampai dah lewat..

Kami menginap di Wisma Belia Bukit Tunggal Melaka..macam tinggal di asrama je...masing2 penat dan tidur dengan lena dan pada pagi esoknya kami berpelung ke Zoo Melaka...Hanya rombongan kami sahaja yang berada di situ..mungkin sebab belum musim cuti lagi..apa2 pun macam dak menarik je zoo ni sebab tidak banyak binatang yang ada di situ...Kerajaan Melaka kene buat sesuatu untuk menarik para  pengunjung...supaya suasana menjadi lebih meriah lagi...

Selepas itu kami terus ke Kuala Lumpur..dak sempat berkunjung ke mana2 hanya sempat ke Kenanga Mall sahaja...ni acara orang tua2 je...shopping di situ ambil masa 3 jam tu pun masing2 macam tidak rata meneroka dalam Mall tersebut..perjalanan 2 hari cukup memenatkan..tapi ok je...

Insya Allah masih menunggu lawatan Asrama pada bulan Oktober nanti jika diizinkan sebab tarikh tersebut macam hampir sangat dengan kunjungan ke UK semperna konvo anakde..Insya Allah admin akan update dari semasa ke semasa aktiviti yang akan berlangsung...



Hubby ikut serta.. peminat setia setiap kali sekolah mengadakan lawatan...

Tuesday, July 09, 2019

Perkhemahan Tahunan SKPP..

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Bersua kembali dalam alam siber ni...intenet dah jadi satu perkara yang sangat penting sekarang dan merupakan medium yang paling cepat untuk menyebar sesuatu tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk memberitahu segala2nya..

Posting pagi ini..siaran tertunda hehe...perkhemahan tahnunan sekolah yang telah dilaksanakan pada minggu lepas selamat dijalankan dengan jayanya...apa tidaknya dikhabarkan sudah 8 tahnu SKPP tidak berkhemah dan menjalankan aktiviti ni..so semua guru n murid teruja...pelbagai aktiviti dapat dilaksana dengan baik dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada guru dan AJK PIBG ...Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan berharap tahun2 berikutnya tradisi ini dapat diteruskan dan menjadi rutin tahunan memandangkan ianya merupakan komponen Kokurikulum yang mesti dilaksanakan kerana dana untuk menjayakan disalurkan oleh KPM kepada setiap sekolah..Syabas n tahniah kepada kem komandan yang berjaya mengurus perkhemahan dengan sebaik mungkin.. antara kem komandan yang terbaik pernah saya jumpa...hehehe kalau GB bertuakr ikut serta yer cikgu nuar..

Pertandingan membina gajet..GB tumpang glamer je..beri semangat kepada budak2 ni..

Semangat kerjasama yang ditunjukkan amat membanggakan..


Peserta terbaik perkhemahan..tahniah!!!

Kumpulan TKRS menang seluruh acara yang dipertandingkan...tahniah!!

Bersama dengan PKKO yang menjadi pengerak segala aktiviti yang dijalankan di sekolah..terbaikkk!

Barisan guru2 yang sempat datang untuk majlis penutup..tahniah!!

Dihimpit guru2 yang komited dengan tugas yang diberi..syabas!!!


Monday, June 24, 2019

Gotong- Royong Perdana..!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

 Bertemu kembali masih dalam aura raya...raya kan sebulan hehe..posting lewat ni gotong royong peringkat sekolah diadakan pada sabtu lepas masa cuti ganti yang diganti sebelum raya..ramailah bebudak yang tidak hadir ke sekolah..almaklumlah cuti sabtu ni masa bersama2 keluarga..tanpa PDPC kita buat gotong royong saje...

Semua murid dan guru terlibat...ada yang bersihkan kawasan..trim pokok dan selebihnya ditugaskan mengecat kawasan sekolah..kawasan sekolah yang dulu kusam kini bertenaga semula..ceria dan bersemangat..terima kasih kepada semua guru yang bersungguh2 dalam projek ni..yalah tanpa sokongan daripada semua susah juga yer nak laksanakan program sekolah...sebab tu lah GB kene pandai main peranan dan cuba membeli hati cikgu2 ni agar segala perancangan yang hendak dibuat dipersetujui dan dilakukan mengikut arahan yang dikeluarkan... Bijak berkata-kata serta tidak menguris hati pekerja dan staf..terkadang susah jugok nak melayan kerenah diorang..tetapi setakat ini mereka mampu faham dan tahu kehendak kita...so Alhamdulliah..syabas dan tahnian buat semua..