Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, December 16, 2018

Happy Retirement....!

Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa...bertemu lagi dalam cuaca yang hujan dan suasana yang sejuk..biaselah bila time musim tengkujuh gini cuaca memang tidak menentu...nak bercuti juga bimbang..yelah kut2 banjir di tengah jalan..tersangkut kita kat negeri orang...

Posting petang gini masih di pejabat dak tahu nak buat apa time cuti gini..GB kan waktu bekerja macam penjawat awam lain..waktu pejabat..memang dak best langsung sebab kita asalnya daripada cikgu yang sememangnya bulan disember memang bercuti....kata orang duk tunggu sekolah...adula..sebab tu ramai di kalangan kami tidak memohon jawatan GB..ni salah satu faktornya.. so berlapang dada..kata PT kita cikgu ambil cuti cikgu cuti cikgu banyak lagi...hihi

Happy retirement to my hubby!! huhu best dah rasanya menghabiskan sisa2 hidup sebab dah 38 tahun bergelar cikgu...kata orang jiwa cikgu tu masih kental...bila diajukan bilangan perkhidmatan kepada orang lain semuanya terkejut...katanya panjangnya masa berkhidmat..tu kata..kalu ikut perjanjian 60 tahun baru pencen ni 58 masih sihat dan bertenaga...katanya masa tengah sihat ni kene pencen kalu dah heret kaki tu ramai yang akan mengata...betul jugok yer...so cikgu Shafeee selamat bersara dan berehatlah di rumah...nak pergi melancong kita tak pencen lagi tunggu perkhidmatan 30 tahun akan menyusul...Insyaallah dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik..penyakit tu akan datang bila2 masa aje..yang penting ingat pada Allah kerana segala-galanya datang daripadanya..huhu...

Hebat jugok majlis persaraannya...tema koboi lagi..pening kita nk cari pakaian koboi untuk dia..yang pasti sampai sekarang koboi perempuan kita dak tahu pakaian apa yang sesuai...hihi kelakar pun ada..tapi yang pasti memang menjadilah tema tu...tabik pada cg2 SK Kompleks Rantau Abang kerana berani membuat perubahan...kita tumpang sekaki memeriahkan suasana bersama anak-anak yang kebetulan ada di rumah..Disebabkan sir Shafee ini cg Bahasa Inggeris di sekolah..lagu2 yang diputar kan pun lagu Inggeris kegemarannya...HAPPY RETIREMENT!





Saturday, November 10, 2018

Lawatan Murid Asrama...Tahniah!

Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa

Posting petang gini setelah cuti hujung minggu cukup sempurna dan tenang sekali...rasa2nya kene pencen awal kerana cuti membuatkan hati kita jadi tenang,,damai hilang rasa stress yang penting 100% masa bersama keluarga cukup bermakna hehe..payah nak dapatkan masa kualiti gini melainkan kita bebas daripada ikatan perjanjian dengan KPM...

so entry tertunda tetapi still avaliable lawatan bermaklumat bersama dengan murid-murid asrama cukup bermakna dan menepati tujuan asal memberi ilmu serta pengalaman baru kepada budak2 ni melihat keindahan alam ciptaan tuhan...Alhamdulliah kali ini GB turut serta bersama dengan hubby serta sibongsu Azeem..peluang begini kalau tak rebut payah untuk dapat bukannya apa kalau kita nak melancong bersama keluarga memang payah sekarang sebab masing2 dah bawa haluan sendiri..

Kami bertolak daripada sekolah sekitar jam 12 tengah malam bersama dengan 40 orang peserta yang lain..destinasi dalam takwim KL/ Perak/ Cameron Highland satu2 tempat yang pada kita kali ke 2 menjejakkan kaki ke sana..hihi. Program pertama di KL sempat melawat Petrosains yang selama ni tak pernah masuk pun dalamnya..kali ini kepuasan itu terasa..pengembaraan selama 2 jam berbaloi tetapi masa tidak mencukupi kerana kami diminta ke aquateria di KLCC masih berdekatan dan berjalan kaki aje ke sana...namanya rombongan bila dah ramai begini ada aje yang ketinggalan dengan penat dan letih dilambung bas...masing2 keletihan kerana tidur tidak cukup di dalam bas..suasana dah banyak berubah masa kami sampai dulu lebih kurang 5 tahun yang lalu..menginap di Citin Hotel yang ke dalam skit hotelnya terpaksa mengheret beg pakaian yang berat...macam manalah AJK lawatan boleh memilih hotel yang terperuk gini sedangkan byk lagi hotel yang low price...bingung kejap kita..

Keesokan hari terus ke Perak melawat Kilang labu sayong di kampung Sayong(rasenya betul dah nama kampung tu hihi) di sini kami membeli labu..periuk tanah kiriman cikgu2 serta cenderahati pihak asrama kepada guru2..sempat juga diajar cara membuat labu sayong serta cuba jaya membentuknya...mcm2 paten yang aneh2 tercipta hahaha...tapi amat menyeronokkan dan terhibur...selama sejam di sana kami bertolak ke Cameron Highland tempat yang sangat2 dinantikan untuk ke sana...kata orang tak berpeluang ke oversea pun tak apa di sini suasana kesejukkan sudah terasa hingga ke tulang hitam...sejuk yang amat2 ditambah pada petang itu hujan turun mencurah2...di sepanjang perjalanan jalan yang sempit terlihat tanah runtuh..kecut perut jugak dibuatnya dan kami  sentiasa berdoa agar perjalanan kami selamat sampai..Kami tiba di tempat penginapan iaitu Cameron Highland Agro Resort disajikan pemandangan yang cukup cantik..kawasan penginapan kami dikeliling pokok strawberry yang berbuah..memang teruja n tak puas di pandang..chalet dalam kawasan ladang gitu nanti admin pautkan Facebooknya

Malamnya pula kami dibawa ronda2 ke Tanah rata..kami melewati pasar malamnya..tapi sayang banyak tempat tidak sempat menjengahnya disebabkan hujan yang tidak henti2..perjlanan kami tersekat2 ditambah pula bas kami terpaksa diparking jauh..lenguh lagi kaki2 ni huhu..Kami ketiduran sehingga pagi dengan sejuknya malam yg tidak perlu aircon pun..pagi esoknya bermula lawatan ke tempat2 menarik di sana terutama ladang teh boh..kee farm..taman Botanical yang jabatan pertanian punya..terpegun dengan kecantikan bunga2 terutama bunga ros dan orkidnya dengan yg harga berpatutan..terkilan sebab tidak berupaya membelinya memandangkan kami menaiki bas..my Hubby pulok panjang lebarnya syarahannya...semuanya hanya tengok dan telan air liur je huhu...bertek suatu hari nanti akan ke sana semula tanpa hubby hahahaha....So lihatlah gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan dan kenangan pada semua..InsyaAllah jika ada kesempatan kami akan datang melawat semula....



Time ni paling best sebab berpeluang petik sendiri buah strawberry ...pengalaman yang sukar dilupakan...pada kita yang tidak dapat dan payah nak dapatkan peluang gini...

Bergaya sakan di Taman Botanical Mardi...

Sekitar lawatan ke Tugu Kebangsaan dan KLCC

Montelnya aku huhu bersama hubby..cafe ladang teh dengan nyamannya angin..
Tidak dinyatakan terlepas pandang...berkunjung ke muzium coklat diberi pendedahan cara-cara coklat dibuat..




Monday, October 15, 2018

Akhirnya Berjaya...Bangga!

Assalamulaikum dan  Salam Sehati Sejiwa..

Posting pepagi ni..akhirnya berjaya juga walaupun tidak johan tetapi sekurang-kurangnya dapat naib Johan kiranya sangat bermakna dalam kejaya sebagai seorang pengurus sekolah.. Tahniah dan syabas kepada team PSS kerana kerjabuat yang tidak pernah jemu berjaya mengondol Naib Johan anugerah PSS peringkat Negeri dengan karenah GB yang terkadang memeningkan kepala mereka...yalah apa tidaknya kerana ada je GB yang akan mengarahkan kami semua baiki apa yang tidak berkenan di hati di saat akhir..hehe..kata mereka..kita dengar je..memang nak kan kesempurnaan kita ikut apa boss kata sebab bos terlebih dahulu makan garam daripada diorang dan tahu selok belok bagaimana hendak mengurus PSS dengan baik...

Rasenya ini adalah anugerah yang peribadi sebagai seorang guru..kata orang bukan senang untuk mendapat pengiktifan yang semua orang tidak mahu..Bila diberi tanggungjawab oleh PKG kita terima tanpa bantahan dan merasakan kenapa tidak dicuba dengan kapasiti guru-guru mudah dan senang diajak untuk memulakan sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada sekolah..so bila diadakah mesyuarat dan diterangkan dan dimudahkan segala-galanya semuanya bersetuju..kan senang kerja itu..kita bimbing dan beri idea bagaimana nak wujudkan PSS berkonsepkan PAK 21 sokongan dan idea daripada pengurus sekolah amat penting...sebab kita tahu hala tuju misi visi yang ingin dibawa...buat sehabis baik kalah menang adat bertanding..ayat yang sering diucapkan ketika perjumpaan diadakan bersama-sama dengan mereka..walaupun tidak menjadi johan setidak-tidaknya ianya menjadi pendorong untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada..InsyaAllah tahun depan kita nekad untuk johan dan dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Kepada warga sekolah "Pisang Sesikat susu Sebelanga, Tanda maufakat Bersama-sama" amat dititkberatkan dalam menentukan kejayaan sesuatu program yang dirancang. Rasenya tahun depan nak tumpukan kepada pembestarian ICT di peringkat daerah dan negeri kerana penggunaan frog Vle cukup memberangsangkan dan melepasi KPI peringkat kebangsaan.InsyaAllah




Tuesday, September 25, 2018

Jom Belajar.....!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Jiwa...

Entry petang ni..duk seorang2 di pejabat ni sambil mendengar radio..tetiba rasa nak berblog ...yalah murid-murid tahun 6 sedang menjalani peperikasan UPSR 2018..doakan mereka berjaya menjawab soalan dengan baik dan kita sebagai guru ini sentiasa berkehendakkan kecemerlangan kepada murid-murid serta pihak sekolah..bebudaknya kasihan jugok memaksa mereka membuat sesuatu di luar keupayaan pemikiran mereka walaupun gred bukan fokus utama tetapi kemenjadiaan murid dititk beratkan..itu kata yang tersurat tetapi di sebalik itu kecemerlangan n kejayaan juga yang menjadi fokus utama huhu....so pihak sekolah yang tersepit...redha n pasrah je...

Dua hari asyik menyiapkan blog PSS sekolah..bukan tidak mahu mengarah guru ICT tolong buatkan tetapi dah kita mahir buat...buat ajelah bukan payah pun dah minat gitulah....bila hati diulit kenangan lalu kita rasa suka bekerja sendirian dan kerap mengelamun seorang diri..mengingati segala2nya..saat begini hati cepat terusik dalam perkara yang remah je..tapi gitulah..payah juga ya nak memaafkan kesalahan yang mungkin kita tidak sedar ucapan itu terucap tetapi bila yang empunya diri ini terlibat sampai bila2 pun ucapan itu teringat2 huhu...menjaga hati bukan macam kita jaga kereta kita..tetapi perlu pada kasih sayang..cakap yang baik2 repect antara satu sama lain itu yang penting...bila berbangkit pada menyalahkan diri orang lain sedangkan kita anggap kita cukup sempurna dan semua kesalahan itu orang punya...kita jadi ego tidak bertempat....susah juga ya nak menyedarkan golongan ini..seperti kata-kata di bawah ini cukup terkesan untuk dipostkan di sini...

                           Jom Belajar


  • Belajar Menerima Kelemahan Diri Sendiri.
  • Belajar Menerima Teguran Dari Orang Lain
  • Belajar Menjadi Manusia Manusia yang Bersyukur
  • Belajar Untuk Memperbaiki Diri Sendiri
  • Belajar Menjadi Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri
  • Belajar Menghormati dan Menghargai Orang Lain
  • Belajar BERSYUKUR atas pemberiaan ALLAH
  • Belajar Untuk Lebih Banyak  Memberi Kerana Anda akan Lebih Banyak Menerima Dari Sumber Yang Tidak Di sangka2 "Rezeki Allah izinkannya"
@ Mari belajar dan amalkan..



Thursday, September 13, 2018

Tahniah ..APSSNT diambang kejayaan...

Assalamulaikum dan salam Sehati Sejiwa..moga dikesempatan ini kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk mengecapi indahnya panorama yang Allah Taala pamerkan..tetiba aje ingin meluahkan sesuatu di sini dalam kelam kelibutnya didatangi dengan pegawai BTPNT Terengganu dalam APSSNT (Anugerah Pusat Sumber Negeri Terengganu) peringkat negeri yang SKPP dipilih mewakili daerah Dungun. satu2nya sekolah yang terpilih dan rasa bangga tu memang ada tetapi kerja buat ini dilakukan oleh semua warga SKPP tanpa kerjasama dan semangat yang tidak luntur mungkin kejayaan itu bukan milik kita.

Walaupun banyak cakap2 yang kurang menyenangkan daripada GB2 lama yang masih merasakan power dia lebih hebat lagi semasa mentadbir sekolah ini...kita berlapang dada saje..stail pengurusan adalah kemahiran masing-masing dan tidak perlu kita pertikaikan walaupun kita sememangnya tidak mampu melakukannya..so diam lebih baik daripada membuat perbandingan yang entah apa2...tahniah n syabas team PSS atas kerjabuat yang tidak pernah surut dengan karenah GB yang ada je idea yang tetiba suruh memindah dan membuat semula..mengecat di saat akhir dan macam2 lagi lah..hihi 
apa yang pasti rangking ketiga terbaik tu sudah dalam tangan cuma penilaian kali ke 2 untuk memilih sekolah yang betul2 mengikut format untuk diangkat ke peringkat kebangsaan...InsyaAllah jika ada jodoh dan rezeki SKPP ...kita menerima dengan tangan terbuka ..kalah menang adat bertanding..apa yang pasti kerja buat kita sudah diperingkat akhir dan kita sepatutnya bangga kerana kita mampu melaksananya dan mampu menjadi juara....InsyaAllah..

Bukan senang untuk wujudkan PSS  suasana PAK21 dan menampakkan keceriaan yang tidak lebih2 semangat yang tidak jemu daripada guru2 mampu merubah menjadi lebih menarik dan mendapat pujian daripada panel hakim.. 

Panel hakim dalam sesi taklimat akhir lebih memberi penambahbaikan seerta pujian kepada semua guru dan Guru Besar hihi hasil kemenjadian murid serta aktiviti yang dirancang mampu menarik minat mereka ....



Thursday, August 02, 2018

Suratan atau Kebetulan...?

Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa...

Tetiba aje rase ingin mencoret sesuatu di sini..setelah sekian lama menyepi n beku idea serta kekangan waktu serta tugas sebagai pentadbir yang tidak pernah surut memaksa untuk tidak meluahkan sesuatu dan berkongsi perasaan ...so suratan atau kebetulan..terkedu ..merenung diri apabila seseorang tetiba muncul setelah ditinggalkan selama 30 tahun dalam ruang lingkup yang tiada kesampaian..membawa haluan masing2 serta terbiarnya semak rindu itu hilang bagai debu2 ditiup angin...munculnya dengan membawa seribu makna dalam sisa hidup yang masih berbaki serta remang senja yang menghampiri ke penghujungnya...

Duhai.....hati tiba-tiba terdetik..pertemuan ni sekadar menggamit memori silam atau menguji tahap keimanan dalam lingkup gelaran yang  sudah terikat..meski hati tertanya-tanya perlukan hubungan itu diteruskan semata-mata mendamaikan hati atau sebagai pelepas perasaan atau sekadar rimbunan kasih yang tidak pernah kecapaian dalam detik waktu ditinggalakan dulu...bicara ku dan dia berksiar tentang anak2..rumahtangga..kerjaya ..perjalanan yang akan datang serta menguji hati serta memori yang sarat dengan teka teki dan cuba tidak membangkitkan sesuatu di luar kemampuan dan fitrah manusia yang normal...aku menjadi terhibur dan tenang serta hati berbunga kembali sebagai seorang manusia yang sering bermain dengan perasaan sendiri..aduhai hati kabaran gembira ini kita teruskan dalam batas yang sudah terikat..moga tiada tempias yang memaksa sesuatu itu menimbulkan kekeliruan di pihak sana....semua hati perlu dijaga..so..suratan atau kebetulan masih menjadi tanda tanya...


Thursday, June 21, 2018

Selamat hari Raya Aidilfitri..


Assalamulaikum dan salam sejahtera...rasanya tidak lewat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dan maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam walaupun di mana sahaja berada..sesungguhnya hari raya merupakan hari kemenangan kepada mereka yang berpuasa dan selamat menjalani ibadah puasa yang hanya pada bulan Ramadan pahala dilipatkali ganda kepada mereka yang menyahut cabaran daripada Allah... Raya tahun ni macam hambar je yelah Si Azyan tidak bersama-sama kali ini atas alasan untuk beraya sakan di UK bersama student yang lain memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir pengajian PHD di sana...keluarga di sini berlapang dada je sebab memang hak dia nk beraya di mana yang pasti dia bahagia dengan kehidupannya sekarang...

Walaupun begitu kita masih punyai anak menantu Fairuz Syayida yang mengganti tempatnya sesekurang-kurangnya dapat mengubat rindu pada Azyan..macam biase tema tahun ni warna kelabu yang nature dan cantik..apa2 ni kita ibu bapa banyak mengikut anak2 dalam memilih tema ni...kata orang tak bertema tak apa janji dapat raya..hihi..so tahun ni jaudah utama seperti biase kami akan membuat sate dan nasi himpit..tu pun atas usaha dan jerih payah Kroll dan Fairuz je yang buat sebab proses untuk menyiapkan sate ni memang payah dan banyak kerja...padan dah harga sate sekarang ini sampai mencecah RM0.70 sebatang mengikut banyak sedikit pada lidi bergantung kepada sipembuatnya...dengan 4 ekor ayam kami dapat 300 cucuk sahaja kerana ayam yang tidak berapa besar tapi sekurangnya hasil tangan sendiri dan merasanya bersama2 dengan tetamu yang sempat bertandang pada hari raya pertama..

Ibu pulak cuti seminggu sebelum raya semata2 nak buat kuih raya yang setiap tahun tidak miss buatnya..air tangan kita tiada tolok bandingnya..di samping dapat kuantiti yang banyak dan dapat makan sepuas2nya daripada kuih raya main tunjuk2 je.. yang kuih rayanya cukup mahal dengan kuantiti yang sedikit..bebudaknya bab makan jangan kiralah dengan tabung kuih sendiri diambilnya huhu...so..gambar di bawah ni menceritakan kisah kami bila tiba hari raya...


sempat bergurau minta maaf banyak2 skit sebab dosa mami dengan abah berguni-guni hihi..
Bukan senang nak berposing gini...macam2 alasan bila anak2 yang aturkan gini jadinya...
Bersama dengan anak menantu..terubat pada Azyan 


Antara kuih muih yang menjadi kegemaran kami yang sempat disiapkan
kek Mentega antara kek yang sentiasa menjadi perhatian dan habis licin..




Tuesday, June 05, 2018

Selamat Hari Lahir....ke?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Berentry lagi pada pagi yang cukup harmoni dalam suasana keberkatan Ramadan AlMubarak..hari ini dah 20 hari kita menjalani ibadah puasa.Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka.Rebutlah peluang untuk 10 hari terakhir ini untuk mengumpul seberapa banyak pahala dengan melakukan ibadah seperti membaca alQuran..berzikir..bertahmid serta memohon keampunan daripada Allah dan memohon semoga Ramadan ini bukan Ramadan yang terakhir buat kita. Rebut lah malam lailatul qadar di sepuluh hari terakhir Ramadhan untuk mendapat pahala berlipat kali ganda berbanding dengan malam2 yang lain..

So...posting sebenarnya cuma nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua anak2 serta suami di atas ucapan hari lahir yang disambut pada 1 Jun setiap tahun..memandangkan tahun ini jatuh pada bula puasa..memberi seribu kerahmatan moga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan sisa-sisa umur yang masih berbaki ini...tidak lupa juga kepada kawan2 serta kaum kerabat cg2 yang tidak lupa pada tarikh keramat ini..terima kasih semua..saya sayang anda semua..muah..muah--muah...


Sunday, May 20, 2018

Selamat Menyambut Ramadan AlMubarak...

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...Salam Ramadan untuk semua..hari ini sudah 4 Ramadan kita menyambutnya dalam suasana Malaysia Baru dengan pembongkaran skandal dan rasuah serta mewahnya pemimpin dahulu dalam berbelanja...sedangkan rakyat di luar sana merempat di jalanan..anak2 yang tidak mampu meneruskan alam persekolahan..so..kita mohon kerajaan yang baru bertapak ini buatlah sesuatu agar maruah negara yang tercalar ini dibersihkan dengan kadar segera dalam rahmat dan hidayah sempena keberkatan bulan Ramadan...Kelebihan Ramadan banyak dicatat dalam AlQuran seperti di bawah ini..

 Pertama, Ramadhan adalah bulan  penghapus dosa Berpuasa pada bulan Ramadhan dapat menghapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada yang disedari atau tidak disedari asalkan dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh berdasarkan iman dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.  Sebagaimana    Rasulullah SAW bersabda : ‘’Barang siapa yang berpuasa Ramadahan kerana iman dan mengharapkan pahala  dari Allah SWT, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu”. (Muttafaqun alaih). 

Kedua, dibukanya pintu-pintu syurga pada  bulan Ramadhan. Hal ini kerana banyaknya amal shalih yang disyariatkan pada  bulan tersebut yang menyebabkan masuknya seseorang ke dalam syurga ditutup pintu-pintu neraka pada  bulan berkenaan .

Ketiga, bulan Ramadan memiliki banyak keberkatan, keutamaan dan pelbagai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh bulan-bulan lainnya. Dalam bulan  Ramadhan, setiap amal kebaikan diberikan ganjaran berlipat ganda.

Keempat, syaitan-syaitan dibelenggu pada  bulan Ramadhan. Syaitan tidak mampu untuk menggoda (menyesatkan) manusia, menjerumuskan manusia dalam kemaksiatan sebagaimana yang syaitan lakukan selain dalam bulan Ramadhan.

Kelima, antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Surah al-Qadr: ayat 1-5)


Thursday, May 17, 2018

Selamat Menyambut Hari Guru...


Assalamulaikum dan Salam Sejatera...Selamat menyambut hari guru 2018..Guru Pencetus Tranfomasi Pendidikan..sempena dengan terbentuknya Malaysia Baharu dan pimpinan baru yang dipilih rakyat Malaysia kita merayakan perayaan hari guru dengan semangat baru serta kita pihak guru inginkan perubahan dalam pendidikan negara melalui beberapa perkara yang terlalu membebankan guru dalam detik2 begini...Perayaan disambut diperingkat sekolah amat meriah dan cikgu2 yang spoting..Tarikh keramat 16 Mei ini setiap tahun menjadi tarikh keramat buat kami







Malaysia Baharu...Bangga!

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.. Bersua lagi dalam Malaysia Baharu..rasa teruja..bangga dan cukup gembira  kerana proses pilihan raya berjaya diadakan dengan majoriti yang melebahi dari apa yang kita jangkakan.. kuasa rakyat kuasa keramat dan rakyat mahu perubahan dalam pentadbiran negara serta tumbangnya BN yang berjaya memerintah selama 60 tahun cukup lama dan mencengkam jiwa dengan ancaman dan ugutan kepada kami penjawat awam...dipaksa menghadiri perjumpaan dan taklimat yang entah apa2 yang menyebabkan kami merasa tertekan dan terpaksa meninggal kelas semata-mata untuk menghadiri ceramah yang tiada kaitan dengan profesion keguruan pun...

So...dengan terlantiknya PM kita yang baru PM ke 4 tetapi dilantik semula menjadi PM ke 7 segala kekusutan  kegetaran rakyat mula menampakan sinarnya...langit tidak selalunya cerah...ada masa kita terpaksa menerima perubahan dalam apa cara sekali pun..rakyat sedar kuasa menindas rakyat terpaksa ditukar dan kita mahukan keadilan...ketulusan serta rakyat berani bersuara untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka...caranya melalui peti undi..PRU 14 membuktikan segala-galanya tidak mustahil dalam membentuk kerajaan baru yang baik dan lebih sempurna...Tahniah dan syabas rakyat Malaysia perubahan tampuk  pemerihatan dilakukan tanpa pertumpahan darah tetapi dalam suasana yang cukup harmoni serta bijaksana...So mane-mane pemimpin yang terdahulu terpalit dengan rasuah atau sebarang perlakuan yang menyimpang daripada keberadapan yang betul kita hadapkan ke mahkamah melalui proses undang2 yang sudah diperuntukkan..tiada keistimewaan diberikan kepada golongan ini...so berlapang dada buang yang keruh ambil yang jernih...


Wednesday, March 28, 2018

Hati jangan dipaksa...

Assalamulaikum dan Salam sepenuh jiwa...tetiba aje nk berposting berkenaan dengan hati n perasaan..walaupun keduanya hampir sama dalam jiwa yang satu tapi hubungan itu yang menyedapkan rasa dan mainan emosi..so bila hati dilukai payah untuk sembuh dalam sedetik cuma..perasaan menjadi berbalam-balam..tiada keruan..pujuk hati or pujuk perasaan..bicara hati kian sepi sesepi nya suara tanpa kata-kata..hanya yang mengerti lebih mengetahui...

Semenjak dua menjak ini jiwa terlalu sensitif dan cepat terasa..apa perkara2 yang rasanya tidaklah sensitif sangat tetapi bila melibatkan dua jiwa yang kuat hubungan hati tiba-tiba jadi sepi dan pedam dengan kata2.....hebatnya hati memendam rasa sehebat ombak yang memukul pantai..kecam recam dan kuat sekuatnyanya...perlukan kata maaf itu diucapkan atau sekadar mendiamkan diri dan merasakan kita perlu pertahankan hati dan pendirian dalam menegak rasa hormat dalam diri...perasaan sering berperang dengan kemahuan dan ego yang berpanjangan...kesudahannya kita bawa haluan masing2..menyepi dalam bahasa surat..tanpa meluahkan kekesalan hati atau cuba memujuk untuk mententeramkan keadaan dan berbalik kepada yang asal...hubungan itu perlu diteruskan dalam detik ini..alpakan segala kelemahan yang ada..bina hubungan...bersangka baik serta memudahkan perkara yang remeh temeh..tapi siapa yang perlu dahulukan...huhu


Monday, March 26, 2018

Lawatan Penandaaras MGB ke Pulau Langkawi...

Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa...Posting petang ni terus saje ke tajuk hihi..walaupun agak lewat mengepost artikal ini di sini sekurang-kurang niat untuk berblog tu masih segar...cuma tinggal dalam sibuknya kita menguruskan masa...menjaga perasaan sendiri belum lagi pasangan kita...so berlapang dada...perasaan sendiri perlu diutamakan lewat senja usia gini...

Berbalik kepada lawatan penandaaras majlis Guru Besar Dungun ke SK Taman Rakyat yang terletak di Sg Petani Kedah jauh noooon di utara sana...dengan perjalanan yang amat memenatkan serta celoteh dan kelakarnya set2 GB ni yang hampir separuh abad semuanya tapi bila dah berkumpul gini kita jadi macam budak2 sekolah yang sertai rombongan... perjalanan memakan masa lebih kurang 10 jam dengan pemanduan bas yang slow n steady serta jalan yang tidak mengizinkan terutama sekali bila memasuki lebuhraya timur barat....rombongan kami bukannya waktu cuti sekolah suasana cukup selesa dan lengang tak sibuk sangat...masih ada kiri kanan bukit yang runtuh...sampai saja di sana kami menginap di BTBPN Kedah...sebilik dua orang...bilik ok tetapi cuaca di Kedah tika itu cukup panas dan kering...suasana bilik cukup panas dan tidak selesa...ada di kalangan kami terpaksa menyewa hotel berdekatan kerana terpaksa menginap di tingkat 3 dan menaiki  tangga..warga senja gini semua sakit lutut tambah lagi bilik yang panas walaupun kipas berpusing.

Esoknya kami dibawa ke SK Taman Rakyat sekolah kluster kecemerlangan diiringi dengan kompang dan persembahan silat...kami diberi info tentang sekolah oleh Guru Besar dan dibekalkan kuih telinga kera kata orang sana tapi kita di sini gelar kuih keria...selepas itu kami dibawa ke kelas2 tahun satu yang dihias sangat cantik...apa yang kami perhatikan cikgu2 yang komited serta hubungan komuniti yang kuat antara sekolah dengan PIBG serta rakan strategik yang berhampiran menjanjikan sekolah ini mendapat sumbangan dan ditadbir urus dengan baik oleh pihak pengurusan yang ada..kami dihiburkan dengan alunan lagu dari band sekolah sendiri tetapi diuruskan dengan baik oleh AJK taman tersebut sambil di jamu dengan makan tengah hari...

Sebelah petang kami terus menaiki feri ke Pulau Langkawi..rehat minda serta bershopping di sana...taklah membeli belahnya sangat...tapi masing2 girang duk rembat coklat di kompleks Haji Ismail Group kebetulan kami menyewa di apatment Ismail Group...apatment yang cantik dan cukup selesa...malam tu barulah  kami dapat tidur dengan nyenyaknya...pagi esok bermulalah acara sendiri2 sahaja...yang paling banyak kami borong kain batik halus yang diimpot...berdebar2 juga kut di tahan kastam..tetapi dalam rombongan pengawai kerajaan ni kami diberi pengecualiaan..dak sampai nak buka bisnes jual kain batik pulak...sekadar buah tangan dan dipakai sendiri saje..selama 2 malam kami bersantai di sini dan banyak tempat2 menarik yang sempat dikunjungi berbanding dengan kehadiran kami 5 tahun yang lepas...

Apa2 pun tahniah n syabas MGB Dungun penganjuran Lawatan Penandaaras yang bermaklumat walaupun ada ombak dalam cawan tetapi ombak itu dapat disurutkan dengan kilat sabung menyabung...so masih menunggu agenda seterus daripada MGB Dungun..





Tuesday, January 16, 2018

Sekolah dan seribu masalah..Pasrah!

Assalamulaikum dan Salam Sehati jiwa..

Bertemua kembali dalam suasana yang sejuk dan menyejukkan..apa tidaknya dikabarkan suhu di Dungun saje menurun sehingga 19C...sejuk yang amat2..diberitahu ini berlaku disesbabkan perubahan angin monson tropika yang melanda Negara Filipina dan tempiasnya sampai di sini...kata jabatan kaji cuaca..tapi semuanya Allah punya kuasa..apa DIA nak semua jadi tinggal kita aje yang beriman ke tidak...so berlapang dada dan fil yang baik-baik..moga kita dalam lindunganNYA jua..InsyaAllah...Tidak lupa juga Selamat Menyambut Tahun Baru 2018..

Posting tengah hari ini tetiba aje rase nak mencoretkan sesuatu di sini...yalah sempena Tahun 2018 yang masuk minggu ke 3 bermakna sudah tiga minggu kita bersekolah...yang si Azeem masih lagi berada di United Kingsdom bersama abang dan kakaknya...huhu hampir sebulan tak bersekolah...panjang lebar terang pada PK Hem SMK Balai Besar keadaannya sekarang...tapi InsyaAllah flight mereka pada 25 ini dari UK ke KL..semoga selamat dalam perjalanan...so..masih di SK Padang Pulut..satu2 sekolah rendah di pinggir bandar yang mempunyai asrama desa...rupa-rupanya ramai juga ibu bapa yang bermasalah dan mohon anak mereka dijaga dibawah pengawasan pihak asrama..atas alasan anak terlalu menonton TV dan terpaksa kontrol anak mereka 24 jam kerana nakal dan tidak mendengar kata...huhu ibu bapa zaman leni terlalu  demand bab menjaga anak-anak...sudahnya pihak sekolah dan asrama yang terpaksa mengambil tanggungjawab sosial begini...

Belum lagi deal dengan JKM(Jabatan Kemajuan Masyarakat) berhubung dengan kanak-kanak yang meninggalkan alam persekolahan bukan pada usia mereka disebabkan sikap ibu bapa yang lupa tanggungjawab serta menjadikan anak2 mereka mangsa untuk bekerja sedangkan ibubapa mengambil duit hasil dari kerja anak2 mereka..trajis betul bila kita dengar kisah2 begini,,yalah ingat zaman sekarang perkara2 bergini tidak berlaku...Maka sekolah menjadi tempat untuk menempatkan kanak2 begini..mereka tidak bersalah pun...ibu bapa yang kurang didikan agama ini memangsakan masa depan anak2 mereka...tu belum lagi ibu bapa yang ketagih pil kuda..terkadang sebak kita mendengar cerita2 begini dari pegawai JKM...kita di pihak sekolah boleh bantu sekadar peruntukan yang disalurkan oleh pihak kerajaan dan melalui sumbangan duit zakat daripada Maidam dan juga orang perseorangan yang cukup prihatin...

Bila berada di tampuk pengurusan sebagai kepala sekolah inilah antara masalah yang terpaksa kita selesaikan secara baik demi masa depan budak2 yang tidak berdosa ini...sewajarnya kerajaan telah memutuskan tiada perbandingan mengikut band pada semua sekolah...kalau tidak sekolah Padang Pulut menjadi mangsa percaturan ini dan kita diranking terakhir sekolah setiap tahun..so berlapang dadalah anggap ni satu amanah dan tanggungjawab sosial sama ada suka atau tak terpaksa lalui kerana mungkin ada rahmat di sebalik itu....