Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, May 01, 2012

Selamat Hari Pekerja...

Selasa 1 Mei 2012

Salam ceria dan selamat beristirehat di rumah...sempena cuti umum hari pekerja yang disambut saban tahun di serata dunia....menjadikan dunia pekerjaan sesuatu agenda dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan dasar kerajaan bagi memastikan produktiviti yang dihasilkan mampu memberi pulangan yang besar dan bermakna pada negara khususnya dan impak imbuhan yang besar kepada golongan ini.

Kita yakin dan percaya golongan pekerja merupakan aset utama dalam merealisasikan hasrat dan cita-cita kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berstatus negara maju menjelang 2020 nanti.Pengumuman PM mengenai gaji minimun sebanyak RM900 sebulan sebagai permulaan ke arah memartbatkan golongan ini dalam sektor swasta. kenaikan kos sara hidup yang melangkau kemampuan golongan ini menjadikan mereka miskin di tanah air sendiri sedangkan negara kita merupakan pengeluar dan pengeskpot terbesar minyak di dunia.

Sampai masanya kerajaan perlu prihatin dan cuba menyelami nasib mereka supaya mereka juga tidak terkecuali dalam menikmati kemewahan yang sudah lama dikecapi oleh golongan atasan dan ahli2 politik yang kurang memperjuangkan nasib rakyat.

3 comments:

nita said...

Bagus juga kalau ada golongan sektor swasta dapat gaji minimum RM900 sebulan, sebab sekarang semua harga barang naik, kesian mereka tambah2 yang keje kat KL.
bagus3 yang itu saya sokong..
Dah kerja lah hari ni, semalam pun kerja jugak :(

fatmasha said...

ya lah nita...dah bertahun2 mintak br dapat...tu pun tak sampai RM1000..

Unknown said...

Asalam, dah lama dah follow di sini.
insyaallah akan cuba terjah ya