Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, December 07, 2015

Review Bintang kecil RTM 2015..



Assalamulaikum
 Topik pepagi ni....sepatutnya lama dah review tajuk ni sini..dah sibuk memanjang terbantut lagi...nekad kali ni mesti jadi punya...bebudak ni dah masuk final minggu depan 13 Disember 2015 dari episod 1 lagi nok reviewnya...apa2 pun tak apa janji final tu belum stat lagi..so bolehlah bercerita pasal ni..

Al maklumlah ada anak buah yang terlibat dalam pertandingan bintang kecil anjuran RTM baru umur 10 tahun sama  sekelas dengan si Azeem ni..budak ni memang jenis pendiam n pemalu..seingatnya memang payah nak dengar suaranya lebih-lebih lagi menyanyi...bila sekolah ada kan pertandingan karoke...terserlah bakat dan penampilannya memang awosme! rupanya di SK Bukit Besi ada sebutir bintang yang akan bergemerlapan di persada seni suara tanah air...Suara memang power seakan suara Ziana Zain..sbb memang dia peminat  lagu Ziana Zain serta lagu bernada tinggi...orangnya kecik comel kalu tengok pada susuk tubuh memang orang tak akan kata dia punya suara yang hebat dan matang....adussss..

So..pihak sekolah cuba ketengahkan bakat dan kebolehannya...memang menjadi... anak kerani sekolah Bukit Besi jadi tak ada masalah untuk kita tampilkan dia dalam semua acara sebab ibunya warga kita tak perlu banyak sogeh n masalah..senang berkira..apa yang sekolah buat itu yang terbaik untuk anaknya...sebenarnya pihak sekolah juga berbesar hati sebab menjulang nama sekolah di peringkat kebangsaan..naik rangking sekolah lah...hihi juga disebut2 di peringkat PPD...PKKO dia lah yang naik nama..tumpang glamer pada anak buah..boleh kan...janji kita buat yang terbaik...hihi

Go Lili go... anda mampu melakukan yang terbaik di antara mereka yang ada...eh nama tak perkenal lagi..nama pun sedap adik HAFI DANISHALILI BT MOHD HAFIZ...kalu tegok dalam iklan  TV1 tu ..memang dia lah..sabtu baru ni episod lagu 60 an ...lagu yang dibawa penawar rindu..nyanyian asal Rafeah Buang...lagu inilah yang menjadi hits hingga dia berjaya menjejakkan kaki ke final...tahniah n syabas diucapkan..kita warga SKBB memang bangga dengan Lili ni...

Hafi bersama riqki peserta Terengganu juga yang dapat masuk final..bermakna dua orang peserta Terengganu ke final harapan kami ada kejutan yang membanggakan dari peserta ini untuk negeri Terengganu ..InsyaAllah.

Try tonton video ini..nilai kehebatan suaranya...menjadi tontonan yang paling ramai dalam senarai video dalam youtube bintang kecil 2015...video ini peringkat semenanjung yang diadakan di RTM Kuantan baru-baru ini.Apa yang pasti..suara dan bakat dia memang anugerah semulajadi...

Sunday, December 06, 2015

Donut Gebu...!

Ahad 6 Dis.2015

Salam Maghrib untuk semua...tetiba je rasa nok cite pasal donut ni...petang2 gini bila hujan turun mencurah-curah mula lah duk reka resepi ...maka teringat resepi dari seorang kawan yang donutnya memang best gebu gitu...yalah jenis tidak kedekut ilmu ...bila kita mintak resepi donut ni ..dok fikir panjang terus beri je katanya sharing is caring..suka2 sgt sebabnya ramai lagi dikalangan kita ni memang suka bertukar2 resepi...so duk simpan lama2 dalam buku resepi buatnya tidak....

kalau nok resepinya buleh ambil lah ...memang menjadi..kita ni jenis main campak2 je bukan suka sangat sukat2 jangan bimbang kalau kita ikhlas dan buat dengan kasih sayang insyaallah menjadi..

500 gm tepung gandum
2 sb marjerin yang dicairkan
3 sb gula
1 st mauripan(larut dlm secawan air suam)
2 biji ubi kentang(rebus n lecek)
2 biji telur
1 cawan susu cair
gula untuk mengaul donut yang sudah siap.

caranya.
1. masukkan marjerin, campuran mauripan,telur,susu cair kacau biar sebati.
2. kemudian masukkan kentang yang dilecek tadi.
3. kacau hingga sebati.Masukan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. kalu guna mixer adun biar sebati n naik sedikit. kalau guna tangan pastikan tangan kita tidak melekat dengan tepung tadi. uli biar nampak sekata.
5. Biarkan hingga naik sekali ganda.Kemudian tumbuk adunan tersebut.
6. Bulat2 kan macam buat roti. biarkan hingga naik.
7. Bila adunan tu naik,lubangkan ditengahnya. Gunalah apa2 sekali pun.contoh straw pun ok.
8. Goreng dalam minyak pastikan api tu slow je. gaul dengan gula halus.
SELAMAT MENCUBA...
Bila dah jadi gini...guna straw untuk buat lubang ditengahnya..

Taraa....Hasilnya



Monday, November 30, 2015

Konvoksyen UPSI ke 17...Tahniah!

Isnin 30 Nov.2015

Salam Isnin untuk semua moga dikurniakan kesihatan yang baik dalam redha Allah juga...Posting pagi Isnin ni ...saje jenguk2 sekolah walaupun bukan masa kita bertugas...tetapi bila Guru Besar whasaap tadi beritahu borang permohonan ke luar negara tu silap borang ...maka kene isi semula huhu....aduhai semoga pemudahkan urusan umrah kali ini...menjadi tetamu Allah sudah beberapa kali tertangguh....

Posting pagi ini..konvo UPSI sejarah yang paling berharga pada semua yang merasainya...mana tidaknya belajar selama 4 tahun PJJ tanpa cuti bekerja..maknanya semuanya dilalui dalam 4 aktiviti kerja sekali gus...sebagai wanita berkerjaya...ibu..isteri dan last sekali pelajar...hampir setiap minggu hadiri kelas UPSI..toturial dengan pensyarah...buat assigment..online kuiz...macam2lah..pendek kata mana yang tidak mahir ICT balik awal jawapnya...semua meruntun kecekalan dan ketabahan yang cukup hebat pada seorang wanita...sokongan penting...tolak ansur dari suami..anak2 ..rakan2 tidak lupa juga dari majikan kita sendiri... belum lagi wang ringgit dan banyak hati yang perlu dijaga...sampai hati sendiri pun terguris dengan sikap dari mereka yang paling rapat dengan  kita...huhu semuanya dilalui dengan semangat kalu tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..Tahniah dan syabas untuk diri sendiri hihi..

Hasilnya alhamdulliah berjaya juga mengenggam segulung ijazah yang merupakan pangkat tertinggi dalam mencari ilmu...kepuasan,pengorbanan,penat lelah  mampu menjadi asam garam dalam menuntut ilmu...justeru,abaikan perkara negatif yang sentiasa ada disekeliling kita...yang pasti kita mampu buat yang terbaik untuk diri sendiri di samping menjadi perangsang kepada anak-anak...So sekarang semua yang diidam2kan selama ni menjadi kenyataan ...
Terima kasih pada semua terutama pada anak2..yang cukup mengerti susah payah ibunya...kepada mereka yang terlibat secara langsung dan di belakang tabir...rakan2 dalam facebook yang bertalu-talu mengucapkan tahniah  diucapkan terima kasih banyak2 jasa dan kecaknaan anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...




Monday, November 23, 2015

Ke UPSI lagi kita...!

23 Nov.2015

Salam Isnin untuk semua.moga kerja buat kita dirahmati seadanya...bersiaran lagi...kali ni episod berkunjung ke UPSI sekali lagi semata-mata untuk mengambil jubah sempena konvoksyen  ke 17..kelakor kan..sebab bersungguhnya kami sampai sewa bas untuk ke sana...group kami seramai 25 orang je yang sempat n selamat menghabiskan pengajian selama 4 tahun menjadi lulusan UPSI...bangga pun ada..kurang percaya pun ada...yalah cepatnya masa  pengajian kami tup2 dah abih...tahniah pada diri sendiri dalam kalutnya aktiviti sekolah,isteri..ibu...dan segala-galanyalah...abis juga ya...

Kami ni warga maslah katakan...alhamudulliah dikurniakan kesihatan yang baik dan mampu menghabiskan kuliah dan sempat lagi sama-sama mengambil jubah yang akan dipakai pada 28 Nov. ni ...rasenya tak sabar untuk menaiki stage dan menerima skrol dari cencelor kami....waduh rasa harmoni dan syahdunya saat2 indah itu...nantilah kita tunggu saat gemilang tu..yang sukanya sempat lagi bergambar beramai2 sambil memakai jubah...raptai lah kononnya...hihi anak2 yang mengikut rombongan kami pun mengelang2 kepala pening tengok gelagat kami mcam budak2 ...seronok walaupun penat dengan perubahan tempat dan kurang berkesannya pengendalian mengambil jubah yang terpaksa melangkui bangunan...tercungap2 juga kami naik tangga n turun tangga...apa2 pun semuanya selamat...lihatlah pic yang sempat dirakamkan..






Thursday, November 12, 2015

Jamuan Akhir Tahun..Meriah!

Khamis 12 Nov.2015

Salam Sejahtera....berentry lagi pada pagi ini...minggu2 terakhir di akhir persekolahan....walaupun banyak perkara yang perlu dibuat untuk  melangsaikan segala kerja yang terah tertangguh...yang pasti mengupdate blog dulu untuk mengembalikan mood akhir tahun ni...tajuk entry pun cukup menarik yalah semua sekolah berlumba-lumba meraikan majlis jamuan akhir tahun yang menjadi tradisi kepada kaum guru ni...rasa tidak lengkap setahun jika majlis ni ditiadakan...huhu

Bertempat di Grandcon Hotel Kuala Terengganu dianjurkan Majlis Jamuan Akhir tahun .... majlis yang cukup gemilang dan terbilang ni...dengan pelbagai gimik rahsia yang cuba di rahsiakan oleh Mr. President Azri...banyak sangat rahsianya...Anyway kehadiran Faizal AF menjadikan majlis pada petang itu cukup happening dan berjaya...pendek kata semua tetamu yang hadir terhibur dengan nyanyiannya...ditambah dengan makanan yang dihidangkan cukup meriah dan tidak menghampakan selera diaorang....kejutan demi kejutan dibuat oleh pengacara majlis Sir Farihan  yang sememang seorang pengacara yang mampu mengendalikan keseluruhan majlis dengan hebatnya...set karoke yang ditempah khas..belum lagi bayaran yang diberikan kepada Faizal...semua daya usaha ini dicetuskan oleh presiden kelab...Thank you very much...muah...muah...muah..akan menjadi kenangan sepanjang hayat pada kami semua.

Pada Puan Guru Besar yang sporting kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana memahami kehendak majlis kami walaupun ada yang bersungut pemilhan tempat yang jauh...huhu..setidak mungkin suasana santai dan meriah menjadi agenda utama kami....so...lihatlah gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua...Love You All...
Bersama dgn Gb dan Pengurusan baru

Bersama GB dan Pengurusan lama...aku masih stay sini huhu



Background yang dihias cantik..

Bersama Faizal AF...

 
Beberapa persembahan yang diadakan...
 

Thursday, October 22, 2015

Temuduga NPQEL..Pengalaman yang sukar dilupakan...

Khamis 22 Okt. 2015

Salam Khamis n salam Maghrib untuk semua...bersiaran lagi...ginilah kalu dah mula berblog banyak pulok idea n cite yang nak diceritakan....Terkedu bila buka laman IAB bahagian semakan untuk temuduga kursus persediaan sebagai pemimpin sekolah...senang cite sebagai guru besar...nama terpapar macam dok percaya kita salah seorang peserta yang mewakili Daerah Dungun...yang diwar2 oleh PPD Dungun hanya kami berempat dan seorang pegawai PPD  berjaya dalam pemilihan tersebut...tetapi apa yang berlaku rupa2nya bukan kami berempat sahaja....dont worry rezeki masing2 ...

Anyway awal pagi dalam pukul 6 pagi bersama dengan Hajah Norlizai PK 1 di sekolah yang sama kami meredah kabus pagi bercampur dengan jerebu agaknya...merangkak kereta kami semata2 utk menghadiri sesi temuduga tersebut....persediaan???memang kami bersedia dr segi mental n fizikal..sempat menelaah beberapa topik ttg isu semasa serta cuba mengingati Visi KPM sebagai indikator persediaan yang mantap...pendek kata pergi dengan berilmu sebab kami antara intan terpilih di antara pilihan yang begitu ramai ...dulu NPQEL bukan sesuatu yang menarik untuk menjadi pemimpin sekolah...mungkin kerana semuanya oneline jadi proses mengisi maklumat menjadi senang n cepat...agak2nyalah...

so...sampai di sana daftarkan diri dengan perasaan berdebar...takut ..macam2lah..susah nak digambarkan...semua peserta yang datang hebat2 dgn pelbagai fail sebagai evident...kami diterima taklimat ringkas oleh ketua sektor...tatacara temuduga ini dijalankan...kami difahamkan dua sesi terpaksa kami lalui...sessi pertama berkumpulan...dalam kumpulan kami berempat sahaja...saluran ke 2..hanya 8 peserta sekolah rendah dan 24 peserta sek menengah...

sesi 1 kami diberi contoh lembaran markah pencerapan seorang guru untuk dianalisi dan dibahaskan kekuataan dan kelemahan cikgu ni dan cadangan penambahbaikan yang patut dilaksanakan..soalan yang senang dan memang pdp menjadi indikator kami sebagai pendidik...yang kurang bestnya salah seorg peserta dr kumpulan kami terlebih dominan konon2 tunjuk kehebatan bahawa dia seorang sahaja yang mampu berhujah dan memberi pendapat...kalut dibuatnya..penemuduga seramai 3 orang hanya tersenyum melihat gelagatnya...apatah lagi kami yang cukup meluat dgn sikap selfishnya...adusss cubaan yang pertama...kali ini kami hanya diperhati sahaja dan diberi masa selama setengah jam untuk membahas isu tersebut...5 minit lagi untuk kami menulis isi yang kami bahaskan...

Bayangkan dengan perut yang semakin berkeroncong...sakit hatinya.....membuatkan mood kami berdua down 50% ...sesi kedua bermula tepat jam 11 pagi ...face to face ...nilah proses yang orang kata kalu ke tandas berulang kali ini mmg yer...betul menguji ketahanan mental...setiap seorang dinilai selama 40 minit seorang...adusss...bayangkan aku peserta ke 4...dengan berdebarnya...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu...tiba giliran amber tepat jam 1 tengah hari...pelbagai soalan yang ditanya dari 3 orang penemuduga yang kesemuanya Guru besar sekolah Kluster...selagi boleh jawab...soalan KBAT...pembelajaran abad 21 VISI KPM ...6 Aspirasi murid...PPM 2013-2025...wah hebat soalan...berpeluh menjawab dalam pelbagai sudut...soalan terakhir..sekiranya dilantik sebagai guru besar apa tugas utama yang akan dibuat...dan apakah ciri-ciri yang ada pada seseorang yang ingin menjadi pentadbir sekolah....hebatkan soalan.....semuanya dilalui dengan rahmat Allah atas segala kekuatan dan mampu menjawab tanpa berdebar dan tersekat...Alhamdulliah tepat jam 1.45 berakhir debaran yang selama seminggu menghantui tidur lenaku...

Harapan...semoga ada sinar disebalik itu kerana kita hanya merancang yang terbaik dari Allah Taala jua..berlapang dada jika rezekiku tidak di sini..itulah yang terbaik untukku...tanpa menyalahkan tadir...
Bersama dengan Hajah Norlizai....


sempat bergambar bersama panel penemuduga dan pengarah JPNT



Monday, October 19, 2015

Kuih Belimbing...

Isnin 19 Okt.2015

Assalamulaikum...salam sejahtera...agak lama menyepi dalam dunia blogger...rase hampir 4 bulan tidak update blog sibuknya kita dalam urusan duniawi...kerja sekolah yang tidak pernah putus..dengan pelbagai e..n laporan yang terpaksa disiapkan...dunia pendidian sekarang semakin mencabar minda n fizikal sekali...adussss dalam usia senja gini... terkadang rasa rugi jugok tidak asah bakat dlm bidang penulisan ini sebaik mungkin..mediumnya sudah ada tinggal lagi rajin dengan malas aje....so entry tengah hari sambil relief kelas ...saje nak kongsi resepi kuih belimbing resepi pantai timur ni...lama jugok tidak membuatnya...tetiba rasa mengindam maka jadilah kuih ni...adunan ini cukup utk 3 orang makan je..kalu rase nak buat dalam kadar yang banyak..gandakan sukatan tu..

okeyyy...kita check resepi di bawah ini cubalah insyaallah menjadi n sedap....

Kuih Belimbing

1 cawan gandum
1 sb marjerin
1 cawan air
11/2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur(yang dipukul sedikit)
Minyak untuk menggoreng.
gula halus untuk menggaul kuih bintang(bila siap masaklah yer)
Cara buatnya.

1. Didihkan air hingga mengelegak
2. Masukkan marjerin.
3. Bila marjerin cair...masukkan gandum kacau sekejap hingga sebati..angkat dr dapur dan kacau lagi.
4. Agak-agak adunan dah sejuk sedikit...masukkan telur sedikit demi sedikit hingga habis.kacau hingga sebati .
5.Panaskan minyak. paipkan adunan menggunakan nozel bentuk bintang. sambil tu..gunting kuih belimbing kita ..panjang mana yang kita mahu...
6.Taraaaa siap untuk dihidangkan.



ni lah kuihnya..hihi


Saturday, June 20, 2015

Salam Ramadhan AlMubarak...

Sabtu 20 Jun 2015

Salam Ramadhan AlMubarak kepada semua umat Islam ...walaupun hari ini dah masuk hari ke tiga kita berpuasa rasenya tidaklah lambat untuk mengucapkannya...lebih2 lagi dalam bulan yang di dalamnya banyak kelebihan yang tiada tolok bandingnya...

"Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu,agar kamu bertaqwa" (Al-Baqarah 183)

a) Ramadhan adalah penghapus dosa


Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)

b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan


Sabda Rasulullah s.a.w;
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ

“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
 


Monday, June 08, 2015

Family Day....Cameron Highland Part 1

Isnin 8 Jun 2015

Assalamulaikum kepada semua...berentry lagi setelah rase badan ok skit...kepala pun tidaklah berat sangat...tekanan darah kembali ok...syukur padaMU yang Allah...setelah pelbagai ramuan dan ubat yang dimakan ditambah dengan bermunajat kepadaMU maka kesihatanku bertambah baik...alhamduliah...

Sebenarnya permulaan cuti,kami badan kebajikan guru dan kakitangan sekolah mengadakan family day 3 hari dua malam ke destinasi Cameron dan Tambun Lost World hasil dari kerja kuat guru dan kakitangan dalam kanival mega serta hari kokurikulum di sekolah...maka presiden KGSS telah berbesar hati memsponsor kami ke destinasi yang dipilih...Rombongan kami seramai 148 orang termasuk kanak-kanak dengan menaiki sebuah bas dan 15 buah kereta...Perjalanan yang memenatkan memakan masa yang lama kerana perjalanan kami bertolak pada waktu pagi...memandangkan ramai di kalangan kami drebar kereta ni...tak mampu memandu pada waktu malam....

Melalui jalan felda aring ...terus ke Gua Musang iaitu jalan altenatif ke cameron highland....jalan raya yang sempit..masih dalam pembinaan serta kiri kanan masih ada lagi kesan tanah runtuh akibat banjir pada bulan disember lepas....pada aku memang tidak akan lalu ikut jalan shortcut ni...pasal jalan ni memang bahaya kepada mereka yang baru melaluinya....dengan jalan raya yang bengkang bengkok...memang seram sejuk kami dibuatnya...sapelah yang pandai2 syorkan jalan ni...aku pun tak tahu hingga sekarang....bukannya cepat sampai...rasenya sama aje  jarak perjalanan dengan jalan highway ke Kuala Lumpur yang lebih selamat....adusss...

Sampai di Cameron jam 4 petang...cukup memenatkan kerana sepanjang jalan mendaki bukit cameron hujan turun tanpa henti...dalam hati sudah berdetik suasana yang tidak memberangsangkan ini tentu tidak menyeronokkan...pertama kali dalam hidup sampai ke cameron...hihi lucu kan..apa tidaknya ada je halangan sebelum ini yang memaksa destinasi itu tidak sempat dijejaki...so...kawasan yang damai nyaman ...segar dan menyegarkan...hilang rasa penat...pemandangan yang cantik dengan dilitupi kabus yang tebal...tetapi boleh dilihat banyak kawasan bukit yang digondolkan...nampak sangat tidak tersusunnya kawasan penanaman yang diterokai...patutlah berlaku tanah runtuh dan banjir kilat bila hujan...

Sempat ke pasar Berincang....agak lewat sampai ke sana kerana banyak kedai yang sudah ditutup...perkara pertama yang kami beli...tentulah strawberry...nyum..nyum masam manis gitu...tidak lupa juga jagung manis yang cukup rapuh di makan...ubi keledak biru yang dikukus juga menjadi santapan kami semua...hihi macam tak pernah jumpa makanan..semuanya dibedal....

Menginap di Apatment di tanah rata...apa namanya yer..lupa pulak...tapi kami menyewa 9 apatment yang disewa dari cikgu miji...seorang guru yang asal dari Kelantan...katanya apatment ni dari rakan-rakan guru yang telah balik kampung tetapi dijadikan homestay...guru2 yang berwawasan...tabik spring aku...sambil menyelam minum air....malam tu diadakan BBQ... begitu meriah sekali..aku memang jenis tidak tahan sejuk..menggigil ditiup bayu bukit...memang sejuk...tapi bagi mereka yang berdarah panas...hihi... katanya tak lah sejuk mane...adusss...entah pukul berapa di orang tidur aku pun tak tahu kerana kami tidur cukup nyenyak pada malam itu...

Sebenarnya banyak tempat2 yang menarik tidak sempat kami redah...kesuntukan masa dan ramai di kalangan kami telah acap kali datang ke sini...jadi aku n my family aje yang pertama kali sampai...huhu..rasenya kami perlu berkunjung ke sini lagi dengan berkereta...

OK...kita sambung family day part 2 ke  Tambun Lost World...nanti kita cite pengalaman yang menarik di sana....
sikecik masam mencuka...apa pun tergaman ros merah berkembang seadanya..

Apatment yang kami sewa...nama lupalah...adusss



pasangan bahagia....

Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru!

Sabtu 16 Mei 2015

Salam Sejahtera.Moga Dirahmati. Berentry lagi sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini. Walaupun Cuti Hujung minggu,tetapi tarikh keramat itu tetap datang dan kita kaum guru ini tidak lepas dari mengucapkannya sama ada secara langsung dan tidak langsung...

Tidak lupa juga kepada semua guru yang telah mengajarku dari sekolah rendah Sultan Omar...terus ke Sekolah Menengah Sultan Omar sehingga ke tingkatan 5 seterusnya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Tengku Intan Zaharah....terus ke Maktab Perguruan Pasir Panjang yang sekarang telah dijadikan Sekolah Sains...dan yang paling kemuncak kepada pensyarah UPSI..jasa kalian dan tunjuk ajar yang diberikan akan dikenang sehingga akhir hayat...Terharu bila kenangkan ramai di kalangan cikgu2 ini telah kembali menemui penciptaNYA...tetapi title guru tetap unggul dan masih dalam ingatan...jasa dan pengorbanan cikgu2 cukup besar dalam mendidik dan menunjuk ajar kami sehingga berjaya dalam hidup....Terima Kasih Cikgu!

Biar penat berdiri...jangan penat memberi
Biar lelah terduduk...jangan lelah membentuk
Biar penat bercakap...jangan penat berharap
Jangan bergerak seperti gunting melangkah namun memutuskan....
Bergeraklah seperti jarum...menusuk namun menyatukan..
Buat semua insan yang bergelar guru...sekali bergelar guru...sepanjang hayatmu menjadi guru...Terima Kasih Cikgu!!!

Tema hari guru tahun ini.Guru :Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.Huraian yang cukup menyentuh perasaan dan merangkumi segala intipati yang terkandung dalam tema yang diketengahkan.


GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).
1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

Tuesday, May 05, 2015

Bila jiwa tenang....

Selasa 5 Mei 2015

Asalamulaikum kepada semua pengunjung blog ni...tetiba aje rasa nak bercerita di sini setelah sekian lama menyepi...salah satu sebab semua assigment telah disubmit dan sem ni sem terakhir admin...jadi rasenya nak hidupkan semula blog ni dan nak asah minda semula...moga tuhan permudahkan segala usaha murni ni....ye lah bila jiwa kita tenang dan yakin pada kemampuan kita sendiri kita rasa dunia ni kita yang punya...Menghabiskan sisa-sisa hidup ni...kita perlu tenang...berfikiran positif...memaafkan segala kesalahan orang lain pada kita...tentu jiwa yang sebelum ini tegang akan tenang kembali...

Aktiviti sekolah cukup padat semenjak dua menjak ni...paling hampir kanival rakyat bersama YB Bukit Besi...idea gila-gila dari presiden kelab guru dan kakitangan selama 3 hari 3 malam...bukan kerja yang senang tetapi semangat,komitment yang tinggi...kerjasama dari rakan sejawat adalah kunci yang paling penting...walaupun tidak sunyi dari sok sek dari  mereka yang tidak senang dengan program yang dirancang setidak mungkin usaha ke arah kebaikan di persetujui ramai dan mendapat mandat dari Guru Besar...rasanya tidak sabar untuk menempuh suasana yang gemilang itu...

Nantilah akan diupload gambar yang berkaitan sebagai evident kepada suasana tersebut.... 

kata-kata yang cukup meruntun hati...





Monday, January 05, 2015

Selamat Tahun Baru 2015...

Salam Sejahtera...Moga dikurniakan kesihatan yang baik serta redha Allah sentiasa bersama kita InsyaAllah...berkesempatan menulis lagi di sini setelah sekian lama menyepi dalam dunia blogger seolah-olahnya tumpulnya pena untuk kembali ke sini....

Pada kesempatan ini...tidak terlalu lewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015..semoga kerjabuat kita berjalan dengan lancar seperti tahun-tahun sebelum ni...walaupun usia menginjak separuh abad tetapi usia yang dijanjikan sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk memberi input kepada mereka yang memerlukannya....