Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, May 30, 2012

Keretaku....Avanza

Rabu 30 Mei 2012

Salam Rabu untuk semua...baru balik dari kenduri lagi...cuti sinonim dengan kenduri...macam2 kenduri ada...kenduri kahwin...naik rumah baru..akikah...bernazar semua majlis dibuat dalam cuti...sebab semua balik ke kampung (yang ada kampung la) time ni masa berkumpul dan paling sesuai diadakan majlis...maka tiada alasan untuk menolak jika dijemput....

Entry petang ni pah puas godek2 dan blogwalking maka terlintas kisah kereta avanzaku yang dalam perancangan untuk dipindah milik pada yang berminat...setelah 6 tahun berbakti pada tuannya tanpa mengira hujan panas n pahit getirnya diharungi bersama mencari sesuap nasi...maka tiba masanya kita berpisah jua dalam sendu tangis yang tidak nampak pada mata kasar......

Alasan...rasa tidak berbaloi bila kami berdua aje yang naiknya bila ke sekolah bersama si Azeem....melambung-lambung dibuatnya bila jalan kurang elok(memang tidak elok pun jalan tu selama 6 tahun berulang alik) kereta beso tapi naik berdua aje...sebab anak-anak yang lain udah bawa haluan sendiri....dan mereka sememangnya tidak berkepit lagi berjalan di mana2 dengan kita sebab dia orang udah ada lesen memandu sendiri...jadi dia orang ada program masing-masing.....

So...bila difikirkan secara logik avanza ni udah tidak dipedulikan lagi oleh sesiapa...sebab mereka memilih untuk memandu kereta yang sedan aje tidak mpv....bila anak kecik2 dulu memang avanza menjadi pengangkutan yang amat penting dan disayangi....masa udah berubah...citarasa pun berubah mengikut peredaran...terpaksa menerima hakikat bahwa aku perlukan kereta kecil untuk kegunaan berdua aje...sesiapa yang berminat bolehlah call or sms or komen kat bawah ini untuk membelinya....harga boleh dirunding mengikut pasaran semasa...sesiapa yang pandai tawar n cakap lembut2 gerenti tuan punya kereta ni akan cair dengan tawaran yang diminta...

Monday, May 28, 2012

Kenduri Kawin orang negori...

Isnin 28 Mei 2012

Asalamulaikum dan selamat petang kepada semua pembaca...baru berkesempatan menulis di sini setelah dua hari tidak berada di Dungun...semata-mata menghadiri kenduri kawin jiran lama di negori sembilan...jauh perjalanan untuk berjumpa setelah bertahun-tahun tidak bersua...tu pun nasib tuan rumah buat kenduri masa cuti sekolah...kalau tidak memang tidak akan berjumpalah kita....

Terkadang bila ada kerja kawin begini kita berkesempatan ziarah menziarahi...kalau tidak susah juga sebab di sebelah sini kita banyak sangat halangan untuk bercuti....sebab kami ni bukan suka sangat berjalan jauh2....lebih2 lagi kalau sampai tidur di rumah orang...alasan menyusahkan tuan rumah...kalau sekadar singgah tak apa....

Punyalah majlisnya grand betul...ya lah anak perempuan seorang.....yang paling aku tabik spring semangat kejiranan dia orang....kurus semangat...sebab semua tetangga buka rumah mereka sebagai tempat persinggahan...rumah taman....dekat-dekat di halaman rumah mereka penuh dengan peralatan pengantin...ada yang buat air, bunga telur, ada yang tempatkan pancaragam,ada yang duk tengah masak lauk pauk,sediakan buah tangan untuk tetamu...semua rumah berfungsi....jadi terbalik kut pulak..kita di Dungun ni payah nak jumpa situasi begini...masing2 bersepakat dengan berpakaian sama je....siap ada cabutan bertuah lagi.....pendek kata tetamu yang datang tidak pulang dengan tangan kosong.....

Bila bertemu...mulalah episod peluk memeluk...teruja dan terkejut tuan rumah sebab tidak sangka kita yang jauh ni sampai juga di kampung mereka....Tahniah pada Fauzana dan Nasrullah semoga kekal selama-selamanya...yang tak bestnya tidak sempat lihat majlis persandingan mereka kerana rombongan pengantin lelaki tersangkut di KL lagi akibat perhimpunan sejuta belia yang programnya entah apa2....sebab selepas itu itu kami terus ke KL kerana ada satu lagi program di sana.....



Thursday, May 24, 2012

Selamat Bercuti....

Khamis 24 Mei 2012

Selamat malam untuk semua....malam ni bumi kita disirami hujan malam yang lebat diikuti kilat n guruh sekali.....seram sejuk bila dengar guruh berdentung dengan kuat...belum lagi Allah tiupkan Sangkakala....kita dah kecut perut...baru ingat padaNYA....ayat al-Quran pun baru dibaca bertali arus...tu lah kita terkadang alpa dengan suruhanNYA...

Posting malam ni....Selamat bercuti kepada semua guru...anak-anak didik...guru besar...PK2 serta pekerja sekolah amnya....rasanya nak bersorak kuat2...hilang kejap tension...tapi ingat tu dalam keta kertas soalan periksa berlambak2 dok tanda lagi...hishishis...ingatkan buleh rilek minda rupanya beban melanda....cikgu katanya cuti panjang...atas kertas je cutinya...tapi kerja sekolah bertimbun...kelas tambahan lagi....Guru Besar kata saya ada hak untuk panggil cikgu 1/3 daripada cuti cikgu untuk datang ke sekolah....pulak dah...kalau gitu baik jangan cuti....

Planning awal akan ke Negeri Sembilan menghadiri majlis perkhawinan jiran lama(tapi buleh anggap macam sedara sebab hubungan yg akrab)pada Sabtu ni jika tiada aral...terus ke Kuala Lumpur ambil si abang kat UITM Shah Alam....lepak kat rumah anak sedara dua hari....ronda2 KL sambil melihat himpunan sejuta belia yang ambil masa 7 hari 7 malam untuk habis aktivitinya...punyalah banyaknya aktiviti dia orang...berapa kos yg kerajaan tanggung ni????

Balik ke Dungun....hadiri majlis kenduri lagi...ada tiga undangan yang terpaksa dihadiri...siapkan tempahan kek dan tidak lupa study untuk final exam sem 2 pada 15 Jun ni...kurang2 mampu maintain CGPA lepas...tidak2 pun dpt anugerah dekan..hahahahah...belajar biar bersungguh baru berbaloi dengan pembiayaan percuma tu...semuanya perancangan awal...liputan seterusnya akan menyusul.....thanks...

Tuesday, May 22, 2012

Cuti..ada kelas jugak ke?

Selasa 22 Mei 2012

Assalamulaikum dan Selamat pagi untuk semua.....ari ni jadual waktu kelas penuh....maka all rounder le...dengan beg laptop hingga library pun tidak terbuka lagi...sebab masa pekse pertengahan tahun mesti mengawasi dia org...sebab tu kene skema skit...kalau tak..merata-rata bebudak ni belajar.....pembelajaran melangkaui sempadan lah katakan...

Cuti!!!!...ada kelas tambahan juga untuk murid tahun 4....fed up aku...sebab pengurusan baru stail pun baru...kalau dulu bebudak UPSR je ada cuti terancang...ni udah berjangkit ke kelas lain....alahai nak datang masa cuti ni..sudah set di minda...bila cuti rilek2 aje lah.....aku rasa bebudak ni pun boring kalau belajar banyak sangat....prestasi gitu jugok....belum sampai masa lagi nak belajar teruk2....

So...suka ke tidak...kene datang juga sebab jadual sudah diedarkan....nak bangkang banyak2 kan kena ban..... belum datang lagi PK 1 baru...biasanya penyapu baru terlebih rajin...kalau tahu skop tugas dan buat kerja ikut pekeliling boleh tahan lagi....ni kalau terlebih skema....naik angin seluruh badan...harap-harap cakap2 sebelum ni tentang beliau tidak menjadi kenyataan....kalau tidak terpaksa isi borang tukar sekali lagi bulan september ni....

Sunday, May 20, 2012

Pengurus sekolah...Wanita?

Ahad 20 Mei 2012

Salam Ahad untuk semua n selamat memulakan tugas harian serta yang rasmi....apa-apa pun semua kerja yang dibuat adalah amanah....so buatlah sehabis baik walaupun ada perkara yang tidak disukai.....

Entry awal pagi...sebab dua tiga tidak update blog...just singgah je macam pengunjung yang lain....pengurus sekolah seorang perempuan...Skema ke? persoalan yang amat dirisaukan oleh sebilangan kaum adam dan segelintir kaum hawa....walaupun kita dari golongan yang sama....tetapi jika terlalu cerewet menjadi masalah juga pada staf yang lain....sebab orang perempuan ni dia orang terlebih cakna dan prihatin pada soal-soal remeh temeh...so kalau kaum ni yang memegang jawatan maka sudah terlekat di dahi cerewet tahap gaban....tu persepsi dia orang....

Kepimpinan mengurus ni...bakat n gaya yang sedia ada sebenarnya...ditambah dengan ilmu, tahu hala tuju yang ingin dibawa organisasinya...kata orang tegas tetapi dalam masa yang sama mesra...lihat situasi semasa itu....ibarat bermain layang-layang...ada masa kita akan lepaskan layang-layang tersebut mengawan di angkasa....ada masa kita akan control kawalan angin supaya tidak tersasar....bila ada orang kata kita akan memeranakan kaum hawa ni jika ada perkara yang dibuat di luar kawalan....sesuatu yang menarik dan sinis dalam tanggapan golongan adam....jadi kita lihat episode seterusnya....

Thursday, May 17, 2012

Tempahan kek lagi...

Khamis 17 Mei 2012

Salam Khamis dan selamat sejahtera...Terlebih rajin hari ini ....entry semalam disebabkan kesuntukkan masa baru nak postkan di sini...dua hari dua malam duk siapkan tempahan kek dan cupcakes untuk hari guru...

Sehinggakan ada yang kecik hati sebab majlis potluck tiada puding buah tangan dari kita....sebabnya terkadang malas nak terlebih baik bila kenangkan perangai dua tiga orang yg duk makan saman....ya lah rasa kecik hati tu...payah nak baik seperti asal mesti teringat peristiwa yang membuatkan hati kita rasa terguris....pun begitu masih sempat siapkan kek coklat untuk majlis tersebut bila ada orang cakap buang yang keruh ambil yang jernih...rasanya kalau tiada kes...tentu lebih meriah dengan aneka kuih yang pastinya sebagai buah tangan untuk dijamukan.....

Berbalik pasal tempahan kek...sempat siapkan 100 biji cupcakes,sebiji kek vanila span,sebiji kek coklat moist dan sebiji kek untuk guru besar SK Seri Paka....rasa nak patah pinggang....tu pun nasib baik ada anak teruna yang ringan tangan membantu...yang bestnya setiap murid yang berikan hadiah kepada kita akan diberikan sebiji cupcakes...apa lagi...satu tarikan di luar jangkaan...sehingga ke hari ni masih lagi diberi hadiah kepada cikgunya semata2 untuk dapatkan sebiji cupcakes...apa2 pun terima kasih banyak2 pada yang sudi menempah....

Selamat Hari Guru..

Khamis 17 Mei 2012

Salam untuk semua...biar pun lambat sehari untuk wish hari guru pada semua pendidik....tetapi ucapan itu memang keramat kepada guru-guru di malaysia....syabas dan tahniah kepada anda semua kerana memilih kerjaya ini dan sanggup berkorban apa saja untuk insan2 kerdil yang menagih ilmu setaip masa....

Pun begitu....kalau dikatakan bidang pendidikan ini adalah kerjaya terakhir kepada para graduan,sebenarnya anda semua tersilap dalam mentafsirnya....bila kita bergelumang dalam kerjaya ni...inilah satu2 pekerjaan yang menjadikan title guru dikenang sampai badan dikandung tanah... seperti biase bebanan dan insiatif yang dijanjikan saban tahun dilaungkan...tetapi guru-guru still gitu jugok dengan seribu persoalan yang tidak mampu dijawab dalam sehari dua.....sudahnya cikgu sendiri yang akan menyelesaikan masalah mereka sendiri....seperti kata-kata di bawah ini ada kebenarannya....so hayatilah dan kalau ada yang tidak tersenarai tolong sertakan....

DEFINASI GURU ADALAH:
Masa aktiviti KH.. cikgu jd PETANI
masa pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
masa kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. ...
masa RMT.. cikgu jd PELAYAN..
masa budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
masa ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
masa hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
masa persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
masa kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
masa budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..
masa budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
masa perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
masa budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
masa budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
masa merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
masa budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..
masa budak ponteng kelas....cikgu jd MAT REMPIT ...
masa sukan, cikgu jd JURU UKUR,
masa banjir, cikgu jd WAKIL RAKYAT,
masa budak buat persembahan di pentas cikgu jadi MAK ANDAM...

oleh itu hargailah cikgu. SELAMAT HARI GURU


Monday, May 14, 2012

Kek Coklat Moist..

Isnin 14 Mei 2012

Salam ceria untuk semua....bertandang ke blog dieyna menjenguk peserta GA yang menang hadiah sebab kita salah seorang sponsor hadiahnya...biarlah hadiah tidak seberapa tetapi...hadiah juga...janji lucky n memang sudah rezeki kita...kalau si dayana tu buka contest lagi bulehlah sertai sekali lagi.....

Posting hari ini....tempahan kek coklat moist...lama juga org tidak mengordernya...pasal order-mengorder ni bermusim agaknya...sebab kalau time order ...dok cukup tangan kita...ramainya...time kita free tak ada pulak...esok kanival membuat pelbagai jenis kek sempena hari guru....macam2 kek ada dari cupcake.slice kek,coklat kek,vanila kek dan strawberry kek...ramai sangat yang menempah....ceritanya kemudian....

Berbalik pada kek coklat ni....memang sedap kerana disaluti sepenuhnya dengan coklat serta toppingnya dihiasi coklat urai...pendek kata semuanya coklat... tempahan dari anidah katanya anak-anaknya suka makan kek coklat....terima kasih ya...lagi kali kita berurusan lagi...muahhhhh..

Sunday, May 13, 2012

Hadiah oh hadiah....

Ahad 13 Mei 2012

Salam Sejahtera untuk semua....aura hari guru di mana-mana saje..kedai souvenir penuh dengan ibu dan anak-anaknya...bapa tak kuasa melayan perkara2 remeh temeh gini....maka melayanglah duit ibu puluhan bagi memenuhi tuntutan anak-anak untuk hadiah gurunya...

Cikgu...menghitung hari menjelang hari keramat buat mereka....banyak mane hadiah yang mungkin mereka dapat...sama ada mereka ni popular or sekadar pinggiran saje sebab guru disiplin...aku seperti biasa masih terkial-kial dengan duit RM30 ...apa mahu dibeli? tanya kekawan semuanya sudah sediakan hadiah untuk diri sendiri....

Perancangan di hati...kalau esok masih lagi duit ni tidak berganti...jawabnya duit cashlah yang akan dibungkus dalam kotak yang cantik.....belilah apa yg kauorang berkenan di hati.....kalau ada perkara berbangkit.....tahun depan tak payah buat....kalau aku tahu sape yg dapat senang pulak...aku hadiahkan sebiji kek homemade yang cantik dengan air tangan sendiri....sape mahu angkat tanga? or kita berpakat dengan AJK hadiah biar kita tentukan hadiah ni untuk sape....ni yang buat kepala serabut....

Untuk potluck group aku kene dessert....kena buat lagi....alahai semua benda bertenggek di atas kepala ni...esok kursus i-nilam bermakna satu kerja akan disiapkan dalam detik waktu yang singkat ni....

Friday, May 11, 2012

Tempahan Kek...

Jumaat 11 Mei 2012

Salam Cemerlang untuk semua....Hari Jumaat penghulu segala hari....maka ambillah fadilat sempena kehadirannya saban minggu....

Posting hari ini...minggu yang paling sibuk n memenatkan minda jua tenaga...kerja yang bertali arus.....tapi bila ada tempahan kek...semuanya kembali segar dan ceria...apa tidaknya bila kerja yang kita suka buat...penat sekali pun kita buat juga....ya lah duit masuk..itu memang tidak nafikan...tapi hasil seni ini memang diminati n terus diminati....tempahan kek dari cikgu Su sempena hari ibu...katanya nak celebrate awal dari tarikh yg dicanangkan.....hari ibu ni....hari-hari kita sambut...bila org sebelah barat buat...kita jadikan macam pesta pulak...sedangkan pada agama kita surga itu di telapak kaki ibu...tapi dia org tidak pandang perkara ini suatu ibadah.....bila institusi kekeluargaan mereka semakin rapuh......terciptalah slogan ini...konon untuk memperingati ibu kita....

Sebenarnya apa yang omputih buat kita sanjung n anggap perkara itu baik..sedangkan Islam sudah lama menganjurkan kita memuliakan ibu kita dalam apa juga situasi....sebab ganjaran pahala itu berlipat kali ganda lagi....Ok berbalik pasal kek ni...katanya untuk dimakan bersama keluarga dan sebiji lagi dihadiahkan kepada ibu tercinta.....anak yang baik!...terima kasih ya su lain kali kita berurusan lagi.....

Tuesday, May 08, 2012

Cikgu,guru n hadiah...

Selasa 8 Mei 2012

Salam Selasa untuk semua....moga emosi kita stabil n abaikan cakap2 yang tidak berpijak di bumi nyata...sebab tidak terkena di batang hidung sendiri...kalau kita yang alami situasi itu dan kita disalahkan maka soheh tahap kesabaran kita akan meletup tanpa dipaksa...Sabar? tidak terkena pada diri kita ...maka kita boleh cakap sabar je...

Entry malam ni...aura hari guru makan terasa...ada orang tak ambil kisah pun 16 Mei sebab katanya hari guru ni...hari2 udah disambut...tapi yang merasakan wajar penghormatan itu dibuat khas untuk guru...maka disambutlah ...kita di Malaysia ni memang meriah sambutan pelbagai hari...kalau buleh hari-hari nak sambut perayaan....memang orang Melayu ni suka kepada keseronokan......

Bila ada orang cakap tahun ni akan diadakan pertukaran hadiah sempena hari guru...tapi tak paksa siapa yang hendak aje...kalau 5 orang je yang setuju maka 5 orang tu ajelah yg akan bertukar hadiah...statment yang kelakar n lucu aje...sama ada dari dasar hatinya or just menyindir saje....

Tu lah cikgu...dia sambut sendiri...dia buat acara sendiri...dia beri hadiah pun dia sendiri yang keluarkan duit...terkadang terfikir juga bilalah situasi begini akan berubah....atau memang tidak akan diubah sebab ramai cikgu yang syok sendiri!!!

Saturday, May 05, 2012

Selamat pengantin Baru...

Sabtu 5 Mei 2012

Salam ceria untuk semua..sempena cuti hari wesak..maka berganda-ganda kenduri kahwin mengambil sempena cuti umum sehari lagi pada Ahad....Pada anakde Khairul Azwan anak ke 2 dengan panggilan manja gbom selamat hari lahir moga panjang umur,murah rezeki....jadilah anak yang mendengar kata, tidak tinggal solat dan result periksa tu biar katan...jangan body je yang katan...

Posting kali ini majlis perkahwinan anak muridku yang masa mengajar dulu baru berumur 12 tahun...tup..tup sampai kad kahwinnya dengan umurnya sekarang 26 tahun...kejap je masa berlalu...cikgu macam tu gak...dok jadi2 guru besar..duk tangga kuli agi...anak didik berjawatan tinggi n steady aje...siap tanya "cikgu jadi guru besar sekolah mane leni"? alahai soalan cepu mas...guru besar apanya..guru kecik je sampai pencen....sebab kita tiada power dan dok kenal sape-sape di PPD...duk ginilah....

Yang seronoknya geng2 nilah paling mengingati cikgu dia...tiap hari raya pasti dia orang akan berkunjung ke rumah. seperti aween.shasha,emeria,ros, puddin, shahirah,harlina,zul fadli dan beberapa oang lagi...semua yang disebut tu sudah menamatkan zaman bujang mereka...Tahniah dan Selamat menempuh alam rumahtangga...cikgu? menghitung umur...semakin tua kita di alam pendidikan.......

Friday, May 04, 2012

Sedetik ini...

Jumaat 4 Mei 2012

Salam Cemerlang untuk semua...moga kehadiran hari Jumaat ni memberi keinsafan kepada kita bahawa Allah panjangkan lagi umur kita untuk bertemu Jumaat. Jua di kesempatan ini...mengucap syukur kepadaNYA adalah sebaik-baik ingatan dan amalan yang seharusnya sentiasa bermain dibibir kita dan melagukan zikir dalam tiap nafas kita seolah-olahnya DIA sentiasa dekat di hati kita....Ingatan kepada diri sendiri agar tidak teralpa pada indahnya hari.

Sabda Nabi S.A.W

Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a) Kasih mreke kepada hidup – lupa mereka kepada mati.

b) Kasih mereka kepada harta – lupa mereka kepada hisab.

c) Kasih mereka kepada mahligai – lupa mereka kepada kubur.

d) Kasih mereka kepada dunia – lupa mereka kepada akhirat.

e) Kasih mereka kepada makhluk – lupa mereka kepada Allah

Thursday, May 03, 2012

Pencuri vs Mencuri...

Khamis 3 Mei 2012

Assalamulaikum dan Salam sejahtera untuk semua...dua tiga hari tidak menjenguk blog...sibuk memanjang....selebihnya buntu idea hingga kering kontang...

Entry menarik pencuri n mencuri...dua perkataan yang sama dari segi kata dasar tetapi bila diletak imbuhan...maknanya berbeza sedikit tetapi masih dalam kelompok yang sama...Terbitnya perkataan ni sebab sekolah dicerobohi pencuri sehingga ribuan ringgit lesap begitu sahaja....gara-gara kesilapan kita sendiri n memang tidak ada rezeki sekolahlah tu....semua tu menjadi persoalan bagi pihak pentadbir dan guru-guru. Sehinggakan tadi diadakan solat hajat oleh guru dan kakitangan sekolah untuk mendapat petunjuk dari Allah...bahawa memang orang dalam yang terlibat dalam kes ini...merujuk pada cakap guru besar setelah diberi penerangan oleh pihak polis....kenyataan ini berdasarkan modus operandinya cukup senang n tiada umpilan yang teruk2 terpaksa dibuat oleh pencuri itu...dan dia tahu di mana duit itu tersimpan....

So....bermulalah cakap2 dan siasatan sendiri serta fakta-fakta sendiri bagi menzahirkan memang orang itu yang terlibat.....berdasarkan banyak kes sebelum ni maka siasatan polis mungkin tidak mengambil masa yang lama untuk selesaikan....Pada pihak sekolah seperti kata guru besar..satu iktibar bahawa sebarang duit tidak boleh disimpan di sekolah dalam kadar yang banyak serta di pihak "jaga" anda lalai dalam memastikan keselamatan sekolah di bawah tanggungjawab anda...dalam situasi ini semua dakwaan berdasarkan lagu "bangau oh bangau"....

Moral of the story...malang tidak berbau...sentiasa mengawasi segala barang berharga tidak didedahkan secara umum...kita tidak tahu siapa musang berbulu ayam...sentiasa berwaspada....pah pada ni soal perikemanusiaan tolak tepi sebab kepentingan awam menjadi agenda utama...dan kita tidak mahu perkara yang sama berulang atas dasar kasihan serta sikap prihatin kita.....

Tuesday, May 01, 2012

Selamat Hari Pekerja...

Selasa 1 Mei 2012

Salam ceria dan selamat beristirehat di rumah...sempena cuti umum hari pekerja yang disambut saban tahun di serata dunia....menjadikan dunia pekerjaan sesuatu agenda dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan dasar kerajaan bagi memastikan produktiviti yang dihasilkan mampu memberi pulangan yang besar dan bermakna pada negara khususnya dan impak imbuhan yang besar kepada golongan ini.

Kita yakin dan percaya golongan pekerja merupakan aset utama dalam merealisasikan hasrat dan cita-cita kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berstatus negara maju menjelang 2020 nanti.Pengumuman PM mengenai gaji minimun sebanyak RM900 sebulan sebagai permulaan ke arah memartbatkan golongan ini dalam sektor swasta. kenaikan kos sara hidup yang melangkau kemampuan golongan ini menjadikan mereka miskin di tanah air sendiri sedangkan negara kita merupakan pengeluar dan pengeskpot terbesar minyak di dunia.

Sampai masanya kerajaan perlu prihatin dan cuba menyelami nasib mereka supaya mereka juga tidak terkecuali dalam menikmati kemewahan yang sudah lama dikecapi oleh golongan atasan dan ahli2 politik yang kurang memperjuangkan nasib rakyat.